Halaman

Rabu, 28 Oktober 2009

Rela Berjuang...
















Dengan Nama Allah SWT...



Saudara2ku yang dihormati,




Tahukah engkau, bagaimana para Sahabat Rasulullah ra.hum rela meninggalkan kampung halaman yang mereka cintai, padahal ketika mereka berbuat itu, mereka sedar bahawa mereka tidak akan kembali lagi ke kampung halaman mereka hingga akhir hayat mereka?



Tahukah engkau, bagaimana para Sahabat Rasulullah ra.hum lebih mendahulukan kepentingan dakwah daripada urusan2 yang lain sehinggakan mereka tidak lagi mempedulikan rosaknya keduniaan mereka dan tidak pula mereka sekali2 menoleh ke belakang atas hilangnya keduniaan mereka?



Tahukah engkau, bagaimana para Sahabat Rasulullah ra.hum pergi dari satu negeri ke satu negeri yang lain demi melindungi agama mereka dari fitnah? Seakan2 mereka adalah orang2 yang diciptakan hanya untuk kepentingan dakwah Illallah dan segala bentuk kesusahan diciptakan untuk mereka.



Meskipun apa yang mereka lakukan itu bukanlah perkara yang mudah bagi setiap orang, akan tetapi mereka telah membuktikan bahawa perkara tersebut bukanlah suatu yang mustahil untuk dilakukan. Yang demikian itu adalah kerana mereka amat mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada dunia beserta keseluruhan kenikmatannya.

 
 
Maha Suci Allah SWT..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..