Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Selasa, 3 Ogos 2010

Larangan BerKaraoke Sepanjang Ramadhan..




Karaoke tutup sepanjang Ramadan

Oleh
FAIZAL NAZARUDDIN

faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


KEPUTUSAN kerajaan negeri Perlis menutup operasi pusat-pusat karaoke termasuk di Arau sepanjang Ramadan wajar diikuti oleh negeri-negeri lain.


Kaki karaoke mungkin perlu bermuhasabah diri ekoran langkah kerajaan negeri Perlis mengeluarkan arahan menutup semua pusat karaoke pada sepanjang Ramadan bermula Ogos ini.


KANGAR -


Keputusan tersebut menjadikan Perlis negeri pertama di negara ini mengeluarkan arahan tersebut bertujuan memuliakan kedatangan Ramadan.


Yang Dipertua Majlis Perbadanan Kangar (MPK), Rosli Mat berkata, keputusan itu juga diharap dapat membantu usaha kerajaan untuk mencegah kegiatan maksiat di pusat hiburan berkenaan.


"MPK tidak akan memperbaharui atau melesenkan premis hiburan karaoke sepanjang bulan mulia itu walaupun kami menerima banyak permohonan,'' katanya kepada pemberita di sini malam kelmarin.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan operasi pematuhan lesen-lesen kepada premis perniagaan berbentuk hiburan seperti pusat karaoke dan kafe siber di sekitar Kangar dan Arau.


Menurut Rosli, lesen pusat karaoke diselia oleh Unit Pentadbiran Daerah (PTD) dan setiap kelulusan mengambil kira pelbagai aspek seperti kawasan persekitaran dan pandangan masyarakat setempat.


Kepada mereka yang dah gian sangat berkaraoke tu, kat rumah jer laa ya..

4 ulasan:

  1. kat kelantan ada ke tempat karaoke?
    sana wayang pun tak ada

    bagus laa karaoke xde
    dlm tu bukannye kte tau bdk2 buat ape

    BalasPadam
  2. @mi3ra, saya tak tahu ada atau tak kat Kelantan. Kebanyakan pusat karaoke ni dah jadi tempat lepak para remaja yang ketagihan 'sesuatu yang lain', sepatutnya pihak berwajib kena pantau selalu tempat hiburan ni..

    BalasPadam
  3. @Wan Perlis, sememangnya bagus r ditutup pusat karaoke dibulan yang mulia ni, kan lebih baik lagi buat sesuatu yang lebih berfaedah..

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Ikut Melalui Email

Related Posts with Thumbnails