kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Halaman
▼
Khamis, 22 Oktober 2009
Berjalanlah Engkau diMuka Bumi ini...
Dengan Nama Allah SWT..
Saudara2ku yang dikasihi,
Berjalanlah engkau di muka bumi ini, kerana dengan itu engkau akan terhindar dari kesempitan 'milik' sang katak yang tinggal bawah tempurung. Berjalanlah engkau di muka bumi ini, kerana dengan itu engkau akan mengetahui lebih banyak hal yang tak dapat engkau temui di negerimu sendiri.
Berjalanlah engkau di muka bumi ini, kerana dengan itu engkau akan menemui bahawa tidak semua manusia menggunakan bahasamu, tidak pula menggunakan adat kebiasaan negerimu, dan tidak juga berhasrat dan bercita2 untuk ingin memiliki apa2 yang engkau miliki di negerimu.
Berjalanlah engkau di muka bumi ini, kerana dengan itu kelak Allah SWT akan memberikan keputusanNya bagimu, sama saja bagiNya apakah Dia akan mengembalikan negerimu agar engkau mengelolanya dengan baik atau Dia akan mendudukanmu di negeri yang lain agar orang2 yang berada dinegeri itu dapat mengambil sesuatu yang bermanafaat dari dirimu.
Maha Suci Allah SWT..!
2 ulasan:
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

Salam ziarah sang Harimau
BalasPadamSalam kembali sang singamaraja, trimakasih krn sudi ziarah.. silalah datang lagi ya, jangan segan2..
BalasPadam