Cari Blog Ini



Allah Telah Menjanjikan Kepada Orang-Orang Yang Beriman Dan Mengerjakan Amal Sholeh Untuk Menjadikan Mereka Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Sebagaimana Ia Telah Menjadikan Orang-Orang Sebelum Mereka Sebagai Khalifah, Menyebarkan Bagi Mereka Agama Yang Telah DiredhoiNya Untuk Mereka Secara Merata Dan Menggantikan Ketakutan Mereka Dengan Rasa Keamanan (sehingga) Mereka Dapat Menyembah-Ku Dan Tidak MenyekutukanKu. Barangsiapa Engkar Setelah Itu, Merekalah Orang-Orang Yang Fasiq-An-Nur : 56


Wahai Orang-Orang Yang Beriman Barangsiapa Dari Kalian Berpaling (murtad) Dari Agamanya Maka Allah SWT Akan Memunculkan Sekelompok Kaum Yang Dia Cinta Mereka Dan Mereka Juga MencintaiNya -Al-Maidah :54


Ternyata Sekarang Ini Dunia Telah Dipenuhi Dengan Pemimpin Zalim Baik Dari Negara Kafir Mahupun Dalam Negara Muslim Sendiri...


Namun Masanya Sudah Hampir Tiba, Dunia Akan Diwarisi Oleh Hamba-Hamba Tuhan Yang Sholeh. Dia Akan Memenuhi Dunia Dengan Keadilan Setelah Dunia Ini Dipenuhi Dengan Kezaliman Para Pemimpin..




Penyelamat Umat Itu bakal Datang tidak lama lagi...!!!

PeNGiKuT NaN SeTia..

Khamis, 16 April 2009

Adab-Adab Membaca Al Qur'an...

Salam saudara2ku yang dikasihi,

berkaitan dengan posting saya sebelum ini, artikel dibawah ini adalah untuk kita sama2 saling ingat kembali perkara2 yang kita mungkin terlupa untuk di amalkan ketika hendak membaca kitab SUCI Al Quran..



oleh Nur Liza




Terdapat banyak adab-adab yang perlu dijaga ketika membaca atau mendengar bacaan al-Quran, antaranya seperti berikut.


1) Ikhlaskan niat kerana Allah Ta'ala, bagi menghindarkan perasaan riya' dan sum'ah(bermegah-megah). Firman Allah SWT dlm surah Az-Zumar : ayat 11 "Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan penuh keikhlasan kepadaNya dalam beragama."

2) Menghadirkan hati dan akal fikiran supaya bertambah tadabbur (memerhatikan serta memikirkan). Firman Allah SWT dalam surah Shad : ayat 29 "Inilah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh keberkatan supaya mereka memperhatikan ayat2Nya dan supaya orang yang berakal itu dapat memikirkannya."


3) Membaca isti'adzah. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : ayat 98 "Apabila kamu hendak membaca al-Quran maka hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam."

4) Membaca basmalah. Rasulullah SAW bersabda: "Setiap perkara kebaikan (kebajikan) yang tidak dimulakan dengan Bismillahir Rahmanir Rahim maka amalan itu terputus dari keberkatan."

5) Membaca dalam keadaan berwudhu'. Diriwayatkan bahawa Saidina Ali karramallahu wajhah berkata: "Aku lihat Rasulullah SAW berwudhu' lalu beliau membaca sesuatu dari al-Quran kemudian bersabda, Beginilah bagi orang yang tidak berjunub, adapun orang yang berjunub tidak boleh membacanya walaupun satu ayat."

6) Membaca ditempat suci lagi bersih, tidak boleh membaca di tempat yang bersih tetapi tidak suci dan tempat yang tidak layak dengan kesucian al-Quran. Kata al-Sya'bi: "Makruh membaca al-Quran pada tiga tempat iaitu di dalam bilik air, dalam tandas dan dalam rumah kisaran di masa dia sedang berpusing."

7) Membersih mulut (bersugi). Sabda Rasulullah SAW: 'Sesungguhnya mulut kamu itu adalah jalan bagi al-Quran maka hendaklah kamu memperelokkan akannya dengan bersugi."

8) Memakai pakaian yang bersih lagi suci. Firman Allah SWT dalam surah al-Muddaththir : ayat 4; "Dan pakaianmu hendaklah kamu cuci bersih."

9) Membaca dengan suara yang baik (lunak lagi merdu). Rasululllah SAW bersabda: "Hiasilah al-Quran itu dengan suara2 kamu sesungguhnya suara yang bagus menambahkan lagi kebagusan al-Quran."

10) Membaca al-Quran dengan khusyu' serta tawaddhu' kerana takut kepada Allah serta memerhati dan memahami apa yang dibaca. Firman Allah SWT dalam surah Shad : ayat 29 "Ini adalah kitab yang telah Kami turunkan kepada kamu yang mempunyai keberkatan supaya mereka meneliti ayat2nya dan supaya mendapat pelajaran orang2 yang mempunyai fikiran."


11) Mengadap Qiblat dan duduk dengan sopan seperti duduk iftirasy (duduk tahiyat awal) atau duduk tawarruk (duduk tahiyat akhir). Sabda Rasulullah SAW: "Semulia-mulia majlis iaitu majlis yang dihadapkan ke arah Qiblat."

12) Bacaan tidak diselangi dengan percakapan kecuali menjawab salam. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' : ayat 86 "Dan apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan (ucapan salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau yang sama dengannya. Sesungguhnya Allah menghitung segala sesuatu."

13) Berselawat atas Nabi SAW jika menyebut namanya seperti Ahmad, Muhammad, Rasul, dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa berselawat atasku dengan sekali selawat maka Allah akan berselawat atasnya sepuluh kali."


14) Memohon kebajikan jika bertemu ayat rahmat dan sebaliknya jika bertemu ayat azab. Kata Hudzaifah bin al-Yaman: "Aku sembahyang bersama Nabi SAW pada satu malam lalu baginda memulakan bacaan dengan surah al-Baqarah, dia akan ruku' pada ayat yang ke-seratus kemudian dia teruskan. Dia akan sembahyang dengan surah al-Baqarah di dalam satu raka'at, kemudian seterusnya dia akan memulakan surah an-Nisa'. Dia membacanya secara perlahan, tidak gopoh. Apabila dia melalui ayat yang mengandungi tasbih, dia akan mengucapkan tasbih, apabila dia melalui ayat permintaan, dia akan memohon dan apabila dia melalui ayat perlindungan dia akan meminta perlindungan."

15) Menjawab seruan adzan. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu mendengar adzan, maka ucapkanlah sepertimana yang muadzin ucapkan."




kredit untuk http://seindah-mawar-berduri57.blogspot.com/

2 ulasan:

  1. salam alaikum kepada saudara merah yang budiman,

    terima kasih kerana posting saudara yang bermanfaat ini. Semoga Allah merahmati saudara dan keluarga saudara sentiasa di dunia dan akhirat inshallah.

    Inshallah kita teruskan perjuangan kecil kita untuk menegakkan syiar islam di bumi malaysia dan merapatkan saf ummat yang kini kian terpecah.

    bertindak dengan berhikmah tanpa mencacatkan kesatuan ummah.

    BalasPadam
  2. Terimakasih saudara di atas doanya. Semoga Allah SWT akan menetapkan kita semua di dalam RahmatNya..

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Ikutiku di Twitter

Ikut Melalui Email

Related Posts with Thumbnails