Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Ahad, 6 Oktober 2013

IKLAN Perniagaan : Wakil Jualan Seluruh Negeri di Malaysia diKehendaki..!

DIKEHENDAKI!



Wakil jualan ( Agen ) di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak!

Sila call/sms 019 5511893

Foto

Foto



*** ** *


Wakil jualan di setiap negeri diperlukan untuk mengedar minuman kesihatan ini;

KURMA PEGAGA
( lihat gambar yang tertera )

Khasiat jus Kurma Pegaga ini; jus kurma pegaga ini dibina daripada 7 bahan makanan yang terbaik yakni,

= KURMA, mengembalikan tenaga dengan segera.
= PEGAGA, menguatkan sel otak.
= HABBATUS SAUDA, menurunkan kadar gula dalam darah.
= ZAFRAN, awet muda.
= KISMIS, menajamkan minda.
= MADU, menghindarkan kesejukan di dada.
= HALIA, membuang angin.

Sesuai untuk diminum seisi keluarga.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai perniagaan ini, cepat, jadilah yang pertama di negeri anda..! Sila hubungi/sms talian ini, 019 5511893

Sekian..

Isnin, 2 September 2013

A Samad Said - Pejuang Kesusasteraan Melayu.




Siapa yang tidak kenal dengan sasterawan negara Datuk A Samad Said?

Seorang sasterawan yang penuh kontroversi. Beliau pernah meledakkan kejutan dengan mogok seni lebih sepuluh tahun lalu dan tidak kurang pula dianggap oleh sesetengah pihak sebagai berperangai kebudak-budakan apabila ‘bersuara’ kerana tidak memenangi Hadiah Sastera Perdana di suatu ketika dulu.

Ahad, 17 Februari 2013

Di Mana Tuhan?





Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.

 Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai. Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda. Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-


1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kuatnya.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda tampar muka saya? Marah dengan saya ker?

Kiyai : Saya tidak marah¦Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya tak faham¦Apa maksud anda?

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama¦kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Rabu, 13 Februari 2013

Persoalan Tentang HARI KIAMAT..

Assalamu Alaikum,

Apa khabar saudaraku sekalian? Lama benar kita tak bertemu di arena maya ini.. Diharapkan kalian semua sentiasa berada dalam pemeliharaan Pemelihara makhluk sekalian alam, Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Penyayang terhadap sekalian hamba-hamba-Nya. Dalam artikel kali ini aku hendak paparkan sebuah soalan yang kata empunya soalan, ini adalah soalan ilmiah dan memerlukan jawapan yang berilmiah juga... Soalan yang dimaksudkan adalah sebagaimana di bawah ini;






Pada hari kiamat seluruh manusia mati akan dibangkitkan dari kubur, ertinya kita keluar dari dalam tanah.. bererti kita akan keluar secara jasmaniah bukan roh.. sebab jika ROH yg keluar bererti bukan kebangkitan melainkan "PENGANGKATAN", yang jadi pertanyaan adalah:

1. jika kita nanti dihadapkan pada mahkamah kerajaan ALLAH pada kiamat apakah surga dan neraka ada dibumi?

2. ataukah surga dan neraka ada di planet lain yg jumlahnya bertriliun triliun itu?

3. adakah yg selamat dari kiamat bumi akan berpindah ke planet lain? atau manusia tetap dibumi lalu membentuk peradaban baru?

4. apakah bumi masih berbentuk bulat setelah hancur leburnya?

mohon jawaban secara ilmiah dari pikiran anda (bukan secara agama)..

Selasa, 16 Oktober 2012

Asal 4 Buah Sungai Di Syurga




Semasa aku israk dan naik ke langit yang tinggi, malaikat Jibril telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat didalamnya terdapat 4 buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada air susu, air madu, air arak dan air yang tidak masin.”
Aku bertanya kepada Jibril :
“Wahai Jibril, dari manakah asalnya sungai-sungai ini dan ke manakah akhirnya?"
Jibril menjawab :
“Wahai Rasulullah, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kausar sahaja dan aku tidak mengetahui dari mana asalnya.”.

Aku pun memohon petunjuk Allah dan muncullah seorang malaikat dengan memberi salam.
Setelah aku menjawab salamnya, dia menyuruh aku memejamkan mataku.
Lalu aku memejamkan mata.
Apabila aku membuka mata, aku berada dekat sepohon pokok yang besar dibuat daripada permata yang putih berkilauan manakala pintu-pintunya daripada yakut hijau dan kunci-kuncinya daripada emas.
Aku melihat empat batang sungai sedang mengalir dari bawahnya.

Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh malaikat dengan bertanya :
“Tidakkah engkau ingin melihat didalamnya?”
Aku pun bertanya :
“Bagaimana aku dapat masuk sedangkan pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya?”
Jawab malaikat itu :
“Kunci didalam tanganmu.”
Tanyaku lagi “Dimana?"
Jawabnya :
“Cukup engkau membaca Bismillahirahmanirrahim.”

Lalu aku pun ucapkan dan pintu terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalam.
Sungguh hebat ciptaan Allah, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari empat buah tiang yang besar.

Melihat aku mahu keluar, malaikat bertanya lagi kepadaku :
“Apakah engkau sudah cukup puas melihat pemandangan ini? Sesungguhnya masih ada yang engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik, dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya."

Lalu aku pun perhatikan sekali lagi.
Aku lihat terdapat kalimah Bismillahirahmanirrahim di antara empat batang tiangnya.
Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar.
Dari lubang ha’ perkataan Allah, keluar air sungai susu.
Dari lubang huruf mim perkataan ar-rahman, keluar air sungai arak.
Dan dari lubang mim dari perkataan ar-rahim, keluar air sungai madu.

Dari itu, barang siapa dari umatku membaca Bismillahirahmanirrahim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.