Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Selasa, 1 Jun 2010

Janji Syahid Allah itu memang benar! - BUKTI DISERTAKAN...

Dengan Nama Allah SWT...

Salam Alaikum,

saudara2ku sekalian, maafkan hamba kerana dah lama tak kemas kini sesawang ini, bukan kerana tak sudi tetapi kerana kesibukan dalam illusi matrik ni, namun tidaklah sekali kali hamba bermain2 dengan illusi ini, sedangkan terlalu ramainya UMMAT hari ini menderita dahagakan HIDAYAHNYA. Hamba memohon pada saudara2 sekalian marilah kita berganding bahu, maju langkah demi langkah untuk mengangkat penderitaan ummat ini... Kasihanilah ummat ini, mereka semuanya menanti-nantikan kehadiran kita yang telah SEDAR ni untuk MENYAMPAIKAN Khabar-khabar gembira.. Pastinya di SANA nanti Allah SWT akan 'gembira' menerima kita yang kembali kepadaNya..


Sebagaimana Dia telah menerima saudara kita ini, Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi, artikel ini telah dapat dibaca dalam beberapa laman sesawang rakan seusaha kita yang lain. Istimewanya, saya telah memetik artikel ini dari sesawang saudara Anak Pendang Sekeluarga (semoga Allah meredhoi perjuangannya) . Agak terlewat artikel ini terpapar dalam sesawang ini tetapi tak mengapalah, mungkin masih ada pelawat yang berkunjung di sesawang ni belum membacanya atau yang sudah membacanya masih belum menerima pengajaran darinya... Selamat membaca...




Mati syahid..(pelajar UMT dan gambar)







KISAH BENAR!!!(BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..)

Assalamualaikum Semua Warga BP,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahajasolat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketikamenunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. wassalam



kredit untuk  wirapendang

6 ulasan:

  1. Salam...

    Aminkan Doa Imam Masjidil Haram

    BalasPadam
  2. salam ziarah
    semoga rohnya dicucuri rahmat.

    BalasPadam
  3. subhanallah.
    janji allah itu pasti.dan pasti.

    inilah bukti kesudahan yang baik jika kita bantu agama Allah SWT, Allah SWT akan bantu kita..

    Ya Allah, pilihlah kami dikalangan umat Rasulallah saw ini untuk keluar 3 hari tiap-tiap bulan 40 hari 4 bulan tiap-tiap tahun.

    Allahuma Ameen.

    BalasPadam
  4. Tuan-tuan yang mulia,

    Allah SWT suka dan cinta kepada agamaNya dan usaha agamaNya dan tidak ada sesuatu yang Allah SWT cintai lebih daripada dua perkara ini. Barangsiapa yang membantu usaha untuk agamaNya, Allah SWT akan membantunya seperti mana firmanNya : "Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya".


    Tuan-tuan berusahalah bersungguh-sungguh untuk agama Allah SWT. Bergeraklah bersungguh-sungguh dan pergilah ke tempat-tempat yang banyak dan sebarkan, usahakan dan wujudkan suasana kesedaran dikalangan manusia-manusia lain yang akan memberatkan agama, yang akan membesarkan agama dan akan fikirkan untuk amal agama.

    wallahu a'lam

    BalasPadam
  5. salam saudaraku, trimakasih atas komenmu yg bernas.. Akan kulipat gandakan usahaku atas agama semoga Allah SWT melimpah kurniakan hidayahNya atas umat ini..

    BalasPadam
  6. slm?moga di tempat kan org2 yg beriman

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Ikut Melalui Email

Related Posts with Thumbnails