kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Halaman
▼
Isnin, 19 Oktober 2009
Manjakanlah Dirimu...
Dengan Nama Allah SWT..
Saudara2ku yang dikasihi,
Makanan kesukaan kucing adalah ikan. Akan tetapi kucing tidak pernah memancing ataupun menangkapnya sendiri di laut. Dan sudah tentulah hal ini tidak mungkin dilakukannya. Untuk dapat menikmati ikan, kucing hanya memanjakan dirinya kepada pemiliknya. Begitulah caranya..
Untuk mendapat kehidupan yang baik, maka hendaklah engkau mendekati Pemeliharamu, Allah Yang Maha Agung dan manjakanlah dirimu kepadaNya. Kelak engkau akan mendapatkan apa saja yang tak mungkin kamu dapatkan pada hari ini.
Jika tidak..
Engkau sudah tentu akan mendapat kesulitan pada ketika engkau berusaha untuk memperoleh keperluanmu itu meskipun ianya berada di negerimu sendiri, sama sebagaimana kucing yang dikejar dan diburu kerana mencuri ikan.
Maha Suci Allah SWT..!
2 ulasan:
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..

mari lah sama-sama mencari keredhaan Allah..
BalasPadamhanya keredhoan Allah SWT lah yang kita semua umat manusia mesti dapatkan..
BalasPadam