Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Rabu, 27 Julai 2011

72 jam berterusan.. Agar mereka tahu RUMAH yang sebenarnya...





Assalamu Alaikum,


wahai saudara2ku sekalian yang sentiasa didalam Rahmat Allah SWT,


Korang tentu tahu bahawasanya cara yang paling mudah untuk korang menjadikan seekor ayam itu kenal dan tahu rumahnya adalah dengan cara mengurungnya selama (paling kurang..) 3 hari berterusan didalam kandangnya. Setelah melepasi waktu itu, korang lepaskanlah ayam2 korang itu, maka korang akan mendapati ayam2 korang itu akan kembali pulang apabila petang menjelma, dan seterusnya bertelur dan berkembang biak disitu. Jikalau korang tidak mengurung ayam2 itu mengikut batas waktu yang telah ditentukan tadi, maka aku hampir pasti bahawa ayam2 tersebut tidak akan kembali pulang sebagaimana yang korang semua harap2kan.


Bagaimana pula dengan Manusia? Sudah pastilah ayam2 yang kita bicarakan tadi bukanlah Manusia.. Manusia memang tidak sama dengan Ayam. Akan tetapi cara yang serupa dapat korang lakukan juga. Tidak mahu percaya? Mari kita buat suatu ujian tentang ini. Korang akan kuberikan satu tugasan, tidaklah berat sangat, korang hanya perlu ajak kawan2 korang beriktikaf di mana2 Masjid atau Surau yang berdekatan atau yang jauh2 pun bolehlah.. Kurung mereka disitu selama 3 hari penuh atau lebih tepat lagi, selama 72jam berterusan, agar mereka kenal dan tahu bahawa Masjid itu adalah Rumah Utama mereka. Setelah selesai, lepaskanlah mereka berpergian kemana2 saja yang mereka suka. Lihatlah hasilnya....


Kemana saja langkah mereka menghala, mereka akan berusaha menemukan Masjid atau Surau atau yang sewaktu dengannya., biarpun betapa sibuknya mereka dalam mengerjakan tugas2 harian, sentiasa didalam fikiran mereka akan ke Masjid apabila sudah masuk waktunya.. Yang demikian itu adalah kerana hati mereka telah tergantung di masjid.....







Wallahu A'lam.




Maha Suci Allah SWT....!







**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Ahad, 24 Julai 2011

Seorang Raja yang Paling Sepi di Dunia...

Assalamu Alaikum,

saudara2ku yang mulia, pada kali ini kita akan membicarakan perihal kehidupan seorang manusia diatas mukabumi ini. Adakah kita percaya bahawa pangkat dan darjat itu bakal membawa kejayaan atas diri seseorang itu? Atau kita percaya bahawa seorang yang memiliki harta yang melimpah serta bala tentera yang ramai itu akan membawakan suatu kejayaan keatas seorang manusia? Marilah kita renung2kan al kisah dibawah ini...



Istana Raja yang bergemerlapan di pusat kota Phnompenh, ibukota Kamboja adalah salah satu lokasi Wajib yang kerap dikunjungi para pelawat asing. Namun di dalam istana itu diamnya seorang raja yang mungkin merupakan Raja Paling Kesepian di dunia, yakni Raja Norodom Sihamoni yang kini berusia 58 tahun


Sedih, Sepi, Tersisih


Keluarga kerajaan Kamboja memiliki sejarah sepanjang lebih dari dua ribu tahun, dan kini Sihamoni berkemungkinan besar adalah raja terakhir di kerajaan ini. Raja Sihamoni yang berkeperibadian lembut, pendiam, tidak suka bersosial, dan pernah menjadi seorang penari balet ini dan kini mengajarkannya, memiliki hobi di bidang seni dan tidak menyukai politik. Namun kerana raja pendahulunya, yakni Raja Sihanouk, mendadak melepaskan tahtanya pada 2004 lalu, atas desakan dan tekanan keluarga untuk "meneruskan tahta", Sihamoni pun terpaksa pulang ke negerinya untuk meneruskan tahta kerajaan yang sama sekali tidak diinginkannya.


Menurut Harian China Daily edisi 11 Jun, selama 7 tahun terakhir ini, Sihamoni, anak ratu Monique ( Monineath) ini jarang tampil di media massa. Banyak rakyat Kamboja mengatakan dirinya "sedih, sepi, dan tersisih". Selain kerana keperibadiannya yang memang seperti itu, juga disebabkan pengawasan Perdana Menteri Hunsen.


Berita menyebutkan bahawa setiap gerak-gerik Sihamoni terus menerus diawasi oleh orang dekat Hunsen, yakni Menteri Urusan Istana, Kong Song Ou.


Dalam beberapa kali kepergian Sihamoni meninggalkan istana (walaupun jarang sekali terjadi), selalu ada staf istana yang mendampinginya, dan media massa pun dilarang untuk membuat liputan. Meskipun undang-undang memberikan beberapa kebebasan kepada raja, namun Sihamoni tidak diberikan kekuasaan apapun. Berbeza jauh dengan ayahnya, Raja Norodom Sihanouk yang punya pengaruh besar dan dialu-alukan rakyat. Anggota Dewan Kongres dari parti berhaluan kiri Kazakh Song menyebut Sihamoni sebagai "raja boneka", seluruh kekuasaannya telah dikosongkan.

Pembantu dekatnya sampai para ahli pun mengatakan, bahawa lelaki yang memiliki kete­rampilan seorang penari balet ini hanyalah hiasan di tembok kerajaan. Dia boleh diumpamakan terpenjara di istana sendiri. Tidak ada satupun perancangan maupun keputusan yang boleh dikaitkan dengan ke­pemimpinannya sebagai raja.

Semua perancangan justru di­ambil alih Perdana Menteri Hun Sen, yang berasal sebagai anak desa yang miskin namun sangat bijak. Ada juga yang mengatakan baha­wa Hun Sen adalah seorang ahli politik yang kejam dan licik.

Seorang anggota parlimen, Anak Chhay, mengatakan, me­lihat kepada keadaan yang sedemikian, Sihamono sememangnya patut bila masyarakat menye­butnya sebagai raja boneka. “Kuasanya telah berkurang. Untuk bertahan hidup pun sang raja mesti menyenangkan per­dana menteri. Ini sungguh me­nyedihkan,” ujar Chhay, "Karektar Raja Sihamoni, sungguh ber­beza de­ngan ayahnya (Norodom Siha­nouk) yang petah dan penuh karismatik. “Sihamoni berhasil me­ngangkat kerajaannya dan di­anggap seorang raja-dewa oleh rakyatnya. Ribuan orang pun rela berkumpul untuk me­nya­lakan bunga api demi me­rayakan hari ulang tahunnya,” tutur Chhay lagi.

Raja Sihamoni yang kini berusia 58 tahun, hanya menghabiskan banyak waktunya dengan hanya menandatangani dokumen, me­ne­rima tamu dan pelangganan perniagaannya yang lain. “Dia hanya tinggal menunggu masa pen­cennya sambil membaca dan makan-makan saja,” sindir Siso­wath Thomico, pengawai peribadi Sihanouk.


Berbeza dengan ayahnya, yang memiliki enam isteri, Sihamoni tidak pernah berkahwin hinggalah kesaat ini yang akibatnya beliau tidak akan mempunyai waris.


Namun demikian Menteri Informasi Khieu Kanharith lain pula pendapatnya, beliau mengatakan bahawa tugas seorang raja adalah terlibat dalaam bidang sosial, agama, memantau peradilan serta menerima laporan bulanan dari Hun Sen. “Raja Sihamoni telah me­main­kan peranan penting dalam memu­lihkan kerajaan. Sebagai raja dan simbol persatuan kebangsaan dia menjaga kestabilan dalam negara dan tidak akan ter­libat dalam kegiatan politik. Jadi, tidak tepat bila dia (Raja Siha­moni) disebut orang sebagai tahanan di istana,” tegas Kan­ha­rith.

Norodom Ranarridh (saudara tiri raja Sihamoni) atau yang memimpin parti pro-mo­narki, percaya bahawa rakyat Kamboja masih bersimpati terhadap Sihamoni.





Maka apakah ada sesuatu yang boleh membuatkan sang raja ini tersenyum gembira?

Wahai saudara2ku, pangkat telah pun dimiliki, harta telah pun melimpah, kuasa ada didepan mata, namun jiwa masih kosong...



Marilah kita sama2 meyakini bahawasanya, kejayaan manusia itu hanya ada dalam agama, tanpanya, segala harta yang kita miliki didunia ini, segala kekuasaan serta pangkat dan darjat akan lupus setelah kita mati dan akan terseksa diakhirat.. Petandanya adalah apabila kehidupan kita sebelum mati menjadi resah gelisah dan sentiasa bergelumang dosa.. Awasilah keadaan seperti ini.. Semoga Allah SWT merahmati kita semua..


Maha Suci Allah SWT....!









**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Selasa, 19 Julai 2011

Berjuang dengan Ancaman?? atau dengan Kasih Sayang..


Assalamu Alaikum,

Saudara2ku sekalian yang diRahmati Allah SWT, suatu ketika dahulu aku telah berkenalan dengan seorang lagi penganut agama Kristian warganegara Indonesia, biarlah aku namakan dia Ziezie saja ky. Dia ni pula asyik mengeluh perihal pejuang2 Islam yang mengajarkan Islam dengan 'Ancaman'... Dibawah ini sedikit dialog aku dengannya..




Ziezie;
Ancaman lagi !!! ancaman lagi !!!

Ziezie;
Beritakanlah sedikit "Kasih" dari agamamu kepada umat manusia , sudah muak dan capai melihat ancaman-ancaman dari umat agama yang satu ini , dunia sudah cukup menderita dengan korban-korban kekerasan-kekerasan , pembunuhan-pembunuhan yang diakibatkan pengaruh dari agamamu , neraka sudah terjadi dibanyak tempat akibat ulah umat agamamu.


Saifulmerahs;
Salom,
terima kasih sdr. Ziezie atas peringatannya. Kamu sungguh telah membuatkan aku tersedar dari tidurku. Segala protesmu itu membuatkan aku menyedari kesilapanku.

Benar katamu, dunia sudah cukup menderita dengan segala tindak kekerasan manusia yang tidak punya rasa kasih terhadap makhluk lainnya. Benar neraka sudah terjadi di beberapa belahan dunia. Sungguh menyayat hati bagi orang2 yang dalam hatinya terpahat sifat kasih yang mulia...

Aku juga sering di landa kesedihan melihatkan kekejaman, penindasan dan ketidak-adilan yang seakan tidak henti-hentinya melanda umat manusia. Aku juga sering menangis mengenangkan pelaku sedemikian adalah dari kalangan umat agamaku sendiri. Mereka adalah saudara-saudaraku sendiri. Betapa kecewa dan hampanya aku kerna yang perluku hadapi adalah umat agamaku sendiri. yang harus aku kutuk adalah umatku sendiri. Betapa kecewanya aku...

Ziezie;
Apakah Tuhanmu lebih berkenan untuk disembah dengan ancaman-ancaman ??! Apakah Tuhanmu begitu kejam dengan tidak menyisahkan rasa kasih terhadap umat manusia ??!

Saifulmerahs;
Sesungguhnya Allah SWT tidak sekali-kali mau mengazabkan manusia, makhluk yang paling di sayangiNya, ciptaan yang paling sempurna dariNya. Ancaman-ancaman itu sekadar AMARAN dariNya agar kamu jangan terlalai dari beramal dengan segala perintahNya.

Seumpama sebatang rotan yang di gantung pada dinding rumahmu, sekadar memberi ingat pada sang anak agar jangan berbuat jahat, kelak rotan itu akan hinggap di belakangmu.

Ziezie;
Berapa banyak dari seluruh isi Alquran yang memberikan ancaman-ancaman , kutukan-kutukan , sumpah serapah yang datangnya dari ucapan Muhammad yang mengatas namakan Tuhan ?!!

Saifulmerahs;
Janganlah kamu terpedaya dengan segala fitnah orang yang di dalam hatinya penuh kebencian. Janganlah kamu juga turut di kuasai rasa kebencian itu. Sungguh kebencian itu permulaan dari rasa permusuhan!
Aku dengan upayaku akan menunjukkan beberapa ayat yang penuh kasih dari Tuhan Yang Maha Pengasih;

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Surah Al-Baqarah (sapi betina) ayat 1 hingga 5 :

[1] Alif Laam Miim.
[2] Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,
[3] (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka,
[4] dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
[5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.

Al Baqarah 14-17

[14] Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).
[15] Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikaruniai) istri-istri yang disucikan serta keridaan Allah: Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
[16] (Yaitu) orang-orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,"
[17] (yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur.

Al-Baqarah 30-31

[30] Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebaikan dihadapkan (di mukanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; Ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.
[31] Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Al-Maidah 5:82

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani". Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

At-Taubah 9:128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad saaw) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Yunus 10:58

Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal).

Israq 17:24

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Al-Mumtahanah 60:7

Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al-Ihsaan 76:9

(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,


Ziezie;
Saya prihatin dan kasihan melihat anda yang telah terdoktrinasi dengan menjauhkan diri anda atas kebenaran itu sendiri.

Saifulmerahs;
Kebenaran itu adalah TAKUTKAN AZAB ALLAH yang pastinya tak tertanggung dasyatnya dan HARAPKAN KASIH REDHO ALLAH yang Maha Luas lagi Maha Adil. Sesungguhnya limpah kurnia Allah SWT tiada batasnya.....



Wallahu A'lam.

Maha Suci Allah SWT...




**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Ahad, 17 Julai 2011

Buatlah Kerja Nabi.....!





Assalamu Alaikum,

Artikel dibawah ini khas untuk rakan-rakan seusaha.

Saudara2ku yang dihormati sekalian, kucatatkan perihal dibawah ini sekadar peringatan buat kita semua.


Kejayaan manusia adalah berada didalam ketaatan mereka untuk taat pada segala perintah Allah SWT dengan cara yang telah ditunjuk ajarkan oleh junjungan besar NaBi Muhammad saaw. Gagalnya mereka adalah apabila mereka itu melanggar perintah Allah, yakni tidak mahu mengikuti perintahnya. Perintah pertama yang diperintahkan Allah terhadap seluruh ummat Islam adalah 'buat kerja Nabi', dan perintah kedua adalah 'sholat'

Kerja Nabi adalah; 1: mengajak mereka yang tidak percaya untuk percaya kepada yang Benar, iaitu 'tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah'. 2: mengajak mereka yang telah percaya untuk taat akan segala perintah Allah.


Pada hari ini, kita telah diperintahkan untuk buat kerja Nabi kerana kedudukan kita sebagai Naib Nabi. Nabi tidak lagi dihantar kerana Nabi Muhammad saaw adalah penutup segala para Nabi. Oleh itu segala kerja para Nabi telahpun diperturunkan atas ummat ini, yakni kita pada hari ini.

Malangnya umat pada hari ini telah tinggalkan kerja Nabi. Akibatnya Nusrah Allah SWT tidak lagi diturunkan atas umat ini, tetapi yang diperturunkan atas umat ini hanyalah bala bencana. Nabi Yunus as telah ditelan dek ikan Nun kerana mahu tinggalkan kerja baginda tetapi kemudiannya baginda bertaubat. Bilakah pula umat ini hendak bertaubat atas dosa meninggalkan kerja Nabi?

Apabila ummat ini buat kerja Nabi maka Allah SWT akan beri Iman yang kuat, doa akan dimakbulkan, segala amalan mudah diterima serta sentiasa berada didalam bantuan Allah ketika berhadapan dengan musuh. Akhirnya ummat Islam akan diangkat menjadi Penguasa atas orang2 kafir.

Apabila ummat ini meninggalkan kerja ini, maka kemurkaan Allah SWT akan diterima dengan meletakkan orang2 kafir sebagai Penguasa. Segala doa kita tidak diterima dan Islam hanya sebagai 'boneka'.

Oleh kerana itu, tiada lain jalan lagi untuk kita ummat Islam hendak mendapatkan bantuan Allah SWT melainkan kita kembali buat kerja Nabi. Modal untuk seseorang buat kerja ini adalah masa korang sekurang2nya dua setengah jam setiap hari. Syarat untuk buat kerja Nabi adalah korang seorang yang beragama Islam walaupun masih berbuat dosa. Para sahabat Nabi diperintahkan buat kerja sebagaimana Nabi buat walaupun baru saja menerima Islam. Dengan keadaan ini barulah kesukaan Allah akan kita terima.

Marilah kita semua buat kerja Nabi dan jadikan kerja ini sebagai maksud hidup korang tanpa cuti dan sampailah akhir hayat korang..



Ya Allah! Berikanlah HidayahMu kepada kami, dan kepada mereka yang belum percayakanMu untuk mengucapkan ucapan yang HAQ yakni 'laailaha illallahu, muhammadur rasulullahi'

Ya Allah! Kami mengaku bahawa kami ni orang2 yang zalim kerana meninggalkan kerja para nabiMu, oleh itu Engkau ampunilah kami dan terimalah taubat kami dan semua ummat Islam seluruh dunia.. SESUNGGUHNYA Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Pengasihani...



Maha Suci Allah SWT...!






**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Jumaat, 15 Julai 2011

Rahmat Allah SWT atau Damai dalam Yesus?

Assalamu Alaikum,

Semoga saudara2ku yang kuhormati sentiasa berada didalam keredhoan Allah SWT yang sentiasa Memelihara semua hamba2Nya.

Entah apa yang mendorong aku pada pagi ini, teringin pula aku menyelongkar penulisan2 lamaku, tiba2 aku ketemu dengan sesuatu yang secara langsung terus membangkitkan memoriku terhadap teman chatingku yang lalu. Dia asal dari Indonesia, agamanya Kristian. Sudah sekian kali aku berdebat dengannya, tak sangka begitu kuat dia dengan anutannya itu. Dibawah ini adalah petikan (yang telah kusunting serba sedikit) 'ombrolan' aku dengannya. Diharapkan dengan paparan artikel dibawah ini, ada manafaatnya buat semua.. InsyaAllah.




Saifulmerahs:
sdr.kent, jiwamu penuh kasih sayang seperti yang di ajari Yesus. Dan anda, saya fikir, dapat menghayati agamamu dengan penuh jujur mengharapkan kasih Allah. Harapan saya anda terus hidup beragama meski pun di sekitar anda dan saya ramai manusia yang sebenarnya tidak berTuhan, maksud saya manusia yang tidak mau ikut ajaran agama.

Dunia hari ini di penuhi dengan orang2 yang ingkar agama, hidup semaunya tanpa batas sosial. Terus menerus merosakkan mukabumi tanpa batasan. Bibir bicara maukan keamanan tetapi diratah habis kaum yang lemah.

Saya tetap dengan iman saya walau dimata mu banyak kesalahan. Anda aman dengan Yesus dan saya aman dengan janji-janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Anda bebas memanggil manusia kepada Yesus kerana imanmu mengatakan keselamatan hanya dalam Yesus. Dan saya juga bebas memanggil manusia kepada Rahmat (kasih-sayang) Allah kerana iman saya ada disini.

Ada banyak perkara yang perlu saya sampaikan, tapi bukan kepada anda kerana anda tidak mau. seperti yang anda katakan hanya membuang-buang waktu. Tugas saya hanya kepada mereka yang mau. Paulus juga begitu, ia membawa ajaran kristus kepada lain bangsa kerana Israel menolaknya.



Kent :
hati kecil saya menentang surga islam.

Saifulmerahs: kerana anda belum tau banyak........


Kent :
saya melihat kasih Allah di dalam ajaran Kristen. tetapi saya tidak melihat kasih Allah di dlm agama lainnya

Saifulmerahs:
kerana anda tidak mau melihatnya........


Kent :
kepercayaan anda ada benarnya.

Saifulmerahs:
terima kasih kent,


Kent :
tetapi banyak salahnya

Saifulmerahs:
itu katamu kerana anda tidak mau tahu yang banyak itu.......


Kent :
hukum agama islam mungkin mendidik secara lahirian dan batiniah. tetapi dalam ajaran islam, kalian didik utk berpikir duniawi. dalam ajaran Kristen, kami didik utk berpikir surgawi. Apa2 yg dikehendaki Bapa di surga, itulah yg kami jalankan.

Saifulmerahs:
Saya fikir, anda mau mengatakan, anda beramal di dunia sampai beramal disurga atau, didunia suka-sukaan sampai surga baru mau beramal?


Kent :
Keinginan Bapa di surga adalah ... Cintailah Ia dengan segenap hatimu dengan segenap daya upayamu dan ...
Cintailah sesamamu manusia seperti mengasihi dirimu sendiri.

Saifulmerahs:
Keinginan Allah, cintailah aku dengan segenap hatimu dan saling kasih mengasihi sesama manusia.
Sabda Muhammad saaw, tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu kasihkan Allah dan berkasih sayang sesama manusia. (dan kiranya anda menemui kata2, ' sesama kamu' dalam hadis atau Al qur'an masih artinya sesama manusia.)


Kent :
Keinginan Bapa/Allah spt ini tidak saya temui di islam. Anda diwajibkan mencintai sesama kaum anda, bukan sesama manusia yg artinya sangat besar dan luas. Pandangan islam adalah sempit.

Saifulmerahs:
Skrg anda sudah jumpa.... tadi diatas.... Kalu mau surat apa, ayat berapa akan saya masukkan...


Kent :
Di Islam ... kalian berbuat baik, hanya utk mendapatkan surga. Dan kalian berharap Allah memberikan ganjalan yg setimpal dengan perbuatan kalian. Kalian masih berharap dan berharap. Masih janji dan janji yg Allah tawarkan.

Saifulmerahs:
Sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janji..


Kent :
Di Kristen, surga telah menjadi tersedia utk kami. Yang perlu kami jalankan adalah, kasihi Allah dan kasihi manusia serta menjaga kesucian tubuh dan pikiran.

Saifulmerahs:
sayang sekali, tiada hukum (perbuatan tunduk patuh pada perintah) yang sesungguhnya sebagai bukti anda benar2 kasihkan Allah..


Kent :
benar ... karena itulah Allah melakukan segala hal utk menebus manusia. Sebab manusia secara langsung dan tidak langsung menolak Allah. dengan apa manusia menolak Allah, yaitu dengan dosanya.

Saifulmerahs:
Allah SWT Maha Mengampuni...!


Kent :
Allah itu Maha Mengampuni ?? ... benar, Allah Maha Mengampuni ... masalahnya ... dosa manusia menghalangi manusia berkumpul dgn Allah. dosa manusia memutuskan hubungan dengan Allah.
Jiwa kita yg menolak Allah, bukan Allah tidak mengampuni. Jiwa kitalah yg menolak.


Saifulmerahs:
Di sinilah perselisihan kita yang ketara. Jika bisa, saya katakan ini;
Manusia menolak Allah dengan dosanya, itu benar. Manusia tersedar dan menyesal lalu tobat, mohon ampun. Pabila Allah beri ampun, habis lah dosanya. Definisi 'beri ampun' akibatnya, 'dosa terhapus'. Dan anda katakan manusia tetap menolak, kita perlu faham 2 perkara penolakan, (1) menolak Allah, dan (2) menolak hukum Allah. Jika menolak Allah sememangnya tak dapat diselamatkan lagi. tetapi kalu menolak hukum Allah, sedangkan hatinya masih beriman pada Allah, bisa di ampun kerana sifat Allah yang Maha Pengasih tadi.. Ada lagi kent, anda mengatakan tidak mau tahu. maka saya tidak lanjutkan...


Kent :
Saya tau anda tidak akan paham pengertian ini. Saya hanya berdoa pada Allah, supaya anda menjadi sadar dan mengerti secara perlahan2

Saifulmerahs:
Benar kent, saya tidak faham, lagi-lagi ada penebusan dosa dari Allah, kan itu tidak perlu... pusing kepala saya.... :roll: Berdoalah untuk saya. Dan saya juga berdoa agar anda dapat faham saya.


Kent :
Tuhan sudah kasihankan anda. Tuhan mengampuni anda, tetapi anda kurang satu ... penebus anda. Lihat tulisan saya di atas, manusia tidak akan sampai kepada Allah walaupun Allah mengampuni, krn dosa, sehingga jiwa kita menolakNya.

Saifulmerahs:
lagi pusing saya... saya telah tuliskan di atas;
Manusia tersedar dan menyesal lalu tobat, mohon ampun. Pabila Allah beri ampun, habis lah dosanya. Definisi 'beri ampun' akibatnya, 'dosa terhapus'. maka apa perlunya 'penebus dosa'? Jelaskan lagi kent, saya minta nih!


Kent :
Karena Allah Maha Mengampuni, Ia berikan AnakNya yang tunggal kepada dunia sebagai kurban penebusan.
Bukan kurban bakaran seperti sapi, kambing atau domba. Karena darah binatang tidak berkenan kepadaNya, karena Ia yg menciptakan binatang2 itu.
Kenapa anda merayakan hari raya Qurban ?

Saifulmerahs:
Sdr. kent, Allah tidak minta korban manusia kerna dia sangat sayangkan manusia, dia minta korban binatang kerna binatang dan makhluk lainnya bersedia berkhidmat serta berkorban untuk kita manusia seizin Allah.
Hari raya Qurban adalah, inti utamanya, beri makan pada simiskin. Orang miskin bersama menikmati hidangan bersama si kaya. (Puasa, orang kaya merasa lapar seperti si miskin - cantikkan kent falsafahnya? masing2 simiskin dan yang kaya disatukan hatinya oleh Allah. Bukan itu saja ada lagi.....)


Kent :
apakah nafsu birahi bisa hadir di depan Allah Yang Maha Suci ?

Saifulmerahs:
tidak kent. saya tidak berkata begitu.


Kent :
saya kasihan melihat anda tertipu oleh nafsu duniawi yg ditawarkan surga islam.

Saifulmerahs:
anda salah memahaminya ken.


Kent :
saya tidak kecewa kenapa hrs lahir di bumi, krn ini sebab akibat yg ditimbulkan. Anda salah tafsir thd tulisan saya.
pembicaraan kita kenapa kita tidak lahir di surga saja, krn adam manusia pertama, dan kita manusia2 selanjutnya, tidak ada adam lainnya yg diciptakan lagi di taman eden yg beranak cucu di sana.
kita tidak salahkan si adam, dia hanya terpedaya oleh bujukan iblis. iblis mencoba menghancurkan manusia ciptaan Allah yg special.
kita lahir dr rahim adam dan hawa, kita membawa dosa waris, yaitu bawa kita tidak kekal dan terus jatuh ke dalam dosa2 perbuatan dan pikiran.
manusia terus dicobai iblis, banyak manusia tidak sanggup bertahan. banyak manusia yg hidup sia2. Dengan pengorbanan Yesus mati di kayu salib, Allah ingin manusia belajar dan selamat.

Kent :
Bukan Allah tidak Mengampuni, tetapi manusia menolakNya terus dengan berbuat jahat.

Kent :
saya mau mengatakan intinya pada anda ... anda sesoleh dan ibadah dengan sangat rajin sekalipun, anda tidak akan sampai kepada Allah.
Allah memang sudah Mengampuni saya dan anda, tetapi kita tetap saja berbuat dosa. Kita kerap kali mengecewakan hati Allah. Anda jamin sewaktu anda mati anda dalam keadaan suci lepas dari dosa ? bagaimana besok anda tiba2 mati dan anda masih mempunyai musuh yg anda benci. benci .. lawan dr Kasih Allah.

Kent :
jawabannya ada di Yesus :
Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.
Barang siapa menolak Aku, ia menolak Bapa yg mengutus Aku.
Aku dan Bapa adalah satu. Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku.
Barangsiapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa.
di dalam Yesus ... segala kepenuhan Allah. Dengan darah Yesus, kita diselamatkan. Dengan darah Yesus, noda2 dosa yg melekat di tubuh kita, dibersihkan.
Di dalam Yesus ... segala sesuatu dijadikaNya baru. Bumi yang baru, langit yang baru dan Yerusalem yg baru, yg lama akan berakhir.

Saifulmerahs: Ya, kita tidak salahkan Adam as, bukan dia yang salah iblislah yang punya angkara, ceritanya sama kent, Anda bercerita tentang Adam pada manusia dan saya juga bercerita tentang Adam pada manusia, ceritanya sama, tapi tafsir kita untuk cerita ini pada manusia jauh sekali bezanya, dan manusia pun akan mencari mana tafsir yang benar..


Kent :
jawabannya ada di Yesus :

Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.
Barang siapa menolak Aku, ia menolak Bapa yg mengutus Aku.
Aku dan Bapa adalah satu. Aku di dalam Bapa dan Bapa di dalam Aku.
Barangsiapa telah melihat Aku, ia telah melihat Bapa.

Saifulmerahs:
Ayat ini telah berkali saya dengar hingga kini saya telah menghafalnya...

Kent :
anda salah. saya tidak kesal kepada adam. semua telah terjadi. dan kami telah menang oleh darah Yesus. apalagi yg kami pikirkan ? yaitu jagalah kesucian tubuh dan pikiran, karena tubuh kita adalah bait yg suci dan kudus bagi Allah.

Saifulmerahs:
Ya, semuanya telah terjadi. sayangnya, nanti Allah mau bukti kasih sayang anda padanya, bagaimana? Itu tidak cukup sebagai jawapan.


Kent :
Jangan kotori diri dan pikiran dengan napsu.
nafsu adalah ... keinginan manusia yg membuat manusia jatuh ke dlm dosa.

Saifulmerahs:
anda kisahkan nafsu yang buruk2 saja. Definasi 'nafsu' sangat luas...
anda maukan mobil yang besar, cantik serta sangat pantas, itu nafsu.
maukan rumah yang besar dan cantik, itu nafsu.
maukan isteri cantik, itu juga nafsu.
jika semua itu di dapatkan dengan cara yang baik, boleh.
kalu anda suka menolong orang susah dan menghabiskan banyak wang kerna itu, juga dorongan nafsu.
anda membina rumah anak-anak yatim, itu juga dorongan nafsu.
pokoknya, tanpa nafsu, manusia tiada apa-apa...
seperti kata anda :
nafsu adalah ... keinginan manusia yg membuat manusia jatuh ke dlm dosa
nafsu = keinginan. semua keinginan manusia membawa dosa kah?


Kent :
belum tentu saya akan ketemu anda disana

Saifulmerahs:
saya mau ketemu anda di hari pembalasan....


Kent :
memberikan lebih keistimewaan kepada perempuan, yang salah satunya menjadi hadiah bagi laki2 soleh di surga yg mana belum tentu laki2 itu adalah suami si perempuan di dunia.
perempuan menjadi pemuas nafsu di surga islam. 1 laki2 soleh boleh memiliki 72 bidadari Allah yg mungkin salah satu bidadari2 itu atau malah kebanyakan adalah istri2 lelaki lain di bumi.
Berapa banyak Allah sediakan bidadari utk laki2 soleh islam ? Jika ada 1000 laki2 islam sdh tentu ada 72.000 bidadari.
jadi .. perempuan memang dilebih istimewakan oleh Allah, krn perempuan sangat banyak di surga islam. atau bisa saya katakan ... surga islam adalah tempat pelesiran.

Saifulmerahs:
Bidadari..... Siapa bidadari ? Anda tahu sebenarnya bidadari itu? saya mau jelaskan, bidadari bukanlah wanita2 dunia baik yang sudah kahwin mau pun belum. Bidadari adalah suatu ciptaan Allah yang lainnya. seperti Yesus, wujudnya tidak melalui biasa. seperti Adam wujudnya juga bukan dari rahim ibu. Begitulah Allah berkuasa menjadikan sesuatu tanpa melalui 'sebab' yang biasa. Bidadari diciptakan di surga, bukan asalnya wanita2 dunia.
Seorang isteri yang soleh akan menjadi ketua bidadari dan dia tetap bersama suaminya yang soleh. Wanita dunia ini telah Allah ubah wajah dan tubuhnya lebih cantik dari bidadari. Dia akan melayani suaminya dengan kehebatan lebih lagi.
Wanita dunia yang suaminya telah menolak Allah, maka dia Allah gantikan dengan suami yang isterinya pula menolak Allah.. dan seterusnya ada lagi..



Kent :
TIDAK !!! najis bagi kami surga seperti itu. Allah Maha Suci. nafsu mencemari kesucian

Saifulmerahs:
nafsu tidak mencemari kesucian. sudah saya jelaskan diatas.


Kent :
terus terang, ajakan anda ini seperti ajakan setan.

Saifulmerahs:
jangan begitu kent, anda perlu fahami dulu, sebelum anda samakan saya dengan setan! Setan musuh kita yang nyata!!!

Saifulmerahs: Anda seorang yang sangat berani... semoga Tuhan memberikan cahaya nurani padamu... sekian.


Kent :
iya saya berani karena saya mengikuti Yesus. saya tidak mengikuti muhammad. muhammad tidak memberikan contoh yg baik bagi saya.

Saifulmerahs:
Anda belum tahu banyak........



Saifulmerahs:
Allah dimana-mana. tidak terbatas pada ruang dan waktu. Firman Allah : kemana sahaja engkau menghadapkan wajahmu, disitu ada Allah...

Kent :
dan anda tidak perlu menghadap ke Mekkah utk menyembah Allah bukan ?

Saifulmerahs:
tidak ada kaitan dengan itu. sembahyang menghadap kiblat (Mekah) adalah tanda kesatuan hati penganutnya.

Saifulmerahs:
Saya sebagai seorang yang cintakan Allah sangat berharap Allah melimpahkan kasih sayangNya pada semua manusia. Memberikan petunjukNya. Memberikan cahayaNya yang bersinar. Saya menangis sedih kerna manusia ramai yang tidak mau bersamaNya. Bukan kerna mereka itu sombong semuanya, tetapi kerna tidak tahu akan betapa Kasihnya Allah pada mereka. Jika mereka tahu, nescaya mereka akan ikut. Tugas sayalah untuk menyampaikan risalah ini. Nabi telah kembali ke sisi Allah, Dia telah berpesan agar peliharalah agamamu, dan sampaikan agama pada manusia seluruhnya. Tugas inilah yang telah ditinggalkan oleh ramai manusia. Saya mau menjalankan tugas ini biar di ancam mati, saya tetap teruskan..

Saifulmerahs:
Sdr. kent, diatas hanyalah luahan hati saya. Disini kita hanya berdiskusi dan harap sdr. ken sudi lanjutkan.........

moga Tuhan memberkatimu dan semua......



Wallahu A'lam..




**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..