Halaman

Selasa, 27 Oktober 2009

Hidup Ini Satu Perjalanan...

















Dengan Nama Allah SWT...



Saudara2ku,




Hidup ini seumpama satu perjalanan.



Sesungguhnya kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada esok hari dan hari2 yang berikutnya, kita juga tidak mengenal jalan yang akan kita tempuh di hadapan. Kerana itu, salah satu resiko dalam perjalanan ini adalah sesat jalan.



Jikalaulah kita dapat hidup dua kali, barangkali pada kehidupan yang kedua kita telah hafal jalan2 yang harus ditempuh. Namun demikian, sesiapapun diantara kita yang telah meninggalkan dunia, pasti tidak akan dapat kembali lagi.



Usahkan kita yang sememangnya hidup jauh dari para Nabi dan Rasul, Bani Israel yang hidup bersama Nabi Musa as pun tergelincir jua dalam kesesatan dengan mengadakan tuhan lain selain Allah.



Maka, meskipun engkau Islam, tak ada jaminan bagimu untuk kekal dalam kerahmatan Allah SWT, Pemeliharamu, kecuali dengan cara mendakwahkan kebesaranNya kepada orang2 lain.



Jika tidak, maka engkau akan menjadi bahan objek dakyah Syaitan2 dan kawan2nya, yang konservatif ataupun yang moden, yang nampak mahupun yang tersembunyi.

 
 
Maha Suci Allah SWT...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..