Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Isnin, 3 Mei 2010

Teori Konspirasi; Awas! Agenda FREEMASON pada Seluar Dalam Engkau...

Dengan Nama Allah SWT..


Saudara2ku sekalian, sekali lagi dalam blog ini aku bicara tentang Konspirasi, tetapi bukan maksud nak bawa halatuju blog ni kearah blog konspirasi pula tetapi hanya sekadar nak berikan peringatan untuk kalian peminat pengkaji konspirasi; ketakutan pada sesuatu perkara tu biarlah berpada, jangan keterlaluan, itu hanya akan membuatkan kita tidak dapat berfikir dengan waras.. Padahnya, akal mati dan jiwa kacau huhuu...

Aku tertarik dengan sebuah artikel tulisan adiospunk dari laman disini dengan gaya sarkastiknya, penuh sindiran yang mungkin ada antara kalian akan ketawa berguling2 membacanya.. Guna pemikiran engkau sebaik2nya apabila membaca sesuatu artikel yang sebegini. Jangan mudah tergoda, terikut2 rentak penulis, bukan apa, ada juga penulis konspirasi ini telah memaksa kita untuk berfikir sebagaimana mereka berfikir. Kita seharusnya bijak dalam menilai setiap penulisan yang kita baca. Silap menilai akan terperangkap dan binasa... Bahaya ni..


Kaitan Freemason dengan Seluar Dalam



FREEMASON ada dimana-mana.

Bukan sahaja pada cetakan matawang dollar US,

tapi turut terlihat pada logo kereta, kulit album artis terkenal, siri kartun pokemon dan juga pada bungkusan chikadees.

Walaupun begitu, kewujudan logo itu tak sebanyak bilangan logo yang wujud dalam kepala otak orang-orang paranoid yang sangat taksub dengan kisah-kisah freemason.

Adalah membuang masa kalau diceritakan asal-usul Freemason..

maka ada baiknya klik sendiri link di bawah ni dan baca sendiri :
Secara ringkasnya, freemason adalah pertubuhan sulit yang bercita-cita untuk menukar bentuk planet bumi ini daripada berbentuk bulat kepada bentuk tiga segi.

Keadaan ini telah menimbulkan rasa curiga dan tak puas hati di kalangan umat manusia

Kerana usaha menyongsang akal seperti itu, maka mereka mula dikaitkan dengan gerakkan kiamat yang bersongkol dengan Dajjal.

Sudah sekian lama mereka meletakkan logo-logo berbentuk segi tiga ke merata-rata tempat.

Perbuatan merepek itu sudah lama dikesan dan dibongkar.

Hairan juga ramai penulis-penulis yang lebih mengetahui tentang persatuan itu walaupun mereka bukanlah ahli berdaftar Freemason. Dari mana mereka dapat maklumat ??
tapi itu tak penting,

asalkan kita sentiasa mengingati sesama sendiri

sebab sesetengah daripada kita tak menyedari yang gerakkan Freemason sudah menular begitu dekat dengan diri kita.

malah ianya sudahpun masuk kedalam rumah kita..
Mari kita lihat contoh-contohnya :


Cuba lihat betul-betul pada spender tersebut.




Ia berbentuk segitiga yang diterbalikkan.

Mungkin Freemason cuba mengelirukan orang ramai.

dan terdapat juga perkataan DIESEL yang diambil dari perkataan DIE (mati) dan SEL (sebuah negeri di Norway) ..

mungkin maksudnya, sebelum mati baik pergi melancong ke norway..


ini lagi satu contoh.. cuba lihat dengan teliti pada gambar coli.

ini adalah konspirasi tahap tinggi




iaitu dengan meletakkan dua bentuk segitiga sekaligus




yang mana kalau dicampurkan akan menjadi logo star of david.


Setiap kali anda sedang makan nasik lemak, mungkin anda tak perasan akan bentuk bungkusannya.

nasik lemak juga adalah konspirasi jahat freemason dan zionis.. sebab itu ia berbentuk piramid..

dikatakan ahli-ahli freemason akan makan nasi lemak sementara menunggu kedatangan Dajjal dan hari kiamat



lihat dengan teliti persamaan dalam gambar.

adakah mangkuk jamban ini yang dimaksudkan oleh freemason sebagai ‘the all seeing eye’

adakah mangkuk tandas ini membawa mesej sulit untuk anggota freemason ?


atau adakah mangkuk tandas itu sendiri yang dimaksudkan sebagai “supreme being’ yg selalu menjadi tanda tanya selama ini







Otak adalah satu-satunya organ manusia yang berfungsi seperti tampon.

Ia berkeupayaan menyerap.

Tapi, adakah kita tahu apa yang diserap oleh otak kita

dari apa yang kiita lihat, kita dengar dan kita baca.
Aku tak tau apa yang korang lihat atau apa yang korang dengar..

maka aku cuba terangkan pasal bacaan …

Terdapat dua jenis bacaan yang perlu kita tahu bezakan.

1) bacaan yang mengajak kita berfikir.

2) bacaan yang memutarbelit fakta dan memaksa kita berfikir seperti penulisnya.




Yang pertama akan membentuk kita menjadi diri kita sendiri


dan yang kedua adalah propaganda yang mahu kita menjadi zombie.


Semoga bijak mencerna.



Kredit untuk adiospunk.wordpress.com

6 ulasan:

  1. Ahaha xleh blah siot teori nih. Mengarut sgt!

    Love,
    PojiePooh Abdullah

    BalasPadam
  2. @Pojie Pooh; memang mengarut pun.. dah kena penyakit trauma yang parah ni..

    Artikel ini adalah untuk mereka yg percaya bulat2 teori kospirasi tanpa adanya penapisan..

    Moral dari cerita ini, takutlah pd Allah SWT, jgn takut pd makhluk! Makhluk tak boleh buat apa2 tanpa izin Allah..

    Terimakasih krn sudi komen selepas baca... :)

    BalasPadam
  3. @Pojie Pooh; memang mengarut pun.. dah kena penyakit trauma yang parah ni..

    Artikel ini adalah untuk mereka yg percaya bulat2 teori kospirasi tanpa adanya penapisan..

    Moral dari cerita ini, takutlah pd Allah SWT, jgn takut pd makhluk! Makhluk tak boleh buat apa2 tanpa izin Allah..

    Terimakasih krn sudi komen selepas baca... :)

    BalasPadam
  4. salam bro..
    teori ini bagi saya terlalu lemah..
    bayangkan dalam dunia nie terlalu banyak benda 3 segi dan kalau dah terlalu taksub dengan freemason maka semuanyee akan nampak 3 segi hinggakan nasi lemak( budaya melayu)dikatakan freemason..
    janganlah terlalu taksub dengan 3segi nie takut nanti (tahyul) terlebih takut dari Allah plak..
    pikir2 kan lah, adakah anda takut dengan 3 segi nie atau takut dengan Allah..
    kalau camtu takyah lee guna semua benda kat dunia nie sebab semua benda tuhan jadikan pada asasnya ada bulat, lepar,4 segi, 3segi, bujur..
    dan asasnya tuhan kata sifat makhluk ada "4 tepi",atas, bawah, kiri, kanan iaitu "bertepi"...
    rasanya elok kalau saudara belik2 ilmu akal sama, satu ilmu yang dah hilang segala kitabnya di malaysia tp masih ada guru lagi kalau cari..

    BalasPadam
  5. Salam Jatt, terimakasih kerana sudi memberi komentar di artikel ni, segala sarana saudara akan saya ingati dan laksanakan insyaAllah..

    Untuk pengentahuan saudara, artikel di atas ni saya tujukan kepada para 'zombie' sahaja. ;D

    wassalam...

    BalasPadam
  6. mcm nak mengelirukan umat islam je..

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Ikut Melalui Email

Related Posts with Thumbnails