Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Jumaat, 13 November 2009

Dia Yang Maha Agong...





















Dengan Nama Allah SWT...




Saudara2ku,



Allah, tidak ada tuhan yang layak disembah selain Dia. Dialah Tuhan yang berkuasa mendatangkan mudarat diantara kita, sebagaimana Dia berkuasa untuk memberi segala manafaat yang diperlukan oleh seluruh makhlukNya.



Seandainya semua orang terdahulu dari kita hingga orang terakhir yang dilahirkan sebelum kiamat, dari golongan jin mahupun manusia, berkumpul dan meminta kepada Allah pada waktu yang sama, lalu Dia memenuhi permintaan setiap orang, nescaya hal itu tidak akan mengurangi khazanah yang ada di sisiNya, kecuali hanya seperti setitis air di hujung jarum yang dicelupkan ke dalam lautan.



Semua amal kebaikan pasti dan pasti dicatat dan diperhitungkan oleh Allah SWT Yang Maha cepat hisabNya. Yang sedemikian itu adalah agar Dia membalas setiap kebaikan betapapun kecil nilainya.



Oleh kerana itu, barang siapa yang memperolehi suatu kebaikan, maka hendaklah dia memujiNya dan barang siapa yang memperolehi selain dari itu, maka janganlah dia mencela kecuali terhadap dirinya sendiri...



Maha Suci Allah SWT....!

Khamis, 12 November 2009

Pemimpin Berjiwa Rakyat..

 

































Bagus laa kalau semua pemimpin begini, bukan asyik nak bertekak jek ditambah dengan memaki hamun pemimpin lain. Lagipun inikan tanggung jawab engkau orang semua... Tak kisah ler pemimpin dari parti politik mana pun, perkara yang baik patut dipuji...  

Rabu, 11 November 2009

Dia Yang Maha Tinggi.....



















Dengan Nama Allah SWT....


Saudara2ku yang dihormati,



Tidak seorangpun diantara kita yang akan dapat memberi manfaat kepada Allah SWT. Jika boleh demikian, ini bererti bahawa Dia memerlukan bantuan makhlukNya. Padahal Dia tidak memerlukan suatu apapun dari kita.



Tidak seorangpun diantara kita yang akan dapat mendatangkan mudarat bagi Allah. Jika boleh demikian, ini bererti bahawa Dia akan memerlukan pertolongan makhlukNya. Padahal Dia berkuasa atas segala sesuatu.



Andai saja semua orang terdahulu dari kita hingga orang terakhir yang dilahirkan menjelang kiamat, dari golongan jin mahupun manusia, bertakwa kepada Allah sebagaimana orang yang paling takwa diantara kita, nescaya hal itu tidak akan dapat menambahkan kekuasaanNya sedikitpun.



Dan andai saja semua orang terdahulu dari kita hingga orang terakhir yang dilahirkan menjelang kiamat, dari golongan jin maupun manusia, semuanya derhaka kepada Allah sebagaimana orang yang paling derhaka diantara kita, nescaya hal itu tidak akan dapat mengurangi kekuasaanNya sedikitpun...



Maha Suci Allah SWT.....!


Isnin, 9 November 2009

Mintalah KepadaNya...


















Dengan Nama Allah SWT....




Saudara2ku yang dirahmati,



Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan kezaliman atas diriNya dan Dia menjadikannya sebagai sesuatu yang diharamkan diantara kita. Oleh kerana itu, hendaklah kita tidak saling mengzalimi...



Sesungguhnya kita semua dalam keadaan sesat, kecuali orang2 yang diberiNya petunjuk. Oleh kerana itu, mintalah petunjuk dariNya, nescaya Dia akan memberikannya kepada orang2 yang meminta dariNya..



Sesungguhnya kita semua dalam keadaan lapar, kecuali orang2 yang diberiNya makanan. Oleh kerana itu, mintalah makan dariNya, nescaya Dia akan memberikanya kepada orang2 yang meminta dariNya..



Sesungguhnya kita semua dalam keadaan telanjang, kecuali orang2 yang diberiNya pakaian. Oleh kerana itu, mintalah pakaian dariNya, nescaya Dia akan memberikanya kepada orang2 yang meminta dariNya.



Dan sesungguhnya kita semua melakukan kesalahan pada malam dan siang hari, sedangkan Allah Maha Pengampun. Oleh kerana itu, mintalah ampunan dariNya, nescaya Dia akan mengampuni segala kesalahan dan dosa2 kita.



Maha Suci Allah SWT...

Jumaat, 6 November 2009

Dunia Ini Adalah Jambatan Ke Akhirat....!

Assalamualaikum,



Saudara2ku yang dihormati,


Nampaknya sudah beberapa hari blog ini dipenuhi dengan Berita2 Dunia, maka pada hari ini saya akan sambung kembali dengan Berita2 Akhirat yang pada hakikatnya tidak ada keraguan didalamnya buat mereka yang PERCAYA dan memiliki KEYAKINAN yang Benar.. Apabila engkau menerima Berita2 ini maka hendaklah engkau RENUNG2KAN dan FIKIR2KANLAH dengan mendalam...








Saudara2ku, marilah kita fikirkan apakah usaha yang sebenarnya yang harus kita lakukan dalam kehidupan kita di dunia ini. Kita semua tahu bahawa kehidupan dunia ini hanyalah bersifat sementara. Tiada yang kekal buat selama-lamanya. Setiap benda yang baharu akan menjadi usang dan tidak berguna lagi. Yang elok akan rosak. Yang cantek akan buruk. Sihat akan sakit. Muda jadi tua. Yang kuat akan lemah dan yang hidup akan mati akhirnya.



Itulah dunia.


Dunia yang kita tinggal ini hanyalah seketika sahaja. Purata umur manusia saat ini hanyalah dalam lingkungan enam puluh tahun lebih sedikit. Kalau hendak di bandingkan dengan masa di akhirat yang mana sehari sama dengan seribu tahun dunia, maka kita ini hidup hanyalah tidak lebih dari 'dua jam lebih tiga puluh minit' sahaja. Itulah kehidupan yang sangat singkatnya masa....


Al-An'aam 6:32 - Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?


Dalam masa yang sangat singkat ini, apakah yang perlu kita kerjakan?


Seorang yang berada di suatu perhentian, dalam perjalanannya menuju ke sebuah kota, apakah patut dia membina sebuah rumah untuk istirehatnya? Atau membina sebuah tandas untuk dia melepaskan 'hajat besar'nya? Lalu beberapa jam kemudian, setelah tiba masanya untuk dia meneruskan perjalanannya, semuanya itu terpaksa di tinggalkannya. Bukankah segala apa yang telah dia usahakan itu merupakan suatu yang sia-sia?


Sesungguhnya manusia itu berusaha ke atas keduniaannya seolah-olah dia akan hidup seribu tahun lagi.....


Manusia ini dalam kehidupannya di dunia yang sementara ini telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam membina rumah2 yang besar, gedung2, mengumpulkan harta benda sebanyak mungkin, memburu darjat dan kemasyuran, lantas melupakan bahagiannya di akhirat, sehinggalah saat kematiannya tiba, maka segala yang di usahakannya itu terpaksalah di tinggalkan....



"Dunia ini adalah jambatan ke akhirat"