Assalamu Alaikum saudara2ku sekalian.
Semoga korang semua sentiasa berada dalam Rahmat Allah SWT. Bertemu kita lagi dalam blog yang biasa2 saja ni. Dikesempatan ini, saya nak bawa korang semua memperhatikan satu surah di dalam Al-Quran yang mulia, Al-Kahfi, yakni antara surah2 yang sangat baik untuk kita beramal dengannya dalam kehidupan seharian kita yang mengaku tunduk patuh kepada-Nya, Pemelihara makhluk sekalian alam..
Surah Al-Kahfi ini merupakan sebuah surah yang diturunkan di Mekah dan mempunyai 110 ayat. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada Allah, kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir, dan kisah Zulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj. .Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan 'InsyaAllah'. Ia suatu kalimah sangat penting...
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah saw bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya adalah:
1. Abu Sa`id al-Khudri ra. beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali ra. yang meriwayatkan daripada Rasulullah saw, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3. Daripada Abu al-Darda’ ra. bahawa Nabi saw telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.”
Demikianlah beberapa diantara kelebihannya. Semoga Allah SWT memberikan kita semua dengan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan semoga dijauhkan dari azab api neraka, amin…Wallahu a'lam.
Untuk bacaan selanjutnya sila ke surah al-kahfi