kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Cari Blog Ini
Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56
Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54
Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...
Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..
Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!
Selasa, 17 November 2009
Mujahidin dan Sholat mereka....
Dengan Nama Allah SWT...
Setelah selesai peperangan, kaum muslimin Madinah berjaya menghalau kaum kafirin kembali ke kampung halaman mereka. Salah seorang dari musuh-musuh Allah itu kembali ke rumahnya, tetapi tidak menemui isteriya di sana. Dia menyangka isterinya telah ditawan kaum muslimin. Maka dia pun bersumpah tidak akan kembali ke rumah sebelum dapat bertemu dengan isterinya. Dia mulai mengintai pasukan kaum muslimin.
Ketika hari mulai gelap, Rasulullah saaw memerintahkan pasukannya untuk beristirehat. Amar bin Yasir dan Ubad bin Basyr ditugaskan untuk berjaga-jaga (hirosah). Ubad berkata kepada Amar, "Malam yang mana yang kau sukai, awal atau akhirnya?" "Biarkan untukku awalnya," jawab Amar. Amar pun membaringkan tubuhnya dan tertidur.
Ubad beranjak mengerjakan sholat. Dia tidak menduga ada sepasang mata sedang mengawasi mereka sejak tadi. Orang itu bergerak mendekati Ubad dan Amar. Pada jarak yang tidak terlalu jauh, orang itu melepaskan anak panah lantas mengenai Ubad. Namun, sahabat nabi itu tetap berdiri dalam sholatnya. Panah kedua dan ketiga dilepaskan dan mengenai tubuh Ubad. Tapi mujahid Anshar ini tetap meneruskan rukuk dan sujudnya. Setelah itu, Ubad membangunkan Amar. Melihat Amar bangun, orang itu lantas melarikan diri, kerana takut mendapat tindak balas.
Tubuh Ubad bercucuran darah. "Subhanallah, kenapa kamu tak membangunkan aku ketika pertama kali dia memanahmu?" tanya Amar. Ubad menjawab, "Ketika itu aku sedang khusyu` membaca satu surat, aku tak ingin memutuskannya. Maka satu demi satu anak panah mengenaiku, aku pun rukuk dan sujud, lalu membangunkanmu. Demi Allah, kalau bukan kerana takut mengabaikan tugas yang diperintahkan Rasulullah, aku akan biarkan orang itu membunuhku hingga aku selesaikan bacaanku."
Demikianlah bentuk khusyu` para sahabat Nabi saaw. Tajamnya anak panah tak mampu memutuskan komunikasinya dengan Allah SWT. SEbegitu hebatnya kekhusukan, bagaikan sholat itu suatu istirehat yang mengasyikkan..
Ya, ketika Rasulullah saaw. menghadapi berbagai masalah, beliau segera memanggil Bilal agar memanggil kaum muslimin. "Istirehatkan kita dengan sholat, hai Bilal?" Demikian sabda Rasul saaw. Beliau menjadikan sholat sebagai satu daripada cara untuk melegakan diri atas segala beban yang ditanggungnya.
Bagaimana dengan kita?
Tubuh-tubuh kita tegak berdiri di masjid-masjid, tapi fikiran dan perasaan kita jauh melayang ke luar masjid untuk urusan perniagaan, memikirkan nasib dan keadaan anak-anak di rumah, dan membuat rencana-rencana masa depan. Fikiran itu terus melambung dan meluas, sehinggalah kita mendengar imam mengucapkan assalaamu`alaikum. Kita pun terkejut, kaget ... seolah-olah seseorang membangunkan kita dari dengkuran yang lena. Sholat telah selesai, tapi tidak terasa kesan dari sholat yang kita kerjakan.
Mungkin ini masalah kita. Bahawa banyak di antara manusia yang tetap menjaga sholatnya, tetapi masih melakukan maksiat dan kezaliman. Inilah salah satu penyebab kita tidak dapat khusyu` dalam sholat. Kita tidak menyedari bahawa Allah SWT ada di hadapan kita. Kalaulah sedemian keadaannya, bagaimana mungkin kita dapat menjadi mujahid-mujahid seperti Amar bin yasir atau Ubad bin Bisyr...
Maha Suci Allah SWT......!
3 ulasan:
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KATAKUNCI
Aku dan Alam Maya
Asyura
Bacaan Al Quran
Badang
Baitul Mal
Biodata
Bumi
Fitnah Dajjal
Gaya hidup
Google Map
Iblis
Iklan
Isu semasa
Jihad
Jin
Karbala
Keagamaan
Kenangan lalu
Marikh
Maruah bangsa dan agama
Mudah Alih
Pelacur
Penghuni Gua
Peperangan
Peristiwa Dunia
Permohonan Doa
Perniagaan
Persahabatan
Perumpamaan
Puisi
Reformasi
Renung2kan dan Fikir2kanlah
Sarkastik
Sastera
Satira
Sejarah
Seloka dan Jenaka
Sri Bayu
Tazkirah
Ultraman
Yesus
ancaman
api neraka
bangkit dari kubur
bersih
boroi
cermin
dakwah dan tabligh
damai
gempa bumi
gerhana
gua Hirak
hadis rasulullah
hari kiamat
hikayat
hospital
ka'abah
kasih sayang
keluar
kena tampar
kenangan
kerajaan langit
kerja
kerohanian dan kepercayaan
khilafah
kisah dan tauladan
konspirasi
konspirasi dajjal
kuning
kurma
kyai
lagenda atau mitos
majlis
malaikat maut
masjid
matahari
mati
melayu
minuman kesihatan
misteri alam maya
pemimpin ummat
penemuan
perjuangan
persatuan umat
politik
rahmat
raja
redho
rumah
sahabat
selesai
sembahyang atau sholat
sembelih
sungai
sunnah nabi
syukur
syurga
ta'alim
takdir
tarawih
teknologi
tongkat
tudung
wirawati
zikir mengingati Allah SWT
semoga Allah berikan saya khusyuk dlm solah
BalasPadamSalam Saiful.
BalasPadamOrg2 terdahulu mereka amalkan apa yg disampaikan oleh Rasulullah saw. Sedangkan kita sekarang tidak berusaha keras utk khusyuk, malah ada yg tak faham pun erti khusyuk dan tidak endah pun. asal solat siap sudah.
Kak sendiripun susah nak dapatkan khusyuk. Namun masih berusaha mudah2an Allah bagi kekuatan.
Salam Ziarah76,
BalasPadamsemoga Allah SWT berikan pada saya juga..
Salam (Kak)Werdah,
Beginilah keadaan kita dihari ini.. Mengapakah demikian jadinya? Inilah soalan yang perlu dicari jawapannya.. Sebenarnya ada sesuatu perkara yang kita dah terlupa nak amalkan dalam kehidupan seharian kita, sebagaimana yang pernah diamalkan oleh Para Sahabat dahulu.. Sekiranya kita dihari ini dapat beramal sebagaimana mereka yang terdahulu itu, insyaAllah, kekhusukan dalam sholat akan mudah diperolehi..
Apakah amalan itu??
.........