Assalamualaikum,
Saudara2ku yang dihormati,
Nampaknya sudah beberapa hari blog ini dipenuhi dengan Berita2 Dunia, maka pada hari ini saya akan sambung kembali dengan Berita2 Akhirat yang pada hakikatnya tidak ada keraguan didalamnya buat mereka yang PERCAYA dan memiliki KEYAKINAN yang Benar.. Apabila engkau menerima Berita2 ini maka hendaklah engkau RENUNG2KAN dan FIKIR2KANLAH dengan mendalam...
Saudara2ku, marilah kita fikirkan apakah usaha yang sebenarnya yang harus kita lakukan dalam kehidupan kita di dunia ini. Kita semua tahu bahawa kehidupan dunia ini hanyalah bersifat sementara. Tiada yang kekal buat selama-lamanya. Setiap benda yang baharu akan menjadi usang dan tidak berguna lagi. Yang elok akan rosak. Yang cantek akan buruk. Sihat akan sakit. Muda jadi tua. Yang kuat akan lemah dan yang hidup akan mati akhirnya.
Itulah dunia.
Dunia yang kita tinggal ini hanyalah seketika sahaja. Purata umur manusia saat ini hanyalah dalam lingkungan enam puluh tahun lebih sedikit. Kalau hendak di bandingkan dengan masa di akhirat yang mana sehari sama dengan seribu tahun dunia, maka kita ini hidup hanyalah tidak lebih dari 'dua jam lebih tiga puluh minit' sahaja. Itulah kehidupan yang sangat singkatnya masa....
Al-An'aam 6:32 - Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
Dalam masa yang sangat singkat ini, apakah yang perlu kita kerjakan?
Seorang yang berada di suatu perhentian, dalam perjalanannya menuju ke sebuah kota, apakah patut dia membina sebuah rumah untuk istirehatnya? Atau membina sebuah tandas untuk dia melepaskan 'hajat besar'nya? Lalu beberapa jam kemudian, setelah tiba masanya untuk dia meneruskan perjalanannya, semuanya itu terpaksa di tinggalkannya. Bukankah segala apa yang telah dia usahakan itu merupakan suatu yang sia-sia?
Sesungguhnya manusia itu berusaha ke atas keduniaannya seolah-olah dia akan hidup seribu tahun lagi.....
Manusia ini dalam kehidupannya di dunia yang sementara ini telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam membina rumah2 yang besar, gedung2, mengumpulkan harta benda sebanyak mungkin, memburu darjat dan kemasyuran, lantas melupakan bahagiannya di akhirat, sehinggalah saat kematiannya tiba, maka segala yang di usahakannya itu terpaksalah di tinggalkan....
"Dunia ini adalah jambatan ke akhirat"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..