Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Rabu, 28 Oktober 2009

Rela Berjuang...
















Dengan Nama Allah SWT...



Saudara2ku yang dihormati,




Tahukah engkau, bagaimana para Sahabat Rasulullah ra.hum rela meninggalkan kampung halaman yang mereka cintai, padahal ketika mereka berbuat itu, mereka sedar bahawa mereka tidak akan kembali lagi ke kampung halaman mereka hingga akhir hayat mereka?



Tahukah engkau, bagaimana para Sahabat Rasulullah ra.hum lebih mendahulukan kepentingan dakwah daripada urusan2 yang lain sehinggakan mereka tidak lagi mempedulikan rosaknya keduniaan mereka dan tidak pula mereka sekali2 menoleh ke belakang atas hilangnya keduniaan mereka?



Tahukah engkau, bagaimana para Sahabat Rasulullah ra.hum pergi dari satu negeri ke satu negeri yang lain demi melindungi agama mereka dari fitnah? Seakan2 mereka adalah orang2 yang diciptakan hanya untuk kepentingan dakwah Illallah dan segala bentuk kesusahan diciptakan untuk mereka.



Meskipun apa yang mereka lakukan itu bukanlah perkara yang mudah bagi setiap orang, akan tetapi mereka telah membuktikan bahawa perkara tersebut bukanlah suatu yang mustahil untuk dilakukan. Yang demikian itu adalah kerana mereka amat mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada dunia beserta keseluruhan kenikmatannya.

 
 
Maha Suci Allah SWT..

Selasa, 27 Oktober 2009

Hidup Ini Satu Perjalanan...

















Dengan Nama Allah SWT...



Saudara2ku,




Hidup ini seumpama satu perjalanan.



Sesungguhnya kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada esok hari dan hari2 yang berikutnya, kita juga tidak mengenal jalan yang akan kita tempuh di hadapan. Kerana itu, salah satu resiko dalam perjalanan ini adalah sesat jalan.



Jikalaulah kita dapat hidup dua kali, barangkali pada kehidupan yang kedua kita telah hafal jalan2 yang harus ditempuh. Namun demikian, sesiapapun diantara kita yang telah meninggalkan dunia, pasti tidak akan dapat kembali lagi.



Usahkan kita yang sememangnya hidup jauh dari para Nabi dan Rasul, Bani Israel yang hidup bersama Nabi Musa as pun tergelincir jua dalam kesesatan dengan mengadakan tuhan lain selain Allah.



Maka, meskipun engkau Islam, tak ada jaminan bagimu untuk kekal dalam kerahmatan Allah SWT, Pemeliharamu, kecuali dengan cara mendakwahkan kebesaranNya kepada orang2 lain.



Jika tidak, maka engkau akan menjadi bahan objek dakyah Syaitan2 dan kawan2nya, yang konservatif ataupun yang moden, yang nampak mahupun yang tersembunyi.

 
 
Maha Suci Allah SWT...

Khamis, 22 Oktober 2009

Berjalanlah Engkau diMuka Bumi ini...

















Dengan Nama Allah SWT..



Saudara2ku yang dikasihi,




Berjalanlah engkau di muka bumi ini, kerana dengan itu engkau akan terhindar dari kesempitan 'milik' sang katak yang tinggal bawah tempurung. Berjalanlah engkau di muka bumi ini, kerana dengan itu engkau akan mengetahui lebih banyak hal yang tak dapat engkau temui di negerimu sendiri.



Berjalanlah engkau di muka bumi ini, kerana dengan itu engkau akan menemui bahawa tidak semua manusia menggunakan bahasamu, tidak pula menggunakan adat kebiasaan negerimu, dan tidak juga berhasrat dan bercita2 untuk ingin memiliki apa2 yang engkau miliki di negerimu.



Berjalanlah engkau di muka bumi ini, kerana dengan itu kelak Allah SWT akan memberikan keputusanNya bagimu, sama saja bagiNya apakah Dia akan mengembalikan negerimu agar engkau mengelolanya dengan baik atau Dia akan mendudukanmu di negeri yang lain agar orang2 yang berada dinegeri itu dapat mengambil sesuatu yang  bermanafaat dari dirimu.



Maha Suci Allah SWT..!

Hanyalah Orang2 yg Berakal Mengetahui ini..


Dengan Nama Allah SWT...



Saudara2ku,




Ingatlah baik2.



Hanyalah orang2 yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran.



Yaitu orang2 yang memenuhi janji2 Allah, yang tidak merosakkan perjanjian, yang menghubungkan apa2 yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, yang takut kepada Pemeliharanya, yang takut kepada hisab yang buruk.



Dan orang2 yang sabar kerana mencari keredhoan Tuhannya, mendirikan sholah, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang diberikanNya kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan;



orang2 inilah yang mendapat tempat kesudahan yang baik, surga Adn.



Mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang2 yang sholeh dari bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka dan anak cucu mereka, sedangkan para malaikat masuk ke tempat2 mereka dari semua pintu sambil mengucapkan,



"Salamun 'alaikum bima shabartum".



Maka alangkah baiknya sekiranya aku dan engkau mengetahui ini.........



Maha Suci Allah SWT..

Selasa, 20 Oktober 2009

Kuantiti dan Kualiti dirimu..












Dengan Nama Allah SWT...


Saudara2ku yang dimuliakan,




Salah satu kesukaan Allah SWT adalah memberi "kejutan" kepada orang2 yang disukaiNya. Dia berikan rezeki kepada mereka dari jalan yang tak dapat disangka2nya dan dengan cara yang tak pernah diduganya.



Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya... (QS 65:2-3)





Apabila sehingga hari ini engkau belum juga mendapat "kejutan" dari Pemeliharamu itu, maka hendaklah engkau selalu memperhatikan semua amalan yang telah engkau kerjakan itu dan juga hendaklah engkau memperbaiki hati dan jiwamu.



Sesungguhnya engkau tentunya dapat menilai kualiti amalan engkau sendiri dengan cara memeriksa seberapa kali dan seberapa banyak rezeki yang telah engkau terima dari jalan yang tak pernah engkau sangkakan.



Kuantiti bergerak selari dengan kualitimu.







Maha Suci Allah SWT...!


[ nota kaki: kejutan = surprise ]