Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Sabtu, 15 Mei 2010

Makhluk Tiada Kuasa apa2 pun.. yang Kuasa Hanya Allah SWT....!

Perihal Iman dan Kekuasaan Allah








Allah Maha Kuasa,Makhluk Tiada Kuasa.

Satu-satunya anugerah Allah yang amat bernilai ialah IMAN.Iman adalah anugerah Allah Yang Maha Pemurah yang paling-paling berharga.Tiada benda di dunia fana ini lebih bernilai dari iman.Mercedes-Benz SLR MacLaren tidak mampu mengatasi nilai iman.Mitsubishi Lancer Evolution VIII tidak mengatasi nilai iman.BMW GTR tidak mampu mengatasi nilai Iman.

Banglo 10 tingkat siap dengan kolam renang,pemandu peribadi dan lapangan helikopter amat jauh jika dibandingkan dengan nilai iman.

Malah wanita-wanita cantik juga amat rendah nilainya berbanding iman.Claudia Schiffer tidak mampu mengatasi nilai iman.Emma Watson tidak mampu mengatasi nilai iman.Diana Danielle tidak mampu mengatasi nilai iman.Rozita Che Wan tidak dapat dibanding dengan iman.Malah Scha Al-Yahya amat jauh nilainya berbanding dengan iman yang dianugerahkan Allah kepada manusia.

Iman yang dianugerahkan Allah adalah mengikut kehendak-Nya.Iman bukanlah boleh diwarisi.Dari seorang ayah yang bertakwa.Iman tidak dapat dijualbeli.Iman bukanlah seperti tukaran wang asing atau laksana bermain saham.Iman bukanlah mengalir dari satu keturunan kepada keturunannya sehingga ke hari kiamat.Tiada siapa yang boleh menjamin seluruh keturunannya,semuanya beriman sepenuh-penuhnya mengikut jalan yang diperintahkan Allah dan Rasul sesungguhnya sehingga ke Hari Kiamat.Tiada.Memang tiada.Iman adalah anugerah Allah.Hari ini satu orang merasa bangga dia keturunan orang-orang warak.Hari ini satu orang merasa bangga dia keturunan alim ulama.Hari ini satu orang boleh merasa megah dia kaum kerabat auliya.Namun malangnya bukanlah sebab keturunan yang boleh dijadikan pasport ke Syurga Allah.Hanya satu benda ini sahaja yang menjadi pasport ke Syurga Allah.Apa dia?

Iman....


Firman Allah:


"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

(Hujuraat ayat 13)

Hanya orang yang bertakwa sahaja yang paling mulia dari kalangan manusia,bukanlah sebab dia keturunan mana-mana manusia hatta mengaku keturunan nabi sekalipun,adakah orang itu mengikut cara nabi,jalan nabi atau akhlak nabi?Di dalam kubur,bukanlah ditanya Mercedes kamu,banglo kamu,ijazah kamu,sarjana kamu,diploma kamu,sijil kamu,sijil SPM,sijil MLVK,sijil Giat Mara atau sebagainya...

Di akhirat Tuhan tidak bertanya keturunan siapakah kamu??Keturunan walikah?keturunan nabikah?keturunan alim ulamakah?Para penguasakah?Bangsawankah?Cerdik pandaikah?

TIDAK SAMA SEKALI.


Tetapi iman kamu...



Iman adalah anugerah Allah,istimewanya ia boleh didapatkan.Bagaimana untuk mendapatkan iman?Dengan mengamalkan apa yang disaksikan dalam kalimah syahadah:

Petikan dari Hadis (yang panjang) diriwayatkan dari Umar Al-Khattab r.a:

"......Maka Rasulullah s.a.w menerangkan:(dasar-dasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadah bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,dan engkau mendirikan solat dan memberikan zakat serta berpuasa pada bulan Ramadhan,dan juga engkau mengerjakan haji ke Baitullah....."

(Muslim)


Lailahaillah Muhammadurrasulullah...kita diperintahkan untuk menyembah Allah.Tetapi bagaimana caranya untuk menyembah Allah itu?

Dengan cara Nabi s.a.w.

BUkan cara Iblis,bukan cara nafsu sendiri,bukan cara emosi sendiri,bukan cara Rasul Kahar.

SEbab itu pentingnya menghayati rahsia Kalimah Syahadah.BUkannya kalimah itu hanya bermain dibibir sahaja.Hari ini ada orang yang menolak hadis nabi.Mereka hanya pegang AlQuran sahaja.Jadi bagaimana mereka mahu solat kerana cara solat hanya ditunjukkan oleh Nabi s.a.w??

Mereka solat hanya berpandukan nafsu sendiri.Zahirnya mereka mengucap Lailahaillah Muhammadurrasulullah,namun amalan mereka menjadi Lailahaillah Nafsi rasulullah.

Apabila Nabi s.a.w sudah wafat,siapakah yang boleh kita jadikan contoh orang-orang yang ikut cara Nabi s.a.w??Ahlu Bait dan Para Sahabat.Abu Bakar ikut cara Nabi,Umar ikut cara Nabi,Usman ikut cara Nabi,Ali ikut cara Nabi,Aishah ikut cara Nabi,Fatimah ikut cara Nabi,Hassan dan Hussein ikut cara Nabi dan orang-orang yang seumpama dengan mereka.

Merekalah contoh kita untuk tahu cara Nabi s.a.w.Bukan Abu Jahal,bukan Abu Lahab,bukan Abdullah Bin Saba,bukan Ubay Bin Khalaf,bukan Hitler,bukan George Bush dan bukan Obama.

Mereka bukan orang-orang yang ikut cara Nabi s.a.w.

Orang ikut cara Nabi s.a.w lah orang yang akan dapat iman.Iman yang paling berharga.Tiada benda dalam dunia ini yang paling bernilai selain iman.


Inilah iman.Iman bersifat fleksibel.Iman boleh turun boleh naik.Iman juga boleh diperbaharui (renew).Bagaimana hendak renew iman kita?

Abu Hurairah ra meriwayatkan, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Perbaharuilah iman kamu? Sahabat bertanya : “Bagaimana kami memperbaharui iman kami. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menjawab: Perbayakkanlah mengucapkan kalimah Lailahaillallah. (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Targhib)

Jadi marilah kita bersama-sama renew iman setiap hari.







Allah Maha Kuasa,Makhluk Tiada Kuasa.



Allah s.w.t menciptakan langit dan bumi.Allah s.w.t mencipta manusia,haiwan,pokok,malaikat,jin dan syaitan.Allah juga menciptakan Iblis dan Dajal.Allah juga menciptakan The Hidden Hand,The Elite,Zionis,Mason dan Illuminati.Allah berkuasa mencipta apa saja.Semuanya berada di bawah kekuasaan Allah.Tiada siapa di dalam dunia atau alam semesta ini;di dalam atau di luarnya boleh mengatasi kekuasaan Allah.

Jika orang mengatakan bahawa air sangat hebat,maka ada yang lebih hebat dari air.Apa dia?Contohnya batu.Sebab itu para pemprotes di Palestin melempar batu ke arah kereta kebal Israel,bukan menyiram air ke permukaan kereta kebal tersebut.Namun sehebat-hebat batu ada lagi makhluk Allah yang lagi hebat dari batu.Apa dia?Pistol.Ada askar Israel yang bila menggunakan pistol ini,boleh menumbangkan 7 orang pelempar batu Palestin ini walaupun 10 orang Palestin melempar batu secara berjemaah ke arah askar Israel itu.

Wah,pistol itu amat berkuasa dari batu rupanya.Hebat...hebat.

Namun sebenarnya ada lagi benda yang lebih hebat dari pistol.Aik...apa dia?Machine gun.Machine gun ini boleh melepaskan beratus-ratus peluru lebih banyak dan pantas dari sepucuk pistol.Pejuang Hamas yang menggunakan Machine gun ini boleh menumbangkan berpuluh-puluh askar Israel dalam masa tidak sampai setengah jam.Masya Allah...hebatnya Machine gun...benda ini lebih berkuasa dari pistol itu.Aku taknaklah pestol-pestolan ini.Aku nak dapatkan Machine gun.Berkuasa.Pantas.Bijak.

Tetapi tuan...tuan.Ada lagi benda di dunia fana ini lebih hebat dari Machine gun ini.Oitt...ada lagi yang hebat??Apa dia?

Bazooka.

Bazooka ini lebih handal serangannya dari Machine gun ini tuan...tuan.Askar Israel yang melancarkan Bazooka ini boleh meranapkan sebuah rumah dan merosakkan struktur bangunan.Apalagi jika ia dihalakan kepada sekumpulan kanak-kanak Palestin yang sedang mengutip batu-batu dijalan.Sekali peluru Bazooka jatuh pada mereka,semua sekali akan selamat menjadi arwah dalam masa tidak sampai 2 minit.Ya...begitu cepat seperti tuan-tuan memasak mee maggi.

Masya Allah...begitu dasyatnya benda bernama Bazooka ini!!Nampaknya Machine gun tidak berkuasa langsung berbanding Bazooka.Dan aku yakin seadanya bahawa Bazooka inilah yang paling hebat mengatasi semua senjata-senjata itu.Biarlah aku jual saja AK-47 dan Machine gun jenama Browning ini kepada macha besi buruk.Aku insaf sekarang.

Nanti dulu tuan-tuan...kerana ana ingin beritahu satu senjata yang teramat hebat.Lagi hebat dari Bazooka.Malah beratus kali ganda hebat dan dasyat dari Bazooka.Seorang kanak-kanak Palestin kalau menjatuhkan benda ini ke atas bandar Tel Aviv...masya Allah....dapat menghapuskan bukan saja Tel Aviv...malah seluruh Israel dari peta dunia.

Ya Allah!!! Apa bendanya itu yang amat hebat melebihi Bazooka!!!

Benda ini namanya BOM ATOM.

Bom atom ini amat dasyat ya maulana semua.Satu bom atom ini jika dilepaskan ke atas Pulau Singapura mampu menukarkan profesion rakyat Singapura kepada perenang Selat Tebrau.Bom atom ini kalau dijatuhkan ke atas Menara Eiffel,ia bukan sahaja mampu menghilangkan menara itu malah menghaibkan Paris dari geografi Perancis.Malah anak-anak cucu 7 keturunan warga Paris akan menderita kesan radioaktif dan mati perlahan-lahan.Bom atom ini jika diletupkan di bawah Laut China Selatan,mampu menimbulkan daya Tsunami selaju beribu-ribu knot,sehingga mampu menenggelamkan sebahagian Borneo dan Pantai Timur Malaysia.Rakyat Kelantan dan Terengganu tiada lagi masalah banjir.Memang selesai masalah mereka.

Wow!Hebatnya BOM ATOM!!Saksikanlah bahawa aku mengaku Bom atom ini lebih berkuasa dari Bazooka.Bom atom lebih hebat dari Bazooka.Bom atom lebih handal dari Bazooka.Bom atom lebih layak dipercayai dari Bazooka.Kekuasaan Bazooka tidak mampu mengatasi kekuasaan Bom atom.Aku benar-benar menyedari hakikat ini.Aku insaf..ya benar-benar insaf.

Baguslah kalau maulana menyedari bahawa Bom Atom lebih berkuasa dari Bazooka.Tetapi ada masalah sedikit ya maulana.

Apa dia???

SEBENARNYA ADA LAGI YANG LEBIH HEBAT,LEBIH DASYAT KEKUASAANNYA BERBANDING BOM ATOM!!!!!!

Ya Rabbi!!!...APA DIA LAGI???

Ada lagi yang berkuasa dari Bom atom,dari Bazooka,dari Machine gun dari pistol dari batu dari air...ya tuan-tuan ya maulana...

Malah pencipta Bom atom itu sendiri diciptakan olehnya.

Siapa???Cakap!!Siapa???





Iaitu...







ALLAH....













Ya Allah...Engkau Maha Kuasa ya Allah...Makhluk tiada kuasa.....

Isnin, 3 Mei 2010

Teori Konspirasi; Awas! Agenda FREEMASON pada Seluar Dalam Engkau...

Dengan Nama Allah SWT..


Saudara2ku sekalian, sekali lagi dalam blog ini aku bicara tentang Konspirasi, tetapi bukan maksud nak bawa halatuju blog ni kearah blog konspirasi pula tetapi hanya sekadar nak berikan peringatan untuk kalian peminat pengkaji konspirasi; ketakutan pada sesuatu perkara tu biarlah berpada, jangan keterlaluan, itu hanya akan membuatkan kita tidak dapat berfikir dengan waras.. Padahnya, akal mati dan jiwa kacau huhuu...

Aku tertarik dengan sebuah artikel tulisan adiospunk dari laman disini dengan gaya sarkastiknya, penuh sindiran yang mungkin ada antara kalian akan ketawa berguling2 membacanya.. Guna pemikiran engkau sebaik2nya apabila membaca sesuatu artikel yang sebegini. Jangan mudah tergoda, terikut2 rentak penulis, bukan apa, ada juga penulis konspirasi ini telah memaksa kita untuk berfikir sebagaimana mereka berfikir. Kita seharusnya bijak dalam menilai setiap penulisan yang kita baca. Silap menilai akan terperangkap dan binasa... Bahaya ni..


Kaitan Freemason dengan Seluar Dalam



FREEMASON ada dimana-mana.

Bukan sahaja pada cetakan matawang dollar US,

tapi turut terlihat pada logo kereta, kulit album artis terkenal, siri kartun pokemon dan juga pada bungkusan chikadees.

Walaupun begitu, kewujudan logo itu tak sebanyak bilangan logo yang wujud dalam kepala otak orang-orang paranoid yang sangat taksub dengan kisah-kisah freemason.

Adalah membuang masa kalau diceritakan asal-usul Freemason..

maka ada baiknya klik sendiri link di bawah ni dan baca sendiri :
Secara ringkasnya, freemason adalah pertubuhan sulit yang bercita-cita untuk menukar bentuk planet bumi ini daripada berbentuk bulat kepada bentuk tiga segi.

Keadaan ini telah menimbulkan rasa curiga dan tak puas hati di kalangan umat manusia

Kerana usaha menyongsang akal seperti itu, maka mereka mula dikaitkan dengan gerakkan kiamat yang bersongkol dengan Dajjal.

Sudah sekian lama mereka meletakkan logo-logo berbentuk segi tiga ke merata-rata tempat.

Perbuatan merepek itu sudah lama dikesan dan dibongkar.

Hairan juga ramai penulis-penulis yang lebih mengetahui tentang persatuan itu walaupun mereka bukanlah ahli berdaftar Freemason. Dari mana mereka dapat maklumat ??
tapi itu tak penting,

asalkan kita sentiasa mengingati sesama sendiri

sebab sesetengah daripada kita tak menyedari yang gerakkan Freemason sudah menular begitu dekat dengan diri kita.

malah ianya sudahpun masuk kedalam rumah kita..
Mari kita lihat contoh-contohnya :


Cuba lihat betul-betul pada spender tersebut.




Ia berbentuk segitiga yang diterbalikkan.

Mungkin Freemason cuba mengelirukan orang ramai.

dan terdapat juga perkataan DIESEL yang diambil dari perkataan DIE (mati) dan SEL (sebuah negeri di Norway) ..

mungkin maksudnya, sebelum mati baik pergi melancong ke norway..


ini lagi satu contoh.. cuba lihat dengan teliti pada gambar coli.

ini adalah konspirasi tahap tinggi




iaitu dengan meletakkan dua bentuk segitiga sekaligus




yang mana kalau dicampurkan akan menjadi logo star of david.


Setiap kali anda sedang makan nasik lemak, mungkin anda tak perasan akan bentuk bungkusannya.

nasik lemak juga adalah konspirasi jahat freemason dan zionis.. sebab itu ia berbentuk piramid..

dikatakan ahli-ahli freemason akan makan nasi lemak sementara menunggu kedatangan Dajjal dan hari kiamat



lihat dengan teliti persamaan dalam gambar.

adakah mangkuk jamban ini yang dimaksudkan oleh freemason sebagai ‘the all seeing eye’

adakah mangkuk tandas ini membawa mesej sulit untuk anggota freemason ?


atau adakah mangkuk tandas itu sendiri yang dimaksudkan sebagai “supreme being’ yg selalu menjadi tanda tanya selama ini







Otak adalah satu-satunya organ manusia yang berfungsi seperti tampon.

Ia berkeupayaan menyerap.

Tapi, adakah kita tahu apa yang diserap oleh otak kita

dari apa yang kiita lihat, kita dengar dan kita baca.
Aku tak tau apa yang korang lihat atau apa yang korang dengar..

maka aku cuba terangkan pasal bacaan …

Terdapat dua jenis bacaan yang perlu kita tahu bezakan.

1) bacaan yang mengajak kita berfikir.

2) bacaan yang memutarbelit fakta dan memaksa kita berfikir seperti penulisnya.




Yang pertama akan membentuk kita menjadi diri kita sendiri


dan yang kedua adalah propaganda yang mahu kita menjadi zombie.


Semoga bijak mencerna.



Kredit untuk adiospunk.wordpress.com

Khamis, 22 April 2010

Ketika Manusia Berdoa...












Dengan Nama Allah SWT.....


Saudara-saudariku,

Kali ini saya mengajak tuan-tuan dan puan-puan, juga adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang semua memperhatikan cara atau perkataan doa-doa yang mungkin sering kali kita ucapkan. Apakah pernah engkau terfikirkan samada ucapan doa kita itu BENAR atau SALAH? Mari kita perhatikan dailog dibawah ini dan fikir-fikirkanlah...


Manusia berdoa;
Ya Allah sempurnakanlah kekurangan tubuhku.
Allah membalas;
Tidak! Jiwamu telah sempurna, tubuhmu hanyalah sementara.

Manusia berdoa;
Ya Allah berikan aku segala hal yang menjadikan hidup ini nikmat.
Allah membalas;
Tidak! Kuberi kau kehidupan supaya kau menikmati segala hal.

Manusia berdoa;
Ya Allah berikan aku kebahagiaan.
Allah membalas;
Tidak! Kuberi keberkahan, kebahagiaan bergantung kepadamu sendiri untuk menghargai  keberkahan itu.

Manusia berdoa;
Ya Allah ambillah kesombonganku dariku.
Allah membalas;
Tidak! Bukan Aku yang mengambil, tapi kau yang harus menyerahkannya.

Manusia berdoa;
Ya Allah berikanlah aku kesabaran.
Allah membalas;
Tidak! Kesabaran datang dari ketabahan dalam menghadapi cubaan, tidak diberikan, kau harus mendapatkannya sendiri.

Manusia berdoa;
Ya Allah jauhkan aku dari kesusahan.
Allah membalas;
Tidak! Kesusahan atau penderitaan itu menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu padaKu.

Manusia berdoa;
Ya Allah bantulah aku MENCINTAIMU, sebesar CINTAMU padaku.
Allah menjawab;
Ya. Akhirnya kau mengerti..

Sabtu, 17 April 2010

Suatu masa dahulu di Iran....



Ini adalah gambar di Iran suatu masa dahulu... sama macam kita dulu-dulu jugak...


















Tetapi hari ini mereka telah mengalami perubahan yang agak drastik jugak la... Tapi kita bagaimana?

Khamis, 15 April 2010

Teori Konspirasi : Tiga Masons Melayu....!

















Dengan Nama Allah SWT...


Saudara-saudaraku sekalian,

dalam entri kali ini aku membawa masuk sebuah artikel yang merupakan sebuah 'teori konspirasi'. Ini adalah sekadar teori semata, bukan sebuah berita jadi diharapkan pembaca sekalian tidak perlu percaya 100% atau boleh juga menolaknya sama sekali...! Namun tidak sekali2 aku mahu jadikan blog ini sebagai sebuah blog konspirasi pula, blog ini bebas untuk diisi dengan artikel apa2 saja yang menarik perhatianku, selaku pengurus blog ini. Tujuan aku memaparkannya disini adalah hendak mengajak para pembaca sekalian berfikir dan terus berfikir, ada suatu rahsia disebaliknya, setiap dari kita mempunyai sudut pandang masing2 yang berbeza antara satu sama lain. Maka inilah sebabnya sekalian pembaca harus berbincang, berdiskusi agar setiap pandangan yang berbeza itu dapat dikumpulkan, digabungkan lantas dipilih mana2 yang betul, lalu dibuang mana2 yang salah... Namun sekiranya ada diantara pembaca yang mahu berbincang akan hal ini, bukan di sini ya, sila kehalaman asal artikel ini yakni diblog mistisfiles.blogspot Seperkara lagi, bersempena dengan penerbitan artikel yang aku C@P dari blog mistisfiles ini, aku telah buat satu pengundian dengan soalan "Siapakah pemimpin MALAYSIA yang bakal menyelamatkan Ummat Akhir Zaman" yang aku letakkan di sidebar kanan blog ini. Silakanlah mengundi ya..




Hikayat Tiga Mason Melayu...


Tiga manusia ini mendapat pengiktirafan oleh bangsanya sendiri akibat sebab-sebab yang tertentu.Tiga manusia ini adalah pemimpin yang diangkat dengan harapan untuk memimpin bangsanya ke arah masa depan yang lebih gemilang.Ketiga-tiga manusia ini juga dihina oleh sebilangan manusia yang marah dan kecewa.Masing-masing dari tiga manusia ini mendapat bahagian masing-masing dari bermacam kutukan dan penghinaan.






Ketiga-tiganya adalah pemimpin Melayu yang tersohor dan memimpin organisasi masing-masing.Mahathir diambil kerana kepimpinannya telah teruji manakala pemimpin-pemimpin yang menggantikannya tidak mampu untuk mengalahkan karismanya setakat ini.Seorang darinya pula menerima penghinaan yang teramat teruk dan amat memalukan.Yang lagi seorang pula tidak perlu dijelaskan lagi.






Seorang digelar Mahafiraun, yang seorang berjawatan Peliwat Negara dan Penjilat Dajjal Amerika.Dan seorang pula dilabel Pak Turut Dajjal Komunis.

(artikel ini tidak bermaksud bahawa ketiga mereka benar-benar 'Mason')



'Tiga Masons Melayu'





Ketiga-tiganya adalah pemimpin Melayu yang berpengaruh. Masing-masing mempunyai aura mereka yang tersendiri. Menurut ilmu strategi Dajjal The Antichrist, para pemimpin seperti ini perlu didekati untuk menjerumuskan mereka kepada 'zombie-zombie' yang dapat bekerja untuk secara membuta-tuli di pihak syaitan manusia. Para pemimpin seperti ini perlu dimanjakan dan dibujuk-bujuk supaya menjadi terpukau dan menurut sahaja kehendak sang Dajjal. Kakitangan Dajjal tidak akan menemui Pak Mat yang menjual air tebu ditepi jalan untuk program memecahbelahkan umat Melayu beragama Islam atau Mak Bedah yang menjual pinggan mangkuk di Malim Nawar bagi usaha 'inter-religious faith' yang sebenarnya menghentam agama Islam semata. Adalah amat merugikan jika Dajjal menghantar para pencacainya kepada mat-mat rempit yang bersidai di Central Square di Sungai Petani. Lebih baik duit peruntukan itu ditabur kepada para pelacur kelas atasan untuk dihantar kepada para pemimpin Melayu supaya dapat diugut (blackmail) untuk menurut apa jua arahan Para Elit Dajjal.


Bagi yang mempelajari segala jenis konspirasi sang Dajjal, mula meneka-neka adakah mereka ini berjawatan Mason Melayu.


Soalannya sekarang, adakah ketiga-tiga manusia ini adalah Mason?



Jawapan kadangkala tidak menjawab persoalan yang ditanya. Jawapan kadangkala tidak membantu, malah menyusahkan,memecahbelahkan dan menghala si pengharap jawapan tadi ke arah kebinasaan. KADANGKALA LEBIH BAIK TIDAK MENGETAHUI DARI MENGETAHUI.Jika pengetahuan itu tidak mampu digunakan dengan baik,mungkin ia akan membinasakan orang yang punya pengetahuan tadi.

Kita tidak perlukan jawapannya sekarang. Walaupun salah seorang,atau kesemuanya adalah Mason Melayu yang bertopengkan Islam, namun itu bukanlah tujuan kita. Tujuan kita di sini adalah untuk memahami perjalanan The Hidden Hand untuk mencatur arah sosio-politik Melayu sama ada sebetulnya Islam atau hanya Islam pada namanya sahaja. Tujuan kita adalah untuk mengambil manfaat dari semua percaturan The Hidden Hand ke atas kita. Dengan kata lain, apabila racun disuapkan ke dalam mulut kita, kita dapat mengubahnya menjadi madu yang amat manis, segar lagi menyihatkan.

Dr. Mahathir adalah seorang Melayu yang mempunyai karisma dalam bidang pentadbiran, percaturan ekonomi dan pembangunan. Tidak sia-sia beliau digelar Bapa Pembangunan. Jika beliau adalah seorang diktator, ya...beliau adalah seorang diktator Melayu yang berjaya membawa orang-orang Melayu menyedut bau penghawa dingin di dalam KLCC dan LRT. Putrajaya,adalah nama ibukota kerajaannya yang baru sebagaimana kerajaan Mala-Khmer memindahkan ibukota mereka ke Angkor pada masa-masa yang lalu.

Tidak dinafikan segala sumbangan beliau dalam arena material dan kebendaan di Malaysia. Jika tidak asbab inisiatif beliau, Malaysia mungkin lebih lambat atau tiada langsung untuk mempunyai industri kereta sendiri. Orang Melayu yang disangka tidak mampu membuat apa-apa walaupun sebatang jarum telah mampu mengeluarkan kereta sendiri. Kesampingkan pesimis-pesimis yang berkata itu dan ini. Jepun yang dikagumi mereka itu sebenarnya bermula sebagai penciplak dan peniru paling licik dan profesional. Teknologi Jepun yang menjadikannya hebat kini bermula dari kaedah meniru ciptaan orang-orang Barat seterusnya membaikinya sedikit demi sedikit.

Malangnya, beliau seorang yang 'lack of manner' dalam bidang pembangunan insan dan agama. Beliau bukanlah orang yang boleh disebut-sebut telah mencipta sejarah dalam arena kemajuan agama secara hakikatnya di Malaysia. Malah beliau telah dikutuk-kutuk dan dituduh mempersendakan janggut nabi dan memecat mufti dan menangkap ulama yang tidak menyetujui dasar mengabaikan agama sendiri oleh beliau. Di zaman beliau, semua media dikawal dengan sebaiknya. SEmua orang termasuk kawan dan lawan merasa gerun dengan karisma kediktatoran beliau. Kaum-kaum lain juga hanya berani berbisik di dalam kelambu mengenai isu Ketuanan Melayu dan DEB. Tidak seperti hari ini apabila Ketua Neo-Chauvinist Marxisme di Pulau Pinang mengumumkan DEB akan dihapuskan segera secara terbuka dan berani. Dalam kes lain,perbuatan mengangkat keris sahaja dikatakan mengancam kaum lain. Jika ini terjadi di era Dr. Mahathir,sudah tentu orang ini akan 'layak digelek ditengah jalan'.

Katakanlah saya ialah Dajjal The Antichrist.Sudah tentu saya perlu memerhatikan pemimpin ini supaya dapat dibujuk-bujuk untuk menerima Program Mengabaikan Agama Sendiri dan Mempersendakan Hukum Allah. Suntikkan dia dengan dana-dana yang besar-besar, beri dia penasihat dari kalangan Yahudi atau Neo-Christian supaya dia tidak jauh dari landasan yang ditetapkan.

Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula, apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya, bahawa Mahathir Mohamad adalah seorang Mason, sudah tentu kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 95%. Dia hanya menyuapkan pembangunan semata, menghina janggut nabi,menggalakkan lahirnya para Modenis Melayu-Islam yang keliru dan sesat seperti Sister In Islam dan Astora Jabat yang rela melacurkan agama demi sesuap nasi dan bersikap pesimis terhadap hukum Allah s.w.t. Apakah sumbangan Mahathir kepada umat Islam? Jakim? Ahh...Jakim hanyalah topeng sahaja. Kemajuan Islam yang bagaimana dijana oleh si JAKIM ini? SEmakin lama si JAKIM ini bernafas, selagi itulah agama dikurung didalam surau, masjid dan pejabat agama. Ya, ada juga peneraju JAKIM ini ikhlas tetapi jika diuji dengan pasir yang ditabur di dalam periuk nasi mereka, adakah mereka rela berkorban atas nama agama atau merayu pasir tadi dibuang dari periuk nasi tadi? Hipokrit, mungkin itulah pandangan saya sebagai pengkaji konspirasi di Malaysia.

Tetapi ada cara lain yang lebih bermakna bagi menangani seorang 'Mason' tegar seperti Dr. Mahathir Mohamad ini.


Kita lihat manusia malang bernama Anwar Ibrahim ini. Kisahnya amat sedih lagi menyayat hati. Beliau seorang yang penuh karisma sebagai pemimpin pelajar, peneraju kesatuan dan pertubuhan, amir gerakan yang punya visi dan misi yang mantap. Percakapannya memukau, gerak tubuhnya kena dengan situasi dan auranya begitu menyilaukan. Beliau pada mulanya berjuang di dalam ABIM, sebuah NGO berteraskan perjuangan islah agama namun segan untuk 'menikah' dengan PAS, sebuah gerakan Islam berteraskan politik. Ini kerana percaturan beliau yang selama ini dimpikan ialah; memasuki UMNO yang diketahui umum sebahagian besar gerakan islah agama sebagai organisasi sekular yang sakit, memulihkan dari dalam, menerajuinya dan mungkin... menggabungkannya dengan ABIM dan PAS. Sungguh indah percaturan manusia bernama Anwar Ibrahim ini, kalau benar seperti yang dimpikannya maka begitu suci niatnya untuk memulihkan penyakit UMNO yang membarah dan berdarah. Betapa manisnya umat Islam jika cita-citanya tercapai.

Namun, panas yang disangka hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Beliau berjaya menyusup ke dalam Umno. Plannya yang pertama tercapai. Maka selepas itu beliau berjaya menaiki puncak demi puncak hingga menjawat Timbalan Perdana Menteri. Di masa-masa kegemilangan beliau, Malaysia menikmati zaman Harimau Ekonomi. Siasah pentadbiran dan ekonomi beliau tidak kalah dengan Dr. Mahathir. Gandingan dua insan Melayu yang bijak pandai ini menghasilkan keajaiban sebentar, sebelum The Hidden Hand menghantar George Soros menyerang ekonomi Harimau-harimau Asia Tenggara. Istilah 'spekulasi' mendadak semakin popular hingga Pok Nik Hasse di Lata Buaya di Kelantan dapat menyebutnya dengan fasih. Selepas itu,seolah-olah dirancang, satu demi satu nasib malang hinggap di bahu beliau.



Anwar telah dituduh dengan pelbagai tuduhan yang pelik-pelik. Pada masa inilah beliau diberi jawatan Peliwat Negara buat pertama kalinya. Satu tilam tanpa cadar terpaksa diusung untuk membuktikan kesalahan beliau. Nasib baiklah tidak diusung sekali Tivoli Villa tempat tilam tadi bersemayam. Anwar bingkas mempertahankan dirinya. Beliau mengambil jalan revolusi. Road show dan demonstrasi jalanan. Dan Mahathir punya alasan yang cukup untuk menangkap Anwar dan menyumbatnya ke penjara. JIka Anwar Ibrahim duduk diam dan bersikap tawaduk dan 'defensive' apakah jalan Mahathir untuk memenjaranya? FIKIRKAN RAHSIA INI.

Di dalam penjara, Anwar Ibrahim telah menerima tamparan yang paling hebat dalam hidupnya. Dari orang No.2 dalam negara jatuh mendadak ke seorang banduan dan yang paling menyedihkan dituduh sebagai peliwat. Hina sehina-hinanya. Jika Anwar seorang manusia biasa yang punya perasaan, sudah tentu ini amat-amat menekan beliau. Adakalanya ketika waktu-waktu yang membosankan di penjara, beliau mengalami trauma yang amat dasyat. Dibogelkan dan dipukul. Dan 1001 azab yang ditimpakan ke atasnya, walaupun dia pernah berjasa memajukan universiti dan pendidikan anak-anak polis yang memukulnya tadi, itu bukan persoalannya sekarang.

Jika saya seorang yang bergelar Dajjal The Antichrist, inilah masanya untuk bertindak. Saya akan menghantar para pencacai saya untuk menemui Anwar di penjara. Para pencacai saya akan bertanya khabar dengan Anwar dan memberikan kata-kata semangat. Para pencacai saya juga akan menaburkan janji-janji manis kepada Anwar jika dia dibebaskan nanti. Anwar Ibrahim akan dibantu dari segi kewangan dan diberi pekerjaan. Saya akan mengagak, sudah tentu Anwar akan ter'mindcontrol' dengan sendirinya apabila dihipnosis oleh pakar mindcontrol saya. Teorinya tidak susah, orang seperti Anwar yang dibenci oleh umat Melayu (media massa dikawal oleh seorang kuli saya yang lain, maka Anwar telah dipromosi secara besar-besaran kepada umat Melayu sebagai pengkhianat dan peliwat) akan merasakan orang-orang yang datang ini adalah sahabat sejati yang menolong ketika susah. Anwar dalam keadaan begini berada dalam kondisi yang amat lemah. Moral dan semangatnya amat lemah. Kekecewaan, kesedihan dan rasa marah yang dasyat pasti menguasai diri. Di masa inilah yang sesuai untuk saya cucukkan jarum. Anwar perlukan sokongan di masa ini. Saya takkan biarkan musuh-musuh saya dari kalangan pengikut agama Allah atau para ulama datang menemui Anwar dan mengatasi para pencacai saya. Tetapi saya tahu saya ada kelebihan yang tersendiri. Memanglah ada penyokong dia yang datang memberikan sokongan dan kata-kata semangat termasuk ahli keluarganya, namun manusia tidak kenyang dengan hanya makan kata-kata semangat. Hahaha... mereka tidak boleh mengatasi kunjungan orang-orang suruhan saya. Mereka datang bukan dengan tangan kosong, tetapi janji-janji benar tentang dana-dana dan pekerjaan yang akan diberikan kepada Anwar selepas keluar dari penjara. Anwar sudah tentu tidak boleh mengharapkan para penyokongnya yang miskin dan papa kedana itu untuk mencarikannya pekerjaan. Dia musuh No. 1 negara sekarang. Adakah Anwar akan terhegeh-hegeh membeli Utusan Melayu atau The Star untuk membuka halaman iklaneka mencari pekerjaan bagi menyara dirinya dan keluarganya? Fikirkan. Strategi bijak saya ini akan mengena. Saya ialah Dajjal, Manusia Bijak. Siapa boleh lawan saya dalam hal kawalan minda dan seni mempengaruhi manusia?? Siapa Dale Carnegie? Anthony Robbins? Neuro-Linguistic Programming? Itu semua sampah! Rubbish! Seni mindcontrol saya lebih dasyat!

Setelah keluar dari penjara, Anwar akan bertugas sebagai penceramah di universiti-unversiti luar negara. Kami para Elit akan melayan beliau dengan baik. Biar dia jauh hati dengan bangsanya sendiri yang menghina dan menjatuhkannya ke dalam lubang tandas penghinaan paling keji dalam sejarah hidupnya. Kami akan bentuk mindanya supaya apabila dia kembali menjadi pemimpin di negaranya, dia akan kurang sensitiviti terhadap agama dan bangsanya. Apabila kami akan promosikan konsep persamaan agama, dan teka... adakah Anwar akan menuruti langkah kami?




Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula, apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya, bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang Mason, sudah tentu kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 95%. Logo Parti Keadilan berlambangkan 'mata satu' lambang Dajjal The Antichrist. Anwar menyambut baik 'inter-religious dialogue' yang sebenarnya menghentam Islam sahaja. Nama Allah boleh dipakai penganut agama lain. Jadi mereka boleh mengukir kalimah Allah di dalam gereja, kuil dan tokong. Anwar selalu ke luar negara dan menghadiri majlis-majlis para pengikut Dajjal. Hak-hak Melayu-Islam semakin lama semakin diperkosa di bawah order Anwar. Al-Gore sudah tentu idola Anwar. HIdup Anwar kini dikelilingi Yahudi dan Nasrani yang menaburkan hartabenda ke atasnya. Jerusalem Post menabalkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, apa maknanya itu? Ya.. ini bukti konkrit Anwar adalah seorang Mason. Misinya hanya mahu berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia, selepas itu mungkin dia menjadi boneka atau digantikan dengan Mason yang lebih sadis.

Namun sebenarnya ada cara lain yang lebih bermakna untuk menangani seorang 'Mason' seperti Anwar Ibrahim.


Kita beralih pula dengan seorang lagi pemimpin Melayu. Beliau bergelar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau berjuang atas nama agama Islam. Beliau bukan sahaja dilihat sebagai seorang pemimpin politik, tetapi seorang pemimpin spiritual. Beliau mempunyai visi untuk menubuhkan negara Islam yang menegakkan hukum Allah di Malaysia. Tiada apa lagi yang dapat di ulas berkenaan manusia bernama Nik Aziz ini. Dia bukan seorang pemimpin negara. Dia hanya ustaz biasa yang bergelar Mursyidul Am Pas. itu sahaja. Noktah.

JIka saya seorang yang bergelar Dajjal The Antichrist, saya akan menggunakan taktik seperti yang dikenakan ke atas Mahathir. Saya akan dekati Nik Aziz ini. Bagaimana saya mahu dekati dia? Dia seorang yang berlatarbelakangkan agama. Haha... tidak susah. Malah amat senang sekali. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Saya akan menghantar para orientalis yang hebat ilmu agamanya, hafiz dan fasih dalam pelbagai disiplin agama Islam. Mereka saya pastikan memakai serban besar-besar dan jubah-jubah. Mulut mesti sentiasa bergerak-gerak, berzikir mengingati musuh No .1 saya (Allah) kononnya... huhuhu. Nik Aziz akan didoktrin secara senyap-senyap. Dia semakin tua. Sudah pasti tekanan kerja makin tinggi kerana keupayaan dia makin melemah. Saya biarkan dia mengeluarkan kenyataan yang pelik-pelik. Saya biarkan dia menerajui Pas supaya umat Islam tidak bersatu. Saya biarkan dia mencorakkan Pas sebagai sebuah parti Islam yang agresif. Dia akan kafir-mengkafirkan saudara sendiri dalam Umno jadi orang Islam dalam Umno akan jauh hati dengan Pas dan semakin benci dengan Pas dan Hukum Allah nya. Jadi biarlah Umno dengan fahaman Sekularnya dan tidak lagi mahu berjinak-jinak dengan ajaran Islam secara keseluruhan. Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya... biarkan... biarkan. Nik Aziz semakin tua, dan semakin nyanyuk hehehe... lepas itu saya akan kawal fikirannya supaya lebih banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang pelik-pelik dan akhirnya bertentangan dengan Islam sendiri. Akhirnya parti Pas akan dicop Parti Ajaran Sesat disebabkan gelagat Nik Aziz tadi yang sudah nyanyuk. Saya akan pastikan dia tidak menyetujui apa jua cadangan menyatupadukan umat Islam di dalam Umno dan Pas. Saya akan jadikan Pas itu seolah-olah Sunnah dan Umno itu Syiah. Tidak mustahil orang-orang Pas dan Umno akan bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri seperti yang berlaku kepada pengikut Sunnah dan Syiah di negara-negara Timur Tengah, India, Iran atau Pakistan.


Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula, apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya, bahawa Nik Aziz Nik Mat adalah seorang Mason, kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 75%. Kenapa? Sebab dialah Parti Pas banyak mendapat susah sekarang. Bila Pas nak muzakarah dengan Umno, kenapa si tua ni tak sungguh-sungguh? Bila gagal, boleh kutuk-kutuk Umno pula. Bila Hadi Awang nak buat Kerajaan Perpaduan, si tua ni lagi yang buat masalah. Agaknya dia anggap orang Umno ni ibarat najis anjing. Tidak boleh disentuh langsung. Haram. Nama Allah boleh dipakai oleh paderi gereja? Biar betul si tua ni. Pelik dan semakin pelik. Amat teruk penghinaan dia terhadap ahli Umno. Tidak beragak langsung. Mengapa dia tidak memilih imej pemimpin berakhlak mulia dan sopan sebaliknya memilih untuk bermulut celupar dan menjauhkan lagi hidayah kepada orang Umno kepada agama Islam sendiri? Betul-betul pening dengan si bangka ini.

Sebenarnya ada cara yang bermakna untuk menangani seorang 'Mason' bernama Nik Aziz Nik Mat ini.


Ketiga-tiga manusia ini masih menerajui organisasi masing-masing kecuali yang pertama. Ketiga-tiga mereka bertanggungjawab dengan persoalan; mengapa tidak duduk berbincang dan bersatu sahaja? Ketiga-tiganya telah memotong kek perpaduan Melayu-Islam kepada tiga bahagian. Tiga bahagian ini cukup untuk menghuruharakan Melayu yang memiliki dilemanya sendiri dipanggil Dilema Melayu. Tiga bahagian ini cukup menserabutkan kesatuan Melayu sehingga Dajjal Komunis selesa menaiki takhta pemerintahan, menggalakkan industri babi dan arak dengan selesa. Mengapa tidak duduk berbincang dan bersatu sahaja?

Mari kita main permainan teka-meneka. JIka Mahathir adalah Mason, Anwar adalah orang yang mahu diperangkap oleh Mahathir supaya dapat dikawal sehingga menjadi Mason seperti dirinya. JIka Anwar adalah Mason dan Mahathir bukan, ini sesuatu yang bodoh bagi The Hidden Hand. Lebih baik me'Mason'kan Mahathir dahulu, kerana dia lebih dahulu mendaki takhta kerajaan. Anwar tidak akan menjadi Mason yang bersusah payah mendaki takhta sehingga akhirnya gagal. Mason perlu berjaya dengan mudah. Lihat senarai presiden Amerika. Berapa ramai yang menjadi Mason? Berapa ramai yang tidak? Dan Nik Aziz?

Jika dia seorang Mason, ini adalah sesuatu yang istimewa. Dan unik. Hanya teori Thesis dan Antithesis boleh menjawab mengapa Nik Aziz ditahbiskan di sebuah Lodge Mason. Bodohla The Hidden Hand jika membiarkan para pejuang Islam berjuang dengan selesa dan selamat. Mereka akan diuji. Adakah benar-benar mahu berkorban atas nama Allah s.w.t.Atau hanya menjaga periuk nasi sendiri.



Sekarang mari kita muhasabah diri kita. MENGAPA KITA SELALU BERSANGKA BURUK DENGAN SAUDARA KITA YANG MENGANUT AGAMA YANG SAMA DENGAN KITA??



Cara yang lebih bermakna untuk menangani persoalan adakah mereka semua ini adalah Mason, ialah dengan KEMBALI KEPADA PENCIPTA MEREKA SENDIRI.



Mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam. Tidak pula Mahathir si Mahafiraun menyembah patung Hindu atau mengisytiharkan dirinya murtad. Kita tahu dia seorang Islam seperti kita. Jangan persoalkan imannya. Itu urusan Tuhan.

Dan tidak pula terang-terang si Anwar Peliwat Negara mengaku dirinya hamba Dajjal Amerika yang setia dengan misi mahu menghancurkan Islam dari dalam,sebagai ganti misi untuk menghancurkan Umno dari dalam. Tiada. Anwar seorang Islam seperti kita. Isteri dan anak-anak perempuannya bertudung kemas. Tidak pula terlihat gambar Nurul Izzah berparti di disko sambil memakai tube, skirt pendek yang menghairahkan sambil memegang Tiger Beer dengan posing yang ceria. Tetapi anak-anak pemimpin kerajaan acapkali 'terkantoi' dengan foto-foto yang memalukan.



Anwar seorang Islam seperti kita. Jangan ragu.



Nik Aziz? Tidak perlu diulas. Jika diulas,ini namanya pembaziran.


Wahai manusia yang mengaku Islam,


Justeru itu, tidak bolehkah kita berdoa dan bermunajat ramai-ramai sebagai saudara seIslam kepada mereka, dengan hati penuh tulus ikhlas... mendoakan keselamatan mereka dan tetap dalam iman. Hindarkan mereka dari menjadi hamba Dajjal dan Iblis. Jika kita bersangka baik dengan mereka, bukan seorang tetapi jika jutaan umat Islam bersangka baik dengan mereka dengan ikhlas... lambat laun... sekiranya Mahathir seorang Mason sejati, insyaAllah sudah pasti Allah akan menterbalikkan hatinya menjadi seorang pembela agama di akhir hayatnya. Mengapa kita terus menghina dia dengan gelaran Mahafiraun, nanti jika benarlah Mahathir Mohamad ini seorang Mason pencacai Dajjal yang namanya tertulis di dalam Lauh Mahfuz sebagai ahli Neraka Jahannam, sudah pasti dia akan menempuh jalan yang amat menyedihkan dek kerana tiada siapa yang bersangka baik, membetulkan agamanya dan mendoakannya apatah lagi mahu mengajaknya mendekati Penciptanya sendiri. Mungkin setelah berada di alam barzah, Mahathir akan menyumpah-nyumpah seluruh ahli Umno yang tidak membetulkan kesalahannya dan seluruh ahli Pas kerana bencikannya dan menjauhkan diri darinya. Na'uzubillah min zalik.

Tidak bolehkah kita sebagai saudara seIslam kepada insan bernama Anwar Ibrahim, mendoakan dia supaya terhindar dari pujuk rayu kakitangan Dajjal Laknatullah, ditetapkan iman dan perjuangan?

Jika kita beramai-ramai bersangka baik sebagai saudara Islamnya sambil mendoakan dia tetap dalam iman, insyaAllah... Allah Azza Wa Jalla yang Maha Menjaga Hati-hati manusia, jika benarlah Anwar Ibrahim seorang Mason yang sadis maka Allah s.w.t akan menterbalikkan hatinya menjadi pejuang Islam yang tegar dan istiqamah. Anwar Ibrahim seorang anak Melayu yang penuh karisma. Amat rugi jika ribuan umat Melayu memakihamun mendoakan kecelakaannya, maka kemungkinan Anwar sebagai seorang Mason akan tetap dengan jalannya yang sesat dan selepas menggelapar kesakitan akibat sakarat... ohh... dia akan dicampak ke dalam lubang-lubang neraka yang amat panas sambil ditemani ular dan jengking akibat dosanya mengikut kata-kata kakitangan Dajjal Laknatullah.


Tidak bolehkah kita bersangka baik dengan manusia bernama Nik Aziz Nik Mat. Doakan dia teguh imannya dan sihat akal dan tubuh badannya supaya kekal berjuang di dalam Islam. Adakah kita merasa mendapat kebajikan dengan menggelar dia sebagai Nik Najis dan sebagainya. Doakan dia supaya lebih berhati-hati dalam percakapan dan menggerakkan usaha untuk mentarbiah dan mendekati ahli Umno supaya lebih faham agama mereka sendiri. Jika 1000 orang Islam mendoakan kesejahteraan Nik Aziz, insyaAllah sudah pasti 1000 oarng tadi akan mendapat manfaatnya. Masalah tidak akan selesai jika asyik mengutuk Nik Aziz, maka kita seolah-olah mendoakan dia supaya tetap di jalan sesat, jika dia sebenarnya seorang pendakyah Mason yang berpura-pura. FIKIRKANLAH.

Doakan mereka yang menerajui tiga parti terbesar orang Melayu-Islam ini supaya diberi ilham dan hidayah oleh Allah Azza Wa Jalla supaya duduk berbincang menyelesaikan pertelingkahan yang ada. JIka Mahathir... ya tidak mustahil Najib sendiri secara tiba-tiba bertukar menjadi pembela agama yang teguh, insyaAllah sudah pasti The Hidden Hand akan mendapat stroke secara tiba-tiba. JIka Anwar Ibrahim tiba-tiba membubarkan partinya dan mengajak semua penyokongnya memasuki Pas dan dikuti pula tanpa banyak soal oleh para pengikutnya, maka terkejutlah Dajjal Komunis. Akan gagallah segala perancangan laksana roket yang meletup sebelum sempat berlepas ke angkasa.



JIKA SEMUA UMAT MELAYU BERSATU DAN MENGAMALKAN ISLAM SUNGUH-SUNGGUH,MAKA AKAN TERPEKIKLAH DAJJAL DI PULAU SINGA.



Mungkin ini semua sebuah utopia, fikir sesetengah pesimis. Biarlah ia kekal sebagai utopia dan tunggulah masa dan ketikanya umat Melayu akan dihina sekali lagi, dijajah dan dihalau. Jika kebangkitan akhir zaman sepatutnya dimiliki oleh umat Melayu, tidak mustahil Tuhan akan menggantinya dengan umat yang lain. Dan umat Melayu akan dihapuskan kerana masih berdegil berpecahbelah.

Tidak ada ruginya kita bersangka baik. Tetapi memaki hamun dan berburuk sangka sudah semestinya tidak membuahkan pahala dan kebajikan.




Allah Maha Menjaga Hati-Hati Manusia.Kekuasaan di tangan-Nya.Allah Maha Kuasa.Makhluk tiada kuasa.







Kredit untuk;  http://mistisfiles.blogspot.com/