gambar sekadar hiasan saja
Assalamu Alaikum,
saudara2ku sekalian, semoga korang semua sentiasa dalam Rahmat Allah SWT. Lama sudah aku tak menulis sesuatu disini. Baru semalam aku tergerak hati hendak mulakan kembali namun artikel semalam tu hanyalah artikel lama yang direfresh kembali.. Pada hari ini pula mencuba memerah otak mendapatkan idea yang bernas untuk pengisian yang lebih segar diblog ini, moga-moga korang yang dah mula lupa akan kewujudan blog ini, kembali berpaling semula kesini, moga-moga... :)
Fikir punya fikir sehingga hampir bernanah, tiba2 lahirlah sesuatu yang rasa-rasanya mungkin mengejutkan korang. Bukan artikel baru, lama dah ni, punyalah lama sehinggakan aku dah lupa dari mana sumber sebenar artikel ini muncul dalam arena maya ini. Apa-apa hal pun, korang baca saje lah, moga-moga ada manafaatnye buat semua...
Syaitan dalam usahanya menggoda manusia memiliki berbagai macam strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan tahu benar kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah mereka. Berikut ini langkah-langkahnya.
Langkah Awal
I. Melenyapkan Definisi Hijab
Dalam langkah ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab(penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanyalah sekadar pakaian atau model hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syarie, pakaian tetap pakaian, walau apa pun bentuk dan namanya. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tanpa adanya masalah, pakaian pun ikut berganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, walau apapun yang mereka pakai, ikut tetap ikut juga..
Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syarie, dan memakainya adalah ibadah bukan sekedar ikut mod. Biarpun hidup di mana saja dan pada bila-bila masa pun, maka hijab syarie tetap dijaga dan dipertahankan.
Dalam langkah ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab(penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanyalah sekadar pakaian atau model hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syarie, pakaian tetap pakaian, walau apa pun bentuk dan namanya. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tanpa adanya masalah, pakaian pun ikut berganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, walau apapun yang mereka pakai, ikut tetap ikut juga..
Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syarie, dan memakainya adalah ibadah bukan sekedar ikut mod. Biarpun hidup di mana saja dan pada bila-bila masa pun, maka hijab syarie tetap dijaga dan dipertahankan.
Apabila seseorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus pula.
Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah terbiasa terbuka, maka syaitan membisik kan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tak apa la kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitulah bisikan syaitan. Dan benar sang wanita akhirnya memakai pakain model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki yang melihat nya juga biasa-biasa saja. Maka syaitan berbisik lagi, "kan dah cakap, tak apa-apa, biasa jek!"
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan hal yang baru pula. "Kini buka tangan sudah lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk dapatkan angin agar kurang sikit panas badan. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil saja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian model baru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang model setengah lingkaran hingga yang model bentuk huruf "V" yang tentunya menjadikan lebih terlihat lagi bagian sensitif lagi dari dadanya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Seterusnya syaitan berbisik lagi, "Takkan la pakaian semacam itu saja, carilah model atau bahan lain yang lebih bagus lagi! Tapi apa ya? Sang wanita bergumam. "Banyak model dan kain yang agak nipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap dipandang," syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, di carilah model pakaian yang ketat dan kain yang nipis bahkan telus pandang. "tak apa-apa ni kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan modelnya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menambahkan. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan telus pandang, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan busana yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea yang baru lagi lebih segar dan semasa, dibisikkan lagi wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, bukan ke lebih baik lagi di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan anggun."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan bebas, terutama ketika akan duduk atau melangkah naik kereta. "Ah tersingkap sedikit tak apa lah, yang penting enjoy," katanya. Inilah langkah awal syaitan merosak kaum wanita, hingga langkah ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya model, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syarie yang sebenarnya.
Apa yang telah dinyatakan diatas itu baru langkah awalnya saja. Syaitan masih akan meneruskan langkah-langkahnya, secara senyap, sedikit demi sedikit, tanpa sedar dan kelihatan dalam keadaan 'biasa-biasa saja'.. Awas!
Langkah syaitan buat menelanjangi wanita ini akan diteruskan lagi dalam artikel yang bakal mendatang tidak lama lagi. Harap sabar menunggu..
Wallahu A'lam..
Maha Suci Allah SWT....!
**^^** **^^** **^^** **^^** Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..