
Assalamu Alaikum,
Wahai saudara2ku yang dikasihi,
Dengan Nama Allah SWT,
Agama Islam yang kita anuti sekarang mengajar ke kita agar bersikap Tegas bukannya Keras..
Hendaklah kita Tegas dalam mengerjakan segala perintah Allah SWT, Istiqamah dalam mengamalkannya, bijaksana dalam menyampaikan ajaranNya kepada sekelian manusia, memiliki semangat juang yang tinggi, yakni gigih dalam memperjuangkannya dimana saja dan dalam keadaan apa sekalipun...
Bukannya Keras dalam ucapan ceramah ke khalayak ramai dengan suara yang cukup lantang dicampur lagi dengan ramuan maki hamun, umpat keji, menempelak orang atau golongan lain, menjatuhkan hukum kafir terhadap saudara sendiri. Sedangkan hukum yang dilaung-laungkan dengan keras itu masih tidak dilaksanakan dalam diri. Masih banyak perintah Allah SWT yang terabaikan. Cuai dalam melaksanakan syariat atas diri sendiri. Akhlaknya rosak, maruah diri tidak dijaga. Ibarat mengata kat orang, diri sendiri yang lebih. Cakap tak serupa bikin!
Islam adalah agama yang mengajar kita agar berlemah lembut, berkasih sayang sesama manusia, apatah lagi terhadap saudara sendiri. Berakhlak mulia barulah manusia akan suka. Jika akhlak diri buruk, bukan orang suka, malahan akan lebih menjauhkan diri.
Bersikap Tegas akan buatkan orangramai menghormati kita. Bersikap Keras akan membuatkan orangramai takuti kita. Begitulah resamnya..
Adakah pemimpin kita hari ini bersikap Tegas?
Atau Keras?
Sendiri mahu lihat la....
salam saudara merah,
BalasPadampenulisan yang menarik. tapi sayang, ramai umat islam termasuk pemimpin yang mengaku mereka 'berbajukan' islam sendiri tidak dapat mengaplikasinya dengan baik. malah emosi dan perasan yang lebih menguasai diri mereka daripada bertindak dengan hikmah.
semoga Allah melindungi dan memelihara Islam di bumi Malaysia ini Inshallah ameen.
tegas dengan orang akfir bukan bermakna dengan membenci dan menghina mereka atau bersikap kejam dengan mereka.Islam sendiri mengajar kita bagaimana menghormati tatacara kehidupan kafir dan memberi perlindungan kepada yang lemah atau memerlukan bantuan walaupun mereka itu kafir.tetapi tegas dengan kafir ialah dengan tidak membenarkan mereka memperkotak-katikkan islam dengan cara mereka sendiri. Umat islam perlu lebih bijak berurusan dengan kafir dan tidak sewenang-wenangnya jatuh kepangkuan 'senyuman palsu' mereka.
sungguh benar yang dibicara, bagai kata Imam Al-Ghazali berkata; Orang yang takbur, marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.
BalasPadam