Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Isnin, 9 November 2009

Mintalah KepadaNya...


















Dengan Nama Allah SWT....




Saudara2ku yang dirahmati,



Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan kezaliman atas diriNya dan Dia menjadikannya sebagai sesuatu yang diharamkan diantara kita. Oleh kerana itu, hendaklah kita tidak saling mengzalimi...



Sesungguhnya kita semua dalam keadaan sesat, kecuali orang2 yang diberiNya petunjuk. Oleh kerana itu, mintalah petunjuk dariNya, nescaya Dia akan memberikannya kepada orang2 yang meminta dariNya..



Sesungguhnya kita semua dalam keadaan lapar, kecuali orang2 yang diberiNya makanan. Oleh kerana itu, mintalah makan dariNya, nescaya Dia akan memberikanya kepada orang2 yang meminta dariNya..



Sesungguhnya kita semua dalam keadaan telanjang, kecuali orang2 yang diberiNya pakaian. Oleh kerana itu, mintalah pakaian dariNya, nescaya Dia akan memberikanya kepada orang2 yang meminta dariNya.



Dan sesungguhnya kita semua melakukan kesalahan pada malam dan siang hari, sedangkan Allah Maha Pengampun. Oleh kerana itu, mintalah ampunan dariNya, nescaya Dia akan mengampuni segala kesalahan dan dosa2 kita.



Maha Suci Allah SWT...

Jumaat, 6 November 2009

Dunia Ini Adalah Jambatan Ke Akhirat....!

Assalamualaikum,



Saudara2ku yang dihormati,


Nampaknya sudah beberapa hari blog ini dipenuhi dengan Berita2 Dunia, maka pada hari ini saya akan sambung kembali dengan Berita2 Akhirat yang pada hakikatnya tidak ada keraguan didalamnya buat mereka yang PERCAYA dan memiliki KEYAKINAN yang Benar.. Apabila engkau menerima Berita2 ini maka hendaklah engkau RENUNG2KAN dan FIKIR2KANLAH dengan mendalam...








Saudara2ku, marilah kita fikirkan apakah usaha yang sebenarnya yang harus kita lakukan dalam kehidupan kita di dunia ini. Kita semua tahu bahawa kehidupan dunia ini hanyalah bersifat sementara. Tiada yang kekal buat selama-lamanya. Setiap benda yang baharu akan menjadi usang dan tidak berguna lagi. Yang elok akan rosak. Yang cantek akan buruk. Sihat akan sakit. Muda jadi tua. Yang kuat akan lemah dan yang hidup akan mati akhirnya.



Itulah dunia.


Dunia yang kita tinggal ini hanyalah seketika sahaja. Purata umur manusia saat ini hanyalah dalam lingkungan enam puluh tahun lebih sedikit. Kalau hendak di bandingkan dengan masa di akhirat yang mana sehari sama dengan seribu tahun dunia, maka kita ini hidup hanyalah tidak lebih dari 'dua jam lebih tiga puluh minit' sahaja. Itulah kehidupan yang sangat singkatnya masa....


Al-An'aam 6:32 - Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?


Dalam masa yang sangat singkat ini, apakah yang perlu kita kerjakan?


Seorang yang berada di suatu perhentian, dalam perjalanannya menuju ke sebuah kota, apakah patut dia membina sebuah rumah untuk istirehatnya? Atau membina sebuah tandas untuk dia melepaskan 'hajat besar'nya? Lalu beberapa jam kemudian, setelah tiba masanya untuk dia meneruskan perjalanannya, semuanya itu terpaksa di tinggalkannya. Bukankah segala apa yang telah dia usahakan itu merupakan suatu yang sia-sia?


Sesungguhnya manusia itu berusaha ke atas keduniaannya seolah-olah dia akan hidup seribu tahun lagi.....


Manusia ini dalam kehidupannya di dunia yang sementara ini telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam membina rumah2 yang besar, gedung2, mengumpulkan harta benda sebanyak mungkin, memburu darjat dan kemasyuran, lantas melupakan bahagiannya di akhirat, sehinggalah saat kematiannya tiba, maka segala yang di usahakannya itu terpaksalah di tinggalkan....



"Dunia ini adalah jambatan ke akhirat"

Khamis, 5 November 2009

Berita Panas...!! Hina Dalam Gereja....

Dibawah ini adalah petikan artiktel dari laman selangor2u .... Selamat Membaca....



Video Youtube Budak Sekolah St Augustine,Betong Ajuk Orang Islam Sembahyang Jemaah Dalam Gereja




Memang menyirap tengok video ini. Ayat last budak ni memang tak tahan dengar “No More Muslim Muslim Is Ajaran Sesat”.

Disini saya sertakan keratan akhbar mengenai isu ini, saya tidak pasti keratan akhbar ini dipetik dari mana.



hina islam lagi



Menurut seorang ahli forum cari.com.my pula pelajar-pelajar ini ialah student rakannya di Sekolah Menengah St Augutine,Betong, Sarawak.

hmmm.. x sangka berita ni dah tersebar meluas.

Sebenarnya, bebudak ni students kawan aku kat smk st augustine, betong, sarawak. X silap anak pengetua sek tu pun terlibat sama. HELL!

Kalau ikutkan diorang nak senyapkan benda ni, tapi kes dah sampai ke bukit aman. So, padanla muka diorang tu hahaha…

I heard budak yang mengajuk2 azan tu sekarang ni tengah kat wad, kena sakit kejang otot/Crem [erkk how to spell?], sebab takut sangat….bebudak muslim nak bantai dah diorang ni.

tapi disebabkan ada diantara diorang ni anak pengetua, so diorang awal2 lagi dah dinyorokkan…



Ini sebenarnya pengajaran juga kepada umat Islam, kita tidak suka orang lain mengejek agama kita jadi jangan sesekali kita buat perkara yang sama dengan mengejek secara sengaja atau tidak agama lain.


Jadi, kalau dengar budak ni dah mati kena hentak paham-paham jela kenapa kan? Rasa ini isu sangat sensitif untuk dipermainkan. Jika dulu hanya isu gambar hina islam pun dah menjadi isu inikan pula dengan video sebegini.


Ini bukan kes pertama Islam dihina dinegara sendiri. Kenapa agaknya orang bukan islam terlalu berani seolah-olah isu ini bukan isu besar. Sampai bila kita orang islam akan dihina dan dipermain-mainkan di negara sendiri?



“Melayu (Islam) Tak Pernah Lupa”

Selasa, 3 November 2009

Berita Gempak...! Bayi Al Quran Kena Serbu...



SEORANG ulama mendukung Ali di rumahnya di Kizlyar pada Isnin lalu.



KIZLYAR - Seorang bayi ajaib, Ali Yakubov membawa harapan keamanan kepada penduduk Dagestan, wilayah selatan Rusia yang majoritinya orang Islam selepas kehidupan mereka terseksa akibat keganasan agama yang berlarutan.

Pada minggu ini, beratus-ratus pelawat berbaris panjang untuk melihat bayi berusia sembilan bulan itu selepas beberapa ayat suci al-Quran muncul pada tubuhnya pada setiap Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Pada setiap hari, kira-kira 2,000 pelawat daripada 20 juta penduduk Islam Rusia datang untuk melihat bayi ajaib itu.

Di luar kediaman ibu bapa bayi berkenaan iaitu Shamil Yakubov dan isterinya, Madina Yakubov, kedua-duanya berusia 27 tahun, orang ramai dilihat berdoa sambil mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan.

"Allah melindungi Dagestan," kata Akhmed Khadzhy iaitu seorang pesara dari Khasavyurt, bandar di sempadan Chechnya selepas tiga orang maut dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Dagestan dan militan Islam pada malam sebelumnya.































KULIT Ali yang mengandungi ayat al-Quran.




Berwarna merah jambu dan panjang beberapa sentimeter, ayat suci al-Quran bermaksud bersyukur kepada Allah jelas tertera pada kaki kanan bayi itu pada minggu ini, kata beberapa pemimpin Islam.

Sekumpulan wartawan asing yang melawat bayi itu dapat menyaksikan dengan mata mereka sendiri, satu huruf tiba-tiba muncul selepas ayat tersebut hilang.

"Keajaiban ini adalah isyarat Tuhan supaya kita tampil untuk membantu saudara seagama kita bagi mengembalikan keamanan," kata seorang pemimpin di Kizlyar, Sagid Murtazaliyev.

"Kita jangan lupa bahawa wilayah ini dilanda peperangan," jelasnya kepada pihak media yang diundang untuk menyaksikan keanehan itu yang disifatkan sebagai isyarat Tuhan.



ALI dikerumuni orang ramai di rumahnya.


Bukti keajaiban itu merupakan isyarat Tuhan turut diperkuatkan dengan fakta bahawa bapa bayi itu bertugas dalam pasukan polis dan sering menjadi sasaran pembunuhan militan Islam di Dagestan yang dikuasai Rusia.

Para pemimpin tempatan pernah memaklumkan kepada Presiden Rusia, Dmitry Medvedev bahawa mereka sukar membendung penentangan kumpulan-kumpulan militan Islam yang didalangi rangkaian Al-Qaeda.

Akibatnya, keamanan yang dinikmati selama beberapa tahun di wilayah Dagestan, Ingushetia dan Chechnya musnah susulan pengeboman berani mati dan serangan bersenjata terhadap pihak polis dan pasukan keselamatan. - Reuters

*************************************************


Harapanku agar yang ini bukan lagi permainan manusia2 nakal sebagaimana kejadian ajaib 'Sejadah Terbang' tuu.. Ops! Sejadah Berdiri sebenarnya...


Nampaknya keajaiban Budak Al Quran ni telah pun diSahkan kebenarannya oleh pakar2 Perubatan Russia yang mana mereka ini begitu teliti dan tegas dalam menjalankan tugasan mereka. Bukan suatu hal yang mudah buat mereka untuk mengesahkan sesuatu perkara..


Maha Hebatnya Allah SWT...


Terpulanglah kepada saudara2ku sekalian untuk menilaikannya...

Isnin, 2 November 2009

Berita Hangit..!! DR MAZA kena serbu..

35 anggota JAIS serbu ceramah Dr Asri




SUASANA sepi di sebuah rumah banglo di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay menjadi kecoh malam tadi apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).



Seramai 35 anggota JAIS telah datang ke premis tersebut dengan tiga buah van pada jam 9.45 malam. Kedatangan mereka diiringi lebih 25 orang polis beruniform dalam kereta patrol.



Pada ketika itu, Mohd Asri sedang memberi ceramah kepada lebih 300 orang jemaah di dalam kawasan banglo milik Tuan Hj Yahya itu.



Ceramah agama yang bermula pada jam 8 malam itu terpaksa dihentikan setelah pegawai JAIS datang menyerbu.



Alasan yang diberikan oleh pihak JAIS ialah mereka menerima aduan dan terpaksa membuat penangkapan kerana Mohd Asri memberi ceramah tanpa tauliah.



Menurut anak tuan rumah, Norman Yahya, pegawai penguatkuasa JAIS telah memasuki banglo kira-kira jam 9.30 malam.



Pada jam 9.30 ketika kuliah sedang berlangsung, pegawai JAIS memaklumkan kehadiran mereka adalah untuk menahan Dr Asri kerana memberikan ceramah tanpa tauliah," kata Norman.



Sementara itu, beberapa jemaah yang ditemui berkata, pihak JAIS telah menunggu selama setengah jam di luar banglo sebelum membuat serbuan.



Namun, seramai 50 orang jemaah bertindak menghalang penguatkuasa JAIS dan tidak membenarkan Dr Asri ditahan.



Untuk menenangkan keadaan, Mohd Asri telah ditempatkan di sebuah bilik di dalam banglo tersebut sementara proses perundingan dijalankan.



Senario menjadi sedikit tegang apabila penyokong Mohd Asri tidak mahu berganjak dan berkawal di hadapan bilik Dr Asri dan tidak membenarkan pihak JAIS mahupun polis memasuki bilik bekas mufti itu.Sejurus selepas itu, kelihatan Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungip mengadakan perundingan bersama tiga orang peguam dan pihak JAIS dan polis.



Kesemua mereka bertanya kepada JAIS atas alasan apa Dr Asri hendak ditahan. Dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Sharom Maarof, Pegawai Penguatkuasa Agama, dengan nada yang keras, "Dia tidak ada tauliah untuk memberi ceramah..."



Sharom juga kelihatan begitu agresif untuk memasuki bilik Mohd Asri.



"Siapa yang halang kita buat tangkapan, kita akan tangkap juga," kata Sharom.



Ketika ini, tiga orang peguam terpaksa menjadi orang tengah dan berbincang dengan pihak polis dan JAIS namun pihak JAIS enggan meninggalkan premis tersebut dan berkeras ingin membuat penangkapan juga.



Suasana berterusan menjadi tegang bila beberapa pegawai JAIS dan polis mengugut untuk menggunakan kekerasan seandainya penyokong-penyokong Dr Asri berkeras tidak mahu melepaskan Mohd Asri.



Pihak polis juga telah mengarahkan pihak media dan mereka yang tidak berkenaan untuk mengosongkan rumah.



Setelah keadaan berlarutan hingga 3 jam, Mohd Asri akhirnya dibawa keluar dari biliknya dengan diiringi oleh beberapa orang polis dan pegawai JAIS untuk dibawa ke balai Polis Hulu Klang untuk diambil keterangan.



Mohd Asri terus dibawa ke balai polis menaiki sebuah van tepat jam 12 tengah malam. Hanya peguam sahaja dibenarkan memasuki kawasan balai polis sementara pihak media dan penyokong Mohd Asri terpaksa menanti dengan setia di luar kawasan balai.



Setelah hampir 1 jam, Mohd Asri dibebaskan tanpa diambil apa-apa keterangan.



Namun kelibat pegawai JAIS dan van JAIS yang membawa Dr Asri ke balai polis langsung tidak kelihatan pada ketika itu. Dr Asri kemudiannya dibawa balik ke rumah Hj Yahya untuk sebuah sidang akhbar.



Mohd Asri telah diarahkan untuk menghadirkan diri di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada hari ini, jam 9 pagi untuk diambil keterangannya.


*********************************************************



Apa Motif nih??

Dalam pemikiran aku ianya mungkinnnn....

berkaitan dengan arahan Dr Hassan Ali kut?

Mungkin juga pasal Dr. Maza kata camgini; "semua mufti di Malaysia boleh memberi kuliah tanpa tauliah di Selangor kecuali Mufti Perlis. Adakah ianya larangan tradisi JAIS yang dikuatkuasakan semula, kemungkinan ini perlu di lihat?"

Atau mungkin juga sebab ramai orang kata dia ni WAHABI kutt?? (Tapi Dr Maza telah menafikan sekeras2nya....)



Dan segala2nya mungkin.....