Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Sabtu, 17 Oktober 2009

Cara Sihat Menikmatinya...


Assalamu Alaikum,


Dengan Nama Allah SWT..


Saudara2ku yang diRahmati,



Cara sihat menikmati daging ayam adalah dengan menyembelihnya, membuang darahnya, bulu2nya dan kotoran2nya, mengolahnya, memasaknya, lalu memakannya dengan meninggalkan tulang2nya.




Cara sihat menikmati pendapatan engkau adalah dengan mengeluarkan zakatnya, memisahkan beberapa bahagian darinya untuk digunakan dijalan Allah, menyedekahkannya dan menghadiahkannya, lalu menggunakan pendapatan yang selebihnya itu untuk keperluan engkau sekeluarga dengan membahagikannya untuk jiran2 tetangga yang memerlukannya...



Jika tidak,



engkau akan sakit...



seumpama sakitnya engkau kerana menyantap daging ayam bersama dengan kekotorannya. Atau orang lain akan mengganggu engkau sebagaimana anjing yang menyalak kerana engkau terlupa memberikan tulang ayam itu kepadanya.

 
 
Maha Suci Allah SWT...!

Jumaat, 16 Oktober 2009

Puji-pujian...











Assalamu Alaikum,


Dengan Nama Allah SWT...


Saudara2ku yang dihormati,




Sesungguhnya segala puji-pujian itu adalah milik Allah SWT. Jika Allah menghendakinya, maka Dia akan berikan sebahagian darinya kepada orang2 yang dikehendakiNya agar Dia melihat bagaimana mereka mensyukurinya dan mengembalikan kepadaNya pujian2 itu yang sebenarnya menjadi hakNya.



Dan salah satu tanda kesukaan Allah SWT kepada seorang hambaNya adalah dengan adanya rasa suka makhluk2 lain kepadanya. Dan salah satu tanda kebencianNya adalah dapat dilihat dari ketidaksukaan makhluk2Nya yang lain kepadanya.



Maka apabila seseorang memuji engkau, hendaklah engkau mengembalikan puji-pujian itu kepada Allah SWT. Mintalah kepada Tuhanmu pertolonganNya agar Dia memperbaiki kesalahan2mu yang tidak diketahui oleh pemujimu dan agar Dia menjadikan engkau lebih baik daripada yang disangkakannya.




Maha Suci Allah SWT!

Khamis, 15 Oktober 2009

Nama, Pelaku, Tempat dan Hasilnya...



Assalamu Alaikum,


Dengan Nama Allah SWT...




Saudara2ku yang dikasihi,



Apa saja yang kita usahakan diatas mukabumi ini, adalah memiliki nama, pelaku, tempat dan hasilnya.



Jika namanya usaha pertanian. Pelakunya adalah petani. Tempatnya di sawah, ladang dan kebun. Hasilnya adalah beras dan kelapa.



Jika namanya usaha perindustrian. Pelakunya adalah pengarah, pengurus, dan buruh. Tempatnya di pejabat, gudang dan kilang. Hasilnya adalah barang2 industri.



Jika namanya usaha perdagangan. Pelakunya disebut saudagar, pedagang, jurujual atau ahli perniagaan. Tempatnya di kedai, warung, pasar tani, pasaraya atau department store. Hasilnya pelbagai barangan keperluan.



Jika namanya usaha pendidikan. Pelakunya adalah guru, pensyarah atau ustaz. Tempatnya di sekolah, universiti dan madrasah. Hasilnya adalah orang2 terpelajar seperti pelajar, sarjana, doktor, professor dan alim ulama.



Adapun usaha para nabi dan rasul namanya dakwah. Pelakunya disebut da'i. Tempat tugasannya adalah di hati2 manusia. Hasilnya adalah hidayah atau petunjuk dari Allah SWT yang dengannya kita akan selamat di dunia wal akhirah.



Maha Suci Allah SWT!

Rabu, 14 Oktober 2009

Betapa Pentingnya ia..


Assalamu Alaikum,


Dengan Nama Allah SWT....



Saudara2ku,



Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya mata bagi dirimu dan engkau memahami bahawa fungsi mata itu tidak pernah dapat digantikan dengan mulut.





Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya mulut bagi dirimu dan engkau sudah tentu memahami bahawa fungsi mulut itu tidak akan pernah dapat digantikan dengan telinga.



Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya telinga bagi dirimu dan engkau tentu memahami bahawa fungsi telinga itu sudah pasti tidak akan pernah dapat digantikan dengan tangan.



Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya tangan bagi dirimu dan engkau juga pasti memahami bahawa fungsi tangan itu tidak akan pernah dapat digantikan dengan kaki.



Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya setiap anggota tubuh buat dirimu dan engkau pastinya memahami bahawa fungsi yang satu ini tidak akan pernah dapat digantikan dengan anggota tubuh yang lainnya.





Oleh kerananya, engkau hendaklah bersyukur kepada Allah SWT apabila engkau menyedari bahawa engkau memiliki anggota tubuh yang sempurna. Dan pada kenyataannya engkau tentu mendapati bahawa tiada satu anggota pernah mencela anggota tubuh yang lainnya. Bahkan sebaliknya, setiap anggota akan membantu apabila yang lainnya menjadi lemah dan tak berdaya.



Maka hanya dengan cara pengertian yang sama saja, kita akan dapat bersyukur kepada Allah SWT, manakala kita menyedari bahawa ternyata orang2 yang beriman memiliki pekerjaan, keahlian, kedudukan dan aktiviti yang beragam.



Sesungguhnya, orang2 beriman itu ibarat satu tubuh.



Maha Suci Allah SWT..!

Isnin, 12 Oktober 2009

Bagan Pinang : PAS Tak Kalah, Anwar Atartuk Yang Kalah!

Assalamu Alaikum,

Artikel dibawah ni saya petik dari blog analisisringan.blogspot




Analisis Kumbang..


Kemenangan Barisan Nasional di pilihanraya kecil Bagan Pinang dengan majoriti yang agak besar semalam iaitu 5,435 undi menimbulkan tanda tanya.

Adakah jentera Komplot Pembangkang yang mendapat bantuan kelas pertama iaitu risikan,kewangan dan sebagainya daripada agensi Amerika tidak mampu untuk menewaskan jentera BN yang kekuatannya agak sederhana dan masih menggunakan cara lama?

Anwar di dalam twitternya memberi komen mudah di atas kekalahan PAS di Bagan Pinang seperti di bawah :

"Keputusan Bagan Pinang harus mendorong kita bekerja lebih keras. Teliti karenah SPR, ugutan dan budaya samseng pemuda umno. Kaji juga kelemahan Pakatan Rakyat".

Kumbang tertarik dengan perkataan 'kaji juga kelemahan Pakatan Rakyat' kerana di sini sebenarnya sebab utama kenapa tersungkurnya komplot Pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim.

Apa yang Kumbang katakan ini ada asasnya apabila Kumbang turun sendiri untuk bertanya kepada ahli PAS Bagan Pinang mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada jentera PAS yang begitu longlai di Bagan Pinang.

Menurut beliau ahli PAS di kawasan DUN Bagan Pinang sebenarnya tidak berpuas hati dengan campur tangan Anwar Ibrahim dalam memilih calon mereka untuk PRK Bagan Pinang. Menurut beliau lagi Anwar Ibrahim dikatakan memilih Zulkefly kerana Zulkefly berada di dalam team Erdogan dan Anwar menurut beliau tidak mahu pemimpin yang terlalu alim dan pro Ulamak untuk dicalonkan mungkin untuk mengambil hati kaum bukan melayu.

Hal ini yang menyebabkan Ustaz Kassim Tahir yang popular di kalangan warga Bagan Pinang tidak dicalonkan, sedangkan Ustaz Kassim Tahir sendiri memberi jaminan beliau mampu memenangkan PAS kerana popular dan disayangi oleh pengundi Bagan Pinang.

Malangnya jaminan Ustaz Kassim Tahir ini tidak dapat mengubah keputusan campur tangan Anwar Ibrahim ini dan ditambahkan lagi dengan khabar angin bahawa Komplot Pembangkang mencalonkan Zulkefly kerana ingin menjadikan Zulkefly, Menteri Besar dalam satu rancangan peralihan kuasa ala 16 September di Negeri Sembilan bila-bila masa dari sekarang.

Disebabkan campur tangan Anwar Ibrahim dalam pemilihan calon inilah yang menyebabkan jentera PAS di Bagan Pinang tawar hati dan tidak bersungguh-sungguh di dalam berkempen. Para blogger Komplot Pembangkang turut mengalami keadaan sama apabila tidak lagi bersungguh-sungguh menulis artikel dan menjawab hujah blogger anti Anwar dalam tempoh kempen serta ada juga yang memainkan isu lain.

Keadaan inilah yang menyebabkan PAS langsung tidak dapat memberikan tentangan terhadap jentera Barisan Nasional.

Kesan kepada permasalahan Komplot Pembangkang ini jelas ternyata apabila ceramah Anwar Ibrahim hanya dihadiri kurang daripada 300 orang, ini bermakna jika difikirkan jumlah penyokong dan jentera PAS di Permatang Pasir sudah mampu menghadirkan angka yang ramai. Tetapi jelas mereka iaitu penyokong dan jentera PAS melakukan protes kepada Anwar Ibrahim dengan tidak menghadiri ceramah dan mendengar retorik penipuan beliau.

Protes paling besar ditunjukkan dengan larinya hampir 3000 undi PAS kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya yang berlangsung semalam sebagai satu manifestasi penolakkan campur tangan Anwar Ibrahim dalam parti PAS.

Kumbang mengucapkan terima kasih dan syabas kepada penyokong dan ahli PAS yang berani melakukan protes. Kumbang kira kekalahan ini sebenarnya pada luaran sahaja milik PAS tetapi sebenarnya kekalahan PAS dan Komplot Pembangkang di Bagan Pinang ini adalah kekalahan sepenuhnya Anwar Ibrahim kerana calon yang dipilih adalah calon pilihan Anwar Ibrahim dan bukan pilihan majoriti rakyat dan penyokong PAS.

Kumbang kira seperti semalam, sudah tiba masanya PAS memikirkan peranan mereka di dalam Komplot Pembangkang dan berani melakukan perubahan untuk keluar daripada pakatan yang merugikan ini. Semalam PAS kalah 5,435 undi, esok lusa mungkin PAS akan lenyap kerana bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Sebelum perkara ini berlaku, Kumbang gesa PAS buatlah apa yang patut.

Apa yang Kumbang tahu kekalahan ini tidak akan merugikan Anwar kerana beliau dapat menghabiskan bacaan 9 buah buku dan beristirehat melawat kawan-kawan di Amerika di saat PAS sibuk berkempen untuk memenangkan calon 'pasti tidak akan menang' pilihan beliau sendiri.

Penyokong,blogger dan ahli PAS teruskan protes. Kita tolak Anwar Ibrahim!



Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini.