Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Khamis, 2 April 2009

Lambang-lambang Parti bertanding di Bukit Selambau..

Oleh hantujeraul

http://hantujeraul.blogspot.com/

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 13 calon Bebas, paling ramai dalam sejarah pilihan raya negara.



Cam pesta gak...



Kalau di fikir secara logik, kenapa ramai sangat yang hendak bertanding secara bebas di Bukit Selambau.



Adakah diaorang ni tak sayang wang deposit ni?



Atau memang ada penaja yang bertujuan untuk memecahkan undi?



Atau diaorang fikir kalau menang nanti, jawatan ADUN tu boleh dijual beli?




Berikut adalah lambang-lambang calon bebas di Bukit Selambau




R. Loganathan (kelapa sawit),





Tan Hock Huat (kunci),




Radzi Md Lazim (kerusi),



Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau),



Abdul Rahim Abu (jam loceng),



L. Sarala (basikal),



A. Jayagopal (payung)



S. Moganakumar (buku)



Khamis Awang (ayam jantan),



Husaini Yaacob (bas),



M. Vanesan (ikan),



Mejar (B) Anuar Abd Hamid (telefon) dan



T.Chandrarajan (kapal terbang).


Rabu, 1 April 2009

Bahayanya bila isu perkauman dijaja di Bukit Gantang!

Oleh: Umi Wahida



Isu utama yang dihadapkan kepada calon Pas pula adalah Nizar derhaka kepada Sultan Perak apabila menolak arahan baginda agar beliau meletakkan jawatan. Beliau juga dianggap calon DAP kerana pemimpin DAP Perak yang mula mencadangkan nama beliau sebagai calon.

Zulkifli Sulong, The Malaysian Insider

Siapakah di belakang penempatan penyokong parti-parti yang bertanding di Bukit Gantang Ahad semalam (29 Mac) kini menarik perhatian pelbagai pihak. Ini kerana, meletakkan penyokong Pakatan Rakyat di bukit umpama meletakkan pasukan pemanah di Bukit Uhud dalam sejarah Islam yang terkenal itu.

Ekoran kedudukan yang strategik, di mana-mana sahaja dalam blog atau laman web, gambar para penyokong Pakatan Rakyat di hari penamaan calon Bukit Gantang menarik perhatian. Ini kerana kedudukan yang baik menyebabkan ia jelas kelihatan dan nampak ramai pula.





Kelihatan para penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon Bukit Gantang menarik perhatian pelbagai pihak ekoran kedudukannya di lereng bukit yang dilihat strategik berbanding kedudukan penyokong BN di bawah bukit



Oleh kerana penyokong BN berada di bawah bukit, maka ia tidak kelihatan. Dan yang terlebih penting lagi memang jelas, para para penyokong Pakatan Rakyat jauh lebih ramai. Ia diakui oleh Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyidin Yasin apabila berkata, jumlah kedatangan penyokong tidak penting yang penting adalah pengundi.


Pilihan raya kecil ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PR, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin, calon BN, Ismail Saffian dan calon bebas, Kamrul Ramizu Idris.

Sejak dari awal lagi, Umno memainkan isu calon tempatan. Ini kerana, sejak lebih 30 tahun lalu Bukit Gantang tidak pernah menerima calon tempatan yang mewakili BN. Lalu pemilihan Ismail Safian dianggap satu kelebihan kepada BN.

Isu utama yang dihadapkan kepada calon Pas pula adalah Nizar derhaka kepada Sultan Perak apabila menolak arahan baginda agar beliau meletakkan jawatan. Beliau juga dianggap calon DAP kerana pemimpin DAP Perak yang mula mencadangkan nama beliau sebagai calon.

Dalam menjalankan tugasnya sebagai MB Perak juga, Nizar didakwa hanya alat kepada DAP sahaja kerana Adun Pas hanya enam orang sahaja dalam Dun Perak. DAP 18 dan PKR lapan. Untuk itu, hasillah apa yang dinamakan pemberian geran kekal 999 tahun kepada 3,000 lot tanah kampung baru yang didiami oleh orang Cina di Perak.

Kini, Nizar telah dipilih oleh Pas sebagai calonnya. Ia dibuat dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Pas Pusat di Perak menjelang hari pengumuman calon 23 Mac lalu.
Umno, dalam sebaran mereka mendakwa sebagaimana yang di atas. Nizar adalah calon DAP. Nizar adalah derhaka kepada raja. Nizar bagi tanah kepada orang Cina di Perak.

Apabila seorang rakan saya bertanya, apa pandangan saya tentang pilihan raya kecil Bukit Gantang, saya berkata, nampaknya Umno akan terus dengan politik perkaumannya. Umno belum sedar lagi, ketika semua orang berfikir kepada politik damai dan politik perpaduan, Umno terus dengan cara memecah belahkan rakyat.

"Biarlah Umno begitu, biar dia hancur,??" kata kawan saya itu.
"Masalahnya Umno kini sedang memerintah negara. Dia bukan hancurkan partinya sahaja, dia juga akan menjejaskan negara," kata saya.

Apabila ditanya lagi, apa Pas akan buat, saya berkata, buat masa sekarang Pas hanya akan mencetak semula semua sebaran-sebaran perkauman Umno yang diberikan kepada orang Melayu itu. Pas akan edarkan sebaran itu kepada orang Cina dan India di Bukit Gantang.

Dalam pilihan raya Bukit Gantang 2004 lalu, calon Pas Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali mendapat 14,406 undi. Tan Lian Hoe (BN) mendapat 23,294 undi. Majoriti BN adalah 8,888. keputusan ini menunjukkan Pas mendapat kira-kira 40 peratus undi Melayu sahaja. Parti itu tidak mendapat undi bukan Melayu. Kalau adapun kurang dari 10 peratus dari jumlah undi keseluruhan mereka.

Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Roslan Shaharum mendapat 20,015 undi, Azim Zabidi (BN) mendapat 18,449 dan calon bebas M Murganan 872 undi. Majoriti Roslan adalah 1, 566.

Mengikut analisa yang dibuat, Roslan mendapat kira-kira 45 peratus undi Melayu dan 20 peratus undi bukan Melayu.

Ramai yang bersetuju, jika Umno habis-habisan berjuang untuk mendapatkan undi Melayu dengan memainkan sentimen perkauman dalam pilihan raya ini, undi untuk PAS tidak akan berkurangan dari undi yang diperolehi oleh Dr Lo' Lo' dalam pilihan raya 2004 lalu iaitu 14,400 undi.

Kini, dengan pendekatan Umno yang ada, BN akan kehilangan undi bukan Melayunya. Hampir 40 peratus pengundi yang berketurunan Cina dan India di Bukit Gantang ini akan pergi kepada Pas. Apatah lagi dengan kempen Umno bahawa Nizar adalah calon DAP.






Jadual menunjukkan kajian soalselidik oleh Ilham Centre pada 21 dan 22 Mac lalu di Bukit Gantang




Ramai yang meletakkan 80 peratus dari kira-kira 22,000 pengundi Cina dan India di Bukit Gantang ini akan mengundi PAS dalam pilihan raya kecil ini. 80 peratus bermakna 8,783 pengundi keturunan ini akan memberikan undi kepada PAS. Ini bermakna, 14,000 (undi untuk Dr Lo' Lo' 2004) + 8,783 undi Cina dan India akan diperolehi oleh calon PAS. Ini bermakna Pas akan memperolehi undi sebanyak 22,783 undi.

Dari pengiraan inilah, ramai yang membuat anggaran Pas akan menambahkan majoritinya dalam pilihan raya Bukit Gantang ini dari 1,566 ke sekitar 4,000 hingga 5,000 dalam pilihan raya kecil ini.

Anggaran ini akan menjadi kenyataan jika kempen BN berdasarkan perkauman ini akan berterusan dalam pilihan raya kecil ini.

Sebuah badan bebas, Ilham Centre dalam soalselidik yang mereka buat di Bukit Gantang pada 21 dan 22 Mac lalu mendapati 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan menang dalam pilihan raya kecil itu nanti berbanding hanya 25 peratus yang menjangkakan BN menang, manakala 34 peratus lagi tidak pasti.

Zulkifli Sulong is a veteran journalist who writes an exclusive weekly column with The Malaysian Insider apart from editing the Bahasa

Khamis, 26 Mac 2009

SELOKA PAK PANDIR

Assalamu alaikum,

Hari ni aku nak rehat dari memori lampau, hari ni aku nak ajak korang berseloka, untuk berhibur hati dan jiwa yang bergelora.. Bergelora kerana macam2 hal, belum lagi hal dunia, tapi sekadar hal dalam negara, jangan sebut fasal hal akhirat, lagi ler haru biru jiwa korang kan??

Moh kita rehatkan minda jap, tapi bukan betul2 rehat, sambil rehat kita merenung2 isi seloka yang aku paparkan kat bawah ni... Bukan seloka kosong tau, masih ada isinya. Namun terserah kat korang samada nak ketawa, tersenyum, tersengeh ker, atau tersedih, terkesal, terkecewa atau ape2 je lah.. Sukati korang, aku tak kisah..
 
***********************************
Pandai Pak Pandir!
Anak dipijak dagang dijunjung Kucing dibunuh,
tikus dibela Harta habis badan tergadai!
Mendengar gelegak dagang,
Tak sedar bertelanjang;
Mendengar guruh di langit Air tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkok onak,
Gunting makan di hujung Pak pandir juga yang menanggung..
Apa didengar gelagak dagang?
Gelagak rambutan jantan Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram.
Kilat memancar hujan tak lalu..
Awak juga kecundangan....

------------------------
MAKSUD SELOKA PAK PANDIR

Pak Pandir mengutamakan orang asing tetapi anak sendiri terbiar dan tidak diberi perhatian sewajarnya. Pak Pandir membunuh kucing tetapi tikus yang kotor dan tidak berguna dibela. Semua harta miliknya tergadai kerana percaya akan cakap orang asing. Pak Pandir akhirnya tidak memiliki apa-apa lagi. Dirinya pun bertelanjang. Apa-apa sahaja yang ada dibazirkan semata-mata mendengar berita yang belum pasti.

Sebenarnya, Pak Pandir ditipu dalam baik tanpa disedarinya. Akhirnya, dia terpaksa menanggung nasib malang. Pak Pandir suka mendengar kata-kata manis orang luar sebagaimana sifat pokok rambutan jantan yang boleh berbunga tetapi tidak boleh berbuah.
 
Sesuatu yang diheboh-hebohkan belum tentu berlaku, sebagaimana kilat memancar di langit tetapi hujan tidak turun.

Isnin, 20 Oktober 2008

SUNNAH....!

Ku sebarkan Salam Alaikum
kepada semua pengunjung2 pondok burukku yang tak sehebat manapun ini,
Kelmarin adalah tarikh istimewa buatku, sedang aku memikirkan sesuatu yang kian lama berlalu, tiba2 aku teringat kembali debatku dengan seseorang ketika aku berada di sebuah forum berbahasa Indonesia. Jiwaku tiba2 tersentuh, terasa begitu amat pedihnya dan kesedihan seakan2 mau melemaskan aku kedalam kolam jiwaku..

Tentunya kalian ingin tahu, kenapa demikian jadinya? Apa ada disebalik kenangan bersama orang itu? Siapakah dia yang telah membuatkan jiwaku tidak tenang? Jika kalian mahu tahu, dipersilakan menatap petikan dibawah ini..... Petikan ini merupakan salah satu perdebatan aku dengannya...






Salam,

buat nomind yang telah menutupi jiwanya dengan cahaya Islam,
dan yang telah memilih kegelapan sesudah datangnya cahaya.....
AL-QURAN adalah sumber paling utama dalam ajaran Islam. Bagaimanapun, antara hukum yang terkandung dalam al-Quran, banyak diturunkan secara umum, tanpa diperinci dengan lebih jelas dan mendalam.


Banyak juga yang ditemukan secara mutlak dengan tiada pengkhususan lebih lanjut. Misalnya, perintah solat yang disampaikan secara mutlak, tanpa penjelasan mengenai bilangan rakaat, tata cara atau waktunya. Begitu juga dengan zakat dan haji.

Jadi, untuk mendapatkan hukum dengan lebih terperinci dan jelas, perlu dirujuk kepada sunnah. Dalam hal ini, Rasulullah saaw diberikan kuasa untuk menerang dan menjelaskan maksud yang terkandung dalam al-Quran.


Firman Allah swt bermaksud: “Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) suatu peringatan (al-Quran), supaya engkau menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka, mudah-mudahan mereka memikirkannya.” (Surah al-Nahl, ayat 4)


Perkara ini diakui oleh Rasulullah dalam sabdanya bermaksud: “Ingatlah, sesungguhnya aku telah diberikan al-Kitab (qur'an) dan aku juga telah diberikan yang sebanding dengannya.” (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Majah). Maksud ‘yang sebanding dengannya’ ialah kuasa penafsiran.


Maka, jelas bahawa selain menerima wahyu al-Quran (al-Wahy al-Matluw), Rasulullah juga menerima wahyu taraf kedua yang dinamakan ‘bayan’ atau ‘sunnah’ (al-Wahy ghayr al-Matluw).


Wahyu taraf kedua ini berfungsi sebagai pentafsir kepada al-Quran.


Kata Hassan Ibn Atiyyah: “Ketika wahyu turun kepada Rasulullah, Jibril membawa al-Sunnah yang mentafsirkan wahyu itu.”


Segala huraian yang dibuat oleh Rasulullah adalah huraian Allah.


Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya, Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, melalui perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; Kemudian sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya.” (Surah al-Qiyamah, ayat 17-19).


Semua umat Islam wajib meyakini bahawa segala tafsiran Rasulullah sama sekali tidak berdasarkan hawa nafsu semata-mata. Firman Allah bermaksud: “Tidaklah (Rasul itu) berkata-kata mengikut hawa nafsunya melainkan apa yang telah diwahyukan kepadanya." (Surah al-Najm, ayat 3-4).


Dengan sentiasa dipelihara oleh Allah (maksum), mustahil Rasulullah melakukan kesilapan dalam mentafsir al-Quran. Selain bersifat maksum, Rasulullah memiliki empat sifat utama iaitu siddiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana). Maka, tidak dinafikan lagi Baginda adalah pentafsir yang teragung.


Oleh itu, sesiapa yang cuba menyamakan percakapan Rasulullah dengan percakapan manusia biasa, nescaya akan rosaklah akidahnya.

Banyak ayat al-Quran yang menyatakan bahawa antara peranan sunnah ialah menjelaskan kandungan al-Quran. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberi kurniaan (rahmat) kepada orang yang beriman, ketika mana (Allah) utuskan seorang rasul daripada golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah (sunnah).” (Surah Ali-Imran, ayat 164).


Meskipun, peranan atau fungsi sunnah telah begitu jelas, masih ada yang menolak peranan sunnah. Sikap menolak penjelasan dan tafsiran Rasulullah secara total atau tidak, menyebabkan akidah seseorang itu rosak.


Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang tidak suka (menolak) sunnahku, dia bukanlah daripada kalangan umatku.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Malah, keimanan seseorang itu tidak akan sempurna jika hanya beriman kepada Allah tanpa beriman kepada rasul-Nya, dan begitulah sebaliknya. Ini kerana beriman kepada rasul ialah sebahagian daripada beriman kepada Allah. Firman Allah bermaksud: “Sesiapa yang taat kepada rasul, maka sesungguhnya dia taat kepada Allah.” (Surah an-Nisaa, ayat 80).


Beriman kepada Rasul adalah salah satu daripada Rukun Iman yang enam. Jadi percaya kepada rasul termasuk perkataan, perbuatan, sikap dan pengakuannya. Semua ini adalah perkara yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya: “Pada suatu hari, ketika Rasulullah berada bersama kaum Muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan iman?
“Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, malaikat, semua kitab yang diturunkan, hari pertemuan dengan-Nya, rasul dan percaya kepada hari kebangkitan.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Muhammad Mustafa al-Syalabi berkata: “Sesiapa yang menolak sunnah, maka dia telah terkeluar daripada Islam, kerana dia telah mengingkari dalil yang dogma (kepercayaan benar yang tidak seharusnya dipertikaikan).”
Berdasarkan penjelasan di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa sunnah berperanan mentafsirkan al-Quran. Boleh dikatakan semua aliran tafsir pada hari ini (tafsir muktabar) adalah berpunca daripada kaedah ini. Menolak sunnah, bisa mengakibatkan akidah seseorang itu rosak.


Aku harap kamu dapat memahami dengan jelas tulisan di atas. Dan aku menulisnya dalam bhs. M'sia kerana kamu juga orang Malaysia kan? Janganlah kamu mahu berpura-pura denganku. Segala isi hatimu sudah kuketahui. Dan hanya masa yang menentukan segala tindakan kamu selepas ini..




Kembalilah kamu pada sinar Islam jika kamu mengetahui hakikat sebenarnya...




Wassalam.

Jumaat, 3 Oktober 2008

Konsep SEIZIN ALLAH...


Dibawah ini adalah petikan tulisan aku ketika berada di sebuah forum dari Indonesia...

Salam buat semua,

Daripada tulisanku sebelumnya yakni tentang konsep 'seizin Allah' telah melahirkan salah pengertian kepada ken, djarotiodius dan rekan2 yang lainnya. Ini tidaklah menghairankan kerana kesalahfahaman ini juga sering terjadi pada umat islam sendiri yang kurang ilmunya tentang ketuhanan. Bukan pula aku mahu mengatakan aku ini orang yang berilmu, tetapi untuk memahami konsep ketuhanan ini memerlukan daya fikir yang tinggi di campur dengan keimanan yang teguh.

Dalam tulisanku kali ini aku mahu menjuruskan hal yang nampaknya di salah mengertikan itu.