Assalamu Alaikum,
Dengan Nama Allah SWT..
Saudara2ku yang diRahmati,
Cara sihat menikmati daging ayam adalah dengan menyembelihnya, membuang darahnya, bulu2nya dan kotoran2nya, mengolahnya, memasaknya, lalu memakannya dengan meninggalkan tulang2nya.
Cara sihat menikmati pendapatan engkau adalah dengan mengeluarkan zakatnya, memisahkan beberapa bahagian darinya untuk digunakan dijalan Allah, menyedekahkannya dan menghadiahkannya, lalu menggunakan pendapatan yang selebihnya itu untuk keperluan engkau sekeluarga dengan membahagikannya untuk jiran2 tetangga yang memerlukannya...
Jika tidak,
engkau akan sakit...
seumpama sakitnya engkau kerana menyantap daging ayam bersama dengan kekotorannya. Atau orang lain akan mengganggu engkau sebagaimana anjing yang menyalak kerana engkau terlupa memberikan tulang ayam itu kepadanya.
Maha Suci Allah SWT...!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..