kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Halaman
▼
Selasa, 20 Oktober 2009
Kuantiti dan Kualiti dirimu..
Dengan Nama Allah SWT...
Saudara2ku yang dimuliakan,
Salah satu kesukaan Allah SWT adalah memberi "kejutan" kepada orang2 yang disukaiNya. Dia berikan rezeki kepada mereka dari jalan yang tak dapat disangka2nya dan dengan cara yang tak pernah diduganya.
Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya... (QS 65:2-3)
Apabila sehingga hari ini engkau belum juga mendapat "kejutan" dari Pemeliharamu itu, maka hendaklah engkau selalu memperhatikan semua amalan yang telah engkau kerjakan itu dan juga hendaklah engkau memperbaiki hati dan jiwamu.
Sesungguhnya engkau tentunya dapat menilai kualiti amalan engkau sendiri dengan cara memeriksa seberapa kali dan seberapa banyak rezeki yang telah engkau terima dari jalan yang tak pernah engkau sangkakan.
Kuantiti bergerak selari dengan kualitimu.
Maha Suci Allah SWT...!
[ nota kaki: kejutan = surprise ]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..