Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Jumaat, 30 Julai 2010

Kisah Pakai Tudung

Oleh Puteri Khalifah.





Bacalah utk peringatan semua...

Saya memang dah lama nak suarakan rasa terkilan dan musykil di hati ni. Lupakanlah sebentar tentang saudari2 kita yg masih tak dapat "seru" memakai tudung tapi yg kita nak saya tulis ni ialah yg pasal trend memakai tudung dan tutup aurat itu sebenarnya..sudah tidak selari .... dah lari dari matlamat dan kehendak Islam itu sendiri..

Sekarang ni kalau nak compare dgn era 80's alhamdullilah dah ramai wanita remaja memakai tudung. Fenomena memakai tudung bukan hanya dapat dilihat disekolah ,IPT , pejabat gomen ,di kilang 2 pun majority pekerjanya wanitanya memakai tudung , bukan hanya beranika corak malahan beranika fesyen pulak tu.. dapat kita perhatikan sebegitu ramai makcik2, cik kak2, adik2 kita yg bertudung dikepala tak kira le tahap mana education backgroundnya.

Beginilah isi surat saudara tuh...

1.Tudung ikat reben kat bawah dagu , tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas didlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud ). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah atau cam nak pergi noreh getah!

2.Pakai tudung , tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah "ter "atau sengaja..) ni masa saya kat UK dulu summer season ramai mek2 salleh pose cam ni , artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e.g., Madhuri Dixit, Manisha Koraila ,.. gaya model time fesyen show ...

3.Bermini telekung , tutup dada tapi pakai baju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggung nampak sendat..kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit..silap2 pusat sekali kalau ader rezeki.....

4.Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok ... kita tutup rambut yg hitam , tapi tangan /lengan yg putih melepak tu kita dedahkan..

5.Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebaya sendat siap dgn kain belah belakang/belah kat sisi..bila jalan lengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan..siapa nak jawab tu...

6.Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun..punyalah merah menyala , siap dgn eye-shadow , mascara sekali...touch-up sana, touch -up sini dan kasut highheel lagi..bertudung
dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai , yg bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc....sila rujuk (al-Ahzab:33 ) boleh gitu ?

7.Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betis nampak...ooo...saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak !!!!

8.Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu ..."si Adik " tu tetaplah nampak, besar ke , kecik ke....org masih boleh buat terkaan...

9.Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti kena match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari...etc yg ni pun lebih kurang yg no.6 bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.

Betul...di era 80's dulu tak ramai kita nampak wanita bertudung tapi satu (bertudung ) di antara sepuluh yg tak bertudung tu menepati ciri menutup aurat sebagaimana dlm al-Quran. Mak cik saya dah bermini-telekung stail ni pada tahun 1982, dia student UM dan saya berusia 8 thn time tu. Alhamdullilah , dia istiqamah sehingga (dah beranak -pinak pun..)dan tak pernah change pun stail bertudung..warna tudung biasanya hitam , putih , biru tak match pun dgn baju. Mini-telekungnya berjahit bukannya berpinkan
brooce /kerongsang..

Ustaz /ustazah dah ajar masa sekolah dulu aurat wanita keseluruhan badannya kecuali muka dan tapak tangan. sometimes officemate kita yg non-muslim pun confused diaorg ada tanya pakai tudung cara yg mana yg paling betul dan tepat as Islamic Rules. Kenapa ramai sgt wanita Islam kini pakai tudung pun tak standard (tak ikut standard al-Quran) tapi ikut standard fesyen terkini kot! -sbb dah ada yg kata kalau tutup semua, tak apply lipstick, tak dak yg nak pandang, susah lah nak dpt jodoh.... bab ni saya tak dpt nak kata apa dah.... ada pulak officemate (wanita Islam ) yg tanya depan non- muslim " semlm aku nampak ada perempuan sembahyang kat surau Kotaraya langsung tak pakai telekung, dia pakai baju dan tudung yg dia pakai tu aje.." Kita pun tanya "baju cam na, tudung cam na

Dia pun terpinga-pinga, cam tak satisfied pulak dgn jawapan kita. So ,bab bertudung ni jgnlah kita mendabik dada kata yg bila kita dah tutup kepala maknanya kita dah menutup aurat dah... sometimes saya perhatikan yg tak bertudung pun tak seberani segelintir yg bertudung memakai baju tight ikut bodycut ..(gi lah kat shopping complex..sure terjumpa punya ) entahlah kalau dlm bab bertudung dan tutup aurat ni kita dah main ikut nafsu/rasa, dan mungkin nak nampak glamour sikit..canm na la kita nak tegakkan Islam
as Ad-Din, the way of life.. sdg Islam itu cukup indah jika dihayati... bukan main ambil separuh2 yg kita suka ...no wonder lah ada satu hadith Rasulullah lebih kurang begini maksudnya:- Akhir zaman nanti umat Islam tu memang le ramai tapi kesemuanya seperti buih-buih di lautan!

Wallahualam

9 ulasan:

  1. Salam,
    Memang suatu kebenaran - sekarang ini bermacam gaya bertudung. Tak tahu samada mereka ini betul-betul hendak menutup aurat atau apa? LF harap entri ini dilayari oleh ramai pembaca. Kita saling mengingati.

    BalasPadam
  2. Salam LF, trimakasih. harapanku agar mereka ini mahu belajar dan beramal dengan yang sebenarnya..

    BalasPadam
  3. salam Ziarah76, bersama2lah kita berdoa. trimakasih.

    BalasPadam
  4. salam kenal,

    pd pendapat saya, dek kerana terlampaulah byknya gaya "muslimah sekular" kat pasaran negara kita ni..yg membuatkan para muslimah keliru (bg yg sedikit jahil) ttg etika menutup aurat yg sepatutnya. byk jual, so..rasanya boleh lakot? bg diri saya sendiri, saya cuba baiki diri menjadi lebih baik setiap hari..insyaallah..

    BalasPadam
  5. Salam kenal jua @Lynn Nasir,

    namanya pun 'sekular' maka tetap tak BOLEH! Tiada kompromi dalam menjalani hukum agama ni..

    tetapi niat saudari untuk baiki diri setiap hari tu sangatlah dialu-alukan, sukanya Allah SWT dengan orang2 yang ada niat begini. Sememangnya payah seseorang tu hendak betul2 patuh pada perintahNya. Maka mohonlah keampunan dan bermuhasabahlah setiap kali hendak tidur, moga2 akan mendapat redho Allah SWT.. Ameen...!

    BalasPadam
  6. Bismillah dan Assalamua'laikum,

    Artikel ini memang membawa mesej yang baik, terutamanya kepada mereka yang mencari2 kebenaran sebenar sebelum terlewat

    Kepada saudara/i pengarang, apa kata pula dilukiskan dan dibuatkan satu guideline bagaimana cara berpakaian muslimah yang sebenarnya.

    Ramai daripada wanita2 ini tidak mendapat pendidikan sempurna, hasil drpd sistem pendidikan dan tangan2 mereka yg jahil, terutamanya IBU BAPA mereka. BAPA memain peranan membentuk keluarga dengan membawa ilmu2 fardhu ain ke dlm keluarga, manakala IBU sebagai pendidik sesuai dengan fitrah kelembutan kaum hawa sdh tidak memainkan peranan mereka lagi. Berpusu2 mencari kekayaan @ kesenangan sehingga melupakan permata sebenar di hadapan mata malap ditelan arus dunia global tanpa sempadan, seterusnya menjadi batu yg tidak berharga! Meletakkan tanggungjwb mereka di bahu orang lain, kpd guru misalannya, namun apabila sesuatu berlaku, menyalahkan orang lain, tidak pula melihat kesilapan diri sendiri...

    Ramai ibu bapa MENDERHAKA hari ini, bukan?

    BalasPadam
  7. Assalam..

    Bertudung Ibarat revolusi sudah kini..

    ntahla di mna kesedaran insan2 yg masih takot2 nk bertudung mengikut cara yg benar...

    Bukan tak tahu hukum yg Allah perintahkan...

    nak gn Xnak berubah jer...

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Ikut Melalui Email

Related Posts with Thumbnails