kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Halaman
▼
Jumaat, 30 Oktober 2009
Kelaparan...
Dengan Nama Allah SWT...
Saudara2ku yang dikasihi,
Kelaparan...
Barangkali kita tidak pernah tahu apakah makna yang sebenarnya. Ini adalah kerana kita belum pernah mengalaminya. Jika saja engkau tahu betapa beratnya menahan rasa lapar selama berhari2 demi tegaknya kalimah Allah di muka bumi, sudah barang tentu engkau akan tahu secara pasti cara meletakkan usaha agama pada tempat yang sesungguhnya dalam hidupmu.
Abu Thalhah pernah berkata, "Kerana kelaparan, kami mengadu kepada Rasulullah. Kami membuka baju kami dan memperlihatkan perut2 kami, dimana sebuah batu diikat pada perut kami masing2. Maka Rasulullah saaw mengangkat pula baju beliau. Ternyata ada dua buah batu yang diikatkan pada perut beliau." [HR Tirmidzi dalam kitab at Targhib]
Dan Sahal bin Sa'ad pula berkata, "Di dalam kabilah kami ada seorang wanita yang suka menanam sayur2an di kebunnya. Setiap hari Jum'at wanita itu memetik sayuran tersebut dan memasaknya dalam kuali dengan mencampurkan gandum yang telah dihaluskan. Setiap kali kami (kaum lelaki) selesai mengerjakan sholat Jum'at, wanita itu menghidangkan makanannya bagi kami. Sungguh keadaan kami memang sering kelaparan sehingga kami selalu menanti datangnya hari Jum'at berikutnya, agar kami dapat memperoleh makanan dari wanita itu." [HR Bukhari dalam kitab at Targhib ]
Maha Suci Allah SWT...!
1 ulasan:
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

begitulah, yang senang membantu yg susah
BalasPadamyang berada menolong yang kurang