Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Selasa, 3 Ogos 2010

Larangan BerKaraoke Sepanjang Ramadhan..




Karaoke tutup sepanjang Ramadan

Oleh
FAIZAL NAZARUDDIN

faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


KEPUTUSAN kerajaan negeri Perlis menutup operasi pusat-pusat karaoke termasuk di Arau sepanjang Ramadan wajar diikuti oleh negeri-negeri lain.


Kaki karaoke mungkin perlu bermuhasabah diri ekoran langkah kerajaan negeri Perlis mengeluarkan arahan menutup semua pusat karaoke pada sepanjang Ramadan bermula Ogos ini.


KANGAR -


Keputusan tersebut menjadikan Perlis negeri pertama di negara ini mengeluarkan arahan tersebut bertujuan memuliakan kedatangan Ramadan.


Yang Dipertua Majlis Perbadanan Kangar (MPK), Rosli Mat berkata, keputusan itu juga diharap dapat membantu usaha kerajaan untuk mencegah kegiatan maksiat di pusat hiburan berkenaan.


"MPK tidak akan memperbaharui atau melesenkan premis hiburan karaoke sepanjang bulan mulia itu walaupun kami menerima banyak permohonan,'' katanya kepada pemberita di sini malam kelmarin.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan operasi pematuhan lesen-lesen kepada premis perniagaan berbentuk hiburan seperti pusat karaoke dan kafe siber di sekitar Kangar dan Arau.


Menurut Rosli, lesen pusat karaoke diselia oleh Unit Pentadbiran Daerah (PTD) dan setiap kelulusan mengambil kira pelbagai aspek seperti kawasan persekitaran dan pandangan masyarakat setempat.


Kepada mereka yang dah gian sangat berkaraoke tu, kat rumah jer laa ya..

Isnin, 2 Ogos 2010

29 Rahsia Negara Yang Anda Patut Tahu...

Oleh shahpaskal

 




PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA


(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.

4.Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13. Filiphina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.

16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi Gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk.
 
 
 
Artikel asal boleh dibaca di blog military of Malaysia

Ahad, 1 Ogos 2010

Ramadhan yang Membawa Rahmat

Oleh Ustaz Ashaari bin Muhammad




Kedatangan Bulan Ramadhan Membawa Rahmat


Bulan Ramadhan amat mulia, membawa rahmat,


kedatangannya berkat, berlaku maghfirah,


pahala berganda lailatul qadar macam panjang umur


Ketibaannya macam kedatangan seorang pemimpin


yang mulia yang sangat dihormati


Seorang pemimpin seperti Rasul, maksum,


akhlaknya tinggi lagi mulia, berilmu dan berwibawa


Pemurahnya bagaikan hujan lebat,


tawadhuknya menghancurkan hati yang keras,


pemaafnya menjadikan orang malu,


mengutamakan orang, setiap hati terpaut kepadanya


Beraninya menggentarkan musuhnya,


berstrategi, berhikmah, ilmunya diucapkan bak mutiara,


mendengar ilmunya tidak jemu-jemu


Kehilangannya dirindui, ketibaannya dinanti-nanti








Begitulah Ramadhan jika dia seorang manusia, manusia yang luar biasa


Apa kita hendak kata kalau ada orang berhadapan dengan Ramadhan


ibarat pemimpin yang digambarkan tadi?!


Ada orang tidak mempedulikannya langsung,


ia dianggap orang biasa,


orang yang tidak mempedulikannya adalah orang gila


Ada orang hanya memanfaatkan pemurahnya sahaja,


orangnya tidak dihormati


orang ini tidak berakhlak yang mulia


Ada orang seronok dengan wibawa pemimpin itu, ikutnya tiada,


orang ini seronok dengan pemimpin itu,


didikan dan pengajaran orang itu tidak dapat diterima


Orang ini tetap orang bodoh dan rosak jiwanya


Ada orang berhadapan dengannya terpengaruh dengan kecantikannya


Dia bergembira dengan rupa luarnya sahaja


Hati budinya tidak difahaminya, fikirannya tidak dapat diselaminya


Orang ini mabuk dengan syariat lahirnya,


syariat batin tidak dapat dijangkaunya


Orang ini masih tertipu tidak disedarinya


Orang yang beruntung yang dapat menikmati


seluruh kewujudan pemimpin itu


Hati, budi, dapat dirasainya, mutiara ilmunya dapat dimiliki,


didikannya dapat dicontohi


Inilah orang yang dapat menjadi bayangan gurunya


Begitulah golongan-golongan manusia bila berhadapan dengan Ramadan,


jika ia dianggap seorang guru







Hasil Nukilan Ustaz Ashaari bin Muhammad


1.12.2002

Jumaat, 30 Julai 2010

Kisah Pakai Tudung

Oleh Puteri Khalifah.





Bacalah utk peringatan semua...

Saya memang dah lama nak suarakan rasa terkilan dan musykil di hati ni. Lupakanlah sebentar tentang saudari2 kita yg masih tak dapat "seru" memakai tudung tapi yg kita nak saya tulis ni ialah yg pasal trend memakai tudung dan tutup aurat itu sebenarnya..sudah tidak selari .... dah lari dari matlamat dan kehendak Islam itu sendiri..

Sekarang ni kalau nak compare dgn era 80's alhamdullilah dah ramai wanita remaja memakai tudung. Fenomena memakai tudung bukan hanya dapat dilihat disekolah ,IPT , pejabat gomen ,di kilang 2 pun majority pekerjanya wanitanya memakai tudung , bukan hanya beranika corak malahan beranika fesyen pulak tu.. dapat kita perhatikan sebegitu ramai makcik2, cik kak2, adik2 kita yg bertudung dikepala tak kira le tahap mana education backgroundnya.

Beginilah isi surat saudara tuh...

1.Tudung ikat reben kat bawah dagu , tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas didlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud ). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah atau cam nak pergi noreh getah!

2.Pakai tudung , tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah "ter "atau sengaja..) ni masa saya kat UK dulu summer season ramai mek2 salleh pose cam ni , artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e.g., Madhuri Dixit, Manisha Koraila ,.. gaya model time fesyen show ...

3.Bermini telekung , tutup dada tapi pakai baju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggung nampak sendat..kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit..silap2 pusat sekali kalau ader rezeki.....

4.Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok ... kita tutup rambut yg hitam , tapi tangan /lengan yg putih melepak tu kita dedahkan..

5.Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebaya sendat siap dgn kain belah belakang/belah kat sisi..bila jalan lengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan..siapa nak jawab tu...

6.Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun..punyalah merah menyala , siap dgn eye-shadow , mascara sekali...touch-up sana, touch -up sini dan kasut highheel lagi..bertudung
dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai , yg bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc....sila rujuk (al-Ahzab:33 ) boleh gitu ?

7.Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betis nampak...ooo...saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak !!!!

8.Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu ..."si Adik " tu tetaplah nampak, besar ke , kecik ke....org masih boleh buat terkaan...

9.Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti kena match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari...etc yg ni pun lebih kurang yg no.6 bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.

Betul...di era 80's dulu tak ramai kita nampak wanita bertudung tapi satu (bertudung ) di antara sepuluh yg tak bertudung tu menepati ciri menutup aurat sebagaimana dlm al-Quran. Mak cik saya dah bermini-telekung stail ni pada tahun 1982, dia student UM dan saya berusia 8 thn time tu. Alhamdullilah , dia istiqamah sehingga (dah beranak -pinak pun..)dan tak pernah change pun stail bertudung..warna tudung biasanya hitam , putih , biru tak match pun dgn baju. Mini-telekungnya berjahit bukannya berpinkan
brooce /kerongsang..

Ustaz /ustazah dah ajar masa sekolah dulu aurat wanita keseluruhan badannya kecuali muka dan tapak tangan. sometimes officemate kita yg non-muslim pun confused diaorg ada tanya pakai tudung cara yg mana yg paling betul dan tepat as Islamic Rules. Kenapa ramai sgt wanita Islam kini pakai tudung pun tak standard (tak ikut standard al-Quran) tapi ikut standard fesyen terkini kot! -sbb dah ada yg kata kalau tutup semua, tak apply lipstick, tak dak yg nak pandang, susah lah nak dpt jodoh.... bab ni saya tak dpt nak kata apa dah.... ada pulak officemate (wanita Islam ) yg tanya depan non- muslim " semlm aku nampak ada perempuan sembahyang kat surau Kotaraya langsung tak pakai telekung, dia pakai baju dan tudung yg dia pakai tu aje.." Kita pun tanya "baju cam na, tudung cam na

Dia pun terpinga-pinga, cam tak satisfied pulak dgn jawapan kita. So ,bab bertudung ni jgnlah kita mendabik dada kata yg bila kita dah tutup kepala maknanya kita dah menutup aurat dah... sometimes saya perhatikan yg tak bertudung pun tak seberani segelintir yg bertudung memakai baju tight ikut bodycut ..(gi lah kat shopping complex..sure terjumpa punya ) entahlah kalau dlm bab bertudung dan tutup aurat ni kita dah main ikut nafsu/rasa, dan mungkin nak nampak glamour sikit..canm na la kita nak tegakkan Islam
as Ad-Din, the way of life.. sdg Islam itu cukup indah jika dihayati... bukan main ambil separuh2 yg kita suka ...no wonder lah ada satu hadith Rasulullah lebih kurang begini maksudnya:- Akhir zaman nanti umat Islam tu memang le ramai tapi kesemuanya seperti buih-buih di lautan!

Wallahualam

Sabtu, 24 Julai 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?

Oleh Hilmi Halim






Kisah benar ini  berlaku di US.
 




Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..




“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Korang yg bergelar wanita...amalkanlah ..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...