Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Khamis, 16 April 2009

Adab-Adab Membaca Al Qur'an...

Salam saudara2ku yang dikasihi,

berkaitan dengan posting saya sebelum ini, artikel dibawah ini adalah untuk kita sama2 saling ingat kembali perkara2 yang kita mungkin terlupa untuk di amalkan ketika hendak membaca kitab SUCI Al Quran..



oleh Nur Liza




Terdapat banyak adab-adab yang perlu dijaga ketika membaca atau mendengar bacaan al-Quran, antaranya seperti berikut.


1) Ikhlaskan niat kerana Allah Ta'ala, bagi menghindarkan perasaan riya' dan sum'ah(bermegah-megah). Firman Allah SWT dlm surah Az-Zumar : ayat 11 "Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan penuh keikhlasan kepadaNya dalam beragama."

2) Menghadirkan hati dan akal fikiran supaya bertambah tadabbur (memerhatikan serta memikirkan). Firman Allah SWT dalam surah Shad : ayat 29 "Inilah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh keberkatan supaya mereka memperhatikan ayat2Nya dan supaya orang yang berakal itu dapat memikirkannya."


3) Membaca isti'adzah. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : ayat 98 "Apabila kamu hendak membaca al-Quran maka hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam."

4) Membaca basmalah. Rasulullah SAW bersabda: "Setiap perkara kebaikan (kebajikan) yang tidak dimulakan dengan Bismillahir Rahmanir Rahim maka amalan itu terputus dari keberkatan."

5) Membaca dalam keadaan berwudhu'. Diriwayatkan bahawa Saidina Ali karramallahu wajhah berkata: "Aku lihat Rasulullah SAW berwudhu' lalu beliau membaca sesuatu dari al-Quran kemudian bersabda, Beginilah bagi orang yang tidak berjunub, adapun orang yang berjunub tidak boleh membacanya walaupun satu ayat."

6) Membaca ditempat suci lagi bersih, tidak boleh membaca di tempat yang bersih tetapi tidak suci dan tempat yang tidak layak dengan kesucian al-Quran. Kata al-Sya'bi: "Makruh membaca al-Quran pada tiga tempat iaitu di dalam bilik air, dalam tandas dan dalam rumah kisaran di masa dia sedang berpusing."

7) Membersih mulut (bersugi). Sabda Rasulullah SAW: 'Sesungguhnya mulut kamu itu adalah jalan bagi al-Quran maka hendaklah kamu memperelokkan akannya dengan bersugi."

8) Memakai pakaian yang bersih lagi suci. Firman Allah SWT dalam surah al-Muddaththir : ayat 4; "Dan pakaianmu hendaklah kamu cuci bersih."

9) Membaca dengan suara yang baik (lunak lagi merdu). Rasululllah SAW bersabda: "Hiasilah al-Quran itu dengan suara2 kamu sesungguhnya suara yang bagus menambahkan lagi kebagusan al-Quran."

10) Membaca al-Quran dengan khusyu' serta tawaddhu' kerana takut kepada Allah serta memerhati dan memahami apa yang dibaca. Firman Allah SWT dalam surah Shad : ayat 29 "Ini adalah kitab yang telah Kami turunkan kepada kamu yang mempunyai keberkatan supaya mereka meneliti ayat2nya dan supaya mendapat pelajaran orang2 yang mempunyai fikiran."


11) Mengadap Qiblat dan duduk dengan sopan seperti duduk iftirasy (duduk tahiyat awal) atau duduk tawarruk (duduk tahiyat akhir). Sabda Rasulullah SAW: "Semulia-mulia majlis iaitu majlis yang dihadapkan ke arah Qiblat."

12) Bacaan tidak diselangi dengan percakapan kecuali menjawab salam. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' : ayat 86 "Dan apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan (ucapan salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau yang sama dengannya. Sesungguhnya Allah menghitung segala sesuatu."

13) Berselawat atas Nabi SAW jika menyebut namanya seperti Ahmad, Muhammad, Rasul, dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa berselawat atasku dengan sekali selawat maka Allah akan berselawat atasnya sepuluh kali."


14) Memohon kebajikan jika bertemu ayat rahmat dan sebaliknya jika bertemu ayat azab. Kata Hudzaifah bin al-Yaman: "Aku sembahyang bersama Nabi SAW pada satu malam lalu baginda memulakan bacaan dengan surah al-Baqarah, dia akan ruku' pada ayat yang ke-seratus kemudian dia teruskan. Dia akan sembahyang dengan surah al-Baqarah di dalam satu raka'at, kemudian seterusnya dia akan memulakan surah an-Nisa'. Dia membacanya secara perlahan, tidak gopoh. Apabila dia melalui ayat yang mengandungi tasbih, dia akan mengucapkan tasbih, apabila dia melalui ayat permintaan, dia akan memohon dan apabila dia melalui ayat perlindungan dia akan meminta perlindungan."

15) Menjawab seruan adzan. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu mendengar adzan, maka ucapkanlah sepertimana yang muadzin ucapkan."




kredit untuk http://seindah-mawar-berduri57.blogspot.com/

Selasa, 14 April 2009

Ngor Kee Ming dan Sepotong Ayat Al Quran

Oleh amri el wahab






Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat


Saya terpanggil untuk menyuarakan bantahan saya.Pertama mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan orang bukan Islam tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran sesuka hati.



1. Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta menterjemahkan sepotong ayat Al Quran ketika itu?



2. Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali tidak........



3. Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan dia ada lah semata mata untuk tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika berkempen hari itu.



4. Maka di sini kita lihat dia telah mempergunakan ayat Quran sebagai alat mainan politik nya untuk tujuan meraih undi.



4. Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua pemerhati tahu bahawa ianya bermotif politik.



5. Begitu murah kah maruah dan nilai Umat Islam hingga orang bukan Islam boleh beli dengan surah Al Quran "senjata" Umat Islam sendiri???



6. Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini di hadapan rakan rakan parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka kepada Islam selepas ini.



7. Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan seronok apabila melihat orang Cina boleh baca walaupun sepatah ayat Al Quran.Sekali pun bacaan nya lintang pukang.



8. Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di pergunakan oleh orang bukan Islam ikut sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik?



9. Walhal orang Islam sendiri di larang mempergunakan atau memperalatkan Al Quran untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk meraih undi dalam berpolitik, apatah lagi bagi orang bukan Islam.



10. Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al Quran sesuka hati. Mengapa?
Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah belajar membaca Al Quran. Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah dia baca di hadapan orang yang mahir Al Quran atau guru.



11. Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka solat tidak sah. Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca Al Quran.



12. Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum hukum tajwid.... dan hukum hukum yang berkenaan dengan nya.



13. Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia baca surah yang bunyi nya pun lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut rentak ceramah nya malam itu?



14. Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al Quran dengan tujuan hendak belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena baca di hadapan seorang yang mahir.



15. Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas saperti tuan guru dan orang orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya pula.(Terbalik kan?)



16. Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? Sebalik nya apa yang terjadi pada hari itu, penyokong penyokong beragama Islam turut bersorak dan bertepuk tangan.Malang........dan memalukan..............!!!



17. Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam mempergunakan Al Quran sesuka hati lebih lebih lagi untuk tujuan kempen politik.



18. Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di gunakan oleh bukan Islam sudah tentu hari ini nama ALLAH juga akan di salah gunakan untuk tujuan politik.



kredit untuk; http://hembusan-amal.blogspot.com/

Sabtu, 11 April 2009

Islam Menyuruh Kita TEGAS! Bukan KERAS!!

gambar ini sekadar hiasan sahaja tiada kena mengena dengan artikel ini
Assalamu Alaikum,




Wahai saudara2ku yang dikasihi,


Dengan Nama Allah SWT,




Agama Islam yang kita anuti sekarang mengajar ke kita agar bersikap Tegas bukannya Keras..


Hendaklah kita Tegas dalam mengerjakan segala perintah Allah SWT, Istiqamah dalam mengamalkannya, bijaksana dalam menyampaikan ajaranNya kepada sekelian manusia, memiliki semangat juang yang tinggi, yakni gigih dalam memperjuangkannya dimana saja dan dalam keadaan apa sekalipun...


Bukannya Keras dalam ucapan ceramah ke khalayak ramai dengan suara yang cukup lantang dicampur lagi dengan ramuan maki hamun, umpat keji, menempelak orang atau golongan lain, menjatuhkan hukum kafir terhadap saudara sendiri. Sedangkan hukum yang dilaung-laungkan dengan keras itu masih tidak dilaksanakan dalam diri. Masih banyak perintah Allah SWT yang terabaikan. Cuai dalam melaksanakan syariat atas diri sendiri. Akhlaknya rosak, maruah diri tidak dijaga. Ibarat mengata kat orang, diri sendiri yang lebih. Cakap tak serupa bikin!


Islam adalah agama yang mengajar kita agar berlemah lembut, berkasih sayang sesama manusia, apatah lagi terhadap saudara sendiri. Berakhlak mulia barulah manusia akan suka. Jika akhlak diri buruk, bukan orang suka, malahan akan lebih menjauhkan diri.


Bersikap Tegas akan buatkan orangramai menghormati kita. Bersikap Keras akan membuatkan orangramai takuti kita. Begitulah resamnya..







Adakah pemimpin kita hari ini bersikap Tegas?


Atau Keras?


Sendiri mahu lihat la....

Khamis, 9 April 2009

Berkasih Sayang dan Mencintai Orang Kafir..

Oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-’Utsaimin rahimahullah





     Adakah kita boleh memberikan sokongan kepada orang kafir?



     Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah menjelaskan bahawa ber-wala’ kepada orang kafir dengan memberikan rasa cinta, bantuan atau pertolongan (kepada mereka) serta menjadikan mereka sebagai teman dekat adalah haram dan dilarang.

Ahad, 5 April 2009

Tahanan ISA



Setelah hampir tujuh tahun, Mat Sah Bin Mohd Satray masih lagi berada dalam tahanan ISA sejak beliau ditahan pada April 2002. Nama beliau tidak berada dalam senarai mereka yang bebas dari tahanan.

Apakah kesudahannya nanti?

Berapa lama lagikah beliau dan beberapa orang lain untuk terus bertapa dalam kurungan ISA?

Apakah mereka yang tidak dibebaskan ini masih merupakan ANCAMAN pada bangsa dan negara?

Cerita lanjut sila ke http://lailagmi.blogspot.com/