Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Isnin, 11 Julai 2011

Pada Zaman Mana Kita Berada??



Sesungguhnya Allah mengatur alam ini dengan suatu pengaturan yang rapi dan tersusun. Penciptaan alam ini ada mulanya dan ada akhirnya dengan cara dan masa yang telah ditentukanNya.


Kita sebagai makhluk hendaknya menyedari tentang hakikat ini, dengan merenung hikmah dan pengajaran disebaliknya agar dapat bertindak tepat sesuai dengan kehendak Allah.


Oleh kerana itu sentiasa ada peringatan dari Rasulullah saaw untuk umatnya agar menyedari di zaman apa dia berada dan bagaimana dia harus bertindak demi menyelamatkan Iman dan Islamnya.


Rasulullah saaw bersabda :

"Telah berlaku zaman kenabian keatas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki,
kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian.
Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya.
Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki.
Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian"

[H.R. Imam Ahmad, Bazzar dan Attabrani dari Abu Huzaifah Al-Yamani]


Hadits diatas jelas menunjukkan bahwa Umat Rasulullah saaw akan menempuh 4 zaman secara bergilir-gilir sebelum dunia kiamat yakni :

1. Zaman Kenabian (Nubuwwah) dan rahmat
2. Zaman Khulafaurrasyidin dan rahmat
3. Zaman fitnah (kerusakan) dan kegelapan
4. Zaman Khalifah atau Ummah kedua yang berjalan diatas cara hidup zaaman kenabian yakni zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa.


1. Zaman Nubuwwah (Kenabian) dan Zaman Khulafaurrasyidin atau lebih dikenal dengan Zmaan Ummah Pertama

Iman umat Islam ketika itu sangat kukuh. Menyebut nama Allah saja mampu menggetarkan hati mereka. Cinta dan takutnya kepada Allah tergambar pada setiap perkataan dan perbuatan mereka.
Secara umum ciri-ciri zaman ummah pertama ini dapat diketahui
sebagai berikut :

1. Ibadah mereka sangat banyak. Shalat, puasa, zikri dan wirid susah ditandingi banyak dan khusyuknya.

2. Ukhuwah dan kasih sayang sangat padu, setiap orang mencintai saudaranya seperti mencintai saudara sendiri.

3. Jihad dan mati syahid menjadi idaman dan cita-cita. Mereka akan sangat merasa dukacita jika tidak diizinkan untuk pergi ke medan jihad.

4. Akhlak menjadi perhiasan diri, mereka mampu berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada mereka.

5. Masyarakat dan negara Islam dapat dibangun sehingga layak digelar sebagai negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.

6. Tamaddun dan pembangunan rohani mencapai zaman puncaknya.

7. Islam berhasil menaklukkan dua imperium besar dunia yang sedang berkuasa saat itu (kerajaan Romawi dan Persia) untuk kemudian memayungi ¾ dunia.

2. Zaman Fitnah atau Zaman Kerosakan

Zaman ini merupakan zaman kerosakan dan kegelapan. Pada zaman ini umat Islam jatuh kedalam jurang kehinaan yang berkepanjangan, yang merupakan akibat dari kelalaian dan angkara murka yang terjadi di dunia Islam, sehingga Allah biarkan mereka.

Hal ini sesuai dengan janji Allah bahawa Allah hanya akan menjadi pembela kepada orang-orang bertaqwa.

Ciri-ciri zaman fitnah ini adalah :

1. Negara Islam satu persatu mulai jatuh dan dijajah oleh orang kafir.

2. Akidah umat Islam pada saat itu sangat rapuh, ada diantaranya Islam di waktu pagi dan kafir di waktu petang

3. Ibadah sangat lemah, shalat, puasa dan membaca Al-Qur'an tidak lagi diamalkan secara bersungguh-sungguh atau bahkan diamalkan sama sekali.

4. Ukhuwah sesama Islam sangat lemah sehingga terjadi peperangan dan pembunuhan sesama umat Islam.

5. Orang kaya sangat bakhil dan pelit, manakala orang miskin tidak sabar dan hasad dengki.

6. Penyakit cinta dunia dan takut mati sangat tebal dan mewabah dalam hati umat Islam.

7. Kriminalitas dan kemunkaran yang terjadi dalam masyarakat Islam hampir tidak ada bezanya dengan apa yang terjadi di kalangan masyarakat yang bukan Islam.

8. Akhlak umat Islam sangat lemah dengan berleluasanya hasad dengki, umpat mengumpat, tuduh menuduh, caci-mencaci dan saling mengkafirkan sesama umat Islam.

9. Wanita-wanita Islam telah dicabut rasa malunya dengan bertingkah laku tidak senonoh, menampakkan aurat di depan umum, menari dan menyanyi tanpa menjaga maruah diri.

10. Umat Islam terhina di seluruh aspek kehidupan. Politik, ekonomi, pendidikan, pengobatan, pertanian, dan lain-lain, sehingga umat Islam terpaksa bergantungpada sistem kufur dan isme buatan manusia.

11. Sedikit demi sedikit cara hidup umat Islam telah mengikuti cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani.

12. Terjadi gejala-gejala buruk dan keji di tengah-tengah masyarakat Islam seperti narkoba( dadah) , homoseks, lesbian, dan lain-lain.


Namun kemungkaran yang sedang terjadi di zaman fitnah ini tidak melemahkan keyakinan dan semangat perjuangan segolongan manusia yang tetap pendiriannya.

Mereka bukan saja mampu mempertahankan identiti Islam di kalangan mereka, bahkan mereka gigih berjuang untuk memperbaiki masyarakat.

Inilah golongan-golongan yang lemah tetapi mempunyai keimanan dan keyakinan yang kuat dan kukuh serta perjuangan yang padu.


Rasulullah saaw bersabda :

"Sentiasa ada di kalangan umatku satu thoifah yang akan menzahirkan kebenaran dan tidak dapat dibinasakan oleh orang-orang yang tidak suka disisi mereka sampailahhari kiamat"

Namun untuk menghidupkan suasana Islam di tengah-tengah kerusakan dan kegelapan zaman zaman fitnah ini bukanlah suatu kerja yang mudah.

Jemaah-jemaah Islamiyah ini senantiasa diuji dan ditentang dengan berbagai macam fitnah dan ancaman.

Tepat sekali sabda Rasulullah yang mengatakan bahwa Islam akan kembali asing.

Namun walaupun begitu, Islam akan kembali kuat dan memusnahkan segala bentuk kekkufuran sebagaimana Rasulullah dulu berhasil melakukannya yaitu dengan jalan berdakwah dan mendidik hati manusia.

Inilah langkah-langkah awal menuju zaman Imam Mahdi dan Nabi Isa yang merupakan peringkat zaman keempat atau yang terakhir yang akan dialami umat Islam sebelum hari kiamat, setelah sekian lama umat Islam mengalami zaman fitnah.






3. Zaman Khalifah atau Zaman Ummah Kedua yakni Pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa

Di zaman ini Islam akan kembali lagi ke zaman kegemilangan dan keemasannya seperti di zaman Rasulullah dan Khulafaurrasyidin. Islam dapat menguasai dunia dan kembali menjadi penguasa sejagat.

Rasulullah saaw bersabda :

"Sebelum hari kiamat datang pastilah Islam itu bangun kembali walaupun antara mulanya Islam bangun dan mulanya kiamat hanya sekedar masa memerah susu.

Zaman ini berlaku selama 40 tahun dan barulah dunia ini akan dibinasakan (kiamat) oleh Allah"

Kebangkitan Islam zaman ini akan sampai kepada puncaknya apabila berpadunya ketinggian kerohanian umat Islam dengan kecanggihan teknologi di bawah dua pemimpin besar umat Islam yaitu Imam Mahdi dan Nabi Isa.


Ciri-ciri zaman ini :

1. Islam dapat mencapai keagungannya kembali seperti yang telah dicapai oleh Rasulullah saaw 14 abad yang lalu.

2. Dunia seluruhnya akan kembali aman dan damai, keadilan akan kembali ditengakkan setelah sekian lama dipenuhi dengan huru-hara dan kezaliman.

3. Hati orang-orang miskin dan kaya dipenuhi dengan sifat redha dan kanaah sehingga tidak seorang pun yang mau menerima sedekah.

4. Harta-harta yaang melimpah ruah akan dibagi-bagikan dengan adil dan merata.

5. Umat Islam hidup dengan penuh kasih sayang dan cinta-mencintai satu sama lain.

6. Aqidah, ibadah dan seluruh aspek kehidupan masyarakat Islam berjalan sepenuhnya di atas landasan syari'at Nabi Muhammad saaw.

7. Segala fitnah dan maksiat, riba, zina minuman keras dan lain-lain kekufuran berhasil diperangi dan dimusnahkan.


Wallahu A'lam..


Maha Suci Allah SWT....!



**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Jumaat, 8 Julai 2011

Kuning itu Bersih? Bukan Putih ker yang Bersih??





Assalamu Alaikum,



Saudara2ku sekalian yang kuhormati, pada hari ini ditahun 2011 dibulan Julai haribulan 9 bertempat di ibukota Kuala Lumpur, yakni kotaraya kosmopolitan Malaysia tanah airku tercinta, fenomena warna kuning telah mendapat perhatian ramai. Ini adalah disebabkan warna tersebut telah dijadikan simbolik oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Namun demikian pertubuhan bukan kerajaan ini telah pun diharamkan kewujudannya oleh kerajaan Malaysia, ini adalah kerana pertubuhan bukan kerajaan ini telah menamakan diri mereka 'Bersih' sedangkan mereka ini dikatakan tidak bersih sama sekali! Nama dan keperibadian tidak serasi... sebab tu lah diharamkan...! Gitu kan? Hahahahahaaaaa!!!


Maaf ya, sebenarnya bukan itu penyebab ia diharamkan. Sila ambil perhatian..! Ianya telah diharamkan dek kerajaan Malaysia adalah atas dasar kesimbolikan yang mereka pergunakan itu tidak relevan sama sekali. Ada ker patut Kuning itu Bersih? Sepatutnya Putih lah yang sinonim dengan perkataan bersih. kan gitu? Bak kata veteran, seputih salju, sebersih air dikali, ibarat kain putih, bersih dari dosa.. Makanya mana ada veteran sebut kuning kan? Kalau gigi kuning adalah! Maksudnya gigi korang tu kotorlah tak bergosok setahun gitu... Memang tak sinonim langsung warna kuning dengan perkataan bersih tu. Makanya disebabkan kesalahan mengsenonimkan  kata2 inilah, pertubuhan bukan kerajaan ini telah diharamkan kerajaan Malaysia yang terkenal dengan perkataan 'SATU' ni.


Kakakakakahhhhh!!!!

Maaf lah, sebenarnya bukan itu penyebabnya, sila ambil pot...! Ianya telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia ini adalah kerana perancangan mereka untuk berkumpul 1Malaysia buat mendemonstrasikan suara ketidakpuasan hati ketua2 mereka, anak bini ketua2 mereka, kaum kerabat serta kroni2 ketua2 mereka.. Diarahkanlah penghuni2 gua dan penghuni2 rumah panjang dan penghuni2 hutan batu kosmopolitan serta tidak lupa juga arahan untuk penjawat2 awam yang makan gaji dengan kerajaan ini, berdemonstrasi dijalanan. Ikut saja, jangan banyak songeh..! Makanya terganggulah orang2 yang sedang berniaga alias tidak mahu turut serta berhimpun dijalanan itu. Maka akan rugilah perniagaan mereka itu nanti. Punahlah harapan pada hari tersebut untuk mereka mengaut untung rm ribu riban.. Nanti siapa yang susah? Aku dan anak bini juga yang susah, buat para ketua, anak bini mereka serta kroni2 mereka, apa ada hal, kalau para pendemo dijalanan kena sembur, kena gas mata hatta kena tembak sekali pun, para ketua dan anak bini mereka serta kroni2 mereka tak ambil pot langsung...! Yang penting, hajat tercapai.. Kerana inilah ianya telah diharamkan oleh kerajaan 1Malaysia ini.


Mmmmm.... tak jugak.. 'orang' kerajaan pun pernah buat demo jalanan jugak, tapi tak pernah pun diharamkan.. Jadi kenapa yek??


Oh ya, pada hari ini Bersih telah megambil keputusan untuk tidak berhimpun dijalanan, tetapi lokasi telah ditukar kedalam Stadium Negara. Ok gak tu, taklah menganggu peniaga2 perut buncit untuk meneruskan perniagaan mereka, Malah akan untung berlipat ganda pula dengan kehadiran ribuan para penghimpun yang berbaju warna kuning yang bertulisan Bersih untuk membeli minuman dan makanan setiap kali tekak mereka terasa dahaga..

Apatah lagi perhimpunan didalam stadium dikatakan telah mendapat restu Yang Dipertuan Agong, lega sedikit rasanya.. tetapi malangnya pihak polis pula berdegil kerana enggan memberi permit, apa yang mereka beri adalah secubit ugutan terhadap para peserta perhimpunan Bersih. Itu saja..


"Ello Apek, besok lu mau pigi sana itu himpun punya olang ka?"

"apa himpun olang?"

"alaaa itu yang pakai baju kuning2 la Apek.."

"Oooo itu ka.. talak mau la gua.. bikin susah juga..."

"Ello kawan, besok lu mau pigi itu Bersih punya demo ka?"

"Wa misti pigi lor..."

"apa pasat lu mau pigi sana tempat?"

"sana ada makan2 maa.. lagi ada orang mau kasi rm200 maa.."

"***???"

"Salam Bro, sok ikut aku pergi perhimpunan Bersih nak?"

"tak mau la, lebih baik ko tu ikut aku pergi masjid.. lagi baeekk punya.."

"pergi masjid buat pe? Orang semua dok kumpul nak hantar memo kat Yang Dipertuan Agong tu, rugi la ko tak join..!"

"korang pi la hantar memo tu kat Yang Dipertuan Agong tu.. Aku pun nak hantar memo gak tapi kat masjid tu.."

"hantar memo kat masjid? Memo pe mendanye? Gila la ko.."

"aku hantar memo ke Pemeliharaku Yang Maha Agong lagi Maha Perkasa..."

"****???***"


Saudara2ku sekalian, marilah kita bersatu hati, satu fikir, satu memo, kita persembahkan kepada Dia yang sentiasa memelihara kita, yang memiliki khazanah yang takkan pernah habis2, Pemerintah langit dan bumi, timur dan barat, tiada yang Berkuasa selain Dia. Hanya Dialah yang berhak memilih pemerintah dan menjatuhkan pemerintah yang dipilihNya. Jatuh bangunnya seorang pemerintah itu adalah dalam kekuasaanNya.. Kita sebagai makhlukNya tidak memiliki apa2 kuasa pun.. Jika kita tidak suka akan seseorang pemimpin itu, kita hendaklah lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan.

Perkara asas paling penting yang harus ada dalam diri kita sewaktu hendak menasihati pemerintah yang zalim adalah hadirkan dalam hati kita perasaan kasih sayang, keikhlasan dan demi memperoleh keredhoanNya semata-mata, bukan kerana sebarang kepentingan yang lain. Di atas keikhlasan itulah menyebabkannya mukmin seharusnya tidak sanggup keluar daripada ikatan taat setia kepada pemerintah, malah sentiasa mendekati bersama kumpulan jemaah pemerintah (ulil amri) tersebut. Berhubung perkara menasihati pemerintah ini, Nabi Muhammad saaw bersabda yang bermaksud: “Sesiapa ingin menasihati sultan (pemerintah) dengan sebarang urusan, janganlah menampilkan kepadanya secara terang-terangan. Tetapi hendaklah memegang tangannya, lalu dibawa ke suatu tempat yang tersembunyi (pada masa itu bolehlah dia menasihatinya secara berseorangan dan jika nasihatnya diterima, maka itulah yang sebaik-baiknya dan kalau tidak, maka dia sudah pun menunaikan tanggungjawabnya sendiri.” (Riwayat Tarmizi)


Seperkara yang amat penting yang harus aku khabarkan kepada korang semua saudara2ku, tugas kita ummat akhir zaman ini bukan berligat setakat masalah dalaman ini saja, kita ada tanggungjawab yang lebih besar dari yang ini, yakni tugas kita sebagai penyebar kalimat HAQ ini. Sedarlah wahai saudara2ku bahawasanya masih ramai lagi ummat manusia yang dahagakan  HIDAYAH diseluruh dunia ini, kasihanilah mereka, mereka juga seperti kita juga yang ingin pengakhiratan hidup yang damai dan sejahtera.. Ya.. Bukan hanya aku dan korang saja yang mahukan syurga... Fikir-fikirkanlah....




**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Jumaat, 1 Julai 2011

Uniknya kejadian buah kurma ..



Salam saudara2ku sekalian, artikel dibawah ini adalah hasil penceritaan beberapa orang krew RTM yang ketika itu sedang membuat pengembaraan drama 'Cinta Madinah' pada tahun 2010 yang lalu..


Ketahui lah....

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.


Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah saaw dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang disiarkan ceritanya pada saluran RTM, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam majalah Anis).





Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah SWT. ciptakan Nabi Adam as. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa as., Siti Maryam telah diminta oleh Allah SWT untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.


Ditakdirkan Allah SWT. dengan kelahiran Nabi Isa as. itu juga, Allah SWT. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).


Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan
tamar betina .


Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.


Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.


"Allah SWT. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah SWT pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.


Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.


"Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah SWT. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s."


"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah saaw. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya.Buah ini tidak berbau kerana Allah SWT. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini." Ujar Pak Long dengan senyum lebar.


Demikianlah apa yang telah diceritakan Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long kepada krew2 TV3. Nak percaya atau tidak, terpulanglah pada kebijaksaan masing2.. Namun apa yang penting, bila menjelangnya bulan Ramadhan, buah tamar inilah yang menjadi pilihan umat islam serata dunia..


Maha Suci Allah SWT...



**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Ahad, 26 Jun 2011

9 Penemuan Orang Islam Yang Mengkagumkan..

As Salam saudara2ku sekalian, semoga semuanya dalam keadaan sihat wal afiat sentiasa mendapat lindungan Pemelihara kita yang Maha Agong.



Pada hari ini minda kita telah dibiasakan dengan kehebatan pihak Barat dalam segala bidang ilmu, malah dari Timur juga kita memandang betapa hebatnya bangsa Jepun dengan kecanggihan teknologi mereka. Sehinggakan kita lupa suatu masa dahulu orang2 Islam adalah lebih hebat lagi dengan penemuan2 awal dalam bidang sains dan teknologi jauh mendahului Barat. Tahukah korang bahawa kehidupan moden kita ini adalah berkait rapat dengan penemuan2 para ilmuan Islam yang lalu..




Dibawah ini adalah beberapa senarai penemuan yang luar biasa oleh para Sarjana Muslim dimasa lalu;


1. Pembedahan

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.



2. Kopi

Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice .



3. Mesin Terbang

Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.



4. Universiti

Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1,200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.



5. Aljabar

Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 'kitab al-Jabr Wal-Mugabala' yang diterjemahkan ke dalam buku 'The Book of Reasoning and Balancing' Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.



6. Optik

"Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam," ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.



7. Muzik

Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.



8. Berus Gigi

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.



9. Takal

Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.




Saudara2ku sekalian, untuk lebih memahami kenapa dan mengapakah sejarah penting kehebatan pihak kita sendiri 'dilalaikan' sepanjang masa kini, aku cadangkan agar korang semua merujuk pada pautan artikel di bawah ini;

Fakta-fakta Sejarah Penemuan Sains Dan Teknologi Islam Yang Disembunyikan Barat


Sekian saja catatan ku buat kali ini, moga2 korang semua mendapat manafaatnya, dilain masa berjumpa lagi. Wassalam.



**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Selasa, 21 Jun 2011

Mensyukuri Rezeki Menambahkan Berkat.

Hasil Nukilan; Fairlady Shania 





Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang." Riwayat Bukhari dan Muslim



Huraian

i) Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya.

ii) Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain.

iii) Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.

iv) Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan "alhamdulillah" di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.

v) Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.


**^^** **^^** **^^** **^^**   Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..