Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Jumaat, 8 Mei 2009

Inilah Malapetaka Yang Menimpa Negeri Perak..



KERAKUSAN, KETAMAKAN, KEANGKUHAN, KEKERASAN kini menjadi santapan rakyat negeri perak.. Maka marilah kita semua bersantap dengan sepuas2nya, sebelum Perak jadi bubur....!

Khamis, 7 Mei 2009

Hari ini dalam sejarah Negeri Perak.. Ada ke patut??


Gambar teristimewa di ambil dari http://politikbanjar.blogspot.com/


Tuan Speaker Sivakumar di seret oleh 4 orang lelaki keluar dari Dewan Undangan Negeri Perak. Diseret serupa anjing jua lagaknya.. Beginilah berakhirnya langkah seorang wakil rakyat yang telah berjuang sehingga saat akhir demi mempertahankan demokrasi di Perak.. Kasar sungguh tindakan wakil kerajaan, namun tidak ditahan polis. Sepatutnya BN ambik alih dengan cara memenangi hati rakyat, bukan dengan cara begini, adakah Negeri Perak ini mereka yang punya?? Bila BN buat macam ni, rakyat Perak pasti akan menyampah dan BN tentu akan dibakul sampahkan!! Jika ini terjadi, gua gelak aje..


Wakil2 rakyat bergaduh, haku jugak yang susah, jalan pun sudah jem, mahu pegi kerja pun susah.. Pagi ini aku sudah lewat 1 jam... Nasib baik aku tak ada bos hehehee..




Bilalah nak berakhir? Nampaknya drama ini akan bermusim2 selagi tidak dibubarkan DUN. Sultan bila lagi nak dengar suara rakyat? Takkan nak ikut telunjuk yang berkait aje...




dan untuk berita dan cerita seterusnya ada di http://politikbanjar.blogspot.com/ ..

Selasa, 28 April 2009

Islam dan Politik Tidak Boleh diPisahkan?

Oleh Amri el Wahab


Saya ingin bertanya, benarkah Islam dan Politik tidak boleh dipisahkan? Perkataan ini selalu di sebut-sebut oleh orang politik. Kalau benar, jenis politik yang bagaimana?


1. Apa yang saya lihat politik yang di amalkan oleh orang orang politik Islam di Malaysia adalah politik ciptaan dari ideologi barat dan ianya jauh dari nilai-nilai murni Islam.


2. Salah satu perkara dalam pengamalan politik ini ialah membenarkan dan menghalalkan taktik maki hamun, carut mencarut, hasut menghasut, cabar mencabar, fitnah memfitnah, kata mengata, jatuh menjatuhkan dan segala malapetaka yang sewaktu dengannya.




3. Bahkan salah satu idea politik barat ialah "you tell lies ten times to make your lies looks like truth". Berbohonglah hingga sepuluh kali dan akhirnya orang akan percaya kepada anda!




4. Maka "pembohongan" juga adalah salah satu taktik mainan politik.




5. Mereka kata "politic is a dirty games".




6. Orang politik yang ingin "survive" dalam arena politik hendak tidak hendak terpaksa terlibat dengan "the dirty games" atau permainan kotor ini.




7. Tidak kira siapa, hatta ahli agama sekalipun kalau terlibat dan tidak berhati hati, pasti akan terlibat dan bergelumang dengan permainan kotor ini.




8. Cara amalan politik jenis ini yang di gunakan oleh orang politik Islam di Malaysia adalah sangat bertentangan dengan nilai nilai murni Islam itu sendiri.




9. Maka dari sudut apa yang saya sebutkan tadi, saya percaya bahawa kata-kata yang selalu di sebut oleh orang politik Islam dengan mengatakan *Islam dan politik tidak boleh di pisahkan* adalah tidak benar sama sekali.




10. Mana mungkin politik jijik jenis ini sebahagian dari Islam??




11. Tentu sekali politik Islam yang sebenar datangnya dari langit yang diwahyukan oleh Tuhan dan ianya bersih dan suci dari gejala-gejala kekejian politik ciptaan manusia kaparat.




12. Orang politik Islam yang hendak mempertahankan penglibatannya dalam arena politik Malaysia mungkin kena jujur dan berkata "Politik Islam dan Islam tidak boleh di pisahkan". Dan katakanlah juga politik barat (Iblis) yang diamalkan mereka kenalah di pisahkan dari Islam!!! Wahai saudara2ku, pengamal2 politik KEPARAT, ape di tunggu lagi???!!

Jumaat, 24 April 2009

Kemuliaan Dalam Bermaaf-maafan..


Dengan Nama Allah SWT....


Salam buat semua saudara2ku yang dihormati. Semoga kalian kali ini juga masih di dalam Rahmat Allah, Pemelihara kita setiap detik dan saat.




Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam Al Qur’an adalah sikap memaafkan: Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al-A'raf 7:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman: "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia Al Qur'an akan merasa sulit memaafkan orang lain. Sebab, mereka mudah marah terhadap kesalahan apa pun yang diperbuat. Padahal, Allah telah menganjurkan orang beriman bahawa memaafkan adalah lebih baik: ... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)

Berlandaskan hal tersebut, kaum beriman adalah orang-orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur'an : "Yaitu orang2 yang menginfakkan hartanya ketika lapang dan sempit dan menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (QS. Ali ‘Imraan, 3:134)


Menurut Harun Yahya Para peneliti percaya bahawa pelepasan hormon stres, keperluan oksigen yang meningkat oleh sel-sel otot jantung, dan kekentalan yang bertambah dari keping-keping darah, yang mengarah pembekuan darah menjelaskan bagaimana kemarahan meningkatkan peluang terjadinya serangan jantung. Ketika marah, detik jantung meningkat melebihi paras yang sewajarnya, dan menyebabkan naiknya tekanan darah pada pembuluh nadi, dan oleh kerana itu peningkatan untuk terkena serangan jantung adalah tinggi.

Pemahaman orang-orang beriman tentang sikap memaafkan sangatlah berbeza dari mereka yang tidak menjalani hidup sesuai ajaran Al Qur'an. Meskipun banyak orang mungkin berkata mereka telah memaafkan seseorang yang menyakiti mereka, namun begitu, kebanyakan dari mereka perlu waktu yang lama untuk membebaskan diri dari rasa benci dan marah dalam hati mereka. Sikap mereka lebih cenderung menampakkan rasa marah itu. Di lain pihak, sikap memaafkan orang-orang beriman adalah tulus. Kerana mereka tahu bahawa manusia diuji di dunia ini, dan belajar dari kesalahan mereka, mereka berlapang dada dan bersifat pengasih. Lebih dari itu, orang-orang beriman juga mampu memaafkan walau sebenarnya mereka benar dan orang lain salah. Ketika memaafkan, mereka tidak membezakan antara kesalahan besar dan kecil. Seseorang dapat saja sangat menyakiti mereka tanpa sengaja. Akan tetapi, orang-orang beriman tahu bahawa segala sesuatu terjadi menurut kehendak Allah, dan berjalan sesuai takdir tertentu, dan kerana itu, mereka berserah diri dengan peristiwa ini, tidak pernah terbelenggu oleh amarah.

Menurut penelitian terakhir, para ilmuwan Amerika membuktikan bahawa mereka yang mampu memaafkan adalah lebih sihat baik jiwa maupun raga. Orang-orang yang diteliti menyatakan bahawa penderitaan mereka berkurangan setelah memaafkan orang yang menyakiti mereka. Penelitian tersebut menunjukkan bahawa orang yang belajar memaafkan orang lain akan merasa lebih baik, tidak hanya secara batiniyah juga jasmaniyah. Sebagai contoh, telah dibuktikan bahawa berdasarkan penelitian, gejala-gejala pada kejiwaan dan tubuh seperti sakit punggung akibat stress [tekanan jiwa], susah tidur dan sakit perut sangatlah berkurang pada orang-orang ini.




Memaafkan, adalah salah satu perilaku yang membuat orang tetap sihat, dan inilah suatu sikap mulia yang seharusnya diamalkan setiap manusia.





Semua penelitian yang ada menunjukkan bahawa kemarahan adalah sebuah keadaan fikiran yang sangat merosakkan kesihatan manusia. Memaafkan, di sisi lain, meskipun terasa berat, namun tetap akan membahagiakan, satu bahagian dari akhlak terpuji, yang menghilangkan segala akibat yang merosakkan dari kemarahan, dan secara langsung juga bakal membantu orang yang dibeeri maaf itu untuk menikmati hidup yang sihat, baik secara lahir maupun batin. Namun, tujuan sebenarnya dari memaafkan –sebagaimana segala sesuatu lainnya – haruslah untuk mendapatkan redha Allah. Kenyataan bahawa sifat-sifat akhlak seperti ini, dan bahawa manafaatnya telah dibuktikan secara ilmiah, telah dinyatakan dalam banyak ayat Al Qur’an, adalah satu saja dari banyak sumber kearifan yang dikandungnya.

Mulai saat ini marilah wahai saudara2ku sekelian, untuk kita memeriksa diri sejauh manakah diri ini atau hati ini telah memaafkan kesalahan sahabat2 kita, atau mungkin juga musuh2 kita itu....? Ayuh lah mari kita sama2 juga untuk menghindari rasa keegoan di dalam diri dan jiwa kita ini. Kerana manusia yang berjiwa besar adalah manusia yang dapat mengendalikan hawa nafsunya.. Tidak mudah marah dan sentiasa berlapang dada serta selalu juga mementingkan kemaslahatan masyarakat umum.





Wallahu a'lam.


Rabu, 22 April 2009

Raja berada di atas Politik..


KUALA KANGSAR,

19 April

(Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.

Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.

"Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda pada
istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di sini, Ahad.

Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

"Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian," titah baginda.

Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan warga.

Sultan Azlan bertitah sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara, diakui bahawa berlakunya kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir negara.

"Beta sendiri dari masa ke masa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahupun secara tertutup akan perkara-perkara yang tergelincir dari dasar dan garis perundangan.

"Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa indivIdu atau yang berpunca dari kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara.

"Barang dijauhkan Allah dari bangsa menghadapi nasib malang 'menang sorak kampung tergadai', akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah anggapan salah bahawa raja berperlembagaan adalah sekadar lambang tanpa sebarang kuasa merupakan tafsiran yang perlu diperbetulkan.

Titah baginda, raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah.

"Perlu ditegaskan bahawa raja berpelembagaan itu memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran."

Sultan Azlan bertitah raja berpelembagaan bertindak tertakluk kepada kuasa yang termaktub di dalam perlembagaan tetapi adalah satu kesilapan untuk memikirkan bahawa peranan seorang raja pemerintah itu sama seperti seorang presiden yang terbatas semata-mata kepada apa yang
tersurat.

"Peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan perlembagaan. Raja pemerintah mempunyai tanggungjawab yang lebih luas dalam memastikan bahawa semangat perlembagaan , falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara perlu sentiasa dilindungi," titah baginda.

Baginda bertitah berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, raja-raja mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain.

"Perkara-perkara ini adalah asas persefahaman yang telah tercapai dan merupakan resipi kejayaan terbentuknya sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat, membolehkan warganya hidup rukun lagi bersatu," titah Sultan Perak.

Saranan Sultan Perak Sultan Azlan Shah supaya parti politik mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama antara mereka bagi kepentingan negara dan warganya disambut baik oleh pelbagai pihak.



Dalam ucapan baginda, Sultan Perak bertitah negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

Malah baginda turut menyentuh mengenai tindakan kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja yang merupakan tindakan amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.











-- BERNAMA
Ulasan saya; saya berharap semua wakil2 rakyat, para jemaah menteri, termasuk perdana menteri, buat rujukan di atas titah baginda Sultan ini.....