kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Halaman
▼
Rabu, 11 November 2009
Dia Yang Maha Tinggi.....
Dengan Nama Allah SWT....
Saudara2ku yang dihormati,
Tidak seorangpun diantara kita yang akan dapat memberi manfaat kepada Allah SWT. Jika boleh demikian, ini bererti bahawa Dia memerlukan bantuan makhlukNya. Padahal Dia tidak memerlukan suatu apapun dari kita.
Tidak seorangpun diantara kita yang akan dapat mendatangkan mudarat bagi Allah. Jika boleh demikian, ini bererti bahawa Dia akan memerlukan pertolongan makhlukNya. Padahal Dia berkuasa atas segala sesuatu.
Andai saja semua orang terdahulu dari kita hingga orang terakhir yang dilahirkan menjelang kiamat, dari golongan jin mahupun manusia, bertakwa kepada Allah sebagaimana orang yang paling takwa diantara kita, nescaya hal itu tidak akan dapat menambahkan kekuasaanNya sedikitpun.
Dan andai saja semua orang terdahulu dari kita hingga orang terakhir yang dilahirkan menjelang kiamat, dari golongan jin maupun manusia, semuanya derhaka kepada Allah sebagaimana orang yang paling derhaka diantara kita, nescaya hal itu tidak akan dapat mengurangi kekuasaanNya sedikitpun...
Maha Suci Allah SWT.....!
2 ulasan:
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

terima kasih atas eringatan ini..
BalasPadambersama-samalah kita saling mengingati... :)
BalasPadam