Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Ahad, 5 Julai 2009

40 Pesanan dari Rasulullah saaw..

5hb Julai 2009...


Assalamu Alaikum,


Dengan Nama Allah SWT,


Ijtimak Malaysia 2009 akan bermula pada 9,10,11 & 12 Julai 2009 bertempat di Kuarters KLIA, Nilai.

Ini adalah satu perhimpunan atas maksud menegakkan kalimah Allah SWT di atas mukabumi ini..

Semua Muslimin dijemput hadir.

Semoga dengan ijtimak ini, jemaah2 akan dapat dihantar keseluruh dunia.. Ameenn..



Saudara2ku yang dikasihi, ini adalah posting saya yang terakhir, selepas ini blog ini tidak akan dikemas kini dalam masa yang agak lama. Jadi sebagai penutup, izinkan saya untuk memperturunkan sebuah hadis yang terkandung didalamnya 40 pesanan yang seharusnya kita umat islam beramal dengannya. Seandainya semua yang bergelar muslim dapat menunaikan semua pesanan yang telah Rasul sampaikan kepada kita ini, insyaAllah, pastinya suasana yang kita bakal harungi, bukanlah sebagaimana yang kita sedang hadapi sekarang ini, sebaliknya suasana bayangan syurgalah yang sedang kita kecapi... Sekiranya kita semua inginkan ianya benar2 terjadi, marilah kita sama2 berazam untuk belajar2 beramal dengan segala pesanan2 Rasul berikut ini;

Salman ra, telah meriwayatkan bahawa dia telah bertanya kepada Rasulullah saaw tentang empat puluh hadis mengenainya dan baginda mengatakan bahawa barangsiapa dari umatnya yang menghafalkannya akan memasuki syurga. Rasulullah saaw bersabda: Engkau hendaklah percaya:

1. Kepada Allah yakni diri-Nya dan yang berkaitan dengan-Nya,

2. Hari Kiamat,

3. Para Malaikat,

4. Kitab-kitab yang terdahulu,

5. Semua Para Nabi,

6. Kebangkitan selepas mati,

7. Takdir yakni segala yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah,

8. Engkau mengaku bahawa Tiada yang layak disembah Melainkan Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh-Nya,

9. Bahawa pada ketika setiap sholat, engkau dirikannya tepat pada waktunya setelah mengambil wuduk dengan sempurna,

10. Bayarlah Zakat,

11. Puasa pada bulan Ramadhan,

12. Mengerjakan Haji jikalau engkau ada kemampuan,

13. Engkau hendaklah mengerjakan dua belas rakaat sholat Muakkad setiap hari. ( dua rakaat sebeluh subuh, empat rakaat sebelum dan dua rakaat sesudah zohor, dua rakaat selepas magrib dan dua rakaat selepas isyak),

14. Engkau janganlah terlepas sholat witir pada waktu malam,

15. Engkau janganlah menyegutukan sesuatu dengan Allah,

16. Engkau janganlah mendurhakai kedua ibubapamu,

17. Engkau janganlah memakan harta anak yatim secara tidak adil (maksudnya tidak salah memakan harta anak yatim dengan mengikut peraturan yang sah dalam keadaan2 tertentu),

18. Engkau janganlah minum minuman keras,

19. Engkau janganlah melakukan zina,

20. Engkau janganlah bersumpah palsu,

21. Engkau jangalah memberi bukti palsu,

22. Engkau janganlah menurut nafsu haiwanmu,

23. Engkau janganlah mengumpat saudara muslimmu,

24. Engkau janganlah membuat dakwaan palsu terhadap perempuan/lelaki yang suci,

25. Engkau janganlah ada perasaan yang jahat terhadap saudara seislammu,

26. Engkau janganlah habiskan masamu dengan kesia-siaan,

27. Engkau janganlah bergaul dengan mereka yang menghabiskan masa dengan kesia-siaan,

28. Engkau janganlah memanggil temanmu dengan gelaran yang tidak disukainya,

29. Engkau janganlah berjenaka dengan menjadikan orang lain sebagai bahan jenakamu,

30. Engkau jangan membuat fitnah terhadap orang islam yang lain,

31. Engkau hendaklah bersyukur kepada Allah SWT diatas segala nikmatnya,

32. Engkau hendaklah tetap berdiri teguh (istiqamah) didalam menghadapi kepayahan dan malapetaka,

33. Engkau janganlah memandang remeh temeh terhadap azab Allah SWT. (Sesungguhnya azab-Nya itu amatlah berat...!),

34. Engkau janganlah memutuskan tali persaudaraan dengan keluargamu,


35. Engkau mestilah menunaikan kewajibanmu terhadap keluargamu,


36. Engkau jangan sekali2 mengutuk mana2 makhluk Allah,


37. Engkau hendaklah sentiasa mengingati dan memuji2 Allah SWT dengan mengucap; Subhanallahi walhamdulillahi walailahaillallahu wallahuakhbar...,


38. Engkau janganlah terlepas dari bersholat Jumaat dan sholat hariraya,


39. Engkau hendaklah percaya bahawa apa saja yang baik dan buruk yang menimpai engkau adalah telah ditakdirkan dan tidak dapat dielakkan, dan juga apa saja yang engkau tertinggal engkau telah ditakdirkan-Nya untuk melakukannya dan


40. Engkau jangan tinggalkan bacaan Al-Quran walau apa keadaan menimpa dirimu.



Salman ra berkata bahawa dia telah bertanya Rasulullah saaw, "apakah ganjaran orang2 yang telah menghafal hadis ini?" Rasulullah telah bersabda, "Allah SWT akan membangkitkan orang2 ini dikalangan para nabi dan ulama"




Demikianlah. Semoga Allah SWT melalui Rahmat dan limpah kurnia-Nya, mengampunkan segala dosa2 kita dan memasukkan kita dikalangan hamba2Nya yang taat. Ameenn..



Wallahu alam. Wassalam..



Taip bahagian pos selebihnya di sini

Khamis, 2 Julai 2009

IKHLAS


IKHLAS:

Maksud ikhlas ialah membuat suruhan Allah kerana Allah dan meninggalkan larangan Allah kerana Allah.

Ikhlas adalah dalam rahsia didalam rahsia Allah. Malaikat pencatit amal pun tidak tahu apakah seseorang itu ikhlas atau tidak. Amalan yang benar-benar ikhlas walaupun kecil tetapi besar ganjarannya disisi Allah. Menyedekahkan sebiji buah kurma dengan ikhlas semata2 kerana Allah ganjarannya adalah sebesar gunung uhud. Dan Allah SWT boleh melipatgandakan lagi balasan sebanyak yang dia kehendaki. Syaitan dapat menggoda dan memperdaya sesiapa sahaja kecuali orang2 yang ikhlas.

Mukhlisin adalah gelaran bagi orang2 yang telah sampai ketahap hakikat ikhlas. Orang2 yang mukhlis syaitan tidak dapat menguasai dan memperdaya mereka kerana Allah SWT sentiasa melindungi mereka.

Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka (Shaad:82-83)

Bagi orang2 yang masih dalam perjuangan untuk memiliki hakikat ikhlas perjuangan ini mesti diteruskan. Cara untuk melatih bagi mendapat sifat ikhlas ialah dengan terus-menerus(Istiqomah) dalam amalan, kebiasaannya Allah SWT akan memberikan berbagai2 macam dugaan dan cobaan kepada hambanya sebelum ia dikurniakan dengan sifat ikhlas.


kedua dengan sentiasa memperbetulkan niat diawal, pertengahan dan akhir amalan disudahi dengan istigfar.


Ketiga, kepentingan ikhlas perlu dijadikan topik perbualan dengan sesiapa sahaja supaya apa yang kita ucapkan akan menguatkan hati kita untuk bersifat ikhlas. Dan akhir sekali berdoa semuga Allah SWT mengurniakan kita hakikat ikhlas sebagaimana Rasulullah dan sahabat2nya.

Pada suatu pertempuran Saidina Ali kwj mengangkat pedang kerana ingin memancung seorang kafir, tiba2 org kafir tersebut telah meludah muka saidina Ali kwj. kemudian Saidina Ali kwj tidak jadi memancung kepala org tesebut. Lalu org tersebut bertanya (dialog lebih kurang)kenapa kamu tidak jadi memancung aku?. Jawab saidina Ali, tadi aku hendak memancung engkau kerana Allah, setelah engkau meludah aku aku takut aku bertindak memancungmu kerana nafsu marahku. Beginilah berhati2nya sahabat nabi dalam menjaga niat, walaupun dalam keadaan perang sedang berkecamuk.

Orang yang berniat ikhlas tidak akan terkesan dengan kejian dan pujian manusia kepadanya, baginya semuanya sama. Asalkan Allah SWT suka kepadanya itu sudah cukup, tidak kisahlah manusia nak kata apapun. Nabi Nuh as telah berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun, siang dan malam, satu jangkamasa yang amat lama, tetapi pengikutnya hanyalah lebih kurang 83 org. 950 tersebut adalah lambang dan bukti kepada keikhlasan nabi Nuh as dalam menjalankan Amanah Alllah SWT.

Lawan kepada ikhlas ialah riak, ujub sum'ah dan lain2. Amalan yang banyak tetapi tiada keikhlasan didalamnya tidak ada nilai disisi Allah, diakhirat nanti Allah SWT menyuruh sipelaku meminta pahala kepada siapa yang diniatkan selain Allah. Mereka ini amat terhina dihadapan Allah SWT. Bagimanapun secara kebiasaan bagi orang2 yang baru2 hendak berjinak2 dengan amalan agama memang berat dan agak sukar untuk mengikhlaskan niat, bagaimanapun dia perlu teruskan amalan tersebut sehingga datang rasa ikhlas sebagaimana solat, mula2 susah-malas2, lama kelamaan datang ikhlas, kalau ada penghalang sekalipun dia tetap akan cari jalan supaya dapat bersolat.

Antara Symtom2 yang menunjukkan belum sampai ke hakikat ikhlas.

1. Dipuji merasa bangga dikeji merasa marah.

2. Merasa sumbangannya tidak dihargai org.

3. Mencari glamour..dan lain-lain.


Sifat ikhlas dan amalan ikhlas adalah dua perkara. Sifat ikhlas ialah orang yang memiliki sifat ikhlas dan amalannya sentiasa ikhlas. Orang yang tidak ada sifat ikhlas amalannya kadang2 ikhlas kadang2 tidak, org yang sebegini kenalah selalu betulkan niat di sebelum, pertengahan dan sesudah amalan tersebut.

Insyaallah azam.. supaya kita semua memiliki sifat ikhlas yang disebut didalam Al-Quran sebagai orang2 yang MUKHLIS.


Minda Kuman

Ijtimak Malaysia 2009 akan bermula pada 9,10,11 & 12 Julai 2009 bertempat di Kuarters KLIA, Nilai.

Ini adalah satu perhimpunan atas maksud menegakkan kalimah Allah SWT di atas mukabumi ini..

Semua Muslimin dijemput hadir.

Semoga dengan ijtimak ini, jemaah2 akan dapat dihantar keseluruh dunia.. Ameenn..

"Kemudian datanglah seorang laki2 belari-lari dari ujung kota, katanya : Hai kaumku ikutlah utusan-utusan itu,

"Ikutlah orang yang tidak minta upah kepadamu sedang mereka mendapat petunjuk."
(Yaasin : 20-21)


"Apabila mereka (yakni munafiqin) berdiri bersholat, mereka akan berdiri dengan malas agar dilihat oleh org lain dan tidaklah mereka itu mengingati Allah melainkan sedikit" (An-Nisaa : 142)

Malik ra juga mengkhabarkan kepada kita akan peringatan daripada Rasulullah saw, "Dua ekor serigala yg lapar dan terlepas ke perkumpulan domba, tidaklah membahayakan berbanding dengan seorang yg mana ia tamak terhadap harta dan mementingkan kebesaran dirinya dalam agama" (Riwayat Tirmidzi, hadith hassan shahih:rujukan Muntakhab Ahadith)








SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal. Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:

*Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya ikhlas?


*Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."


*Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas" "Yang Benar."



Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.


ERTI IKHLAS

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhanNya


2. kerana keredhoaanNya


3. kerana arahanNya


4. kerana mentaatiNya


5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda.

Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti: berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:


1. awal


2. pertengahan


3. akhir






Kerosakan awal

Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi popular." "Aku akan jadi terkenal? "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan

Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata,"Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir

Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata,"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua.

Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi.

Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak. "Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu."

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah?


minda Abuya






SEkian.. Wassalam..

Jumaat, 26 Jun 2009

Bergerak untuk Berkerja Keseluruh Dunia...



Salam Alaikum,








Dengan Nama Allah SWT...











Saudara2ku yang dikasihi,





Tidak berapa lama lagi maka akan tibalah harinya buat umat islam berkumpul hanya atas satu maksud yang besar yakni hendak menegakkan Kalimah Allah ke seluruh muka bumi ini.. Maksud ini hanya akan dapat dicapai apabila jemaah2 dapat dikeluarkan dan bergerak ke setiap pelusuk dunia ini.. Begitulah yang kita semua harap2kan..





Ijtimak ini bukanlah semata2 hendak menghimpunkan manusia sebanyak2nya di tempat perhimpunan itu. Tujuan sebenarnya adalah hendak mengeluarkan sebanyak-banyak jemaah untuk dihantar keseluruh negara2 yang wujud di dunia ini. Untuk merealisasikan perkara ini maka beberapa persiapan sebelum perhimpunan ini hendaklah disempurnakan.





1. Setiap orang islam perlu menyempurnakan agama dalam kehidupannya. Hari ini tatacara kehidupan islam hanya tinggal dalam buku saja. Marilah kita mulakan dari dalam diri kita sendiri, menyebarkannya ke seisi rumah kita, ke rakan2 yang kita sering bergurau senda, untuk mengamalkan sunnah kehidupan Rasulullah saaw..





2. Hidupkan masjid dengan 5 amalan yakni mesyuarat harian, ta'alim, dakwah khusus, ziarah umum dan jemaah 3 hari sempurna. Kunjungilah setiap rumah untuk menyampaikan kepada setiap lelaki agar semua mereka bersedia untuk memberikan harta, masa dan diri mereka ke jalan Allah SWT.. Membicarakan kepada setiap lelaki disetiap rumah untuk mereka bersedia menghidupkan amalan agama yang sempurna didalam keluarga mereka..





3. Kunjungan khas ke rakan2 seusaha, buat mereka yang sedia aktif supaya dapat menambahkan pengorbanan dijalan Allah SWT. Membangkitkan kembali semangat mereka yang kurang aktif agar kembali aktif semula. Dan mengajak orang2 yang belum pernah terlibat untuk berkerja bersama dalam menghidupkan 5 amalan masjid ini..





4. Seterusnya kita bergerak ke masjid atau surau di kariah persekitaran tempat kita. Membantu mereka untuk menghidupkan 5 amalan masjid. Bukan setakat itu saja, rombongan jemaah juga boleh dihantar kekawasan perumahan yang masih tidak ada surau atau tempat beribadah, untuk menyampaikan kepada mereka perkara penting ini, yakni menyempurnakan amalan agama dalam kehidupan seharian umat islam ini dan mengajak mereka bersama2 dalam menegakkan kalimah Allah SWT diseluruh pelusuk muka bumi ini..








Saudara2ku sekelian,








Dakwah bukanlah tugas bersendirian semata, ianya akan jadi lebih kuat dan mantap apabila dikerjakan secara berjemaah. Dan ianya bertambah2 kukuh apabila digerakkan dengan pengorbanan harta, masa dan jiwa. Jika umat Islam semuanya bergerak menjalankan kerja dakwah ini, maka wujudlah KESEMPURNAAN agama dalam kehidupan seluruh masyarakat islam di seluruh dunia. Jika tidak, umat islam akan terus dibayangi kelemahan dan panjang angan2, masa akan jadi sia2, harta jadi alat kemaksiatan, pemerintah akan terus menzalimi..





Seorang pendakwah yang berkerja bersama jemaah, kuatlah jiwanya, tidak mudah luntur dek suasana yang penuh kelalaian, hasutan kejahatan dan ancaman musuh. Seorang sahabat Nabi pernah dirayu agar meninggalkan agama Islam dengan mendapat tawaran sebuah kerajaan, pernah diancam bunuh, pernah diseksa dan dihina, namun kekuatan jiwa agama mereka tetap teguh. Inilah hasil kerja dakwah mereka bersama-sama Rasulullah saaw..





Allah SWT telah berfirman; “Siapa yang lebih baik perkataanya (yang lebih baik agamanya) dari orang yang menyeru kepada Allah SWT dan beramal soleh”. Disini diterangkan bahawa agama terbaik hanya terwujud dengan menyatukan dakwah dan ibadah. Ayat diatas sebenarnya bukanlah sekadar suatu pertanyaan, tetapi ianya merupakan suatu penjelasan atau penegasan bahawa dakwah itu adalah satu-satunya jalan untuk mendapatkan agama yang terbaik.





Seorang yang berdakwah itu telah membuatkan dirinya bangkit keghairahan untuk berusaha dengan kesungguhan hatinya buat menyempurnakan amalan agama dalam dirinya sendiri. Dakwah itu menjadi wajib untuk menyelamatkan iman dalam diri sendiri, maka hukumnya adalah fardu Ain. Maka bermujahadah dalam dakwah adalah untuk manfaat diri sendiri (waman jaahada fainnamaa yujaahidu linafsih).








Seorang yang dalam kehidupannya menjadikan Dakwah sebagai kerjanya yang paling utama, hatinya akan sentiasa berpaut pada Allah SWT. Maka dalam apa2 jua kesusahan sentiasa akan mendapat pertolongan langsung dari Allah SWT. Kita semua juga boleh mendapatkannya dengan cara;





1. Berzikirlah sebanyak2nya. Berdakwahlah sebanyak2nya. Ajak rakan2 seusaha untuk buat halkah iman setiap hari..





2. Banyakkan bercerita kisah Para Nabi dan Para Sahabat kepada sesiapa saja yang ditemui. Maka semangat juangmu akan meningkat.





3. Banyakkan bercerita tentang pertolongan langsung Allah SWT terhadap para pejuang agama Allah disepanjang zaman.





4. Banyakkan membaca Al Quran dan Hadis Rasulullah saaw.





dan banyak lagi yang boleh kita selidiki dan beramal dengannya.. Pertolongan Allah SWT akan datang dengan memperbanyakan Sabar dan Takwa. Sabar saja tanpa takwa tidak akan mendapat bantuan Allah SWT.








Sesungguhnya kebanyakan manusia melihat ahli dakwah ini hidupnya sengsara, namun ketahuilah bahawa mereka ini adalah orang2 yang sentiasa bersyukur kehadrat Allah SWT.. Jangan sekali-kali kamu menghina, mencerca mereka, sungguh pertolongan Allah sangat hampir kepada mereka...
Ijtimak Malaysia 2009 akan bermula pada 9,10,11 & 12 Julai 2009 bertempat di Kuarters KLIA, Nilai.
Ini adalah satu perhimpunan atas maksud menegakkan kalimah Allah SWT di atas mukabumi ini..
Semua Muslimin dijemput hadir.
Semoga dengan ijtimak ini, jemaah2 akan dapat dihantar keseluruh dunia..
Ameenn..

Jumaat, 12 Jun 2009

Seorang Nabi DiAkhir Zaman.....?




Salam Alaikum,






Dengan Nama Allah SWT....


Saya menulis dihari ini dengan menerbitkan sebuah pertanyaan yang agak kritikal juga la..






Adakah harus diutuskan lagi seorang nabi buat umat manusia pada hari ini?

Siapa nak jawab ni? Tak mengapalah biarkan saya sendiri yang jawab okey...








Jawabannya Ya. Malahan sangat perlunya seorang nabi di bangkitkan buat umat manusia pada hari ini, memandangkan sudah rosaknya amalan kebanyakan umat Islam hari ini. Dan betapa sudah terhapusnya segala nilai2 murni dalam kehidupan umat beragama hari ini. Persis bangsa Israel yang di datangi Musa kerana keruntuhan moral dalam masyarakat mereka.




Perlunya kehadiran seorang Rasul buat umat manusia pada hari ini kerana memandangkan penghinaan, penindasan dan kezaliman yang sudah tertimpa ke atas kita persis kehadiran Musa saatnya bangsa Israel dihina, di tindas dan di zalimi..

Tetapi sayang, seribu kali sayang, Muhammad saaw adalah 'katammul Ambiya' yakni 'penutup segala nabi2'. Tidak akan di utuskan lagi nabi sesudah dia. Allah SWT telah menyempurnakan agamaNya dalam Nur Islam dan telah di redhoiNya kamu menjadikan Islam sebagai jalan hidupmu.





Oleh kerana itu, bagaimanakah halnya kita di hari ini?



Tiada lagi nabi yang akan di utuskan buat kita sedangkan umat manusia dalam penderitaan yang hebat tanpa pendoman?



Sebenarnya kita jangan lupa satu perkara, walaupun sudah tiada lagi Nabi yang akan diutuskan didunia ini buat umat akhir zaman ini, (kalau pun ada yang mengaku jadi nabi, layak di bunuh kerana itu sudah pastilah nabi palsu) tetapi 'tugas kenabian' tetap terus berjalan sampai akhir zaman. Umat Muhammad saaw telah diberikan 'tugas kenabian' ini yakni mengajak manusia menyembah Allah SWT Yang Esa dan melarang manusia dari menyembah selain dariNya. Tugasan ini tidak akan dihentikan sampai hari kiamat!! Inilah yang membezakan umat Muhammad saaw dengan umat2 nabi yang terdahulu.


Fushshilat 41 : 33
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang sholeh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"



Disebabkan tugas yang mulia inilah maka Allah SWT ada berfirman;


Al Imran 3 : 110
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)......



Sedangkan umat Islam hari ini masih tidak selayaknya mendapat gelar 'umat terbaik' tersebut kerana tidak menjalankan tugas 'kenabian' ini, akibatnya seperti yang kita melihat kejadiannya di dunia hari ini. Perhatikan hadis Rasulullah saaw di bawah ini;

Nukman bin Basir berkata bahawa Rasulullah saaw. telah bersabda,
Ada orang yang tidak melewati batasan Allah SWT dan ada orang yang melewatinya. Mereka itu adalah seumpama dua golongan yang menaiki sebuah bahtera. Satu golongan berada di atas bahtera itu dan satu lagi duduk di dalam perut bahtera tersebut. Jadi, mereka yang berada di perut bahtera itu mahukan air, mereka berkata, "mengapa perlunya kita menyusahkan orang2 yang di atas bahtera ini, kita bisa saja mendapatkan air dengan banyaknya dengan melobangi bahagian kita ini..."
Kini apabila orang2 yang diatas bahtera itu tadi tidak mencegah orang2 yang di perut bahtera itu dari kejahilan mereka itu, mereka semuanya pasti akan karam..
(Hadis Riwayat Bhukhari dan Tirmizi)





Oleh itu saudara2ku yang dikasihi, marilah kita hari ini bersama-sama berkerja membaiki umat yang telah rosak ini. Kita sudah tahu keadaan yang buruk ini, sudah tentunya kita tidak akan sanggup membiarkan ianya menjadi lebih buruk lagi. Insya Allah, kita akan mulakannya sekarang, sebelum kita juga turut karam bersama-sama mereka....

Ijtimak Malaysia 2009 akan bermula pada 9,10,11 & 12 Julai 2009 bertempat di Kuarters KLIA, Nilai.

Ini adalah satu perhimpunan atas maksud menegakkan kalimah Allah SWT di atas mukabumi ini..


Semua Muslimin dijemput hadir.Semoga dengan ijtimak ini, jemaah2 akan dapat dihantar keseluruh dunia..

Ameenn..






Sekian. Wassalam.