Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Khamis, 20 Ogos 2009

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita..

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita...

- pintu marah

- cinta dunia

- kebodohan (enggan menghadiri majlis ilmu)

- suka berangan angan kosong

- tamak

- bakhil

- suka pada pujian

- riak atau sombong

- ujub (merasa kagum)/takbur

- takut dan gelisah

- buruk sangka

- memandang rendah pada orang lain

- suka akan dosa

- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"

- putus asa daripada rahmat "ALLAH"



15 Senjata Memerangi Syaitan....


- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)

- Banyakkan berzikir

- Banyakan Beristigfar

- Baca "la i'laha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"

- Jangan tidur berseorangan

- Baca doa pagi dan petang

- Bersugi

- Melaksanakan solat jemaah

- Berwudhuk sebelum tidur

- menutup aurat

- Membaca doa masuk tandas.

- Banyak berselawat pada hati

- Bertaubat, beristighfar

- Banyakan baca Al-Quran

- Membaca surah Yassin setiap pagi



Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan...


- Rumah yang bersih dari kotoran

- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah

- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)

- Penghuninya jujur dan tidak berdusta

- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)

- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)

- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Rabu, 19 Ogos 2009

Sepuluh Pintu Syaitan...!



Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.


"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,”katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) disini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
ULASAN DARI SAYA..


ALLAH berfirman, bermaksud:“Syaitan memberikan janji dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain daripada tipu daya belaka. Tempat mereka itu di neraka Jahanam danmereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” - (An-Nisa:120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya berkait rapat dengan sifat mazmumah yangdiamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Melalui pelbagai jenis sifat terkeji itulah dengan secara sedar atau tidak, kita memberikan ruang dan laluan kepada syaitan untuk masuk serta bertapak di dalam diri kita.

Apabila syaitan merajai diri, seseorang itu pasti sanggup melakukan apa saja perbuatan keji kerana keinginan dan semarakan nafsu sudah mula sebati dalam diri.

Suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada setiap manusia ialah hati yang fitrah kejadiannya adalah untuk menerima petunjuk serta hidayah Allah. Hati juga sebenarnya mudah menerima nafsu yang datangnya daripada syaitan.

Berlumba-lumbalah malaikat dan syaitan untuk menguasai hati manusia.Syaitan akan bekerja keras siang dan malam semata-mata untuk menawan pemilik hati itu agar mereka melanggar perintah Allah.

Beruntung golongan manusia yang berjaya menangkis godaan syaitan dan mengelakkan hati daripada dihuni syaitan durjana. Seorang ulama pernah berkata: “Saya sentiasa berfikir dan memerhati, dari pintu mana syaitan menghasut dan menyesatkan manusia. Tiba-tiba saya dapati syaitan datang daripada 10 pintu:


* Pertama ialah pintu kesombongan dan keangkuhan. Kedua-dua sifat ini adalah antara sifat mazmumah yang tidak disukai Allah dan Rasul-Nya. Sifat itu amat mudah subur dalam diri manusia yang merasakan dirinya cukup segalanya - daripada status hidup hingga kepada wang ringgit dan harta benda yang dimiliki. Dengan itu berjalanlah manusia yang bersifat sedemikian dengan mendongakkan kepala ke langit tanpa mempedulikan orang di sekitarnya.

Allah berfirman, bermaksud: “Jangan engkau miringkan pipimu terhadap manusia kerana kesombongan dan jangan engkau berjalan di muka bumi dengan sangat riang, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlenggang dalam perjalanannya kerana sombong dan bermegah-megah.” -(Lukman: 18).

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah saw. bersabda:
“Ada tiga hal yang menjadi akar semua dosa. Jagalah dirimu dan waspadalah terhadap ketiganya.

(1) Waspadalah terhadap kesombongan, sebab kesombongan telah menjadikan iblis menolak bersujud kepada Adam.

(2) Waspadalah terhadap kerakusan, sebab kerakusan telah menyebabkan Adam memakan buah dari pohon terlarang.
(3) Dan jagalah dirimu dari dengki, sebab dengki telah menyebabkan salah seorang anak Adam membunuh saudaranya (HR Ibnu Asakir)


* Pintu kedua ialah melalui sifat bakhil dan kedekut. Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya.

Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya, manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti berzakat dan membelanjakan ke jalan yang bermanfaat yang lainnya pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat melimpah ruah oleh Allah.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian).Sesungguhnya Dia Maha Mendalami Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.” - (Al-Israk: 30).


* Ketiga ialah melalui sifat takbur yang akan hadir dalam diri seseorang apabila dia merasakan dirinya sudah lengkap memiliki segalanya lalu dia mula rasa tinggi diri terhadap orang disekelilingnya sehingga kadang kala mereka terlupa segala kurniaan nikmat itu boleh ditarik balik oleh Allah dalam sekelip mata saja, jika dikehendaki-Nya.

Allah berfirman, bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur” (An-Nahl: 23).

Begitu juga firman-Nya, bermaksud: “Sesungguhnya orang yang sombong menyembah-Ku, balasannya ialah neraka dan akan rasa terhina.” - (Al-Mukmin: 60).


* Pintu keempat melalui sifat riak dan suka dipuji. Memiliki kesempurnaan peribadi melalui ketinggian ilmu dan darjat yang disegani adalah idaman setiap insan. Namun sering juga terjadi dengan darjat dan ilmu yang dimiliki itu, manusia lupa diri dan asal usulnya. Mereka mula memandang kecil dan remeh kepada orang lain kerana menyangkakan mereka semuanya lemah dan tidak akan mampu mengatasinya. Dalam satu hadis,Rasulullah bersabda, bermaksud: “Tiga perkara yang membawa kecelakaan ialah orang yang kikir dan disegani, orang yang mengikut hawa nafsunya dan orang yang bangga dengan dirinya sendiri.”

* Sifat kelima yang menjadi pintu kepada syaitan untuk masuk ialah melalui sifat hasad dengki.

Islam amat membenci umatnya yang mempunyai perasaan dengki kepada orang lain kerana iri kepada kelebihan dan kepandaian yang diberikan Allah kepada seseorang yang lain. Ini kerana sifat itu ada kalanya membawa kepada perasaan sakit hati dan dendam selagi seseorang individu itu masih tidak memperoleh seperti yang dimiliki oleh orang lain.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda, bermaksud: “Hindarilah kamu daripada perbuatan hasad kerana dapat memakan amalan kebaikan kamu seperti api memakan kayu yang kering.”

* Pintu keenam ialah melalui sifat suka memandang remeh kepada orang lain, sama ada orang tua atau muda. Pengaruh persekitaran dan budaya liar yang banyak mementingkan diri sendiri mutakhir ini sesekali membuatkan seseorang itu rasa kepandaiannya boleh mengatasi apa jua permasalahan yang dihadapi tanpa sedikit pun mengharapkan bantuan orangl ain.

Pada saat itu akan lahir sifat ego dan megah diri dan ia pasti akan mudah memandang rendah kebolehan orang lain. Mereka lupa hakikat tidak ada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya.

Abu Umamah pernah meriwayatkan: “Tiga orang yang tidak boleh dihinakan kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil.”

* Pintu ketujuh ialah menerusi sifat ujub atau bangga diri. Orang yang mudah membangga diri sendiri sebenarnya dialah orang yang tidak mempunyai apa-apa. Ini kerana keegoan dan kebanggaan terhadap diri sendiri itulah yang akan merendahkan dirinya pada mata orang lain. Dia akan dicemuh masyarakat dan lebih malang, dimurkai Allah.

Allah berfirman, bermaksud: “Jangan engkau turut orang yang hatinya Kami lalaikan (butakan) daripada peringatan kami sedang dia mengikut kemahuan hawa nafsunya dan adalah perbuatan itu melebihi yang patut.” - (Al-Kahfi: 28).


* Pintu kelapan ialah melalui sifat suka bersenang lenang. Manusia yang lebih gemar bersenang linang biasanya mudah alpa dengan kesenangan dan kemewahan yang dikurniakan, seolah-olah apa yang diperolehnya adalah kuasa tertinggi yang boleh menentukan perjalanan hidupnya. Mereka seolah-olah terlupa kepada tanggungjawab terhadap Pencipta dan Rasul-Nya, diri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

Menurut Imam Ahmad (diriwayatkan oleh Abu Naim daripada Muaz Jabal) bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang lenang sahaja.”

* Sifat kesembilan yang menjadi pintu bagi laluan syaitan ialah sifat suka berangan-angan. Islam amat anti sifat malas. Seseorang yang malas berusaha untuk memperoleh rezeki Allah, sama ada untuk dirinya atau keluarganya tidak akan memperoleh apa-apa kerana lebih suka berharap dan berangan-angan untuk memperolehnya. Islam amat menggalakkan umatnya berusaha sedaya upaya bagi memperoleh kesenangan, selepas berusaha dan berikhtiar itulah Islam meminta umatnya bertawakal dan menyerah kepada ketentuan-Nya.


* Pintu terakhir yang menjadi laluan syaitan ialah melalui sifat suka berburuk sangka.

Meletakkan anggapan buruk terhadap seseorang amat dikeji agama. Seseorang yang sengaja menuduh orang lain melakukan sesuatu perbuatan tidak baik melalui telahan dan anggapan atau sangkaan tanpa bukti dan kebenaran akan dilaknati Allah. Perbuatan sebegini bukan saja dilarang agama, malah ia adalah satu daripada punca lahirnya masyarakat yang kucar-kacir dan sentiasa berdendam dalam kehidupan seharian.

Dalam hubungan ini, Rasulullah bersabda, bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sebenarnya orang yang berkata itulah yang paling rosak.” - (RiwayatMuslim).


Sesungguhnya kecintaan manusia terhadap 10 sifat yang dinyatakan itulah sebenarnya yang membawa kesesatan kepada manusia di dunia ini. Apabila hati sudah bertaut dengan sifat mazmumah akan mudahlah syaitan menyesatkan manusia daripada jalan yang lurus.

Justeru, berlindunglah selalu daripada bisikan syaitan dengan sentiasa menyebut: “Aku berlindung daripada syaitan yang direjam.” Kita juga dianjurkan selalu berdoa dengan menyebut: “Ya Tuhan kami, jangan Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan selepas Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Memberi (kurnia).” - (Al-Imran: 8).







Ahad, 5 Julai 2009

40 Pesanan dari Rasulullah saaw..

5hb Julai 2009...


Assalamu Alaikum,


Dengan Nama Allah SWT,


Ijtimak Malaysia 2009 akan bermula pada 9,10,11 & 12 Julai 2009 bertempat di Kuarters KLIA, Nilai.

Ini adalah satu perhimpunan atas maksud menegakkan kalimah Allah SWT di atas mukabumi ini..

Semua Muslimin dijemput hadir.

Semoga dengan ijtimak ini, jemaah2 akan dapat dihantar keseluruh dunia.. Ameenn..



Saudara2ku yang dikasihi, ini adalah posting saya yang terakhir, selepas ini blog ini tidak akan dikemas kini dalam masa yang agak lama. Jadi sebagai penutup, izinkan saya untuk memperturunkan sebuah hadis yang terkandung didalamnya 40 pesanan yang seharusnya kita umat islam beramal dengannya. Seandainya semua yang bergelar muslim dapat menunaikan semua pesanan yang telah Rasul sampaikan kepada kita ini, insyaAllah, pastinya suasana yang kita bakal harungi, bukanlah sebagaimana yang kita sedang hadapi sekarang ini, sebaliknya suasana bayangan syurgalah yang sedang kita kecapi... Sekiranya kita semua inginkan ianya benar2 terjadi, marilah kita sama2 berazam untuk belajar2 beramal dengan segala pesanan2 Rasul berikut ini;

Salman ra, telah meriwayatkan bahawa dia telah bertanya kepada Rasulullah saaw tentang empat puluh hadis mengenainya dan baginda mengatakan bahawa barangsiapa dari umatnya yang menghafalkannya akan memasuki syurga. Rasulullah saaw bersabda: Engkau hendaklah percaya:

1. Kepada Allah yakni diri-Nya dan yang berkaitan dengan-Nya,

2. Hari Kiamat,

3. Para Malaikat,

4. Kitab-kitab yang terdahulu,

5. Semua Para Nabi,

6. Kebangkitan selepas mati,

7. Takdir yakni segala yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah,

8. Engkau mengaku bahawa Tiada yang layak disembah Melainkan Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh-Nya,

9. Bahawa pada ketika setiap sholat, engkau dirikannya tepat pada waktunya setelah mengambil wuduk dengan sempurna,

10. Bayarlah Zakat,

11. Puasa pada bulan Ramadhan,

12. Mengerjakan Haji jikalau engkau ada kemampuan,

13. Engkau hendaklah mengerjakan dua belas rakaat sholat Muakkad setiap hari. ( dua rakaat sebeluh subuh, empat rakaat sebelum dan dua rakaat sesudah zohor, dua rakaat selepas magrib dan dua rakaat selepas isyak),

14. Engkau janganlah terlepas sholat witir pada waktu malam,

15. Engkau janganlah menyegutukan sesuatu dengan Allah,

16. Engkau janganlah mendurhakai kedua ibubapamu,

17. Engkau janganlah memakan harta anak yatim secara tidak adil (maksudnya tidak salah memakan harta anak yatim dengan mengikut peraturan yang sah dalam keadaan2 tertentu),

18. Engkau janganlah minum minuman keras,

19. Engkau janganlah melakukan zina,

20. Engkau janganlah bersumpah palsu,

21. Engkau jangalah memberi bukti palsu,

22. Engkau janganlah menurut nafsu haiwanmu,

23. Engkau janganlah mengumpat saudara muslimmu,

24. Engkau janganlah membuat dakwaan palsu terhadap perempuan/lelaki yang suci,

25. Engkau janganlah ada perasaan yang jahat terhadap saudara seislammu,

26. Engkau janganlah habiskan masamu dengan kesia-siaan,

27. Engkau janganlah bergaul dengan mereka yang menghabiskan masa dengan kesia-siaan,

28. Engkau janganlah memanggil temanmu dengan gelaran yang tidak disukainya,

29. Engkau janganlah berjenaka dengan menjadikan orang lain sebagai bahan jenakamu,

30. Engkau jangan membuat fitnah terhadap orang islam yang lain,

31. Engkau hendaklah bersyukur kepada Allah SWT diatas segala nikmatnya,

32. Engkau hendaklah tetap berdiri teguh (istiqamah) didalam menghadapi kepayahan dan malapetaka,

33. Engkau janganlah memandang remeh temeh terhadap azab Allah SWT. (Sesungguhnya azab-Nya itu amatlah berat...!),

34. Engkau janganlah memutuskan tali persaudaraan dengan keluargamu,


35. Engkau mestilah menunaikan kewajibanmu terhadap keluargamu,


36. Engkau jangan sekali2 mengutuk mana2 makhluk Allah,


37. Engkau hendaklah sentiasa mengingati dan memuji2 Allah SWT dengan mengucap; Subhanallahi walhamdulillahi walailahaillallahu wallahuakhbar...,


38. Engkau janganlah terlepas dari bersholat Jumaat dan sholat hariraya,


39. Engkau hendaklah percaya bahawa apa saja yang baik dan buruk yang menimpai engkau adalah telah ditakdirkan dan tidak dapat dielakkan, dan juga apa saja yang engkau tertinggal engkau telah ditakdirkan-Nya untuk melakukannya dan


40. Engkau jangan tinggalkan bacaan Al-Quran walau apa keadaan menimpa dirimu.



Salman ra berkata bahawa dia telah bertanya Rasulullah saaw, "apakah ganjaran orang2 yang telah menghafal hadis ini?" Rasulullah telah bersabda, "Allah SWT akan membangkitkan orang2 ini dikalangan para nabi dan ulama"




Demikianlah. Semoga Allah SWT melalui Rahmat dan limpah kurnia-Nya, mengampunkan segala dosa2 kita dan memasukkan kita dikalangan hamba2Nya yang taat. Ameenn..



Wallahu alam. Wassalam..



Taip bahagian pos selebihnya di sini

Khamis, 2 Julai 2009

IKHLAS


IKHLAS:

Maksud ikhlas ialah membuat suruhan Allah kerana Allah dan meninggalkan larangan Allah kerana Allah.

Ikhlas adalah dalam rahsia didalam rahsia Allah. Malaikat pencatit amal pun tidak tahu apakah seseorang itu ikhlas atau tidak. Amalan yang benar-benar ikhlas walaupun kecil tetapi besar ganjarannya disisi Allah. Menyedekahkan sebiji buah kurma dengan ikhlas semata2 kerana Allah ganjarannya adalah sebesar gunung uhud. Dan Allah SWT boleh melipatgandakan lagi balasan sebanyak yang dia kehendaki. Syaitan dapat menggoda dan memperdaya sesiapa sahaja kecuali orang2 yang ikhlas.

Mukhlisin adalah gelaran bagi orang2 yang telah sampai ketahap hakikat ikhlas. Orang2 yang mukhlis syaitan tidak dapat menguasai dan memperdaya mereka kerana Allah SWT sentiasa melindungi mereka.

Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka (Shaad:82-83)

Bagi orang2 yang masih dalam perjuangan untuk memiliki hakikat ikhlas perjuangan ini mesti diteruskan. Cara untuk melatih bagi mendapat sifat ikhlas ialah dengan terus-menerus(Istiqomah) dalam amalan, kebiasaannya Allah SWT akan memberikan berbagai2 macam dugaan dan cobaan kepada hambanya sebelum ia dikurniakan dengan sifat ikhlas.


kedua dengan sentiasa memperbetulkan niat diawal, pertengahan dan akhir amalan disudahi dengan istigfar.


Ketiga, kepentingan ikhlas perlu dijadikan topik perbualan dengan sesiapa sahaja supaya apa yang kita ucapkan akan menguatkan hati kita untuk bersifat ikhlas. Dan akhir sekali berdoa semuga Allah SWT mengurniakan kita hakikat ikhlas sebagaimana Rasulullah dan sahabat2nya.

Pada suatu pertempuran Saidina Ali kwj mengangkat pedang kerana ingin memancung seorang kafir, tiba2 org kafir tersebut telah meludah muka saidina Ali kwj. kemudian Saidina Ali kwj tidak jadi memancung kepala org tesebut. Lalu org tersebut bertanya (dialog lebih kurang)kenapa kamu tidak jadi memancung aku?. Jawab saidina Ali, tadi aku hendak memancung engkau kerana Allah, setelah engkau meludah aku aku takut aku bertindak memancungmu kerana nafsu marahku. Beginilah berhati2nya sahabat nabi dalam menjaga niat, walaupun dalam keadaan perang sedang berkecamuk.

Orang yang berniat ikhlas tidak akan terkesan dengan kejian dan pujian manusia kepadanya, baginya semuanya sama. Asalkan Allah SWT suka kepadanya itu sudah cukup, tidak kisahlah manusia nak kata apapun. Nabi Nuh as telah berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun, siang dan malam, satu jangkamasa yang amat lama, tetapi pengikutnya hanyalah lebih kurang 83 org. 950 tersebut adalah lambang dan bukti kepada keikhlasan nabi Nuh as dalam menjalankan Amanah Alllah SWT.

Lawan kepada ikhlas ialah riak, ujub sum'ah dan lain2. Amalan yang banyak tetapi tiada keikhlasan didalamnya tidak ada nilai disisi Allah, diakhirat nanti Allah SWT menyuruh sipelaku meminta pahala kepada siapa yang diniatkan selain Allah. Mereka ini amat terhina dihadapan Allah SWT. Bagimanapun secara kebiasaan bagi orang2 yang baru2 hendak berjinak2 dengan amalan agama memang berat dan agak sukar untuk mengikhlaskan niat, bagaimanapun dia perlu teruskan amalan tersebut sehingga datang rasa ikhlas sebagaimana solat, mula2 susah-malas2, lama kelamaan datang ikhlas, kalau ada penghalang sekalipun dia tetap akan cari jalan supaya dapat bersolat.

Antara Symtom2 yang menunjukkan belum sampai ke hakikat ikhlas.

1. Dipuji merasa bangga dikeji merasa marah.

2. Merasa sumbangannya tidak dihargai org.

3. Mencari glamour..dan lain-lain.


Sifat ikhlas dan amalan ikhlas adalah dua perkara. Sifat ikhlas ialah orang yang memiliki sifat ikhlas dan amalannya sentiasa ikhlas. Orang yang tidak ada sifat ikhlas amalannya kadang2 ikhlas kadang2 tidak, org yang sebegini kenalah selalu betulkan niat di sebelum, pertengahan dan sesudah amalan tersebut.

Insyaallah azam.. supaya kita semua memiliki sifat ikhlas yang disebut didalam Al-Quran sebagai orang2 yang MUKHLIS.


Minda Kuman

Ijtimak Malaysia 2009 akan bermula pada 9,10,11 & 12 Julai 2009 bertempat di Kuarters KLIA, Nilai.

Ini adalah satu perhimpunan atas maksud menegakkan kalimah Allah SWT di atas mukabumi ini..

Semua Muslimin dijemput hadir.

Semoga dengan ijtimak ini, jemaah2 akan dapat dihantar keseluruh dunia.. Ameenn..

"Kemudian datanglah seorang laki2 belari-lari dari ujung kota, katanya : Hai kaumku ikutlah utusan-utusan itu,

"Ikutlah orang yang tidak minta upah kepadamu sedang mereka mendapat petunjuk."
(Yaasin : 20-21)


"Apabila mereka (yakni munafiqin) berdiri bersholat, mereka akan berdiri dengan malas agar dilihat oleh org lain dan tidaklah mereka itu mengingati Allah melainkan sedikit" (An-Nisaa : 142)

Malik ra juga mengkhabarkan kepada kita akan peringatan daripada Rasulullah saw, "Dua ekor serigala yg lapar dan terlepas ke perkumpulan domba, tidaklah membahayakan berbanding dengan seorang yg mana ia tamak terhadap harta dan mementingkan kebesaran dirinya dalam agama" (Riwayat Tirmidzi, hadith hassan shahih:rujukan Muntakhab Ahadith)








SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal. Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:

*Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya ikhlas?


*Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."


*Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas" "Yang Benar."



Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.


ERTI IKHLAS

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhanNya


2. kerana keredhoaanNya


3. kerana arahanNya


4. kerana mentaatiNya


5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda.

Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti: berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:


1. awal


2. pertengahan


3. akhir






Kerosakan awal

Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi popular." "Aku akan jadi terkenal? "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan

Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata,"Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir

Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata,"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua.

Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi.

Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak. "Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu."

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah?


minda Abuya






SEkian.. Wassalam..