Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Sabtu, 26 Jun 2010

11 Fatwa Yahudi Orthodoks

Oleh Ibnu Yaakob




Bagi menjaga budaya agama Judais agar tidak dipengaruhi oleh arus sekular global, para Rabbi Yahudi Orthodoks memutuskan bermacam-macam peraturan yang ketat di daerah majoriti mereka di Mea Sharim. Sebahagian besar peraturan adalah yang sudah sedia terkandung dalam kitab Taurat.

Fatwa 1 : Mengharamkan HDTV

Menurut para Rabbi Orthodoks, terjahan visual gambar yang begitu realistik dan melampau akan merosakkan pemikiran masyarakat. Visual jenis High Defination (HD) yang luar biasa boleh mengkhayalkan seseorang yang melihat.

Mereka bimbang penampilan visual-visual luar biasa dari HDTV akan menyebabkan golongan muda tidak lagi berminat hadir ke kelas-kelas pengajian Taurat dan Mishnah. Ini kerana mereka akan sibuk menghadap televisyen sepanjang masa.

Bagi membendung gejalan ini, kempen-kempen yang keras dijalankan secara meluas, demonstrasi dan bantahan secara terbuka dilakukan hampir setiap hari. Tidak cukup dengan itu, mereka menerbitkan pula iklan TV yang menjalankan kempen mengharamkan penggunaan HDTV.

Fatwa 2 : Pengharaman Memakan Babi

Golongan Yahudi ultra Orthodoks di Israel sering bersengketa dengan kelompok Yahudi Sekular (Zionis) tentang makanan. Para Rabbi Ultra Orthdoks menegaskan agama Judais mengharamkan penganutnya memakan babi.

Kesatuan Rabbi bersepakat membawa penguatkuasaan pengharaman memakan babi ke peringkat parlimen. Ketika itu Presiden Israel ialah Yitzak Shamir yang memimpin Parti Likud.

Lima pertubuhan Rabbi utama di Israel meminta agar dikuatkuasakan undang-undang peringkata persekutuan agar melarang semua penganut Judais dari memakan babi. Menurut mereka, penganut Judais perlu kembali kepada ajaran asal Taurat.

Larangan bukan sahaja tertakluk kepada memakan babi, tetapi juga menjual, membawa atau menyentuh binatang itu.

Cadangan undang-undang itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati golongan sekular Yahudi yang berfahaman Zionis. Mereka juga mendesak agar kerajaan Israel tidak melayan tuntutan Rabbi-Rabbi itu.

Kempen ini bermula pada Julai 1990.

Fatwa 3 : Wajib Menutup Aurat Bagi Lelaki dan Perempuan

Peraturan pakaian di Mea Sharim, daerah ultra-Orthodoks di Jerusalem amat ketat dan mesti mengikut lunas-lunas syariat agama Judais. Peraturan pemakaian yang ketat itu tertakluk kepada lelaki dan perempuan.



Lelaki
- wajib memakai baju berlengan panjang
- memakai stokin putih
- Berkasut penuh yang bertumit tinggi
- Berkot hitam
- Memakai topi hitam
- Tidak dibenarkan memakai rantai leher atau gelang tangan



Perempuan
- Memakai tudung kepala menutup keseluruhan rambut. Jika orang Islam dipanggil ‘anak tudung’.
- Tidak boleh memakai rantai leher yang keterlaluan
- Memakai baju berlengan panjang
- Memakai skirt panjang hingga bawah lutut
- Wajib memakai stokin
- Tidak boleh make-up wajah dengan berlebihan
- Diharamkan memakai pakaian yang berwarna garang dan menonjol yang boleh menarik perhatian lelaki.

Peraturan pemakaian bukan setakat ke atas masyarakat ultra-orthodoks sahaja, malah mereka juga melarang mana-mana individu yang memakai pakaian sekular agar tidak berjalan-jalan di kawasan mereka.

Fatwa 4 : Mengharamkan Pembakaran Mayat

Para Rabbi ultra-Orthodoks menentang keras proses pembakaran mayat yang sering diamalkan oleh agama-agama lain. Pembakaran mayat juga diamalkan oleh para penganut zionis di Israel.

Pada akhir tahun 2007, telah berlaku suatu kejadian kebakaran Chomotarium di Mea Sharim Pihak berkuasa tempatan percaya ia dilakukan oleh kumpulan ekstremis Ultra Orthodoks.

Semenjak Chomotarium itu dibina oleh kerajaan tempatan, ia sering menerima bantahan daripada penduduk Ultra-Orthodoks di Mea Sharim.

(Chomotarium = rumah pembakaran mayat)

Fatwa 5 : Mengharamkan Menyertai Tentera

Rabbi Orthodoks tidak menggalakkan anak-anak muda mereka menyertai agensi pertahanan kerana ia adalah amalan yang melibatkan keganasan. Penyertaan itu dianggap bertentangan dengan ajaran Taurat yang mementingkan kehidupan yang harmoni.

Fatwa 6 : Digalakkan menyimpan janggut dan misai

Amalan menyimpan janggut dan misai dikira amalan yang mendapat pahala dikalangan penganut agama Judais. Amalan ini bukan sahaja diamalkan oleh Orthodoks di Israel tetapi juga diseluruh dunia termasuk negara-negara arab.

Namun begitu, lelaki Yahudi Ultra-Orthodoks yang mempunyai janggut yang panjang, berpakaian kota hitam dan bertopi hitam amat dibenci oleh masyarakat Yahudi Sekular.

Sekiranya lelaki Ultra Orthodoks berjalan-jalan ke bandar Jerusalem atau Tel Aviv, mereka akan dipandang sinis dan sering menerima ejekan masyarakat setempat. Tindakan diskriminasi ini timbul ekoran anggapan bahawa amalan tersebut hampir menyamai amalan sunat umat Islam.

Fatwa 7 : Mengharamkan Penggunaan Handphone Berkamera

Para Rabbi Ultra-Orthodox peringkat tertinggi sepakat mengharamkan handphone berkamera digunakan oleh masyarakat Yahudi ultra-orthodoks. Bagi menghalang handphone berkamera dibeli, pertubuhan Ultra Orthodoks telah melarang kedai-kedai handphone di Mea Sharim menjual produk yang mempunyai kamera.

Tujuan pengharaman adalah untuk menjaga maruah dan keselamatan golongan wanita Yahudi Orthodoks dari terdedah kepada tingkahlaku-tingkahlaku tidak bermoral.

Bagi menghalang penularan jualan telefon berkamera di daerah kediaman Ultra Orthodoks, para rabbi mereka mendesak agar telefon khusus untuk Yahudi Orthodoks dicipta.

Bagi merealisasikan ‘fatwa’ mereka, para Rabbi Orthodoks telah menghantar surat memorandum desakan kepada CEO syarikat Mirs Communication iaitu Abrasya Brustyn. Syarikat ini adalah wakil tunggal penjualan handphone jenis Motorola di Israel.

Desakan yang dibuat ialah pihak pengeluar harus membuang fungsi kamera kecil pada telefon. Selain itu, telefon itu juga haruslah mempunyai filter (penapis) bagi sebarang “sexual contents” yang mudah dicapai di talian internet.

Akhirnya sebuah telefon yang digelar “Kosher Phone” dikeluarkan. Telefon yang mempunyai fungsi panggilan keluar-masuk, simpanan mesej teks, memori buku telefon dan fungsi-fungsi asas.

Fatwa 8 : Mengharamkan penjualan MP4 Player

Pemain MP4 diharamkan oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi Orthodoks kerana ia dikatakan boleh merosakkan akhlak penganut Judais khususnya golongan muda. Kempen ini dijalankan dengan cara mengedar poster-poster larangan membeli MP4.

Poster-poster kempen tidak sahaja diedarkan kepada masyarakat di Mea Sharim tetapi mereka juga turut berkumpul di kedai komputer di bandar tersebut. Bukan setakat itu sahaja, kempen diluaskan lagi melalui radio rasmi mereka iaitu Kointrass.

Menurut editor berita di Radio Kointrass iaitu Rabbi Henri Khan, mereka tidak kisah jika alatan moden itu hendak dijual tetapi mereka perlulah menjualnya di luar kawasan Orthodoks. Mea Sharim dihuni oleh 99 % Yahudi Orthodoks, jadi mereka tidak mahu pengaruh budaya luar merosakkan akhlak masyarakat mereka.

Fatwa 9 : Mengharamkan rakaman gambar secara terbuka

Masyarakat Yahudi Ultra Orthodoks tidak suka wajah dan tingkahlaku mereka diambil gambar atau dirakam menggunakan kamera video. Perbuatan tersebut dianggap menghina maruah komuniti mereka.

Situasi ini bagaimanapun hanya berlaku di Mea Sharim, Jerusalem dan tidak di lain-lain negara di dunia. Sesiapa sahaja yang mengambil gambar-gambar mereka kemungkinan besar akan dicederakan termasuk pelancong asing.

Fatwa 10 : Mengharamkan penubuhan negara Israel



Para rabbi orthodoks percaya penubuhan negara Israel adalah agenda jahat kerajaan Zionis yang dipimpin oleh Yahudi suku Ashkenazi dan Sephardi. Bagi para Rabbi Orthodoks, konsep ideologi Zionis tidak wujud di dalam agama Judais dan ia bukanlah ajaran sebenar Nabi Musa.

Fatwa 11 : Mengharamkan tingkahlaku Homoseksual dan Lesbian

Semenjak menularnya pengaruh ideologi Zionis di kalangan masyarakat Yahudi Orthodoks pada 1897 dahulu, para Rabbi juga bimbang akan gejala-gejala sosial yang dipromosikan oleh kerajaan Zionis.

Rabbi Dr. Aaron L. Mackler, profesor dari Pittsburg University telah membentangkan dengan panjang lebar kertas kerja berkenaan larangan homoseksual dan lesbian.

Kertas kerja beliau yang bertajuk “The Conservative Movement and Homosexuality : Finding a Middle Path”, menjelaskan mengapa setiap penganut Yahudi perlu berkahwin dan menjauhkan gejala homoseks dan lesbian.

Pada 1992, Comittee of Jewish Laws and Standards (CJLS) sebulat suara memutuskan akan perlunya setiap umat Yahudi yang beragama Judais mengelakkan sebarang aktiviti homoseks dan lesbian.

Namun begitu, kempen ini tidak berjaya. Umat Yahudi sejak dari zaman Nabi Lut memang sudah sebati dengan perilaku sejenis ini. Walaupun Bandar Sodom dan Gemorah sudah dimusnahkan oleh Allah. Darah hawa nafsu Syaitan itu tetap mengalir segar.

Akhirnya pada 2006, empat orang ahli jawatankuasa tertinggi CJLS sendiri telah meletak jawatan dan keluar dari CJLS kerana tidak senang dengan peraturan melarang aktiviti homoseksual dan lesbian ini.

Mereka ialah Rabbi Joel Roth, Rabbi Leonard Levy, Rabbi Meyer Rabinowitz dan Rabbi Joseph Prouser.

Kesimpulan

Walaupun golongan ultra orthodoks kelihatan begitu tegas mempertahankan hukum-hukum dalam Taurat, itu tidak bermakna mereka tidak mempunyai perasaan benci kepada Islam.

Selain itu, Agama Islam juga dianggap sebagai musuh utama kerana semakin ramai pemuda-pemudi Ultra Orthodoks di Mea Sharim yang kini memeluk Islam secara senyap-senyap.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini ramai juga pemuda pemudi Yahudi yang memeluk Islam berkat usaha dan kerja dakwah umat islam seluruh dunia. Ada beberapa orang dari mereka ini telah pun sampai ke Singapura dalam gerak kerja dakwah buat memantapkan kembali sinar Islam keseantero dunia... cuma mereka ni tak dapat masuk Malaysia atas sebab2 keselamatan, politik, persempadanan, dan isu semasa..




Artikel asal sila rujuk di sesawang ibnuyaakob..


Wallahu'alam…

Jumaat, 18 Jun 2010

Rela Pada Ketentuan Allah..




Oleh: Imam Asy-Syafi’e




Biarkanlah hari-hari berbuat semaunya

Berlapang dada-lah jika takdir menimpa







Jangan berkeluh-kesah atas musibah di malam hari

Tiada musibah yang kekal di muka bumi

Jadilah laki-laki tegar dalam menghadapi tragedi

Berlakulah pema’af selalu menepati janji













Jika banyak aibmu di mata manusia

Sedang engkau berharap menutupinya

Bersembunyilah engkau di balik derma

Dengan derma aibmu tertutup semua







Jangan pernah terlihat lemah di depan musuhmu

Sungguh malapetaka jika musuh menertawaimu







Jangan berharap dari orang kikir kemurahan

Di neraka tiada air bagi orang yang kehausan

Rezekimu tidak berkurang kerana kerja wajar perlahan

Berlelah-lelah tidak menambah rezeki seseorang







Tiada kesedihan yang kekal tidak pula kebahagiaan

Tiada kesulitan yang abadi tidak pula kemudahan







Jika engkau berhati puas dan mudah menerima

Sungguh, antara engkau dan raja dunia tiada beza







Barangsiapa kematian datang menjemputnya

Langit dan bumi tak kan mampu melindunginya







Bumi Allah begitu lapang luas membentang

Namun seakan sempit kala ajal menjelang







Biarkanlah hari-hari engkar janji setiap saat

Kematian tak mungkin dicegah dengan ubat







Selasa, 15 Jun 2010

Siapa Yang ZALIM Sebenarnya? Yahudi Atau Engkau...??

Dengan Nama Allah Yang Maha Suci...


Salam Alaikum saudara2ku yang dihormati,


p/s: sebenarnya artikel ini malas saya tulis, namun keadaan agak mendesak saya untuk menulisnya..  


Sejak beberapa hari yang lalu, aku sering diajukan dengan pertanyaan;

"kenapa tak mahu pergi 'berjihad' di Palestin? Tidakkah engkau sedar bahawa rakyat Palestin sana tu sangat perlukan sokongan dari engkau, tidakkah engkau perhatikan betapa zalimnya puak zionis Israel tu yang telah sekian lama meratah kebebasan bangsa Palestin tu? Dimanakah hilangnya 'persaudaraan' dalam agama yang sering engkau laung2kan tu?"

Aku tak menjawab sebaliknya bertanya pula, "pada pandangan engkau, siapakah yang zalim sebenarnya? Puak zionis Israel tu kah? Atau engkau sendiri yang zalim??"

Nampaknya persoalan yang aku ajukan ini telah 'berjaya' memerah padamkan wajahnya lantas menempelak aku dengan nada yang sedikit tinggi, "apa sebenarnya yang hendak engkau perkatakan ni hah??"


Ya, apa sebenarnya yang hendak aku perkatakan disini ya..? Akan aku berikan sedikit pencerahan, biar terang sesuatu yang masih 'kabur' ini..


Saudara2ku sekalian, aku tidak mewakili mana2 pihak dalam memperkatakan hal ini. Engkau boleh saja menyokong atau menolak apa2 yang bakal kuperkatakan ni. Namun sebelum apa2 tindakan yang bakal engkau kerjakan, berfikirlah terlebih dahulu, tidak rugi orang2 yang mempergunakan pemikirannya.

Berita terbaru yang aku dengar, Faizal Tahir sanggup pergi berjihad di Palestin. Ini sangat bagus dan harap2 beliau benar2 menginginkannya. Rata2 semua mereka yang berjuang menegakkan kalimah Allah SWT ada  berniat sebegini, bererti mereka benar2 mahukan rejim zionis yang zalim itu tumbang dan terhapus dari mukabumi ni. Dan yang lebih bagus lagi dengan berniat hendak menegakkan agama Allah SWT dimukabumi ni, inilah sebaik2 niat yang harus engkau tanamkan dalam lubuk hatimu.

Namun demikian, pada masa dan ketika ini, berjihad dibumi Palestin itu bukanlah yang utama dalam kehendak Allah SWT. Ada yang lebih utama dari hal ini, hal yang menyangkut maruah umat islam itu sendiri. Kita mengatakan rejim zionis Israel itu telah berlaku kejam, ganas dan zalim terhadap rakyat Palestin yang seagama dengan kita. Maka kita merasakan maruah kita dah tercalar, bak kata pepatah; cubit peha kiri peha kana terasa sakitnya. Begitulah adat orang bersaudara. Namun demikian kita sebenarnya tidak menyedari bahawa yang mencubit malahan yang mencalar serta mencakar peha kiri kita itu adalah tangan kiri kita sendiri, bukannya tangan orang lain. Mengertikah engkau? Dek kerana inilah pertolongan Allah SWT tiada tiba jua buat membela nasib umat islam dihari ini..

Hari ini seluruh umat islam mengutuk rejim zionis itu, ada yang berkempen untuk memboikot barangan Israel.  Melelehlah air liur kita, kering sudah tekak kita kerana terpekik terlolong, kesannya amatlah sedikit, mereka itu nampaknya sudah 'kebal' dengan itu semua. Tak makan saman punya olang.. Namun apa yang kita tidak sedari adalah, umat islam itu sendiri adalah lebih zalim dari puak zionis Israel tersebut. Kekejaman puak itu kita dapat melihat tetapi kekejaman puak kita sendiri kita tidak dapat melihat, meskipun ianya sudah terang lagi bersuluh...!

Kebanyakan dari umat islam dihari ini tahu mengutuk saja, tetapi tidak mahu mengerti apa sebenarnya yang harus dikutuk, bangsa yahudi itukah? Atau perbuatan zalim mereka itu yang harus dikutuk? Di Israel terdapat sekurang2nya lima buah markas jemaah dakwah dan anak2 muda Yahudi itu sendiri yang menjadi pembela agama islam, bukan saja itu malah ada diantara mereka telah keserata dunia demi menyebarkan berita gembira buat orang2 yang beriman. Nampak lebih islamik dari kita yang sering berbangga2 dengan keislaman kemelayuan diri. Beberapa tahun lepas jemaah dari Israel ni telah sampai di Singapura untuk berdakwah di negara itu..

Hari ini sekiranya kita mampu berperang dengan Israel, sudah pasti kita telahpun menghantar bala tentera kita ke Israel dengan semangat yang waja kita menghantar puak zionis itu ke NERAKA! Kita pun menghancur luluhkan negara haram Israel, jadilah ia seumpama padang jarak padang terkukur. Tidak ada lagi sisa2 yang tertinggal..

Maka buat mereka yang gugur dalam peperangan besar ini, mati syahid insyaAllah.. Maka berakhirlah sudah siri kekejaman rejim zionis Israel diatas mukabumi ini. Bebaslah rakyat Palestin ini sebagaimana bebasnya umat islam yang lain. Bersukarialah mereka diatas mukabumi ini sesuai dengan kehendak mereka selama ini. Tiada lagi penindasan, tiada lagi penderitaan. Tiada lagi berguna cabang lastik dan batu-batuan yang menjadi senjata mereka selama ini. Hidup bebas bagaikan bebasnya helang yang terbang di udara..

Namun adakah dengan kebebasan ini menjamin kebanyakan dari mereka untuk terus mengingati Allah SWT? Hanya sedikit dari mereka yang bersyukur, selainnya akan hidup sebagaimana berhidupnya umat islam yang lain dinegara2 sekular. Anak2 muda mereka akan bebas bergaul, berkaraoke, bersukaria, akan terbit beberapa rancangan realiti seumpama Akedemi Fantasia, Palestin Idol dan sebagainya sebagaimana 'pemuda islam liberal' yang lain. Para peniaga mereka menjalankan perniagaan impot-ekspot tanpa kenal halal dan haram, para politikus mereka bergelumang dengan acara fitnah memfitnah, tikam menikam belakang, jatuh menjatuhkan, rasuah dan perjudian dalam mainan politik demokrasi ciptaan sikafir.

Persoalannya, berbaloikah pengorbanan kita serta mati kita dalam memperjuangkan rakyat Palestin itu sekiranya teori yang diatas ni benar2 terjadi dalam kehidupan mereka?

"Alaa.. tu hanya sekadar teori engkau saja.."

Mungkin yang sebaliknya terjadi, yakni setelah rakyat Palestin itu bebas dari cengkaman rejim zionis Israel itu, mereka akan menubuhkan sebuah negara islam yang bersistemkan islam sepenuhnya. Bangunnya pemerintahan berkhalifah pertama diakhir zaman ni yang menghidupkan kembali perundangan islam, hukum hudud dan keseluruhan  rakyatnya taat perintah Allah SWT dan kehidupan yang berteraskan sunnah rasulullah, puji dan salam atasnya dan keluarganya.

Yang ni pun teori jugak lah kan?


Saudara2ku, segala apa tindakan umat islam dan yang disumbangkan ke rakyat Palestin adalah baik demi kesejahteraan mereka, tindakan mengutuk rejim zionis Israel tidaklah dapat merubah apa2 pun. Tetapi yang lebih baik lagi adalah, dalam keperihatinan kita membela nasib rakyat Palestin tu, jangan lupa usaha dan 'kerja' kita ke atas umat islam itu sendiri, termasuk ke atas umat islam Palestin agar kesemua kita dapat kembali taat segala perintah Allah SWT dan mengamalkan cara kehidupan yang telah ditunjukkan rasulullah, puji dan salam atasnya dan keluarganya. Hanya inilah satu2nya cara yang dapat kita menegakkan kembali kalimah Allah SWT diatas mukabumi ni, tiada lain cara lagi. Dan dengan tertegaknya kalimah Allah SWT ni, maka nusrah Allah SWT akan sampai kepada kita, bukan saja 5000 para malaikat, malah berbelas ribu pun tak mustahil akan turut berperang bersama2 umat islam ini.. Percayalah...!



Kata Kunci; janganlah engkau menzalimi jika tidak mahu dizalimi..



Maha Suci Allah SWT....!

Ahad, 13 Jun 2010

Janganlah Menzalimi.. Sekiranya tidak mahu dizalimi..

Dengan Nama Allah SWT...



Wahai saudara2ku yang dihormati,



Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan kezaliman atas diriNya dan Dia menjadikannya sebagai sesuatu yang diharamkan diantara kita. Oleh kerana itu, hendaklah kita tidak saling menzalimi.



Sesungguhnya kita semua dalam keadaan sesat, kecuali orang2 yang diberiNya petunjuk. Oleh kerana itu, mintalah petunjuk dariNya, nescaya Dia akan memberikanya kepada orang2 yang meminta dariNya.



Sesungguhnya kita semua dalam keadaan lapar, kecuali orang2 yang diberiNya makan. Oleh kerana itu, mintalah makan dariNya, nescaya Dia akan memberikannya kepada orang2 yang meminta dariNya.



Sesungguhnya kita semua dalam keadaan telanjang, kecuali orang2 yang diberiNya pakaian. Oleh kerana itu, mintalah pakaian dariNya, nescaya Dia akan memberikannya kepada orang2 yang meminta dariNya.



Dan sesungguhnya kita semua melakukan kesalahan pada malam dan siang hari, sedangkan Allah Maha Pengampun. Oleh kerana itu, mintalah ampunan dariNya, nescaya Dia akan mengampuni segala kesalahan dan dosa2 kita.




Maha Suci Allah SWT.....!

Isnin, 7 Jun 2010

Surat Untuk Sungai Nil..



Dengan Nama Allah SWT...




Saudara2ku sekalian yang diRahmati Allah SWT, ada sebuah cerita yang diriwayatkan dari Imam Mustaghfiri, rahmat Allah SWT keatasnya bahawa pada masa khalifah Umar ibnu Khattab, redho Allah SWT keatasnya dan pada masa fatah Mesir, orang2 Mesir datang dan mengatakan kepada gabenur mereka, yakni Amr bin 'Ash, redho Allah SWT keatasnya;



"Sesungguhnya sungai Nil ini mempunyai adat istiadat. Jika sampai pada bulan yang tertentu, maka seorang perawan cantik mesti dikorbankan ke dalamnya. Perempuan tadi diberi pakaian dan perhiasan (yang cantik) sebelum dimasukkan ke dalam sungai Nil. (Dengan cara demikian) maka sungai Nil akan terus mengalir. Tanpa melakukan adat itu, maka sungai Nil tidak akan mengalirkan air. Untuk itu, Tuan gabenur hendaknya melakukan hal itu juga."



Amr bin 'Ash, redho Allah SWT keatasnya berkata, "Adat istiadat seperti itu tidak diperbolehkan dalam Islam. Islam telah menghapuskan (semua) adat istiadat buruk sebelumnya."



Selanjutnya, selama tiga bulan sungai Nil tidak lagi mengalirkan air. Oleh kerana sawah2 di Mesir bergantung kepada sungai Nil, maka orang ramai mulai risau dan merasa cemas. Mereka terpaksa berniat untuk meninggalkan kota tersebut. Melihat keadaan seperti itu, maka Amir bin 'Ash, redho Allah SWT keatasnya menulis surat dan mengirimkannya kepada Umar ibnu Khattab, redho Allah SWT keatasnya.



Umar,  redho Allah SWT keatasnya, memberi jawaban yang isinya, "Kamu telah berbuat benar. Adat istiadat Mesir yang tidak baik, tidak boleh dijalankan. Islam telah menghapuskan seluruh adat istiadat yang buruk, sama saja apakah adat yang semacam itu ataupun adat penyembahan berhala."



Bersama surat tersebut, Umar,  redho Allah SWT keatasnya, juga melampirkan secarik surat yang ditujukan kepada sungai Nil. Dia memerintahkan Amir bin 'Ash,  redho Allah SWT keatasnya, untuk memasukkan surat tersebut ke dalam sungai Nil. Setelah membaca surat untuk dirinya, selanjutnya Amir bin 'Ash, redho Allah SWT keatasnya, membaca surat yang ditujukan kepada sungai Nil tersebut.



Dari hamba Allah, Amirul mukminin, Umar bin Khaththab. Surat ini aku tujukan kepada Nil. "Wahai Nil, jika kamu mengeluarkan airmu menurut kehendakmu, maka janganlah kamu mengeluarkan air lagi. Tetapi jika kamu mengeluarkan air menurut kehendak Allah, maka demi Allah kami berdoa (kepadaNya), keluarlah air."



Setelah membaca surat tersebut, Amir bin 'Ash, redho Allah SWT keatasnya, meletakkannya ke sungai Nil. Dan segera setelah itu, terpancarlah air dari celah2 bebatuan di dasarnya. Begitu banyaknya air yang mengalir, sehingga airnya menggenangi cerun2 sungainya yang dalam. Dan sejak dari masa itu, adat buruk yang biasa dilakukan oleh orang2 Mesir punah bersamaan dengan mengalirnya air sungai Nil berterusan sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT.....





Demikianlah kisahnya sebagaimana yang diceritakan kembali oleh Maulana Ahmad Said Khan dalam kitab Kehebatan Mukjizat Nabi Muhammad, pujian dan salam atasnya dan keluarganya .




Maha Suci Allah SWT...