Halaman

Isnin, 9 November 2009

Mintalah KepadaNya...


















Dengan Nama Allah SWT....




Saudara2ku yang dirahmati,



Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan kezaliman atas diriNya dan Dia menjadikannya sebagai sesuatu yang diharamkan diantara kita. Oleh kerana itu, hendaklah kita tidak saling mengzalimi...



Sesungguhnya kita semua dalam keadaan sesat, kecuali orang2 yang diberiNya petunjuk. Oleh kerana itu, mintalah petunjuk dariNya, nescaya Dia akan memberikannya kepada orang2 yang meminta dariNya..



Sesungguhnya kita semua dalam keadaan lapar, kecuali orang2 yang diberiNya makanan. Oleh kerana itu, mintalah makan dariNya, nescaya Dia akan memberikanya kepada orang2 yang meminta dariNya..



Sesungguhnya kita semua dalam keadaan telanjang, kecuali orang2 yang diberiNya pakaian. Oleh kerana itu, mintalah pakaian dariNya, nescaya Dia akan memberikanya kepada orang2 yang meminta dariNya.



Dan sesungguhnya kita semua melakukan kesalahan pada malam dan siang hari, sedangkan Allah Maha Pengampun. Oleh kerana itu, mintalah ampunan dariNya, nescaya Dia akan mengampuni segala kesalahan dan dosa2 kita.



Maha Suci Allah SWT...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..