Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

Selasa, 16 Oktober 2012

Asal 4 Buah Sungai Di Syurga




Semasa aku israk dan naik ke langit yang tinggi, malaikat Jibril telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat didalamnya terdapat 4 buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada air susu, air madu, air arak dan air yang tidak masin.”
Aku bertanya kepada Jibril :
“Wahai Jibril, dari manakah asalnya sungai-sungai ini dan ke manakah akhirnya?"
Jibril menjawab :
“Wahai Rasulullah, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kausar sahaja dan aku tidak mengetahui dari mana asalnya.”.

Aku pun memohon petunjuk Allah dan muncullah seorang malaikat dengan memberi salam.
Setelah aku menjawab salamnya, dia menyuruh aku memejamkan mataku.
Lalu aku memejamkan mata.
Apabila aku membuka mata, aku berada dekat sepohon pokok yang besar dibuat daripada permata yang putih berkilauan manakala pintu-pintunya daripada yakut hijau dan kunci-kuncinya daripada emas.
Aku melihat empat batang sungai sedang mengalir dari bawahnya.

Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh malaikat dengan bertanya :
“Tidakkah engkau ingin melihat didalamnya?”
Aku pun bertanya :
“Bagaimana aku dapat masuk sedangkan pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya?”
Jawab malaikat itu :
“Kunci didalam tanganmu.”
Tanyaku lagi “Dimana?"
Jawabnya :
“Cukup engkau membaca Bismillahirahmanirrahim.”

Lalu aku pun ucapkan dan pintu terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalam.
Sungguh hebat ciptaan Allah, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari empat buah tiang yang besar.

Melihat aku mahu keluar, malaikat bertanya lagi kepadaku :
“Apakah engkau sudah cukup puas melihat pemandangan ini? Sesungguhnya masih ada yang engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik, dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya."

Lalu aku pun perhatikan sekali lagi.
Aku lihat terdapat kalimah Bismillahirahmanirrahim di antara empat batang tiangnya.
Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar.
Dari lubang ha’ perkataan Allah, keluar air sungai susu.
Dari lubang huruf mim perkataan ar-rahman, keluar air sungai arak.
Dan dari lubang mim dari perkataan ar-rahim, keluar air sungai madu.

Dari itu, barang siapa dari umatku membaca Bismillahirahmanirrahim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.