Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Khamis, 9 September 2010

Kenapa Karkun Mesti Ke IPB? ........


 















Dengan Nama Allah SWT...




Saudara2ku yang dihormati;





Tidak akan sempurna dakwah seorang "karkun" sebelum dia belajar dakwah ke IPB, sebagaimana tidak akan sempurna ibadah seorang hamba sebelum dia menunaikan haji ke tanah suci.



Pertanyaannya adalah, mengapa karkun harus pergi ke IPB? Begitu banyaknya kekeliruan orang ramai atas perkara ini..



Cuma ada kiasan yang sederhana saja. Fikirkan tentang permainan 'bisik-bisik', dimana seseorang mengucapkan satu kata atau satu kalimat kepada telinga orang kedua dan orang kedua mengucapkannya kepada orang ketiga dan seterusnya. Seringkali terjadi, kata atau kalimat yang diucapkan oleh orang terakhir tidak akan sama dengan kata atau kalimat orang pertama. Begitulah keadaannya yang terjadi apabila ada kesalahfahaman tentang kerja agama ini buat mereka yang tidak mendengarnya langsung dari para masyaikh dan orang2 yang bersama mereka.



Sebagaimana Haji disyaratkan bagi yang mampu, maka demikian pula khuruj ke IPB. Definasi Mampu adalah kemampuan dari segi fisikal, kewangan, kenderaan, keamanan, dan sebagainya.



Namun begitu, hal itu tidaklah bererti bahawa seorang karkun yang belum ke IPB itu belum baik dalam urusan dakwahnya, hanyasanya dia belum sempurna terutama dalam segi mujahadahnya. Hal itu seumpama seorang Islam yang belum berhaji, bukan bererti dia belum baik keislamannya, tetapi dia belum sempurna dari segi syariatnya.



Dalam kerja dakwah ini, tidak diragukan lagi bahawa setiap mukmin yang prihatin akan keselamatan ummat ini berjuang dengan segala daya dan upaya mereka demi tegaknya kalimah Allah di muka bumi. Dan dalam hal keikhlasan, kita juga tidak meragukan bahawa pada kenyataannya banyak orang yang menyembunyikan sumbangsih mereka untuk agama ini, sama saja apakah mereka dari Jamaah Tabligh atau bukan.



Dan ketika kita memaklumkan diri untuk bergerak bersama orang2 yang bersedia menghisab masa mereka agar dapat dipastikan tidak ada sedikitpun waktu yang menjadi hak orang lain yang digunakan untuk kepentingan peribadi, maka tahulah kita bahawa diakui atau tidak, disedari atau tidak, kita telah mendapat manafaat yang sangat berharga bagi kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Manafaat itu adalah usaha atas iman. Dengan kerja ini, sedikit demi sedikit kita dapat memperbaiki kualiti beragama dalam diri kita. Termasuk di dalamnya adalah kualiti imaniyah, ubudiyah, muamalah, muasyarah dan akhlak.






Saudara2ku sekelian,


Ibadah adalah satu hal dan dakwah adalah hal yang lain. Sebagai hamba Allah, kewajiban kita adalah beribadah sebagaimana yang dikehendakiNya melalui syariat agama yang diturunkanNya melalui rasulNya. Sebagai ummat Rasulullah, kewajiban kita adalah menolong beliau meneruskan kerjanya. Sesungguhnya, kerja beliau tidak berhenti dengan kewafatan beliau.



Kerja itu adalah da'a ilallah, mengajak seluruh manusia untuk berbakti kepada Allah dengan cara meninggalkan tuhan2 selainNya.



Adalah Rasulullah saaw telah menyempurnakan peribadahan kepada Allah SWT dengan haji. Meskipun hanya sekali saja setelah beliau hijrah, hal itu sudah cukup memadai untuk membuktikan bahawa beliau adalah hambaNya yang sempurna. Lebih daripada itu, haji adalah tanda terima kasih beliau kepada nabi Ibrahim as dan keluarganya, yakni seorang nabi Allah yang telah meletakkan dasar2 yang kukuh untuk seluruh manusia hingga hari kiamat, yakni bagaimana seharusnya kita memperlakukan diri kita, isteri kita, anak kita dan apa saja yang kita miliki dalam mentaati Allah SWT, khususnya dalam urusan ibadah dan dakwah.



Cukuplah dikatakan bahawa seseorang tak bersyukur kepada Allah SWT, dia yang tidak tahu berterima kasih kepada orang yang telah memberinya manafaat. Padahal bersyukur meliputi tidak saja ucapan terima kasih atau yang sejenisnya, tetapi juga dengan cara menyebut2 kebaikannya, merindukannya, mengamalkan kesukaannya dan hal2 lain yang membuat sang pemberi menjadi suka dan redho kepadanya.



'Tata cara ibadah' kepada Allah SWT sudah ditentukan sebagaimana Rasulullah saaw telah mengajarkannya kepada kita semua. Dan perkara ini tidak akan berubah hingga hari kiamat, sesuai dengan kehendak dan rencanaNya.



Adapun untuk perkara dakwah, maka Allah SWT hanya memberi asas2nya saja. Hal ini nampak dengan jelas ketika Rasulullah saaw menghantar sahabat2nya (bersendirian atau berombongan) kepada kaum2 atau suku bangsa2 di sekitarnya.

Allah SWT berfirman, "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah..." (Qs an Nahl 16:125)



Melalui maksud firman diatas dapatlah kita tafsirkan apa saja cara yang berhikmah sebagai 'Tata cara dakwah'. Demikian keadaannya sehingga urusan ini tidak diperinci bagaimana gerakan badan, apa saja yang mesti diucapkan oleh lisan, bila, dimana dan berapa lama kita melakukannya. Oleh kerana itu, keadaan ini memberi kesempatan seluas2nya kepada para da'i dan mujahid untuk mendapatkan hikmah sebanyak2nya dan sebaik2nya. Termasuk contoh dakwah dengan hikmah pada generasi sebelum hari ini adalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh para 'wali songo'. Mereka benar2 memahami 'situasi' pada ketika itu.



Hari ini para "karkun" telah mendapatkan kembali hikmah yang hilang untuk memperbaiki kualiti diri sekaligus dapat mengajak manusia kembali kepada Allah, maka sudah sangat layak dan sesuai bagi mereka untuk berterima kasih kepada orang2 yang telah menemukannya dan memberinya kembali kepada mereka. Dan ketika kita tahu bahawa manafaat ini telah datang kepada kita dari IPB, maka tidak akan sempurna kesyukuran seorang karkun kecuali dengan berusaha sedaya upaya untuk berkunjung ke IPB.



Dakwah bukanlah teori, tetapi dakwah lebih merupakan praktik nyata atau kerja umum. Untuk memahami kerja dakwah, kita tidak hanya sekadar membaca atau mendengar dari orang2 yang sudah terlibat dengan kerja ini, tapi kita juga mesti mempraktikkannya secara langsung dimana saja, yakni dimana ada orang2 yang layak untuk kita ajak kepada Allah SWT.



IPB (India, Pakistan dan Bangladesh), setidaknya hingga ketika ini, dapat mewakili keadaan2 dimana kefahaman atas kerja dakwah dapat diperoleh secara utuh. Tidak hanya itu, di sana juga terdapat masyaikh2 yang telah lebih dahulu memahami usaha ini dengan baik. Oleh kerana itu, bagaimanapun hebatnya seorang karkun dalam memberi bayan dan penjelasan2 atas kerja ini, dia tidak akan sebaik orang yang telah bergelumang dan diuji penuh susah payah di tiga negeri ini.



Banyak sekali manafaat iman yang tidak akan dapat dirasakan dan difahami oleh karkun kecuali dengan belajar mujahadah di tiga negeri tersebut. Sebenarnya tiap orang yang sudah khuruj di IPB mempunyai kesan yang berbeza2 bergantung kepada niatnya. Namun demikian, dibawah ini saya membongkar beberapa rahsia kenapa karkun mesti berusaha dan berniat untuk khuruj ke IPB.



India.



Negeri ini ( mungkin ) masih merupakan 'top star' di seluruh dunia dalam hal kemusyrikan. Hampir di seluruh pelusok negerinya, dimana dakwah belum sampai ke sana (dimana Islam belum diterima masyarakatnya), penyembahan berhala2 seperti model zaman jahiliyah dulu masih dianuti oleh orang2 modern. Sekiranya kita dapat menjadikan mereka para ahli tauhid, sudah tentu dakwah kepada orang2 lain di negeri2 lain akan menjadi lebih mudah, insya Allah.





Pakistan.



Hampir 100% warga negeri ini adalah muslim. Sebagaimana juga terdapat pada kebanyakan negeri2 muslim lainnya, negeri ini banyak melahirkan berbagai jenis gerakan dan aliran, dari kumpulan2 yang lembut hingga ke kumpulan2 yang keras. Sekiranya di sini kita dapat berinteraksi dengan sesama muslim tanpa menimbulkan satupun perbalahan dan perseteruan, maka keadaan seperti ini adalah merupakan kesan yang indah yang dapat kita bina dan kita wujudkan di negeri kita dan di negeri2 muslim lainnya, insya Allah.




Bangladesh.



Kemiskinan di sini hampir jadi 'trade mark' negeri ini. Sedemikian teruk keadaannya sehingga apabila kita berkunjung kepada mereka, kita akan segera menyedari betapa banyak nikmat Allah SWT yang tidak kita syukuri selama ini. Tidak hanya itu, bagi mereka yang berhati lembut, keadaan mereka itu akan membuatkan air mata kita mengalir. Namun demikian, keadaan tersebut tidak akan menghalang kerja dakwah untuk terus berkembang di sana. Dan jika kita dapat menjadikan mereka orang2 yang yakin bahawa nushrah Allah bersama orang2 yang tawakkal kepadaNya, maka dakwah atas kaum miskin yang menjadi sebahagian besar penduduk bumi ini
akan lebih berhasil, insya Allah.



Saudara2ku rakan seusaha sekelian, marilah kita sama2 berazam untuk sampai ke IPB. Mengziarahi Masyaikh2 kita. Tetapkan tarikh, siapkan peralatan, kemudian terus khuruj fi sabilillah, jangan fikir nak balik sebelum tugasan kita SELESAI...! ;)







Maha Suci Allah SWT...

2 ulasan:

  1. aku azam IPB.
    Dalam india, pakistan, bangla ni ada macam2 yg ada dalam semua benua di dunia. Panas, sejuk, hujan, banjir, miskin, kaya, kecoh, tenang etc... hampir semua wajah dunia ada di 3 negara ini.
    kalau kita dah pergi ke 3 negara ni, kita seolah-olah sudah disediakan untuk pergi buat dakwah seluruh dunia... dah boleh hantar ke mana-mana no problem sebab pengalaman di 3 negara ini.
    Jadi di situ lah latihan terbaik usaha dakwah bersama elders2 usaha dakwah ni.

    BalasPadam
  2. benar ziarah76, itulah yang hendak aku smapaikan dalam artikel ni. Kita perbetulkan salah anggapan kebanyakan orang yang sering beranggapan bahawa JT ni asal India, padahal yang sebenarnya inilah Kerja Para Nabi2 yang Allah SWT utuskan ke dunia. Mari kita bersihkan tanggapan ini bersama2. Sampaikannya kepada setiap orang yang kita temui apa maksud kerja nabi. Mereka juga kena buat kerja ini kerana hanya dalam kerja nabi saja ada kemuliaan yang Allah SWT janjikan. Kerja ini untuk semua yang telah ucap kalimah Tauhid, tidak terkecuali seorang pun. SEMUA kena buat KERJA! Datuk nenek kita yang masih bernyawa tu pun kena buat kerja nabi. Inilah perkara penting yang kita harus sampaikan kepada mereka, saudara2 kita, tidak kira dimanapun mereka berada..... InsyaAllah moga2 kita dipilihNya untuk terus istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab besar ini...

    BalasPadam

Ikutiku di Twitter

Related Posts with Thumbnails