Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Selasa, 17 November 2009

Mujahidin dan Sholat mereka....


















Dengan Nama Allah SWT...



Setelah selesai peperangan, kaum muslimin Madinah berjaya menghalau kaum kafirin kembali ke kampung halaman mereka. Salah seorang dari musuh-musuh Allah itu kembali ke rumahnya, tetapi tidak menemui isteriya di sana. Dia menyangka isterinya telah ditawan kaum muslimin. Maka dia pun bersumpah tidak akan kembali ke rumah sebelum dapat bertemu dengan isterinya. Dia mulai mengintai pasukan kaum muslimin.




Ketika hari mulai gelap, Rasulullah saaw memerintahkan pasukannya untuk beristirehat. Amar bin Yasir dan Ubad bin Basyr ditugaskan untuk berjaga-jaga (hirosah). Ubad berkata kepada Amar, "Malam yang mana yang kau sukai, awal atau akhirnya?" "Biarkan untukku awalnya," jawab Amar. Amar pun membaringkan tubuhnya dan tertidur.



Ubad beranjak mengerjakan sholat. Dia tidak menduga ada sepasang mata sedang mengawasi mereka sejak tadi. Orang itu bergerak mendekati Ubad dan Amar. Pada jarak yang tidak terlalu jauh, orang itu melepaskan anak panah lantas mengenai Ubad. Namun, sahabat nabi itu tetap berdiri dalam sholatnya. Panah kedua dan ketiga dilepaskan dan mengenai tubuh Ubad. Tapi mujahid Anshar ini tetap meneruskan rukuk dan sujudnya. Setelah itu, Ubad membangunkan Amar. Melihat Amar bangun, orang itu lantas melarikan diri, kerana takut mendapat tindak balas.



Tubuh Ubad bercucuran darah. "Subhanallah, kenapa kamu tak membangunkan aku ketika pertama kali dia memanahmu?" tanya Amar. Ubad menjawab, "Ketika itu aku sedang khusyu` membaca satu surat, aku tak ingin memutuskannya. Maka satu demi satu anak panah mengenaiku, aku pun rukuk dan sujud, lalu membangunkanmu. Demi Allah, kalau bukan kerana takut mengabaikan tugas yang diperintahkan Rasulullah, aku akan biarkan orang itu membunuhku hingga aku selesaikan bacaanku."



Demikianlah bentuk khusyu` para sahabat Nabi saaw. Tajamnya anak panah tak mampu memutuskan komunikasinya dengan Allah SWT. SEbegitu hebatnya kekhusukan, bagaikan sholat itu suatu istirehat yang mengasyikkan..



Ya, ketika Rasulullah saaw. menghadapi berbagai masalah, beliau segera memanggil Bilal agar memanggil kaum muslimin. "Istirehatkan kita dengan sholat, hai Bilal?" Demikian sabda Rasul saaw. Beliau menjadikan sholat sebagai satu daripada cara untuk melegakan diri atas segala beban yang ditanggungnya.



Bagaimana dengan kita?



Tubuh-tubuh kita tegak berdiri di masjid-masjid, tapi fikiran dan perasaan kita jauh melayang ke luar masjid untuk urusan perniagaan, memikirkan nasib dan keadaan anak-anak di rumah, dan membuat rencana-rencana masa depan. Fikiran itu terus melambung dan meluas, sehinggalah kita mendengar imam mengucapkan assalaamu`alaikum. Kita pun terkejut, kaget ... seolah-olah seseorang membangunkan kita dari dengkuran yang lena. Sholat telah selesai, tapi tidak terasa kesan dari sholat yang kita kerjakan.



Mungkin ini masalah kita. Bahawa banyak di antara manusia yang tetap menjaga sholatnya, tetapi masih melakukan maksiat dan kezaliman. Inilah salah satu penyebab kita tidak dapat khusyu` dalam sholat. Kita tidak menyedari bahawa Allah SWT ada di hadapan kita. Kalaulah sedemian keadaannya, bagaimana mungkin kita dapat menjadi mujahid-mujahid seperti Amar bin yasir atau Ubad bin Bisyr...






Maha Suci Allah SWT......!

Ahad, 15 November 2009

Dia Yang Maha Kuat...!


















Dengan Nama Allah SWT....




Saudara2ku,



Dialah Allah, Pemelihara kita yang Maha Pencipta. Dialah yang menciptakan segala sesuatu. Apabila Dia mencipta, maka Dia tidak melakukannya kecuali dengan QudratNya. Dia sendiri tidak terciptakan dari apapun. Dia adalah Tanpa Awal dan Tanpa Akhir.



Apa saja yang dapat dilihat, dirasa atau yang dapat disentuh, semua itu Allah SWT ciptakan dengan QudratNya. Dan apa saja yang telah Dia ciptakan pasti ada didalam genggamanNya! Sesungguhnya, tiap-tiap sesuatu berada di bawah KekuasaanNya.



Allah SWT yang menciptakan, maka Dia pulalah yang paling tahu manfaat dan cara2 untuk mendapatkannya. Dengan QudratNya, Dia mengubah bentuk dan rupa segala sesuatu. Dengan QudratNya pula, Dia mengubah sifat2 dari segala macam benda.



Dengan QudratNya, Allah SWT mengubah sifat api yang membakar menjadi udara yang segar bagi Nabi Ibahim as. Dengan QudratNya, Dia mengubah tongkat menjadi ular dan dari ular menjadi tongkat bagi Nabi Musa as.




Maha Suci Allah SWT....!

Sabtu, 14 November 2009

Amy Search Mahu Tubuh Sekolah Tahfiz...!








Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah Tahfiz di Johor. -Foto THE STAR oleh BRIAN MOH




IKON penyanyi rock negara tahun 80-an, Amy Search berhasrat menubuhkan sebuah sekolah tahfiz tidak lama lagi.

Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah itu di Johor.



Hasrat itu timbul semasa beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu.

"Ketika mendaki bukit, saya bertanya-tanya arah mana tujuan saya nanti dan siapa diri saya serta untuk apa Allah kurniakan saya dengan bakat yang ada ini.



"Ketika itu juga, telinga saya terdengar-dengar lagu Cahaya Merah Dari Ufuk Timur lagu yang menginsafkan hati saya tentang matlamat kejadian insan," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah di Bangi semalam.



Sambil mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memilih beliau untuk melancarkan buku berunsurkan keagamaan, Amy berkata buku kecil itu mampu mendidik dan menyedarkan masyarakat Islam mengenai hukum hakam dalam agama.



"Membaca cerita-cerita dalam buku ini bukan sekadar untuk memenuhi masa lapang, tetapi ia boleh dijadikan iktibar penting dalam kehidupan harian kita.



"Buku ini besar ertinya dan saya yakin ia boleh membentuk jiwa orang Islam supaya lebih mendekati Allah dan menjauhi perkara yang dilarang," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu.







Vokalis, Amy Search (kiri) dan Nasir ketika beraksi di konsert 'Search Di Awan Biru' di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2009.







Buku setebal 189 halaman berharga RM7.50 senaskah merupakan kompilasi cerita yang tersiar dalam majalah MASTIKA sejak tahun 1996.



Ia mengisahkan pengalaman jemaah haji dan umrah semasa di Mekah.



Sementara itu pengumpul cerita berkenaan, Zulkarnain Zakaria berkata sebanyak 27 cerita dimuatkan dalam edisi pertama buku itu.



"Buku koleksi ini adalah wadah kami di Utusan dalam menyampaikan dakwah, memperingati mereka yang lupa dan memberi khabar gembira dari Tanah Suci kepada masyarakat Islam di seluruh negara.



"Untuk permulaan, sebanyak 100,000 buku dicetak dan saya yakin selepas ini akan ada ulang cetak berikutan permintaan yang memberangsangkan daripada syarikat pengendali umrah dan haji," katanya.







==============================




Menarik dan Tertarik juga aku bila mendapat berita yang sebegini....

Niat hendak buat perkara baik ini, insyaAllah akan dapat 1 ganjaran.. Apabila terlaksana niat tersebut, akan perolehi 10 ganjaran.. Begitulah sabda Rasulullah saaw...

Sebaliknya jika seseorang berniat nak buat keburukan, tidaklah ditulis malaikat apa2 pun. Jika orang tersebut membatalkan niat keburukan yang tersebut tu, maka diperintahkanlah kepada malaikat itu menulis untuknya 1 pahala. Tetapi jika dia teruskan juga niat tu lalu melaksanakan keburukan yang dia niatkan itu, maka jatuhlah ke atasnya 1 dosa.... Demikianlah kehendak Allah SWT....


Maha Suci Allah......!

Jumaat, 13 November 2009

Logo Keadilan Pulau Pinang

Yang sungguh SiMboLiK....










Agaknya inilah kut logo Parti Pakatan Rakyat yang akan didaftarkan dengan ROS........

Mmmmmm.......!

Dia Yang Maha Agong...





















Dengan Nama Allah SWT...




Saudara2ku,



Allah, tidak ada tuhan yang layak disembah selain Dia. Dialah Tuhan yang berkuasa mendatangkan mudarat diantara kita, sebagaimana Dia berkuasa untuk memberi segala manafaat yang diperlukan oleh seluruh makhlukNya.



Seandainya semua orang terdahulu dari kita hingga orang terakhir yang dilahirkan sebelum kiamat, dari golongan jin mahupun manusia, berkumpul dan meminta kepada Allah pada waktu yang sama, lalu Dia memenuhi permintaan setiap orang, nescaya hal itu tidak akan mengurangi khazanah yang ada di sisiNya, kecuali hanya seperti setitis air di hujung jarum yang dicelupkan ke dalam lautan.



Semua amal kebaikan pasti dan pasti dicatat dan diperhitungkan oleh Allah SWT Yang Maha cepat hisabNya. Yang sedemikian itu adalah agar Dia membalas setiap kebaikan betapapun kecil nilainya.



Oleh kerana itu, barang siapa yang memperolehi suatu kebaikan, maka hendaklah dia memujiNya dan barang siapa yang memperolehi selain dari itu, maka janganlah dia mencela kecuali terhadap dirinya sendiri...



Maha Suci Allah SWT....!