Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Rabu, 14 Oktober 2009

Betapa Pentingnya ia..


Assalamu Alaikum,


Dengan Nama Allah SWT....



Saudara2ku,



Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya mata bagi dirimu dan engkau memahami bahawa fungsi mata itu tidak pernah dapat digantikan dengan mulut.





Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya mulut bagi dirimu dan engkau sudah tentu memahami bahawa fungsi mulut itu tidak akan pernah dapat digantikan dengan telinga.



Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya telinga bagi dirimu dan engkau tentu memahami bahawa fungsi telinga itu sudah pasti tidak akan pernah dapat digantikan dengan tangan.



Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya tangan bagi dirimu dan engkau juga pasti memahami bahawa fungsi tangan itu tidak akan pernah dapat digantikan dengan kaki.



Engkau tentunya sangat mengerti betapa pentingnya setiap anggota tubuh buat dirimu dan engkau pastinya memahami bahawa fungsi yang satu ini tidak akan pernah dapat digantikan dengan anggota tubuh yang lainnya.





Oleh kerananya, engkau hendaklah bersyukur kepada Allah SWT apabila engkau menyedari bahawa engkau memiliki anggota tubuh yang sempurna. Dan pada kenyataannya engkau tentu mendapati bahawa tiada satu anggota pernah mencela anggota tubuh yang lainnya. Bahkan sebaliknya, setiap anggota akan membantu apabila yang lainnya menjadi lemah dan tak berdaya.



Maka hanya dengan cara pengertian yang sama saja, kita akan dapat bersyukur kepada Allah SWT, manakala kita menyedari bahawa ternyata orang2 yang beriman memiliki pekerjaan, keahlian, kedudukan dan aktiviti yang beragam.



Sesungguhnya, orang2 beriman itu ibarat satu tubuh.



Maha Suci Allah SWT..!

Isnin, 12 Oktober 2009

Bagan Pinang : PAS Tak Kalah, Anwar Atartuk Yang Kalah!

Assalamu Alaikum,

Artikel dibawah ni saya petik dari blog analisisringan.blogspot




Analisis Kumbang..


Kemenangan Barisan Nasional di pilihanraya kecil Bagan Pinang dengan majoriti yang agak besar semalam iaitu 5,435 undi menimbulkan tanda tanya.

Adakah jentera Komplot Pembangkang yang mendapat bantuan kelas pertama iaitu risikan,kewangan dan sebagainya daripada agensi Amerika tidak mampu untuk menewaskan jentera BN yang kekuatannya agak sederhana dan masih menggunakan cara lama?

Anwar di dalam twitternya memberi komen mudah di atas kekalahan PAS di Bagan Pinang seperti di bawah :

"Keputusan Bagan Pinang harus mendorong kita bekerja lebih keras. Teliti karenah SPR, ugutan dan budaya samseng pemuda umno. Kaji juga kelemahan Pakatan Rakyat".

Kumbang tertarik dengan perkataan 'kaji juga kelemahan Pakatan Rakyat' kerana di sini sebenarnya sebab utama kenapa tersungkurnya komplot Pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim.

Apa yang Kumbang katakan ini ada asasnya apabila Kumbang turun sendiri untuk bertanya kepada ahli PAS Bagan Pinang mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada jentera PAS yang begitu longlai di Bagan Pinang.

Menurut beliau ahli PAS di kawasan DUN Bagan Pinang sebenarnya tidak berpuas hati dengan campur tangan Anwar Ibrahim dalam memilih calon mereka untuk PRK Bagan Pinang. Menurut beliau lagi Anwar Ibrahim dikatakan memilih Zulkefly kerana Zulkefly berada di dalam team Erdogan dan Anwar menurut beliau tidak mahu pemimpin yang terlalu alim dan pro Ulamak untuk dicalonkan mungkin untuk mengambil hati kaum bukan melayu.

Hal ini yang menyebabkan Ustaz Kassim Tahir yang popular di kalangan warga Bagan Pinang tidak dicalonkan, sedangkan Ustaz Kassim Tahir sendiri memberi jaminan beliau mampu memenangkan PAS kerana popular dan disayangi oleh pengundi Bagan Pinang.

Malangnya jaminan Ustaz Kassim Tahir ini tidak dapat mengubah keputusan campur tangan Anwar Ibrahim ini dan ditambahkan lagi dengan khabar angin bahawa Komplot Pembangkang mencalonkan Zulkefly kerana ingin menjadikan Zulkefly, Menteri Besar dalam satu rancangan peralihan kuasa ala 16 September di Negeri Sembilan bila-bila masa dari sekarang.

Disebabkan campur tangan Anwar Ibrahim dalam pemilihan calon inilah yang menyebabkan jentera PAS di Bagan Pinang tawar hati dan tidak bersungguh-sungguh di dalam berkempen. Para blogger Komplot Pembangkang turut mengalami keadaan sama apabila tidak lagi bersungguh-sungguh menulis artikel dan menjawab hujah blogger anti Anwar dalam tempoh kempen serta ada juga yang memainkan isu lain.

Keadaan inilah yang menyebabkan PAS langsung tidak dapat memberikan tentangan terhadap jentera Barisan Nasional.

Kesan kepada permasalahan Komplot Pembangkang ini jelas ternyata apabila ceramah Anwar Ibrahim hanya dihadiri kurang daripada 300 orang, ini bermakna jika difikirkan jumlah penyokong dan jentera PAS di Permatang Pasir sudah mampu menghadirkan angka yang ramai. Tetapi jelas mereka iaitu penyokong dan jentera PAS melakukan protes kepada Anwar Ibrahim dengan tidak menghadiri ceramah dan mendengar retorik penipuan beliau.

Protes paling besar ditunjukkan dengan larinya hampir 3000 undi PAS kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya yang berlangsung semalam sebagai satu manifestasi penolakkan campur tangan Anwar Ibrahim dalam parti PAS.

Kumbang mengucapkan terima kasih dan syabas kepada penyokong dan ahli PAS yang berani melakukan protes. Kumbang kira kekalahan ini sebenarnya pada luaran sahaja milik PAS tetapi sebenarnya kekalahan PAS dan Komplot Pembangkang di Bagan Pinang ini adalah kekalahan sepenuhnya Anwar Ibrahim kerana calon yang dipilih adalah calon pilihan Anwar Ibrahim dan bukan pilihan majoriti rakyat dan penyokong PAS.

Kumbang kira seperti semalam, sudah tiba masanya PAS memikirkan peranan mereka di dalam Komplot Pembangkang dan berani melakukan perubahan untuk keluar daripada pakatan yang merugikan ini. Semalam PAS kalah 5,435 undi, esok lusa mungkin PAS akan lenyap kerana bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Sebelum perkara ini berlaku, Kumbang gesa PAS buatlah apa yang patut.

Apa yang Kumbang tahu kekalahan ini tidak akan merugikan Anwar kerana beliau dapat menghabiskan bacaan 9 buah buku dan beristirehat melawat kawan-kawan di Amerika di saat PAS sibuk berkempen untuk memenangkan calon 'pasti tidak akan menang' pilihan beliau sendiri.

Penyokong,blogger dan ahli PAS teruskan protes. Kita tolak Anwar Ibrahim!



Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Asas Ilmu..



Assalamu Alaikum,

Dengan Nama Allah SWT..

Saudara2ku yang dirahmati,


Tahukah kamu suatu ilmu yang lebih afdhal daripada jihad fisabilillah? Barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk menuntutnya, maka dia akan dinaungi oleh malaikat2 dengan sayapnya, didoakan oleh burung2 di udara, binatang2 buas di hutan, ikan2 di laut dan diberi ganjaran oleh Allah SWT pahala 70 orang shiddiq?



Ilmu itu adalah ilmu mengenal Allah SWT, Pemelihara kita.



Ingatlah, pembelajaran yang asas adalah mengikuti contoh yang telah Rasulullah saaw dan sahabat2-nya telah tunjukkan kepada kita. Tulisan2, buku2, bangunan2 madrasah dan bahasa2 elektronik adalah cara yang terkemudian. Sebegitu lazimnya kita mempergunakan cara2 yang terkemudian itu rupa membuatkan kita lupa akan asasnya ilmu dan menyangka bahawa menuntut ilmu tidak dapat kita lakukan kecuali dengan cara  yang melibatkan tulisan, buku2 atau tempat belajar yang khusus.



Sebenarnya tidak demikian.





Ilmu yang paling bermanafaat bagi kehidupan kita adalah apa2 yang dapat menghantarkan kita menjadi hamba Allah yang takut sekaligus menaruh sepenuh harapan kepada-Nya saja. Dan cara paling asas untuk mendapatkan ilmu itu adalah dengan cara mendakwahkan LA ILAHA ILLALLAH kepada seluruh manusia.



Siapa saja yang berbuat demikian, maka Allah SWT sendiri yang akan membimbingnya. Dan siapa saja yang melakukannya dengan ikhlas dan istikhlas, maka Allah SWT akan membukakan baginya kefahaman2 selanjutnya, persis sebagaimana kita mendapatkan pencerahan setiap kali membuka bab2 baru pada kajian di sekolah.



Maha Suci Allah SWT!

Khamis, 8 Oktober 2009

Kesederhanaan..


Assalamu Alaikum,





Dengan Nama Allah SWT..






Saudara2ku yang dihormati,





Sesuatu yang sederhana selalunya mudah difahami, mudah dikerjakan, mudah dibina, mudah dinikmati, mudah dijaga, mudah dirawat, mudah dibawa, mudah disimpan, mudah dikeluarkan, mudah dipindahkan dan segala kemudahan lain yang menyertainya.

Kesederhanaan yang mendatangkan kemudahan ini tidak saja berlaku pada benda2, tetapi juga berlaku pada cara dan gaya hidup kita.





Dari pelajaran matematik, kita tahu bahawa orang yang pandai itu adalah dia yang dapat menyederhanakan persoalan matematis yang rumit sekaligus menerangkannya. Dari penalaran yang sama, maka orang2 yang pandai itu adalah dia yang dapat menyederhanakan masalah2 hidupnya sekaligus dapat pula membantu orang2 yang di sekitarnya untuk hidup sederhana.





Pemimpin yang pandai itu adalah dia yang dapat menyederhanakan masalah orang2 yang ada di bawahnya. Sebaliknya, pemimpin yang tidak dapat menyederhanakan hidupnya sendiri, malahan membuatkan masalah yang sederhana itu menjadi lebih rumit pula adalah orang yang sangat jauh untuk dapat dikatakan pandai. Jadi, padanan kata yang tepat untuk orang2 ini adalah orang2 yang bodoh.



Maha Suci Allah SWT!

Ahad, 4 Oktober 2009

Mari Kita Doakan..

400 hilang ditelan bumi ketika gempa di Padang




JAKARTA:Kira-kira 400 orang yang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 5.16petang rabu lalu.



Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, iaitu merupakan struktur tertinggi disitu, juga sudah tidak kelihatan.



"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor(tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis KementerianKesihatan Indonesia, Rustam S Pakaya, yang dipetik Detikcom hari ini.



Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa,beliau berkata dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.





Tragedi di kampung itu adalah satu daripada beberapa kejadian serupa yang mula mendapat perhatian setelah sistem komunikasi dan jalanraya mulai dapat berfungsi semula.



Di Kota Padang sendiri, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa termasuk tentera di beberapa buah hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, ketika bau mayat dikatakan sudah mulai menyengat.



Kira-kira100 mangsa pula dipercayai terhimpit di celah runtuhan lantai, bumbung dan dinding Hotel Ambacang manakala 50 murid masih tertimbus akibat tanah runtuh yang menenggelamkan sekolah mereka di Desa Tandidek, Pariaman.





Kira-kira 200 orang lagi masih hilang, juga dipercayai tertimbus dalam runtuhan dua buah bukit di Petamuan, Padang Pariaman.



Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluargamereka. - Bernama





=============================================

Di bawah ini adalah komen saudara kita dari sebuah forum ;





Berita ini mengingatkan kita tentang2 kisah yang dipaparkan didalam alquran. Biarpun ini terjadi di Indonesia, kita di Malaysia jangan mudah menambah "kepedihan" ini umpama menabut garam diluka dengan sumpah seranah atau pun perkataan yang seumpamanya. Ada yang mensabitkan kemalangan dengan faktor saintifik dan geografi, tapi tak kurang juga yang percaya ini adalah bala yang diturunkan pada kaum atau masyarakat ini. Kadang kita menyangka ini semua dugaan buat pihak berkenaan, tapi kita lupa ini juga sebenarnya merupakan dugaan buat kita semua juga. Kita kurang bijak kalau kita terus-terusan melayan provokasi seorang dua forumer indonesia yang mengajukan isu-isu hangat. Kesan "sambutan" dan "layanan" tersebut, maka keluarlah bermacam2 perkataan yang melampau-lampau sampai ketahap kita menghina-dina-nista mereka. ingatlah kawan-2, perang "oral" ini lebih tajam dan bisa dari senjata. Seperti yang biasa kita dengar, kita boleh melupakan perbuatan jahat orang terhadap kita, tapi kita tak mudah lupa perkataan jahat orang terhadap kita.





Kita bukan tidak pernah menghadapi keadaan dimana kaum seugama kita ditimpa bencana dan perang. Palestin contohnya. Seperti mana kita sama2 berdoa dan mendirikan solat hajat sambil berdoa, "Ya Allah, selamatkanlah kaum Palestine dan berikan mereka kemenangan. Sebaliknya kau turunkan lah bala dan lenyapkan lah kaum Israel dan sekutu-sekutunya dari mukabumi ini, Aminnn." Begitu juga lah kita dengan Padang, jiran kita. Marilah kita sama-sama berdoa agar tuhan menghentikan bala ini, memelihara mereka ini dan mengampun kan dosa mereka sekiranya ada. Last but not least jangan kita lupa mendoakan kesejahteraan kita, orang yang kita sayangi, muslimin dan muslimat dan seterusnya negara kita Malaysia yang tercinta.
 
Sekian, Wallahualam