Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Rabu, 9 September 2009

Mari 'Ganyang Malingsia'.... Gempa apakah ini??




JAKARTA, 8 Sept (Bernama) -- Jabatan Penuntut Malaysia di sini Selasa ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.



Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.



Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.



Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.



Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.



Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.



Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.



Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.



Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".



Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.



Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.



Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.



-- BERNAMA



---------------------------------------------------------------




Komen saya adalah,

Saya hanya ingin menarik perhatian saudara2ku sekalian terhadap peristiwa gempa yang telah terjadi di Jakarta dan Jawa Barat. Sudah pun genap seminggu kejadian itu terjadi namun masih belum ada juga datangnya bantuan dari kerajaan Indonesia, atau mungkin kedatangannya terlalu perlahan. Mestinya saudara2 tertanya2 apakah kaitannya kejadian gempa ini dengan peristiwa yang saya petik diatas??


Mengapakah begitu lambatnya bantuan tiba? Sedangkan rakyat sangat mengharapkannya kerana hari raya pun bukannya lama lagi. Meskipun bantuan makanan, pakaian dan selimut dilapurkan mencukupi tetapi mereka masih perlukan bantuan untuk memulakan hidup baru. Apakah halnya jika mereka hanya beraya tanpa adanya tempat berteduh? Sanggup pula kerajaan Indon ini mengabaikan rakyat mereka yang menjadi mangsa gempa ini... Agaknya mereka2 yang berkenaan ini terlalu sibuk dengan kempen "Ganyang Malingsia" kuttt!!!!!!


Ganyang Malingsia lebih penting agaknya daripada membantu rakyat mereka yang sedang di timpa musibah itu. Kata mereka harga jati diri mereka akan 'naik' lah jika terus berteriak2 "ganyang malingsia". Harga diri yang dicalar oleh jiran ini patutlah diutamakan dulu. Begitulah mungkin yang sedang mereka fikir2kan...


Sanggup buang kederat dan masa untuk daftar diri dalam program 'ganyang malingsia', tapi sekelumit pun tiada perasaan terhadap mangsa gempa yg benar-benar memerlukan bantuan.



Sanggup berjiwakan berani mati, harga jati dirilah kononnya tu, dalam 'mengganyang malingsia', tapi sekelumit pun tiada perasaan berani mati dan harga jati diri terhadap mangsa gempa yg benar-benar memerlukan bantuan.


Sanggup menongkah arus laut selat melaka, mahupun naik airasia sekiranya mampu, untuk datang ke sini dalam misi 'ganyang malingsia',

 
 
 
...tapi mangsa gempa yang sepelaung jaraknya dari mereka pun berat saja kaki nak sampai......
 
 
 
Mengapa boleh jadi begini??
 
 
Salah siapakah ini?

Selasa, 8 September 2009

Tanpa Iman, Kejayaan di Dunia adalah Kebinasaan di Akhirat...!



Dengan Nama Allah SWT...


Salam Alaikum,

Wahai saudara2ku sekalian, semoga Allah SWT sentiasa merahmati kalian..



Ketahuilah,


Jika engkau yakin bahawa tanpa adanya usaha atas kebendaan, manusia akan binasa, maka engkau akan menjumpai bukti2 yang akan menyokong keyakinanmu itu. Selanjutnya engkau akan bertambah meyakininya dan menghabiskan waktu untuknya. Namun demikian kaum2 terdahulu juga telah mengusahakannya malam dan siang. Ternyata kejayaan mereka itu kini telah menjadi sebahagian dari masa lalu.



Jika engkau yakin bahawa untuk sampai kepada kejayaan yang hakiki tidak ada cara lain selain menjadikan usaha atas iman teratas dari segala usaha kebendaan, maka engkau akan menjumpai banyak hal yang akan menambah keyakinanmu. Selanjutnya engkau akan bertambah yakin dengannya dan menghabiskan hidupmu untuknya. Dan inilah jalan dimana kejayaan akan menjadi sebahagian dari masa depan.



Sesungguhnya para sahabat Rasulullah telah membuktikan bahawa kebendaan datang setelah mereka berkorban habis-habisan demi iman mereka. Dan ketika keduniaan datang kepada mereka seperti air yang ditumpahkan dari langit, maka sebahagian dari mereka menangis kerana mereka bimbang jangan2 sebahagian kejayaan masa depan mereka akan menjadi sebahagian dari masa lalu.





Saudara2ku yang dikasihi,



Rasulullah saaw memberi kebendaan kepada orang2 yang masih lemah imannya dan beliau tidak memberi sedikitpun darinya kepada orang2 yang kuat imannya yang telah menolongnya dalam banyak keadaan. Sebagai ganti dari kebendaan, beliau menyerahkan dirinya sendiri kepada mereka, tinggal dan dikebumikan dimana mereka dilahirkan.



Yang sedemikian itu adalah kerana Rasulullah saaw memahami bahawa kepemilikan keatas kebendaan itu merupakan taraf penilaian bagi orang yang keyakinannya belum cukup sempurna. Adapun orang yang kuat iman dan benar keyakinannya terhadap agamanya, maka cukuplah bagi mereka memiliki Allah dan rasulNya!




Kaya tidak semestinya dengan memiliki kebendaan. Buktinya, betapa banyak orang yang dapat menikmati berbagai makanan yang lazat2 tanpa harus memiliki tanah, sawah dan ladang. Betapa banyak orang yang dapat pergi kemana saja, padahal mereka tidak memiliki satupun kendaraan darat, laut dan udara. Dan betapa banyak orang yang memiliki ilmu, padahal mereka tidak mempunyai tv, komputer dan benda2 lain yang seumpama dengan itu.






Saudara2ku yang dimuliakan Allah SWT,



Dunia merupakan lumpur sehingga kaki2 mudah tergelincir. Dunia (juga) merupakan satu rumah kehinaan. Puncak kemajuan dunia adalah kebinasaan, para penghuninya harus pergi ke alam kubur seorang diri, perjumpaannya berakhir dengan perpisahan, kelapangannya ditujukan ke arah kesempitan, kelebihannya mendatangkan kesusahan dan kekurangannya membawa kepada kemudahan.



Jadi wahai saudara2ku, bertumpulah selalu kepada Allah SWT dan puas hatilah dengan rezeki yang diberikanNya. Jangan meminjam apa2 dari simpananmu di akhirat demi dunia. Yang demikian adalah kerana kehidupan di dunia seumpama bayang2 yang tidak lama lagi akan lenyap. Dan kehidupan dunia itu ibarat satu dinding yang sudah goyang (miring) yang segera akan runtuh. Oleh kerana itu, perbanyakanlah amal sholeh dan kurangkanlah berangan2.



Perumpamaan dunia ketika ini seumpama sebuah kedai yang akan ditutup kerana bangkrup, dimana pemiliknya menjual barang2nya dengan harga murah. Maka siapa saja yang memahami tahapan suatu kebangkrupan, dia akan menyedari bahawa dunia ketika ini adalah berada pada tahap itu, demikianlah keadaannya sehingga hal2 yang masih tersimpan pun dikeluarkan dan diperlihatkannya.



Dunia akan bangkrup. Dan jika tiba masanya dimana dunia benar2 bangkrup, maka setiap orang juga akan bersamanya dalam kebangkrupan. Sesungguhnya, tidak akan ada yang berjaya kecuali orang2 yang hatinya tidak terpaut dengan dunia!



Maha Suci Allah SWT..


Wallahu a'lam.

Ahad, 6 September 2009

Suami Isteri diTangkap kerana Tak Puasa..

faizal.nazaruddin@kosmo.com.my



MUSTAFA KAMAL  (tengah) memberi penerangan   kepada pasangan suami isteri yang  ditahan kerana tidak puasa di Kangar semalam.



KANGAR - Sepasang suami isteri sanggup menjamu selera di sebuah restoran Cina, di sini bagi mengelak perbuatan mereka dihidu pihak berkuasa gara-gara tidak berpuasa.



Bagaimanapun, taktik mereka itu tidak menjadi apabila diberkas sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) pagi semalam.



Ketua Penolong Pengarah (Pendakwaan) Jaips, Mustafa Kamal Mohd. Taibberkata, pasangan tersebut pergi ke restoran itu untuk bersarapan kerana tiada gerai Islam yang membuka perniagaan pada waktu itu.



"Ketika kami serbu, lelaki berusia 24 tahun dan isterinya berusia 25 tahun sedang minum sementara menunggu makanan yang dipesan.



"Selain pasangan ini, ada lima hingga enam pelanggan Islam di restoran itu tetapi mereka sempat melarikan diri," katanya.



Menurut Mustafa Kamal, apabila ditanya kepada pasangan itu kenapa tidak berpuasa, alasan yang diberikan ialah tidak makan sahur.



--------------


Muka tak tahu malu dan sungguh memalukan...

Taukeh Cina senyum2 saja...

Beginilah keadaan umat Islam pada hari ini...

Salah siapakah ini??

Sabtu, 5 September 2009

Agama Itu Nasihat.







Dengan Nama Allah SWT...

Salam Alaikum saudara2ku yang dikasihi,


Menjadi pengharapan kita semua untuk tercapainya kebahagiaan dunia dan kebahagian akhirat, hidup saling berkasih sayang, saling mencintai dalam payung ukhuwah Islamiyah yang diikat dengan kesatuan aqidah, dalam mengharungi bahtera kehidupan.

Namun, tentulah hal itu tidak mudah untuk direalisasikan manakala masing-masing individu kita sudah hilang kepeduliannya terhadap diri sendiri mahupun terhadap orang lain, sementara Islam datang sebagai agama nasihat yang bila saja setiap individu muslim melaksanakan apa yang terkandung dari makna-makna nasihat itu tentulah akan terwujud apa yang diharap2kan. Lebih dari itu, nasihat adalah merupakan sunnah-sunnahnya para rasul.

Berkata Nuh 'alaihis salam kepada kaumnya, "Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak ketahui." (QS Al A'raaf: 62).

Hud berkata kepada kaumnya, "Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu." (QS Al A'raaf:68 ).

Sholeh berkata kepada kaumnya, "Aku telah menyampaikan amanat Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat." (QS Al A'raaf:79 ).

Syu'aib berkata kepada kaumnya, "Aku telah menyampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepadamu. Maka bagaimana aku akan bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir?" (QS Al A'raaf:93 ).

Cukuplah seseorang dikatakan mulia bila ia melakukan apa yang telah dilakukan oleh makhluk yang paling mulia yaitu para nabi dan rasul (dalam hal menyebarkan nasihat) apalagi bila diketahui bahawa nasihat adalah amalan yang paling afdal, seperti pernyataan Imam Abdullah ibnul Mubarak ketika ditanya amalan apakah yang paling afdal, beliau menjawab, "Nasihat kerana Allah."

Dalam Shahih Bukhari dan Muslim dari sahabat Abu Ruqoyah Tamim bin Aus Ad Daary, Rasulullah saaw. bersabda, "Agama itu nasihat." Kami bertanya, "Untuk siapa wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Bagi Allah, kitabNya, dan rasulNya, dan bagi para pemimpin Islam, dan bagi muslimin umumnya."

Hadits ini mempunyai kedudukan yang agung dimana memberikan nash bahawa tiang agama dan tunggaknya adalah nasihat. Dengan keberadaannya maka agama pun akan tetap tegak di tengah-tengah kaum muslimin, sebaliknya dengan lenyapnya nasihat maka akan terjadilah kepincangan di tengah-tengah mereka dalam seluruh aspek kehidupannya.



Nasihat Bagi Allah


Nasihat bagi Allah maknanya beriman kepadaNya dengan benar dan beriman kepada seluruh apa yang terdapat dalam Kitab dan Sunnah dari nama-namaNya yang husna dan sifat-sifatNya yang tinggi dengan keimanan yang benar tanpa menyerupakanNya dengan yang lain, tanpa meniadakan dan tanpa merubah-rubah maknanya. MengesakanNya dalam hal ibadah dan meniadakan kesyirikan, melaksanakan perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya, mencintai apa yang dicintaiNya dan membenci apa yang dibenciNya. Memberikan ganjarannya kepada hamba-hambaNya yang beriman dan berlepas diri dari musuh-musuhNya serta melawan orang-orang yang kafir terhadapNya. Menerima dan mengakui segala nikmat-nikmatNya dan mensyukurinya serta mengikhlaskan untukNya dalam segala perkara.


Nasihat bagi KitabNya


Nasehat bagi kitabNya adalah beriman bahawa ia sebagai kalamullah yang diturunkan dariNya dan bukan makhluk, tidak akan dapat didatangi oleh kebatilan dari arah manapun, depannya maupun belakangnya. Meskipun seluruh jin dan manusia bersekutu untuk mendatangkan yang semisalnya nescaya tidak akan dapat menyerupainya. Allah berfirman, "Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Qur`an yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Qur`an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) dan pasti kamu tidak akan dapat membuatnya, peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang yang kafir." (QS Al Baqarah:23 -24). "Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa dengan Al Qur`an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebagian mereka menjadi pembantu bagi sebagian yang lain." (QS Al Israa`:88 ).

Berkata Imam At Thohawi rahimahullah, "Sesungguhnya Al Qur`an adalah kalam Allah, barangsiapa yang mendengarnya lalu mengiranya sebagai kalam (perkataan) manusia, maka ia telah kufur dan sungguh Allah telah mencelanya dan mengancamnya dengan neraka Saqar. Allah berfirman, "Aku akan memasukkannya ke dalam (neraka) Saqar." (QS Al Mudatstsir:26 ). Ketika Allah mengancam dengan neraka Saqar bagi orang yang mengatakan, "Ini tidak lain hanyalah perkataan manusia." (QS Al Mudatstsir:25 ), maka kita ketahui dan yakini bahwa Al Qur`an adalah kalam pencipta manusia, tidak serupa dengan perkataan manusia."

Termasuk nasihat bagi kitabNya ialah mengagungkannya dan meyakininya sebagai konsep kehidupan yang sempurna dan universal sesuai untuk setiap zaman dan tempat. Allah berfirman, "Thaa Siin. (Surat) ini adalah ayat-ayat Al Qur`an dan (ayat-ayat) kitab yang menjelaskan untuk menjadi petunjuk dan berita gembira untuk orang-orang yang beriman." (QS An Naml:1 -2). Termasuk nasihat bagi kitabNya adalah membacanya dengan benar dan khusyu' serta mengajarkannya. Allah berfirman, "Dan bacalah Al Qur`an itu dengan perlahan-lahan." (QS Al Muzzammil:4 ). Rasulullah saaw bersabda, "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya." (HR Bukhari).

 
 
Nasihat bagi RasulNya


Nasihat bagi RasulNya adalah membenarkan risalahnya, beriman kepada seluruh apa yang dibawanya, mentaati perintah-perintahnya dan larangan-larangannya, membelanya pada saat hidupnya dan setelah meninggalnya, membenci orang-orang yang membencinya dan mencintai orang-orang yang mencintainya, mengagungkan haknya dan memuliakannya, menghidupkan jalannya dan sunnah-sunnahnya, mengumandangkan dakwahnya dan menyebarkannya, menepis segala tuduhan-tuduhan yang ditujukan kepadanya, berkhidmat terhadap ilmunya dan memahami makna-maknanya, menyeru kepadanya dan mengagungkannya, menahan diri dari membicarakannya tanpa ilmu, berakhlak dengan akhlaknya yang mulia dan beradab dengan adabnya, mencintai ahli baitnya dan para sahabat-sahabatnya, menjauhi orang-orang yang mengadakan hal yang baru dalam sunnah-sunnahnya atau mencela sebagian dari kalangan sahabatnya. Berkata Imam Al Qurthubi, "Nasihat bagi rasulNya adalah membenarkan nubuwahnya, komitmen dalam ketaatannya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya, mencintai orang yang mencintainya dan membenci orang yang membencinya, menghormatinya, mencintainya dan mencintai ahli baitnya, mengagungkannya dan mengagungkan sunnah-sunnahnya, menghidupkan sunnahnya setelah meninggalnya dengan mencarinya dan mempelajarinya, membelanya dan menyebarkannya, serta berakhlak dengan akhlak yang mulia."

 
 
Nasihat bagi para pemimpin islam


Nasihat bagi para pemimpin Islam dengan cara tolong-menolong bersama mereka di atas kebenaran, mengarahkan mereka kepada kebenaran, mengingatkannya dengan cara yang lemah lembut dan halus, membangunkannya dari kelalaian, meninggalkan dari memberontak kepadanya, sholat di belakangnya dan berjihad bersamanya, meninggalkan dari memberontak kepadanya dengan pedang (senjata) ketika nampak pada mereka kezaliman dan perlakuan yang semena-mena, serta mendo'akannya sentiasa dengan kebaikan. Berkata Ibnu Hajar Al Asqalany, "(Nasihat bagi para pemimpin Islam) dengan membantu tugas yang dipikulnya, mengingatkan dari kelalaiannya, membangunkan persatuan di bawahnya, dan di antara nasihat terhadap mereka yang paling besar adalah menolak kezalimannya dengan cara yang baik."


Nasihat bagi kaum muslimin secara umum


Berkata Imam Nawawi rahimahullah, "(Nasihat bagi muslimin) yaitu dengan mengarahkan mereka kepada apa yang membuatnya maslahat baik untuk akhiratnya ataupun untuk dunianya serta menahan diri dari menyakiti mereka, mengajari apa yang mereka tidak ketahui dari perkara agamanya, membantu mereka dengan ucapan ataupun perbuatan, memerintah mereka kepada yang ma'ruf dan mencegah mereka dari yang mungkar dengan lemah lembut dan penuh keikhlasan, menyembunyikan aibnya dan menutupi kelemahannya, menolak kemudharatan dari mereka dan mendatangkan kemaslahatan untuk mereka, menghormati yang besarnya dan menyayangi yang kecilnya, memberikan pengajaran yang baik dan meninggalkan dari berbuat curang dan dengki kepada mereka, mencintai kebaikan untuk mereka dan membenci kejelekan pada mereka serta membela harta-hartanya dan kehormatannya, mendorong mereka untuk berakhlak dengan apa yang telah disebutkan dari nasihat dan menumbuhkan kesemangatannya agar senantiasa taat."



Hukum memberi nasihat

Berkata Imam Nawawi rahimahullah, "Nasihat adalah fardhu kifayah, jika sebagian orang telah melakukannya, jatuhlah kewajiban bagi yang lainnya, dan ia (nasihat) adalah sebuah keharusan sesuai dengan kemampuan." Kalangan ahlul ilmi yang lainnya berpendapat bahawa nasihat itu ada yang hukumnya fardhu 'ain, ada pula yang fardhu kifayah, yang wajib dan yang mustahab, kerana Rasulullah saaw. menerangkan bahawa agama itu nasihat, sedangkan perkara agama ada yang wajib, yang mustahab, yang fardhu 'ain, dan juga fardhu kifayah."





Demikianlah memang nasihat merupakan bahagian penting dalam agama dan kehidupan kita, bahkan nasihat adalah salah satu di antara kelebihan-kelebihan yang membezakan kita dengan umat-umat lainnya dimana Allah telah lebihkan kita menjadi umat pilihannya. Allah berfirman, "Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasulnya (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." (QS Al Baqarah:143 ).




Dari penjelasan di atas dapat kita ambil kesimpulan-kesimpulan sebagai berikut:

1. Bahawasanya nasihat itu dinamakan sebagai agama dan Islam.

2. Bahawasanya agama itu terkait dengan amalan seperti halnya terkait dengan ucapan.

3. Tidak ada agama bagi yang tidak menjalankan nasihat bagi Allah, kitabNya, dan rasulNya, serta bagi para pemimpin Islam, dan bagi muslimin umumnya.

4. Wajibnya nasihat atas seluruh kaum muslimin dalam seluruh perkara yang disebutkan dengan segala jenisnya sesuai dengan kadar kemampuannya, ilmunya, dan kedudukannya di tengah-tengah masyarakat.

5. Nasihat adalah sebahagian dari iman.


Ditulis oleh Abu Hamzah Al Atsary

Sumber bacaan:
*Al Qur`anul Karim
*Mudzakkirotul Hadits An Nabawi fil Aqidah wal Ittiba'
*Qowa'id wa Fawa'id
*Nashihati lin Nisaa`

Selasa, 1 September 2009

Perjalanan Para Sahabat.. Sesungguhnya Kita telah berDusta..!


Dengan Nama Allah SWT...,

Salam Alaikum saudara2ku yang dihormati,




Tahukah engkau bahawasanya para sahabat Rasulullah saaw (rhum) menolong agama Allah dan berjuang di dalamnya adalah lebih dicintai mereka daripada hal2 yang selainnya?



Tahukah engkau bahawa sesungguhnya para sahabat Rasulullah saaw (rhum) merasa bangga dengan pembelaan mereka terhadap agama Allah sebagaimana orang2 lain merasa bangga dengan kemuliaan dunia?



Tahukah engkau sesungguhnya para sahabat Rasulullah saaw (rhum) telah meninggalkan kenikmatan dunia adalah kerana kesibukan mereka yang tak kenal lelah dalam menolong dan membela agama Allah?



Tahukah engkau bahawasanya tidaklah para sahabat Rasulullah saaw (rhum) melakukan semua itu kecuali adalah kerana mereka itu lebih mengutamakan redha Allah dan rasulNya daripada kesenangan mereka sendiri?

Maka sesungguhnya hal-hal yang sedemikian itu sudah cukup menjadi bukti bahawa kecintaan mereka kepada Allah dan rasulNya adalah kecintaan yang HAQ!




Oleh kerana itu, siapa saja yang mendakwa bahawa dia mencintai Allah dan rasulNya, namun dia enggan menempuh jalan yang telah dilalui oleh para sahabat Rasulullah saaw (rhum), maka hendaknya dia takut akan Allah SWT kerana pada hakikatnya dia telah pun berdusta!




Sesungguhnya dusta itu bukanlah sifat orang2 beriman!!



Maha Suci Allah SWT..