Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Selasa, 19 Mei 2009

Kisah Dua Hantu..

Salam Alaikum;

Semoga saudara2ku sekelian semuanya sihat wal afiat dalam lindungan Pemelihara Yang Agong.. Saya terasa begitu penat hari ini, namun ingin juga menambah entry baru untuk hari ini. Bila difikir2kan, tidak juga lahir sebuah idea yang bernas, jadi saya buat keputusan untuk menerbitkan suatu yang santai saja. Biarkan minda ini berehat seketika dari melayani kemelut politik yang semangkin parah sekarang...

Saya telah temui sebuah kisah yang agak menarik sebagai santapan minda. Kisah dua hantu.




Suatu hari dua hantu bertemu dan bercerita bagaimana mereka mati......

Hantu 1 : Bagaimana kau boleh mati?

Hantu 2 : Aku mati akibat kesejukan...

Hantu 1 : Macam mana rasanya mati dlm kesejukkan tu?

Hantu 2 : Sebenarnya aku terkurung dalam peti ais... mula2 Aku cuma menggigil, lepas tu anggota aku mula membeku, kemudian aku rasa dunia aku gelap dan akhirnya..... tapi aku rasa bersyukur kerana aku mati tanpa banyak kesakitan....

Hantu 1 : Ishhh...kesiannya kau

Hantu 2 : Kau pulak, macam mana kau boleh mati....?

Hantu 1 : Aku kena serangan sakit jantung...

Hantu 2 : Oooo...macam mana kau boleh kena serangan sakit jantung?

Hantu 1 : Sebenarnya aku dapat tahu isteri aku curang. Suatu hari, aku balik ke rumah secara mengejut. Aku nampak ada kasut lelaki dekat depan pintu. ku tahu mesti isteri aku sedang bermesra dengan jantan lain.. Aku berlari masuk bilik tidur, cuma ada isteri aku... aku tahu mesti jantan tu bersembunyi dekat mana2.. aku lari masuk bilik air, tak de juga, kemudian aku lari ke tingkat bawah, tengok dalam setor, pun tak ade... aku lari naik tingkat atas semula, tengok dalam almari..... sebab terlalu penat aku berlari lalu aku kena sakit jantung... memang sakit dan akhirnya.... AKUMATIIIIIII

Hantu 2 : Alamak kau tak tengok dalam peti ais... kalau tak, tentu kita berdua masih hidup lagi sekarang ni....


Begitulah kisahnya... Satu lagi aku telah menemui beberapa buah peribahasa yang telah digubah baru dalam nada yang lebih tajam lagi.. Inilah peribahasa2 tersebut..




Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia
hinggap.

Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan
Olimpik jua.



Biar putih tulang jgn putih muka.


Kalau tidak ada angin masakan satu LRT boleh bau busuk?

Seperti kacang lupakan mamak kacang putih.
Ader udang di sebalik udang yang lain.

Biar mati anak jgn mati pucuk.

Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.





Itulah peribahasa2nya. Maksud dari peribahasa2 tersebut, korang carik ler sendiri ar...








Sekian. Wassalam.

Isnin, 11 Mei 2009

Biarkan Anjing-Anjing itu bercakaran...


"Biarkan anjing anjing itu bercakaran sesama sendiri! Supaya di atas kehancuran mereka kita akan bertahta kembali..."

Saya telah mendengar kata2 ini, atau lebih tepat lagi, saya telah membaca kata2 ini, lama dulu, mungkin sudah bertahun2 lamanya. Sehingga saya menjadi lupa. Tetapi entah mengapa, tiba2 saya teringat kembali. Namun saya pasti ada sesuatu perkara penting yang menyebabkan saya teringat kembali kata2 keramat ini.

Oh! Jangan silap dengan perkataan 'keramat' yang saya tulis di atas, ianya sebenarnya bukan sesuatu yang baik, tetapi lebih kepada sesuatu yang bisa saya katakan 'musibah' sebenarnya.. Lebih baik kita sama2 renungkan kata2 tersebut, lebih baik lagi jika dapat kita memahaminya..

"Biarkan anjing anjing itu bercakaran sesama sendiri! Supaya di atas kehancuran mereka kita akan bertahta kembali..."






Kata2 siapa sebenarnya ni? Adakah perkataan yang lahir dari sahabat kita? Oh! Tidak. Pasti tidak kan? Tidak mungkin sahabat kita yang mengeluarkan kata2 tersebut dengan niat hendak bertahta kembali. Kita takkan mampu untuk bertahta kembali kerana yang bercakaran itu adalah kita sendiri! Maka siapakah 'anjing-anjing' yang dimaksudkan itu? Tentulah yang dimaksudkan 'anjing-anjing didalam ayat tersebut adalah 'yang sedang bercakaran sesama sendiri'. Jadi siapakah yang sedang bercakaran itu? Yang sedang bercakaran itu kitalah! Kan? Jadi jika begitu siapakah kita ini? Jawabnya kita ini adalah 'anjing-anjing itulah, kan? MasyaAllah...

Maka sudah jelaskah sekarang kata2 siapakah itu? Tidak lain dan tidak bukan tentulah ianya kata2 dari musuh2 kita. Ya. Mereka pastinya sedang mengintai2 kita, atau dalam kata biasa, mereka itu sedang skodeng kitalah sekarang ini. Mereka sedang memerhatikan kita yang sedang bercakaran sesama sendiri. Kita bercakaran sehinggakan meruntuhkan kewarasan fikiran kita, mengenepikan tatasusila kita, menjatuhkan maruah kita, dan mengadaikan agama kita.. Maka oleh itu AWAS, sehingga musuh melihat kita sudah menjadi begitu lemah, saat inilah mereka akan menguasai negara dan bangsa kita, agama kita pastinya akan di injak2kan sampai lumat....!


Fikir-fikirkanlah!

Jumaat, 8 Mei 2009

Inilah Malapetaka Yang Menimpa Negeri Perak..



KERAKUSAN, KETAMAKAN, KEANGKUHAN, KEKERASAN kini menjadi santapan rakyat negeri perak.. Maka marilah kita semua bersantap dengan sepuas2nya, sebelum Perak jadi bubur....!

Khamis, 7 Mei 2009

Hari ini dalam sejarah Negeri Perak.. Ada ke patut??


Gambar teristimewa di ambil dari http://politikbanjar.blogspot.com/


Tuan Speaker Sivakumar di seret oleh 4 orang lelaki keluar dari Dewan Undangan Negeri Perak. Diseret serupa anjing jua lagaknya.. Beginilah berakhirnya langkah seorang wakil rakyat yang telah berjuang sehingga saat akhir demi mempertahankan demokrasi di Perak.. Kasar sungguh tindakan wakil kerajaan, namun tidak ditahan polis. Sepatutnya BN ambik alih dengan cara memenangi hati rakyat, bukan dengan cara begini, adakah Negeri Perak ini mereka yang punya?? Bila BN buat macam ni, rakyat Perak pasti akan menyampah dan BN tentu akan dibakul sampahkan!! Jika ini terjadi, gua gelak aje..


Wakil2 rakyat bergaduh, haku jugak yang susah, jalan pun sudah jem, mahu pegi kerja pun susah.. Pagi ini aku sudah lewat 1 jam... Nasib baik aku tak ada bos hehehee..




Bilalah nak berakhir? Nampaknya drama ini akan bermusim2 selagi tidak dibubarkan DUN. Sultan bila lagi nak dengar suara rakyat? Takkan nak ikut telunjuk yang berkait aje...




dan untuk berita dan cerita seterusnya ada di http://politikbanjar.blogspot.com/ ..

Selasa, 28 April 2009

Islam dan Politik Tidak Boleh diPisahkan?

Oleh Amri el Wahab


Saya ingin bertanya, benarkah Islam dan Politik tidak boleh dipisahkan? Perkataan ini selalu di sebut-sebut oleh orang politik. Kalau benar, jenis politik yang bagaimana?


1. Apa yang saya lihat politik yang di amalkan oleh orang orang politik Islam di Malaysia adalah politik ciptaan dari ideologi barat dan ianya jauh dari nilai-nilai murni Islam.


2. Salah satu perkara dalam pengamalan politik ini ialah membenarkan dan menghalalkan taktik maki hamun, carut mencarut, hasut menghasut, cabar mencabar, fitnah memfitnah, kata mengata, jatuh menjatuhkan dan segala malapetaka yang sewaktu dengannya.




3. Bahkan salah satu idea politik barat ialah "you tell lies ten times to make your lies looks like truth". Berbohonglah hingga sepuluh kali dan akhirnya orang akan percaya kepada anda!




4. Maka "pembohongan" juga adalah salah satu taktik mainan politik.




5. Mereka kata "politic is a dirty games".




6. Orang politik yang ingin "survive" dalam arena politik hendak tidak hendak terpaksa terlibat dengan "the dirty games" atau permainan kotor ini.




7. Tidak kira siapa, hatta ahli agama sekalipun kalau terlibat dan tidak berhati hati, pasti akan terlibat dan bergelumang dengan permainan kotor ini.




8. Cara amalan politik jenis ini yang di gunakan oleh orang politik Islam di Malaysia adalah sangat bertentangan dengan nilai nilai murni Islam itu sendiri.




9. Maka dari sudut apa yang saya sebutkan tadi, saya percaya bahawa kata-kata yang selalu di sebut oleh orang politik Islam dengan mengatakan *Islam dan politik tidak boleh di pisahkan* adalah tidak benar sama sekali.




10. Mana mungkin politik jijik jenis ini sebahagian dari Islam??




11. Tentu sekali politik Islam yang sebenar datangnya dari langit yang diwahyukan oleh Tuhan dan ianya bersih dan suci dari gejala-gejala kekejian politik ciptaan manusia kaparat.




12. Orang politik Islam yang hendak mempertahankan penglibatannya dalam arena politik Malaysia mungkin kena jujur dan berkata "Politik Islam dan Islam tidak boleh di pisahkan". Dan katakanlah juga politik barat (Iblis) yang diamalkan mereka kenalah di pisahkan dari Islam!!! Wahai saudara2ku, pengamal2 politik KEPARAT, ape di tunggu lagi???!!