Dengan Nama Allah SWT...
Saudara2ku yang dihormati,
Ketika seekor tikus ditangkap oleh seekor kucing, tikus2 yang lain berkumpul dan bermusyawarah. Setiap tikus mengajukan usul dan pandangannya sehingga mereka sepakat untuk mengalungi leher kucing itu dengan loceng kecil.
Satu keputusan yang bagus. Dengan cara itu mereka akan lari setiap kali kucing itu datang mendekat. Akan tetapi tidak ada seekor tikus pun yang bersedia untuk memberi rantai loceng itu kepada sang kucing.
Janganlah mengikut contoh tikus.
Oleh kerana itu, berilah usul dan pandangan sebaik mungkin yang dapat engkau kemukakan sesuai dengan kekuatan dan kemampuan terbaik dirimu, sehingga engkau dapat menjadi orang pertama yang dapat memenuhinya.
Maha Suci Allah SWT...!
kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Cari Blog Ini
Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56
Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54
Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...
Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..
Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!
Ahad, 18 Oktober 2009
Sabtu, 17 Oktober 2009
Cara Sihat Menikmatinya...
Assalamu Alaikum,
Dengan Nama Allah SWT..
Saudara2ku yang diRahmati,
Cara sihat menikmati daging ayam adalah dengan menyembelihnya, membuang darahnya, bulu2nya dan kotoran2nya, mengolahnya, memasaknya, lalu memakannya dengan meninggalkan tulang2nya.
Cara sihat menikmati pendapatan engkau adalah dengan mengeluarkan zakatnya, memisahkan beberapa bahagian darinya untuk digunakan dijalan Allah, menyedekahkannya dan menghadiahkannya, lalu menggunakan pendapatan yang selebihnya itu untuk keperluan engkau sekeluarga dengan membahagikannya untuk jiran2 tetangga yang memerlukannya...
Jika tidak,
engkau akan sakit...
seumpama sakitnya engkau kerana menyantap daging ayam bersama dengan kekotorannya. Atau orang lain akan mengganggu engkau sebagaimana anjing yang menyalak kerana engkau terlupa memberikan tulang ayam itu kepadanya.

Jumaat, 16 Oktober 2009
Puji-pujian...
Assalamu Alaikum,
Dengan Nama Allah SWT...
Saudara2ku yang dihormati,
Sesungguhnya segala puji-pujian itu adalah milik Allah SWT. Jika Allah menghendakinya, maka Dia akan berikan sebahagian darinya kepada orang2 yang dikehendakiNya agar Dia melihat bagaimana mereka mensyukurinya dan mengembalikan kepadaNya pujian2 itu yang sebenarnya menjadi hakNya.
Dan salah satu tanda kesukaan Allah SWT kepada seorang hambaNya adalah dengan adanya rasa suka makhluk2 lain kepadanya. Dan salah satu tanda kebencianNya adalah dapat dilihat dari ketidaksukaan makhluk2Nya yang lain kepadanya.
Maka apabila seseorang memuji engkau, hendaklah engkau mengembalikan puji-pujian itu kepada Allah SWT. Mintalah kepada Tuhanmu pertolonganNya agar Dia memperbaiki kesalahan2mu yang tidak diketahui oleh pemujimu dan agar Dia menjadikan engkau lebih baik daripada yang disangkakannya.
Maha Suci Allah SWT!
Khamis, 15 Oktober 2009
Nama, Pelaku, Tempat dan Hasilnya...
Assalamu Alaikum,
Dengan Nama Allah SWT...
Saudara2ku yang dikasihi,
Apa saja yang kita usahakan diatas mukabumi ini, adalah memiliki nama, pelaku, tempat dan hasilnya.
Jika namanya usaha pertanian. Pelakunya adalah petani. Tempatnya di sawah, ladang dan kebun. Hasilnya adalah beras dan kelapa.
Jika namanya usaha perindustrian. Pelakunya adalah pengarah, pengurus, dan buruh. Tempatnya di pejabat, gudang dan kilang. Hasilnya adalah barang2 industri.
Jika namanya usaha perdagangan. Pelakunya disebut saudagar, pedagang, jurujual atau ahli perniagaan. Tempatnya di kedai, warung, pasar tani, pasaraya atau department store. Hasilnya pelbagai barangan keperluan.
Jika namanya usaha pendidikan. Pelakunya adalah guru, pensyarah atau ustaz. Tempatnya di sekolah, universiti dan madrasah. Hasilnya adalah orang2 terpelajar seperti pelajar, sarjana, doktor, professor dan alim ulama.
Adapun usaha para nabi dan rasul namanya dakwah. Pelakunya disebut da'i. Tempat tugasannya adalah di hati2 manusia. Hasilnya adalah hidayah atau petunjuk dari Allah SWT yang dengannya kita akan selamat di dunia wal akhirah.
Maha Suci Allah SWT!
Rabu, 14 Oktober 2009
Betapa Pentingnya ia..
Assalamu Alaikum,
Dengan Nama Allah SWT....
Saudara2ku,
Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya mata bagi dirimu dan engkau memahami bahawa fungsi mata itu tidak pernah dapat digantikan dengan mulut.
Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya mulut bagi dirimu dan engkau sudah tentu memahami bahawa fungsi mulut itu tidak akan pernah dapat digantikan dengan telinga.
Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya telinga bagi dirimu dan engkau tentu memahami bahawa fungsi telinga itu sudah pasti tidak akan pernah dapat digantikan dengan tangan.
Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya tangan bagi dirimu dan engkau juga pasti memahami bahawa fungsi tangan itu tidak akan pernah dapat digantikan dengan kaki.
Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya setiap anggota tubuh buat dirimu dan engkau pastinya memahami bahawa fungsi yang satu ini tidak akan pernah dapat digantikan dengan anggota tubuh yang lainnya.
Oleh kerananya, engkau hendaklah bersyukur kepada Allah SWT apabila engkau menyedari bahawa engkau memiliki anggota tubuh yang sempurna. Dan pada kenyataannya engkau tentu mendapati bahawa tiada satu anggota pernah mencela anggota tubuh yang lainnya. Bahkan sebaliknya, setiap anggota akan membantu apabila yang lainnya menjadi lemah dan tak berdaya.
Maka hanya dengan cara pengertian yang sama saja, kita akan dapat bersyukur kepada Allah SWT, manakala kita menyedari bahawa ternyata orang2 yang beriman memiliki pekerjaan, keahlian, kedudukan dan aktiviti yang beragam.
Sesungguhnya, orang2 beriman itu ibarat satu tubuh.
Maha Suci Allah SWT..!

Langgan:
Catatan (Atom)
KATAKUNCI
Aku dan Alam Maya
Asyura
Bacaan Al Quran
Badang
Baitul Mal
Biodata
Bumi
Fitnah Dajjal
Gaya hidup
Google Map
Iblis
Iklan
Isu semasa
Jihad
Jin
Karbala
Keagamaan
Kenangan lalu
Marikh
Maruah bangsa dan agama
Mudah Alih
Pelacur
Penghuni Gua
Peperangan
Peristiwa Dunia
Permohonan Doa
Perniagaan
Persahabatan
Perumpamaan
Puisi
Reformasi
Renung2kan dan Fikir2kanlah
Sarkastik
Sastera
Satira
Sejarah
Seloka dan Jenaka
Sri Bayu
Tazkirah
Ultraman
Yesus
ancaman
api neraka
bangkit dari kubur
bersih
boroi
cermin
dakwah dan tabligh
damai
gempa bumi
gerhana
gua Hirak
hadis rasulullah
hari kiamat
hikayat
hospital
ka'abah
kasih sayang
keluar
kena tampar
kenangan
kerajaan langit
kerja
kerohanian dan kepercayaan
khilafah
kisah dan tauladan
konspirasi
konspirasi dajjal
kuning
kurma
kyai
lagenda atau mitos
majlis
malaikat maut
masjid
matahari
mati
melayu
minuman kesihatan
misteri alam maya
pemimpin ummat
penemuan
perjuangan
persatuan umat
politik
rahmat
raja
redho
rumah
sahabat
selesai
sembahyang atau sholat
sembelih
sungai
sunnah nabi
syukur
syurga
ta'alim
takdir
tarawih
teknologi
tongkat
tudung
wirawati
zikir mengingati Allah SWT