Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Jumaat, 28 Oktober 2011

Masihkah engkau Bernafas....?









Assalamu Alaikum,




Wahai saudara2ku yang dimuliakan,


Kedudukan IMAN dalam kehidupan kita adalah seumpama nafas yang kita hirup. Sebagaimana kita tidak kuasa hidup lama tanpa nafas, seperti itulah hendaknya kita memahami hidup dan berusaha atasnya agar iman ada di hati kita dari detik ke detik yang kita lalui. Kerananya, apabila seseorang tidak memiliki iman barang sekejap, itu sama ertinya dengan orang yang kehabisan nafas yakni MATI.


Kedudukan SHOLAT adalah seumpama air yang kita minum. Kerananya, keadaan batin orang yang tidak mendirikan sholat tidak ada bezanya dengan keadaan zahir orang yang kehausan.


Kedudukan ZAKAT adalah seumpama makanan yang kita telan. Kerananya, keadaan batin orang yang tidak menunaikan zakat tidak ada bezanya dengan keadaan zahir orang yang kelaparan.


Kedudukan PUASA adalah seumpama pakaian yang kita pakai. Kerananya, keadaan batin orang yang tidak mengerjakan puasa tidak ada bezanya dengan keadaan zahir orang yang telanjang.


Kedudukan HAJI adalah seumpama rumah yang kita duduki. Kerananya, keadaan batin orang yang tidak melakukan haji tidak ada bezanya dengan keadaan zahir orang yang tidak memiliki rumah.




Maha Suci Allah SWT..




**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Ahad, 23 Oktober 2011

Contohi Rasulullah yang tidak pernah menghemburkan kata kata kesat kepada musuh






Assalamu Alaikum;

saudara-saudaraku yang dihormati, dalam posting kali ini aku kongsikan sebuah artikel yang disalin dari laman sesawang hembusan amal 4U untuk tatapan korang semua.Inti dari artikel ini adalah mengajak semua umat islam terutamanya para pemimpin kita agar mencontohi sikap dan akhlak junjungan besar kita Muhammad saaw dalam menghadapi tentangan dari musuh-musuh kita. cuba kita fikir-fikirkanlah bagaimana sikap kita terhadap musuh kita atau terhadap orang-orang yang kita benci disekitar kita. Tentunya ramai diantara kita  yang pernah atau selalu mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun mereka yang tak 'sebulu' dengan kita itu kan.. Maka ketahuilah bahawa sikap ini bertentangan dengan sikap Rasulullah saaw.



Islam melarang umatnya melabelkan dengan sesuatu yang buruk dan memaki hamun sesama Muslim.Ini kerana kerja-kerja mencarut, memaki, dan mencaci adalah kegiatan dan perbuatan syaitan. Bagi mereka yang masih tegar dengan pengucapan negatif bagi mewajarkan kenyataan berbaur fitnah, nista dan cela bersandarkan pendapat bahawa Islam tidak melarang umatnya mencarut adalah satu usaha pemesongan dan bertentangan dengan budaya Islam. Mohonlah perlindungan Allah s.w.t daripada sifat yang buruk.

Dalam Islam, kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber perkataan kotor atau nista itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina.Oleh hal yang demikian itu, ada pendapat mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa” dan kerana itulah Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa “Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor kerana Allah tidak suka kepada kata-kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor daripada orang lain.”


Kata-kata kotor, nista, umpatan dan kejian menyebabkan manusia berkonflik, bergaduh dan seterusnya bersengketa sehingga berlakunya pembunuhan, pertumpahan darah dan lenyap sama sekali. Mungkin kita boleh jadikan teladan, bagaimana masyarakat Islam terus membenci bekas Presiden Amerika Syarikat George W. Bush apabila beliau menyifatkan Iran dan Iraq sebagai “paksi kejahatan.”
Seluruh masyarakat Islam, sama ada secara langsung atau tidak langsung mengutuk pemberian gelaran itu terhadap negara-negara Islam.


Kita mungkin teringat dengan hukuman yang pernah diberikan oleh Ayatollah Khomeini apabila Salman Rushdie mempersendakan Rasulullah s.a.w dan ayat-ayat Allah sebagai ‘surah syaitan’. Mungkin juga kita tidak lupa dengan kata-kata pedih yang pernah dikeluarkan oleh pemimpin tertentu bagi menggambarkan watak yang tidak disukainya. Dengan menggunakan kata-kata kesat, umpatan dan nista.

Rasulullah s.a.w pernah memberikan peringatan bahawa: seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah. Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.


Dalam membuat sesuatu tuduhan, berkata-kata kita seharusnya menjadikan perilaku dan tutur kata Rasulullah s.a.w sebagai contoh yang terbaik. Baginda tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat, walaupun berhadapan dengan musuhnya.Sebaliknya, baginda membalas dengan senyuman dan menasihati secara berhemah dan tidak menyakiti atau melukai perasaan orang lain.


Anas bin Malik r.a pernah merakamkan bahawa: “Tidak pernah Rasulullah s.a.w melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela baginda sebagai seorang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), baginda hanya mengatakan apa yang dia miliki.” Rasulullah s.a.w adalah seorang yang benar-benar memelihara lisannya. Sekalipun terhadap orang-orang kafir yang menentang dakwahnya. Baginda tidak mudah mengeluarkan kata-kata laknat atau menyakitkan hati.


Abu Hurairah r.a berkata bahawa ia menemui seorang lelaki yang ketagihan arak. Lalu dihadapkan lelaki itu kepada Nabi Muhammad s.a.w agar dihukum. Di antara para sahabatnya ada mengatakan: “saya memukul dengan tangan”, “saya memukul dengan kasut” dan “saya memukul dengan baju.” Ketika lelaki itu berpaling (ke arah sahabat), seorang sahabat menyatakan “semoga Allah s.w.t menghinamu!” Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu meminta bantuan syaitan dalam menghadapinya.”


Daripada Abu Darda r.a. katanya: “Aku memohon kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah, doakanlah (kecelakaan) bagi orang-orang musyrik. Rasulullah menjawab: Sesungguhnya aku diutus bukan untuk melaknat (mengutuk), tetapi aku diutuskan untuk memberi rahmat.”


Begitulah citra peribadi Rasulullah s.a.w, dengan akhlak yang luhur telah memberikan contoh kepada manusia agar selalu menghindari sebarang tindakan secara melulu dan selalu sabar dalam menghadapi setiap rintangan atau masalah.


Dalam konteks ini jelas sekali sikap berlebih-lebihan dalam beragama yang menjadi pegangan sesetengah orang bukanlah daripada ajaran Islam. Ini kerana Islam lebih mendahulukan sikap pertengahan atau kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan Islam mengingatkan setiap umatnya agar tidak terjerumus pada dua kesesatan, iaitu berlebih-lebihan atau bersikap lalai.


Allah berfirman yang bermaksud:
“Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Al-Fatihah: 6-7)


Dalam masyarakat Islam, tidak ada tempat bagi kaum Muslimin untuk meremehkan nilai-nilai luhur yang dijunjung oleh Islam. Masyarakat Islam menjunjung tinggi nilai-nilai moral dan kemanusiaan yang luhur dalam kehidupan umat manusia.


“Tahukah kamu siapa yang disebut orang bankrap itu. Para sahabat menjawab: “Orang yang tiada lagi mempunyai wang dan harta.” Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang bankrap adalah yang datang pada hari kiamat amalan solat, puasa dan zakat, tetapi bersamaan itu juga ia telah mencaci maki, menuduh, memakan harta tidak halal, mengalirkan darah (tanpa hak) dan memukul ini dan itu.”
Maka amalan baiknya dilimpahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang ia caci) dan jika amalan baiknya habis padahal belum dapat menutup kesalahannya, maka kesalahan (orang yang dicaci itu) dilimpahkan kepadanya, kemudian ia ditempatkan ke dalam neraka.


Seseorang Muslim itu perlu memelihara lisan atau lidahnya daripada mencaci maki, walaupun dengan alasan yang kuat. Lebih utama memadamkan api kemarahan itu agar tidak terjadi permusuhan yang mengheret kepada perbuatan dosa.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Yang berbuat keji dan menyiarkan kekejiaan itu berada dalam keadaan sama-sama berdosa.”


Allah berfirman yang bermaksud: “Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji.” (Al-Humazah: 1)


Dalam ayat ini, Allah s.w.t mengutuk perbuatan jahat iaitu menyebarkan fitnah, bercakap ataupun mengisyaratkan perkara yang jahat sama ada terhadap seorang lelaki atau perempuan dengan kata-kata ataupun secara isyarat, atau perangai, atau secara mengajuk-ajuk, ataupun sindiran atau caci maki.


Sesungguhnya Allah s.w.t itu pemalu, penutup (cela), menyukai malu dan tertutup, maka apabila salah seorang kamu mandi maka hendaklah ia ditutup.
Demikian juga firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor.” (An-Nahl: 25)


Mohonlah perlindungan Allah s.w.t daripada sifat yang buruk.


(Sumber: YADIM)



Maha Suci Allah SWT....!


Artikel asal boleh dibaca di Hembusan Amal 4U.



c **^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Rabu, 19 Oktober 2011

AWAS...!! Ketika Maut Telah Tiba...





Assalamu Alaikum,


dengan seizin Allah SWT, bertemu lagi aku dengan saudara-saudaraku sekalian, semoga korang semua sentiasa sihat wal afiat didalam RahmatNya. Pada artikel kali ini aku sekadar nak mengesahkan sebuah kisah yang ringkas tetapi penuh bermakna buat orang-orang yang rajin berfikir. Inilah kisah dimana saatnya nyawa akan melayang dari badan, yang bererti berakhirnya kehidupan di alam dunia dan bermulanya kehidupan di alam akhirat. Inilah saat akhir yang akan ditempuhi semua manusia samada mahu terima atau tidak bersedia menerimanya. Inilah saatnya lidah WAJIB mengucapkan perkataan yang benar agar selamat selama-lamanya. Inilah kisah khalifah umat islam yang tersohor ketika saat akhir nyawanya akan keluar dari tubuh yang fana ini...

Khalifah Umar Al Khattab ra. memimpin umat islam selama 10 tahun. Ada banyak sekali kisah-kisah menarik selama pemeintahannya itu, antaranya telah ada diceritakan dalam blog ini sebagai pengajaran dan pendoman buat kita semua demi menempuh hidup yang selari dengan mereka yang telah diredhoi Allah itu. Buat para pemimpin pada hari ini, seharusnya mengambil contoh kepimpinan Umar Al Khattab ra. dalam tugasan mereka berkhidmat pada masyarakat.

 Kisah akhir Khalifah yang mengkagumkan ini ketika saat maut telah datang. Waktu itu beliau hendak mengerjakan sholat subuh, tiba-tiba datanglah seorang Majusi, Abu Lu'luah menikamnya, sehingga robek perutnya. Dalam keadaan parah itu beliau telah dibawa pulang kerumah. Beliau masih sempat memberikan garis panduan memerintah buat orang yang bakal mengantikan beliau. Juga sempat bertanyakan siapakah pembunuhnya.

Dan akhirnya saat sudah nazak, beliaupun berdoa; "Ya Allah, Wahai Tuhan kami, usiaku telah lanjut dan tubuhku sudah lemah. Umat Islam telah tersebar keserata pelusuk dunia. Maka aku bermohon kepadaMu, kalau sekiranya Engkau mencabut nyawaku maka cabutlah disaat tidak melalaikan kewajibanku dan tidak dipengaruhi dengan urusan duniaku. Masukkan diriku dikalangan orang-orang yang syahid dijalanmu dan biarkanlah tubuhku terbaring di samping makam Rasulullah, junjunganku..."


Dengarlah saudara-saudaraku, masih ada ketakutan dan pengharapan dalam doa yang dilafazkan Umar ra.
meskipun sebenarnya beliau telah dijamin syurga selagi masih hidup. Bagaimana pula kita umat islam pada hari ini, tiada sebarang jaminan pun, namun sudah berani mendabik dada kononnya sudah benar-benar beriman. Fikir-fikirkanlah..



Maha Suci Allah SWT...





  **^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Sabtu, 15 Oktober 2011

AWAS..! Langkah-langkah Syaitan Menelanjangi Wanita bhg 2..




 As Salam buat semua para pembaca yang budiman, semoga korang semuanya berada dalam keadaan yang mengembirakan. Pada hari ini akan kusambung lagi pendedahan agenda syaitan dalam menelanjangkan kaum wanita. Wahai para wanita sekalian, awasilah diri korang serta ahli keluarga korang dari terjebak dalam perangkap syaitan ini. Jangan biarkan mereka menang dalam permainan ini..

Pada artikel sebelumnya yang korang boleh baca di pautan sini, aku telah mendedahkan langkah2 awal syaitan dalam usaha menelanjangi kaum wanita. Dari langkah pertama yakni, bagaimana usaha mereka melenyapkan definasi 'pakaian syarie' yang mana membuatkan kaum wanita beraggapan bahawa pakaian itu tak ada kaitannya dengan amalan agama, oleh kerana itulah para wanita islam, terutamanya mereka yang bergelar artis tersohor sehinggalah kepada isteri-isteri para pemimpin kita sangat mudah menuruti arus masa permodenan pakaian masa kini. Sehingga hari ini meskipun pakaian mereka seolah-olahnya menutup aurat, tetapi berkain jarang serta bertudung pelik-pelik seumpama tudung umat kristian atau yahudi. Jangan tak tau ya, mereka umat kristian dan yahudi bertudung juga...

Maka pada kesempatan masa agak terluang ini, aku sambung lagi agenda syaitan seterusnya. Dibawah ini adalah babak kedua yang lebih exstremis lagi..



II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit: 


Kini syaitan melangkah lagi, dengan trik dan siasah yang lebih ampuh, tujuannya agar para wanita menampak kan bahagian aurat tubuhnya, kerana sebelum ini mereka masih tertutup auratnya.


Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang-panjat ni menyusahkan saja laa, setakat hanya membelah sedikit bahagiannya masih juga kurang selesa, lebih bagus kalau di potong saja hingga atas mata kaki."

Ini baru agak longgar. "Oh terlupa pula, kalau kamu bakai baju demikian, maka jilbab yang besar dah tak sesuai lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan bebas, jangan bimbang, orang ramai masih mengatakan kamu masih memakai kerudung."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini bergegas-gegas mencari model pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan mengeluarkan irama yang menarik perhatian orang.


Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang-orang yang melihat juga tidak begitu peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak bereaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang bebas, maka cubalah kamu cari model lain yang lebih menarik lagi, bukankah kini banyak kain setengah betis dijual di pasaran? Tapi tak perlulah seksi sangat, hanya kira-kira 10 sentimeter saja pun dah okey.. Nanti kalau sudah terbiasa, baru kamu cari model baru yang terbuka hingga setengah betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turuti saja. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.


Ketiga, Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang sang wanita berfikir, apakah ini tidak menyalahi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun dengan segera bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki menyingkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak laki-laki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka yaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum laki-laki," gumamnya. "Fitnah? Ah itu kan zaman dulu, di masa itu kaum laki-laki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum laki-laki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, bukan main suka, siap bersiul lagi, peewuittt! bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja model pakaian di sana-sini, dari yang berjenama tempatan hingga yang jenama kenamaan, seperti Kristian Dior, semuanya menawarkan model yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikuti model itu akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis biasa dia kenakan, apalagi banyak para wanita yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempermasalahkan hal itu.


Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari siasahnya untuk melucuti hijab wanita.....

Jeng! Jeng!! Jeng!!!

 Emmm.... Rasanya tak perlulah aku sambung lagi, korang semua sudah tahu hasilnya. Segalanya didepan mata..  Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil manapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan,
kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sangat sulit bagi kita untuk mengatasinya.

Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang mengsengsarakan, baik di dunia maupun di akhirat.

Wallahu A'lam.

Maha Suci Allah SWT....!



**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Rabu, 12 Oktober 2011

AWAS! buat kaum hawa semua, sila perhatikan LANGKAH-LANGKAH SYAITAN BUAT MENELANJANGI WANITA..



gambar sekadar hiasan saja



Assalamu Alaikum,


saudara2ku sekalian, semoga korang semua sentiasa dalam Rahmat Allah SWT. Lama sudah aku tak menulis sesuatu disini. Baru semalam aku tergerak hati hendak mulakan kembali namun artikel semalam tu hanyalah artikel lama yang direfresh kembali.. Pada hari ini pula mencuba memerah otak mendapatkan idea yang bernas untuk pengisian yang lebih segar diblog ini, moga-moga korang yang dah mula lupa akan kewujudan blog ini, kembali berpaling semula kesini, moga-moga... :)

Fikir punya fikir sehingga hampir bernanah, tiba2 lahirlah sesuatu yang rasa-rasanya mungkin mengejutkan korang. Bukan artikel baru, lama dah ni, punyalah lama sehinggakan aku dah lupa dari mana sumber sebenar artikel ini muncul dalam arena maya ini. Apa-apa hal pun, korang baca saje lah, moga-moga ada manafaatnye buat semua...


Syaitan dalam usahanya menggoda manusia memiliki berbagai macam strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan tahu benar kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah mereka. Berikut ini langkah-langkahnya.


Langkah Awal

I. Melenyapkan Definisi Hijab
Dalam langkah ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab(penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanyalah sekadar pakaian atau model hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syarie, pakaian tetap pakaian, walau apa pun bentuk dan namanya. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tanpa adanya masalah, pakaian pun ikut berganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, walau apapun yang mereka pakai, ikut tetap ikut juga..

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syarie, dan memakainya adalah ibadah bukan sekedar ikut mod. Biarpun hidup  di mana saja dan pada bila-bila masa pun, maka hijab syarie tetap dijaga dan dipertahankan.

Apabila seseorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus pula.


Caranya?



Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah terbiasa terbuka, maka syaitan membisik kan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tak apa la kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitulah bisikan syaitan. Dan benar sang wanita akhirnya memakai pakain model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki yang melihat nya juga biasa-biasa saja. Maka syaitan berbisik lagi, "kan dah cakap, tak apa-apa, biasa jek!"


Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan hal yang baru pula. "Kini buka tangan sudah lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk dapatkan angin agar kurang sikit panas badan. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil saja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian model baru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang model setengah lingkaran hingga yang model bentuk huruf "V" yang tentunya menjadikan lebih terlihat lagi bagian sensitif lagi dari dadanya.


Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang

Seterusnya syaitan berbisik lagi, "Takkan la pakaian semacam itu saja, carilah model atau bahan lain yang lebih bagus lagi! Tapi apa ya? Sang wanita bergumam. "Banyak model dan kain yang agak nipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap dipandang," syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, di carilah model pakaian yang ketat dan kain yang nipis bahkan telus pandang. "tak apa-apa ni kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan modelnya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menambahkan. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan telus pandang, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).


Keempat, Agak di Buka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan busana yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea yang baru lagi lebih segar dan semasa, dibisikkan lagi wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, bukan ke lebih baik lagi di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan anggun."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan bebas, terutama ketika akan duduk atau melangkah naik kereta. "Ah tersingkap sedikit tak apa lah, yang penting enjoy," katanya. Inilah langkah awal syaitan merosak kaum wanita, hingga langkah ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya model, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syarie yang sebenarnya.


Apa yang telah dinyatakan diatas itu baru langkah awalnya saja. Syaitan masih akan meneruskan langkah-langkahnya, secara senyap, sedikit demi sedikit, tanpa sedar dan kelihatan dalam keadaan 'biasa-biasa saja'.. Awas!

Langkah syaitan buat menelanjangi wanita ini akan diteruskan lagi dalam artikel yang bakal mendatang tidak lama lagi. Harap sabar menunggu..


Wallahu A'lam..


Maha Suci Allah SWT....!







 **^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..