Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Selasa, 13 April 2010

Kerja Dakwah Adalah Kerja Semua Umat Islam.. Kerja..! Kerja..! Kerja..!


















Dengan Nama Allah SWT...


Assalamualaikum...



Dalam posting kali ini aku lampirkan salah satu bayan2 maulana untuk mesyuarat malaysia beberapa tahun lalu oleh Maulana Muhammad Lat pada 8 Sept.2003...



************



" Tuan2 yg mulia,



Mafhum hadith nabi saw, kadang2 angin sejuk atau angin rabbani bertiup dan angin itu bertiup,kamu perlu letakkan dalam kedudukan yg kamu dapat manfaat daripada angin itu..



Kerja dakwah yg dibangunkan oleh Nabi saw disambung oleh sahabah kiram ajmain dan tabien2 telah dibangunkan semula pada hari ini..Sebelm dakwah nabi saw, keadaan ummat dalam kejahilan dan keadaan yg wujud hari ini seolah2 sama dengan rosaknya akhlak manusia pada zaman jahiliyyah..Imam Malik rah.a berkata ummt ini tidak dapat diperbaiki kecuali dengan mencontohi bagaimana umat kurun pertama diperbaiki...Maulana Ilyas telah bersyukur kerana beliau diberi oleh Allah berlian ummat kurun pertama..



Jika kita hendak mengira nikmat Allah Taala tidak dapat terkira,anak yg soleh, isteri yg solehah, suasana yg baik adalah satu nikmat dan nikmat2 itu tidak sama dengan nikmat kita dihubungkan dengan kerja agama...Jika kita bersyukur dgn nikmat Allah, Allah akan gembira dan suka dengan kita..Allah telah beri kepada kita kerja untuk membina iman.. Semua golongan manusia sama ada ia miskin atau kaya , jika ia membina imannya, maka imannya akan ditingkatkan oleh Allah...oleh itu kita perlu bersyukur dengan nikmat itu..



Apakah yg dikatakan mensyukuri nikmat, Hadraji In'amul Hassan pernah berkata selepas Ijtima' Tongi" Tanda kita mensyukuri nikmat Allah ialah kita perlu tunaikan takaza agama dengan meningkatkan pengorbanan.."Hadraji rah.a telah memberi satu garis panduan, apabila takaza agama datang kita perlu letakkan diri kita untuk menyempurnakan takaza dan jangan menolak segala takaza yg dibentangkan.. Jika kita menolak kita akan tergulung mereka yg tidak bersyukur dengan nikmat Allah itu...



Ummat di zaman nabi saw adalah ummat yg terbaik kerana apa2 yg diberi oleh Nabi saw mereka terima dan apa2 yg Nabi saw minta mereka laksanakan mereka sedia laksanakan.. Asas mengapa ummat zaman nabi saw adalah ummat yg terbaik, pertama mereka faham diri dan harta mereka bukan milik mereka tetapi milik Allah dan mereka menggunakannya mengikut kehendak dan perintah Allah.. Nabi saw telah buat tiga kerja:



1)dakwah

2)ta'alim

3)tazkiyyah



Ketiga2 perkara itu telah menjadi tanggungjawab Nabi saw dan Nabi saw telah laksanakannya dengan sempurna.. Semua sahabat telah gunakan diri, harta dan masa mereka mengikut tuntutan dakwah, ta'alim dan tazkiyyah serta amal itu telah menjadi maksud hidup mereka, manakala kerja lain hanyalah sebagai keperluan sahaja..



dakwah perlu kita buat dengan penuh basirah dan tumpuan sepenuhnya.. Jika kita buat demikian,kesan dakwah yg diperolehi oleh sahabah rahum, kita juga akan dapat kesannya di mana org yg kufur dan syirik menjadi org yg bertakwa, org yg bercakap bohong menjadi bersopan santun, dan lain2 kebaikan.. Kita perlu teliti sejauh mana hubungan kita dengan Allah meningkat, sejauh mana kita belajar sunnah Nabi saw dan mengamalkannya dalam diri kita, kita juga telah buat kerja 20-30 tahun org terkesan dengan bayan kita dan org telah keluar 4 bulan/40 hari.. Adakah itu sahaja atau selepas kita membuat kerja ini yakin kita dengan kalimah telah bertambah dan akhlak kita bertambah baik....?"



"Dalam kerosakan amal di kalangan org2 Arab,Nabi saw telah diutuskan di kalangan mereka..Walaupun dakwah nabi saw mendapat tentangan dan kecaman, Nabi saw telah membuat kerja dengan penuh yakin.. Nabi saw pernah bersabda, kerja agama yg dibawa oleh nabi saw diperlukan oleh manusia seperti keperluan air kepada seluruh manusia.. Air sangat penting dalm badan manusia, apabila badan manusia kekurangan air badan akan jadi lemah..



Begitu juga dalam kehidupan individu apabila syariat telah keluar daripada kehidupan manusia seperti di masjid atau di mana2 tempat itu akan jadi lemah, sama keadaannya badan menjadi lemah kerana air telah keluar daripada badan manusia...



Nabi saw telah buat kerja dengan sabar dan tahammul..Dalam tempoh 23 tahun keadaan telah berubah di mana ramai org kafir telah datang kepada Islam, segala kerosakan telah menjadi betul.. Begitu juga kita perlu bangun membuat kerja agama dengan penuh yakin bahawa masalah2 saya dan masalah infiradi ummat, masalah org ramai serta negara dapat diselesaikan jika ummat bangun membuat kerja agama...



Apabila nabi saw memberi sesuatu kepada sahabah,adakah perkara yg diberi masuk ke dalam diri mereka?Kita juga perlu melihat apa yg kita bayankan, adakah kita telah memperolehinya.. Janji Allah adalah haq dan mereka yg membuat kerja dakwah dengan penuh hakikat maka Allah akan beri hidayah untuk dirinya dan juga untuk org lain..



Suatu pagi Nabi saw telah tanya Harithah ra, bagaimana iman kamu? Harithah ra telah berkata, saya dalam keadaan iman yg sempurna...(Nabi saw tanya,) Apa tandanya?(kata Harithah ra)Saya makan, minum, dan bersam aisteri saya (tapi), saya sedar bahawa syurga di kanan saya, neraka di kiri saya dan Allah Taala di hadapan saya!



Hari ni matlamat kerja kita bagaimana 6 perkara dapat kita hayati.. Adakah 6 perkara itu hanya kita cakapkan sahaja atau telah pun menjadi hakikat dalam diri kita.. Maksud kita bukannya mengumpulkan org ramai tetapi membina majma'.. Adakah kita yg membuat dakwah, yakin telah telah wujud dalam hati kita bahawa semua masalah kita dan ummat hanya dapat diselesaikan apabila seseorang itu keluar ke jalan Allah..



Kita yg membuat kerja agama ini, adakah yakin kita dengan Allah makin lama makin bertambah? Adakah kehidupan kita ikut cara kehidupan Rasulullah saw? Adakah solah kita semakin khusyu' dan menyelesaikan masalah dunia akhirat? Adakah zikir kita bertambah khusus?Adakah ikhlas kita bertambah baik? Adakah kita membuat suatu amal sentiasa ikhlas? Dan adakah kita telah menjadikan dakwah sebagai maksud hidup kita? Jika perkara2 ini kita belum perolehi kita perlu menangis kepada Allah...



Hadraji rah.a kata, syaitan sangat pandai, dia cucuk org yg buat kerja agama supaya usahakan org lain tapi lupa dirinya sendiri.. Org sekarang mengatakan kerja tabligh bagus dengan mewujudkan banyak perubahan di seluruh alam, masjid2 penuh, tetapi kebaikan tidak datang pad aorg itu sendiri kerana dia tidak menjaga cillah(40 hari) tahunan,tertib bulanan, dan ghush(jaulah) pun datang ketika org telah keluar ghush serta tidak melakukan antara dua solah..



(Maulana Muhammad Lat telah memberi tamsil mengenai hal ehwal seorang penjual aiskrim)..(katanya) "Di masjid saya pada bulan puasa yg lalu sangat ramai org datang solat penuh melimpah ruah.. Imam tarawih membaca 3 juz dan ahli jemaah tidak mengantuk, ditambah lagi 2 juz jemaah masih lagi sedia mengikut.. Apabila org tanya penjual aiskrim itu, kamu solat di mana? (katanya) Saya solah di tempat lain di mana tempat yg habis cepat tarawih (kerana ia sibuk menjual aiskrim selepas maghrib)...



Begitu halnya dengan karkun kita sekarang... Dia kata tabligh bagus, org tidak pernah solah telah keluar tiga hari dan telah datang pada solah.. Malam markas penuh dan banyak jemaah dapat dikeluarkan di seluruh alam..tetapi bila ditanya, bagaimana cillah kamu?(katanya) Saya telah 3 tahun tidak keluar, 3 hari pun kadang2 keluar kadang2 tidak.. Ghush kedua saya tidak dapat buat.. Ghush pertama org telah keluar ghush baru saya datang.. Org seperti ini sebenarnya tidak dapat tarbiyyah daripada kerja tabligh dan yakinnya lemah...




Dalam membuat kerja agama kita perlu:




1)membuat kerja dengan penuh yakin

2)membuat kerja dengan istiqamah..Apabila kita buat dengan cara ini kita akan dapat tarbiyyah dan kebaikan daripada kerja ini, perubahan akan berlaku pada diri kita, akhlak kita akan menjadi baik dan tabiat yg buruk akan keluar daripada diri kita..

3)Kita perlu membuat kerja dengan meningkatkan tahap pengorbanan.. Tambah pengorbanan bukan bermaksud tinggalkan (terus) kerja dan anak isteri serta duduk di masjid tetapi pengorbanan yg dimaksudkan ialah kita atur takaza(keperluan)yg ada mengikut keutamaan..(takaza) Kerja dakwah apabila datang, kita perlu dahulukan, kemudian takaza2 yg lain kita aturkan dan kemudiankan...

4)Membuat kerja agama dengan musyawarah.. Seorang yg mempunyai keupayaan kewangan, dia telah pergi ijtima' sana sini, perlu kita buat dengan musyawarah, jika tidak kita akan buat kerja dengan menipu diri sendiri..Seterusnya apa2 yg diputuskan oleh Nizhamuddin itu sahaja kita perlu laksanakan dan janganlah ditokok tambah..Apabila kita buat kerja seperti ini, kerja akan maju dan kita akan dapat manfaat..Org yg membuat kerja tanpa musyawarah, kerja ini akan rosak dan kerugian akan datang pada diri sendiri..

Kita perlu menyerahkan diri dalam musyawarah, jika kita membuat kerja dengan musyawarah kita akan dapat barakah dan bantuan Allah.. Jika tidak kita akan menimbulkan kerugian kepada kerja ini lebih teruk daripada kerugian yg didatangkan oleh org yg membenci kerja ini.."



****************



Inilah salah satu daripada bayan2 Maulana Muhammad Lat d.b..Semoga Allah memberi ilham kepada sekalian yang membaca untuk menilai sebaik2nya tentang kerja ini.. Walaupun bayan ni untuk org2 yg sudah buat kerja ini.. Tapi insyaallah, mudarat manfaat dalam genggaman Allah, dapat tersebar ke sesiapa saja.. Engkau baca dan buat penilaian..Tetapi penilaian itu akan jadi lebih bermakna jika engkau sendiri melibatkan diri dalam kerja agama ini.. Seperti org yg mengkaji rasa limau, dia akan ketahui molekul apa yg menyebabkan rasa manis limau, komponen atom apa.. tetapi untuk merasai bagaimana manisnya limau dia sendiri kena rasa buah limau..



Begitu juga kerja ini..untuk merasai dan memahami kerja ini dia kena letakkan dirinya untuk sama2 buat kerja ini.. Seperti kata Maulana Syamim" Untuk kerja dunia, kita faham dulu baru buat, tapi untuk akhirat, kita buat dulu baru faham.."



Wallahualam..



Maha Suci Allah SWT...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails