Dengan Nama Allah Yang Maha Suci...
Salam Alaikum saudara2ku yang dihormati,
p/s: sebenarnya artikel ini malas saya tulis, namun keadaan agak mendesak saya untuk menulisnya..
Sejak beberapa hari yang lalu, aku sering diajukan dengan pertanyaan;
"kenapa tak mahu pergi 'berjihad' di Palestin? Tidakkah engkau sedar bahawa rakyat Palestin sana tu sangat perlukan sokongan dari engkau, tidakkah engkau perhatikan betapa zalimnya puak zionis Israel tu yang telah sekian lama meratah kebebasan bangsa Palestin tu? Dimanakah hilangnya 'persaudaraan' dalam agama yang sering engkau laung2kan tu?"
Aku tak menjawab sebaliknya bertanya pula, "pada pandangan engkau, siapakah yang zalim sebenarnya? Puak zionis Israel tu kah? Atau engkau sendiri yang zalim??"
Nampaknya persoalan yang aku ajukan ini telah 'berjaya' memerah padamkan wajahnya lantas menempelak aku dengan nada yang sedikit tinggi, "apa sebenarnya yang hendak engkau perkatakan ni hah??"
Ya, apa sebenarnya yang hendak aku perkatakan disini ya..? Akan aku berikan sedikit pencerahan, biar terang sesuatu yang masih 'kabur' ini..
Saudara2ku sekalian, aku tidak mewakili mana2 pihak dalam memperkatakan hal ini. Engkau boleh saja menyokong atau menolak apa2 yang bakal kuperkatakan ni. Namun sebelum apa2 tindakan yang bakal engkau kerjakan, berfikirlah terlebih dahulu, tidak rugi orang2 yang mempergunakan pemikirannya.
Berita terbaru yang aku dengar,
Faizal Tahir sanggup pergi berjihad di Palestin. Ini sangat bagus dan harap2 beliau benar2 menginginkannya. Rata2 semua mereka yang berjuang menegakkan kalimah Allah SWT ada berniat sebegini, bererti mereka benar2 mahukan rejim zionis yang zalim itu tumbang dan terhapus dari mukabumi ni.
Dan yang lebih bagus lagi dengan berniat hendak menegakkan agama Allah SWT dimukabumi ni, inilah sebaik2 niat yang harus engkau tanamkan dalam lubuk hatimu.
Namun demikian, pada masa dan ketika ini, berjihad dibumi Palestin itu bukanlah yang utama dalam kehendak Allah SWT. Ada yang lebih utama dari hal ini, hal yang menyangkut maruah umat islam itu sendiri. Kita mengatakan rejim zionis Israel itu telah berlaku kejam, ganas dan zalim terhadap rakyat Palestin yang seagama dengan kita. Maka kita merasakan maruah kita dah tercalar, bak kata pepatah; cubit peha kiri peha kana terasa sakitnya. Begitulah adat orang bersaudara.
Namun demikian kita sebenarnya tidak menyedari bahawa yang mencubit malahan yang mencalar serta mencakar peha kiri kita itu adalah tangan kiri kita sendiri, bukannya tangan orang lain. Mengertikah engkau? Dek kerana inilah pertolongan Allah SWT tiada tiba jua buat membela nasib umat islam dihari ini..
Hari ini seluruh umat islam mengutuk rejim zionis itu, ada yang berkempen untuk memboikot barangan Israel. Melelehlah air liur kita, kering sudah tekak kita kerana terpekik terlolong, kesannya amatlah sedikit, mereka itu nampaknya sudah 'kebal' dengan itu semua. Tak makan saman punya olang.. Namun apa yang kita tidak sedari adalah, umat islam itu sendiri adalah lebih zalim dari puak zionis Israel tersebut.
Kekejaman puak itu kita dapat melihat tetapi kekejaman puak kita sendiri kita tidak dapat melihat, meskipun ianya sudah terang lagi bersuluh...!
Kebanyakan dari umat islam dihari ini tahu mengutuk saja, tetapi tidak mahu mengerti apa sebenarnya yang harus dikutuk, bangsa yahudi itukah? Atau perbuatan zalim mereka itu yang harus dikutuk? Di Israel terdapat sekurang2nya lima buah markas jemaah dakwah dan anak2 muda Yahudi itu sendiri yang menjadi pembela agama islam, bukan saja itu malah ada diantara mereka telah keserata dunia demi menyebarkan berita gembira buat orang2 yang beriman. Nampak lebih islamik dari kita yang sering berbangga2 dengan keislaman kemelayuan diri. Beberapa tahun lepas jemaah dari Israel ni telah sampai di Singapura untuk berdakwah di negara itu..
Hari ini sekiranya kita mampu berperang dengan Israel, sudah pasti kita telahpun menghantar bala tentera kita ke Israel dengan semangat yang waja kita menghantar puak zionis itu ke NERAKA! Kita pun menghancur luluhkan negara haram Israel, jadilah ia seumpama padang jarak padang terkukur. Tidak ada lagi sisa2 yang tertinggal..
Maka buat mereka yang gugur dalam peperangan besar ini, mati syahid insyaAllah.. Maka berakhirlah sudah siri kekejaman rejim zionis Israel diatas mukabumi ini. Bebaslah rakyat Palestin ini sebagaimana bebasnya umat islam yang lain. Bersukarialah mereka diatas mukabumi ini sesuai dengan kehendak mereka selama ini. Tiada lagi penindasan, tiada lagi penderitaan. Tiada lagi berguna cabang lastik dan batu-batuan yang menjadi senjata mereka selama ini. Hidup bebas bagaikan bebasnya helang yang terbang di udara..
Namun adakah dengan kebebasan ini menjamin kebanyakan dari mereka untuk terus mengingati Allah SWT? Hanya sedikit dari mereka yang bersyukur, selainnya akan hidup sebagaimana berhidupnya umat islam yang lain dinegara2 sekular. Anak2 muda mereka akan bebas bergaul, berkaraoke, bersukaria, akan terbit beberapa rancangan realiti seumpama Akedemi Fantasia, Palestin Idol dan sebagainya sebagaimana 'pemuda islam liberal' yang lain. Para peniaga mereka menjalankan perniagaan impot-ekspot tanpa kenal halal dan haram, para politikus mereka bergelumang dengan acara fitnah memfitnah, tikam menikam belakang, jatuh menjatuhkan, rasuah dan perjudian dalam mainan politik demokrasi ciptaan sikafir.
Persoalannya, berbaloikah pengorbanan kita serta mati kita dalam memperjuangkan rakyat Palestin itu sekiranya teori yang diatas ni benar2 terjadi dalam kehidupan mereka?
"Alaa.. tu hanya sekadar teori engkau saja.."
Mungkin yang sebaliknya terjadi, yakni setelah rakyat Palestin itu bebas dari cengkaman rejim zionis Israel itu, mereka akan menubuhkan sebuah negara islam yang bersistemkan islam sepenuhnya. Bangunnya pemerintahan berkhalifah pertama diakhir zaman ni yang menghidupkan kembali perundangan islam, hukum hudud dan keseluruhan rakyatnya taat perintah Allah SWT dan kehidupan yang berteraskan sunnah rasulullah, puji dan salam atasnya dan keluarganya.
Yang ni pun teori jugak lah kan?
Saudara2ku, segala apa tindakan umat islam dan yang disumbangkan ke rakyat Palestin adalah baik demi kesejahteraan mereka, tindakan mengutuk rejim zionis Israel tidaklah dapat merubah apa2 pun. Tetapi yang lebih baik lagi adalah, dalam keperihatinan kita membela nasib rakyat Palestin tu, jangan lupa usaha dan
'kerja' kita ke atas umat islam itu sendiri, termasuk ke atas umat islam Palestin agar kesemua kita dapat kembali taat segala perintah Allah SWT dan mengamalkan cara kehidupan yang telah ditunjukkan rasulullah, puji dan salam atasnya dan keluarganya. Hanya inilah satu2nya cara yang dapat kita menegakkan kembali kalimah Allah SWT diatas mukabumi ni, tiada lain cara lagi. Dan dengan tertegaknya kalimah Allah SWT ni, maka nusrah Allah SWT akan sampai kepada kita, bukan saja 5000 para malaikat, malah berbelas ribu pun tak mustahil akan turut berperang bersama2 umat islam ini.. Percayalah...!
Kata Kunci;
janganlah engkau menzalimi jika tidak mahu dizalimi..
Maha Suci Allah SWT....!