Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

Isnin, 20 Oktober 2008

SUNNAH....!

Ku sebarkan Salam Alaikum
kepada semua pengunjung2 pondok burukku yang tak sehebat manapun ini,
Kelmarin adalah tarikh istimewa buatku, sedang aku memikirkan sesuatu yang kian lama berlalu, tiba2 aku teringat kembali debatku dengan seseorang ketika aku berada di sebuah forum berbahasa Indonesia. Jiwaku tiba2 tersentuh, terasa begitu amat pedihnya dan kesedihan seakan2 mau melemaskan aku kedalam kolam jiwaku..

Tentunya kalian ingin tahu, kenapa demikian jadinya? Apa ada disebalik kenangan bersama orang itu? Siapakah dia yang telah membuatkan jiwaku tidak tenang? Jika kalian mahu tahu, dipersilakan menatap petikan dibawah ini..... Petikan ini merupakan salah satu perdebatan aku dengannya...






Salam,

buat nomind yang telah menutupi jiwanya dengan cahaya Islam,
dan yang telah memilih kegelapan sesudah datangnya cahaya.....
AL-QURAN adalah sumber paling utama dalam ajaran Islam. Bagaimanapun, antara hukum yang terkandung dalam al-Quran, banyak diturunkan secara umum, tanpa diperinci dengan lebih jelas dan mendalam.


Banyak juga yang ditemukan secara mutlak dengan tiada pengkhususan lebih lanjut. Misalnya, perintah solat yang disampaikan secara mutlak, tanpa penjelasan mengenai bilangan rakaat, tata cara atau waktunya. Begitu juga dengan zakat dan haji.

Jadi, untuk mendapatkan hukum dengan lebih terperinci dan jelas, perlu dirujuk kepada sunnah. Dalam hal ini, Rasulullah saaw diberikan kuasa untuk menerang dan menjelaskan maksud yang terkandung dalam al-Quran.


Firman Allah swt bermaksud: “Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) suatu peringatan (al-Quran), supaya engkau menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka, mudah-mudahan mereka memikirkannya.” (Surah al-Nahl, ayat 4)


Perkara ini diakui oleh Rasulullah dalam sabdanya bermaksud: “Ingatlah, sesungguhnya aku telah diberikan al-Kitab (qur'an) dan aku juga telah diberikan yang sebanding dengannya.” (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Majah). Maksud ‘yang sebanding dengannya’ ialah kuasa penafsiran.


Maka, jelas bahawa selain menerima wahyu al-Quran (al-Wahy al-Matluw), Rasulullah juga menerima wahyu taraf kedua yang dinamakan ‘bayan’ atau ‘sunnah’ (al-Wahy ghayr al-Matluw).


Wahyu taraf kedua ini berfungsi sebagai pentafsir kepada al-Quran.


Kata Hassan Ibn Atiyyah: “Ketika wahyu turun kepada Rasulullah, Jibril membawa al-Sunnah yang mentafsirkan wahyu itu.”


Segala huraian yang dibuat oleh Rasulullah adalah huraian Allah.


Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya, Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, melalui perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; Kemudian sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya.” (Surah al-Qiyamah, ayat 17-19).


Semua umat Islam wajib meyakini bahawa segala tafsiran Rasulullah sama sekali tidak berdasarkan hawa nafsu semata-mata. Firman Allah bermaksud: “Tidaklah (Rasul itu) berkata-kata mengikut hawa nafsunya melainkan apa yang telah diwahyukan kepadanya." (Surah al-Najm, ayat 3-4).


Dengan sentiasa dipelihara oleh Allah (maksum), mustahil Rasulullah melakukan kesilapan dalam mentafsir al-Quran. Selain bersifat maksum, Rasulullah memiliki empat sifat utama iaitu siddiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana). Maka, tidak dinafikan lagi Baginda adalah pentafsir yang teragung.


Oleh itu, sesiapa yang cuba menyamakan percakapan Rasulullah dengan percakapan manusia biasa, nescaya akan rosaklah akidahnya.

Banyak ayat al-Quran yang menyatakan bahawa antara peranan sunnah ialah menjelaskan kandungan al-Quran. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberi kurniaan (rahmat) kepada orang yang beriman, ketika mana (Allah) utuskan seorang rasul daripada golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah (sunnah).” (Surah Ali-Imran, ayat 164).


Meskipun, peranan atau fungsi sunnah telah begitu jelas, masih ada yang menolak peranan sunnah. Sikap menolak penjelasan dan tafsiran Rasulullah secara total atau tidak, menyebabkan akidah seseorang itu rosak.


Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang tidak suka (menolak) sunnahku, dia bukanlah daripada kalangan umatku.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Malah, keimanan seseorang itu tidak akan sempurna jika hanya beriman kepada Allah tanpa beriman kepada rasul-Nya, dan begitulah sebaliknya. Ini kerana beriman kepada rasul ialah sebahagian daripada beriman kepada Allah. Firman Allah bermaksud: “Sesiapa yang taat kepada rasul, maka sesungguhnya dia taat kepada Allah.” (Surah an-Nisaa, ayat 80).


Beriman kepada Rasul adalah salah satu daripada Rukun Iman yang enam. Jadi percaya kepada rasul termasuk perkataan, perbuatan, sikap dan pengakuannya. Semua ini adalah perkara yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya: “Pada suatu hari, ketika Rasulullah berada bersama kaum Muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan iman?
“Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, malaikat, semua kitab yang diturunkan, hari pertemuan dengan-Nya, rasul dan percaya kepada hari kebangkitan.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Muhammad Mustafa al-Syalabi berkata: “Sesiapa yang menolak sunnah, maka dia telah terkeluar daripada Islam, kerana dia telah mengingkari dalil yang dogma (kepercayaan benar yang tidak seharusnya dipertikaikan).”
Berdasarkan penjelasan di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa sunnah berperanan mentafsirkan al-Quran. Boleh dikatakan semua aliran tafsir pada hari ini (tafsir muktabar) adalah berpunca daripada kaedah ini. Menolak sunnah, bisa mengakibatkan akidah seseorang itu rosak.


Aku harap kamu dapat memahami dengan jelas tulisan di atas. Dan aku menulisnya dalam bhs. M'sia kerana kamu juga orang Malaysia kan? Janganlah kamu mahu berpura-pura denganku. Segala isi hatimu sudah kuketahui. Dan hanya masa yang menentukan segala tindakan kamu selepas ini..




Kembalilah kamu pada sinar Islam jika kamu mengetahui hakikat sebenarnya...




Wassalam.

Jumaat, 3 Oktober 2008

Konsep SEIZIN ALLAH...


Dibawah ini adalah petikan tulisan aku ketika berada di sebuah forum dari Indonesia...

Salam buat semua,

Daripada tulisanku sebelumnya yakni tentang konsep 'seizin Allah' telah melahirkan salah pengertian kepada ken, djarotiodius dan rekan2 yang lainnya. Ini tidaklah menghairankan kerana kesalahfahaman ini juga sering terjadi pada umat islam sendiri yang kurang ilmunya tentang ketuhanan. Bukan pula aku mahu mengatakan aku ini orang yang berilmu, tetapi untuk memahami konsep ketuhanan ini memerlukan daya fikir yang tinggi di campur dengan keimanan yang teguh.

Dalam tulisanku kali ini aku mahu menjuruskan hal yang nampaknya di salah mengertikan itu.