Halaman

Ahad, 18 Oktober 2009

Jangan Jadi Seperti Sang Tikus ini...


Dengan Nama Allah SWT...


Saudara2ku yang dihormati,




Ketika seekor tikus ditangkap oleh seekor kucing, tikus2 yang lain berkumpul dan bermusyawarah. Setiap tikus mengajukan usul dan pandangannya sehingga mereka sepakat untuk mengalungi leher kucing itu dengan loceng kecil.



Satu keputusan yang bagus. Dengan cara itu mereka akan lari setiap kali kucing itu datang mendekat. Akan tetapi tidak ada seekor tikus pun yang bersedia untuk memberi rantai loceng itu kepada sang kucing.



Janganlah mengikut contoh tikus.



Oleh kerana itu, berilah usul dan pandangan sebaik mungkin yang dapat engkau kemukakan sesuai dengan kekuatan dan kemampuan terbaik dirimu, sehingga engkau dapat menjadi orang pertama yang dapat memenuhinya.



Maha Suci Allah SWT...!

4 ulasan:

  1. kadang2.....manusia ni celoternya lebih....tapi habuk pun tak ada.....mcm setengah2 blogger tue..bawak isu bukan main lagi...tapi bila beri comment isu yang dibawa tak ada keluar pun comment yang diberikan.......setakat cerita siapa pun boleh bawak cerita...tapi entah..betul...entah tidak......

    BalasPadam
  2. salam darkpress,

    benar kata engkau, kebanyakannya memang begitu.. Sudah lumrah manusia.. Apa yang patut kita ambil pengajaran adalah; jangan terus percaya, usahakan untuk menyelidiki hal sebenar, atau setidak2nya buat2 tak tau jek gitu..

    BalasPadam
  3. kisah ni biasanya cerita masa beri adab mesyuarat supaya jemaah boleh beri syor yg baik dan rasional.
    lama tak dengar kisah ni, alhamdulillah dpt dengar balik.
    jazakumullah khair

    BalasPadam
  4. salam,

    tertarik dgn ulasan engkau yang mengatakan 'lama tak dengar kisah ni',
    ketika keluar 3 hari masa dulu2 memang selalu cerita ni kuar, tapi sekarang tak der lagi, namun selepas ijtimak tempoh hari aku kuar tetiba ada sorang karkun tu bukak kisah ni.. tu yang buat aku teringat kembali lantas kujadikan sebuah lagi bahan renungan untuk kita semua disini.. semoga bermanafaat..

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..