Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Jumaat, 20 November 2009

Sempoinya Tok Guru ku ini...







Ini adalah gambar terbaru Tok Guru yang saya tiru dan tampal dari blog al-banjari sebentar tadi.. Sebenarnya situasi2 seperti gambar di atas adalah perkara biasa bagi mereka yang telah mengenal Tok Guru ni.


Maka di dalam entri ni saya nak ambil kesempatan untuk melahirkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Nik Aziz yang telah sempat mengajar saya (dan mereka yang pernah bersama saya) disuatu ketika dahulu.  Tok Guru telah korbankan masanya, datang dari jauh, untuk mengajar kami dengan Ilmu yang beliau miliki. Proses mengajar ilmu ini telah berlangsung sekian lamanya (kini tiada lagi) di Masjid Kampung Melayu, Medan Gopeng, Ipoh, Perak.. Alhamdulillah, pada hari ini, saya telah mendapat menafaat dari ilmu yang telah Tok Guru curahkan. Semoga Tok Guru diBerkati Allah SWT dan sentiasa berada dibawah PerlindunganNya..


Wassalam..

Khamis, 19 November 2009

Semangat Jihad dari Utsman bin Affan..





















Dengan Nama Allah SWT....




Abu Shalih ra, hamba sahaya Utsman bin Affan ra yang telah dibebaskan berkata, "Aku pernah mendengar Utsman bin Affan berkhutbah di atas mimbar."



Wahai manusia, sesungguhnya aku telah menahan sebuah hadis yang pernah aku dengar dari Rasulullah. Aku melakukan hal itu kerana aku bimbang kalian akan meninggalkan aku setelah mendengar hadis tersebut. Tetapi sekarang hatiku menginginkan untuk menyampaikan hadis tersebut kepada kalian.



Aku mendengar Rasulullah saaw bersabda, "Ribat (menjaga garis depan) di jalan Allah satu hari lebih baik di sisi Allah daripada seribu hari (melakukan amal2) selainnya yang dilakukan di rumah."



HR Imam Ahmad dalam Musnadnya jilid I halaman 65.





Mus'ad bin Tsabit bin Abdullah bin Zubair berkata, "Pernah Utsman bin Affan ra berkhutbah diatas mimbar."



Katanya, Aku akan menyampaikan suatu hadis yang pernah aku dengar dari Rasulullah saaw yang sampai saat ini belum pernah aku sampaikan. Aku sengaja belum menyampaikannya kerana bimbang kalian akan menjauhiku. Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saaw bersabda, "Berjaga satu malam di jalan Allah lebih utama daripada seribu malam lain yang (diisi dengan) tahajud secara terus menerus pada malam hari dan berpuasa pada siang harinya."



HR Imam Ahmad dalam Musnadnya jilid I halaman 61.

 
 
Maha Suci Allah SWT....!

Rabu, 18 November 2009

Semangat Jihad dari Abu Bakar ra...













Dengan Nama Allah SWT...



Qasim bin Muhammad ra meriwayatkan suatu hadits yang panjang yang di dalamnya diceritakan bahawa Abu Bakar ra berkhutbah sambil berdiri di hadapan orang ramai.



Setelah mengucapkan tahmid dan shalawat kepada Rasulullah saaw, dia berkata, "Sesungguhnya bagi setiap perkara itu ada maksud2 kebaikannya. Barang siapa menyampaikannya, maka Allah akan memberinya pahala. Dan barang siapa yang beramal kerana Allah, maka Allah akan melindunginya."



Oleh kerana itu, hendaklah kalian bersungguh2 dalam berusaha dan bersikap sederhana, kerana sesuatu itu akan jadi lebih mudah dicapai dengan kesederhanaan.



Ingatlah! Seseorang tidak akan sempurna agamanya tanpa iman. Seseorang tidak akan mendapatkan pahala dalam amalnya jika tidak ikhlas. Dan tidak akan sempurna amal seseorang jika tidak disertai dengan niat.



Ketahuilah bahawa di dalam kitabullah telah diterangkan tentang pahala bagi orang yang mahu berjihad. Dan seharusnya setiap muslim mempunyai keinginan dalam hatinya untuk keluar berjihad. Jihad adalah suatu perdagangan yang disebutkan Allah SWT di dalam Al Quran yang dapat menyampaikan manusia kepada keselamatan di dunia dan di akhirat."




Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dalam kitab Kanzul 'Ummal jilid VIII halaman 207.



Maha Suci Allah SWT......!

Ketabahan Rasul Allah.....

















Dengan Nama Allah SWT....




Dari Anas ra bahawa Rasulullah saaw bersabda, "Sungguh aku telah mengalami kesusahan dan penderitaan sepanjang masa berdakwah di jalan Allah yang tidak dialami oleh sesiapapun selain aku. Aku juga telah mengalami ketakutan sepanjang masa berdakwah di jalan Allah yang tidak dialami oleh sesiapapun selain aku. Pernah disuatu masa selama sebulan penuh secara terus menerus aku dan Bilal ra tidak memperolehi makanan yang bernyawa kecuali (hanya sedikit) yang dikempit di bawah ketiak Bilal ra."


Hadis Riwayat Ahmad.



Demikian disebutkan dalam kitab al Bidayah jilid III halaman 47. Diriwayatkan pula oleh Tirmidzi dan Ibnu Hibban dalam shahihnya. Tirmidzi berkata, "Ini hadits hasan shahih." Demikian disebutkan dalam kitab at Targhib jilid V halaman 159. Juga oleh Ibnu Majah dan Abu Nu'aim.



Maha Suci Allah SWT......!

Selasa, 17 November 2009

Mujahidin dan Sholat mereka....


















Dengan Nama Allah SWT...



Setelah selesai peperangan, kaum muslimin Madinah berjaya menghalau kaum kafirin kembali ke kampung halaman mereka. Salah seorang dari musuh-musuh Allah itu kembali ke rumahnya, tetapi tidak menemui isteriya di sana. Dia menyangka isterinya telah ditawan kaum muslimin. Maka dia pun bersumpah tidak akan kembali ke rumah sebelum dapat bertemu dengan isterinya. Dia mulai mengintai pasukan kaum muslimin.




Ketika hari mulai gelap, Rasulullah saaw memerintahkan pasukannya untuk beristirehat. Amar bin Yasir dan Ubad bin Basyr ditugaskan untuk berjaga-jaga (hirosah). Ubad berkata kepada Amar, "Malam yang mana yang kau sukai, awal atau akhirnya?" "Biarkan untukku awalnya," jawab Amar. Amar pun membaringkan tubuhnya dan tertidur.



Ubad beranjak mengerjakan sholat. Dia tidak menduga ada sepasang mata sedang mengawasi mereka sejak tadi. Orang itu bergerak mendekati Ubad dan Amar. Pada jarak yang tidak terlalu jauh, orang itu melepaskan anak panah lantas mengenai Ubad. Namun, sahabat nabi itu tetap berdiri dalam sholatnya. Panah kedua dan ketiga dilepaskan dan mengenai tubuh Ubad. Tapi mujahid Anshar ini tetap meneruskan rukuk dan sujudnya. Setelah itu, Ubad membangunkan Amar. Melihat Amar bangun, orang itu lantas melarikan diri, kerana takut mendapat tindak balas.



Tubuh Ubad bercucuran darah. "Subhanallah, kenapa kamu tak membangunkan aku ketika pertama kali dia memanahmu?" tanya Amar. Ubad menjawab, "Ketika itu aku sedang khusyu` membaca satu surat, aku tak ingin memutuskannya. Maka satu demi satu anak panah mengenaiku, aku pun rukuk dan sujud, lalu membangunkanmu. Demi Allah, kalau bukan kerana takut mengabaikan tugas yang diperintahkan Rasulullah, aku akan biarkan orang itu membunuhku hingga aku selesaikan bacaanku."



Demikianlah bentuk khusyu` para sahabat Nabi saaw. Tajamnya anak panah tak mampu memutuskan komunikasinya dengan Allah SWT. SEbegitu hebatnya kekhusukan, bagaikan sholat itu suatu istirehat yang mengasyikkan..



Ya, ketika Rasulullah saaw. menghadapi berbagai masalah, beliau segera memanggil Bilal agar memanggil kaum muslimin. "Istirehatkan kita dengan sholat, hai Bilal?" Demikian sabda Rasul saaw. Beliau menjadikan sholat sebagai satu daripada cara untuk melegakan diri atas segala beban yang ditanggungnya.



Bagaimana dengan kita?



Tubuh-tubuh kita tegak berdiri di masjid-masjid, tapi fikiran dan perasaan kita jauh melayang ke luar masjid untuk urusan perniagaan, memikirkan nasib dan keadaan anak-anak di rumah, dan membuat rencana-rencana masa depan. Fikiran itu terus melambung dan meluas, sehinggalah kita mendengar imam mengucapkan assalaamu`alaikum. Kita pun terkejut, kaget ... seolah-olah seseorang membangunkan kita dari dengkuran yang lena. Sholat telah selesai, tapi tidak terasa kesan dari sholat yang kita kerjakan.



Mungkin ini masalah kita. Bahawa banyak di antara manusia yang tetap menjaga sholatnya, tetapi masih melakukan maksiat dan kezaliman. Inilah salah satu penyebab kita tidak dapat khusyu` dalam sholat. Kita tidak menyedari bahawa Allah SWT ada di hadapan kita. Kalaulah sedemian keadaannya, bagaimana mungkin kita dapat menjadi mujahid-mujahid seperti Amar bin yasir atau Ubad bin Bisyr...






Maha Suci Allah SWT......!