kerana perintah Allah SWT dan untuk sukakan Allah, aku berpesan pada diriku sendiri dan pada saudara2ku sekalian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Yang Berkuasa melainkan Allah, tiada yang memudaratkan dan bermanafaat melainkan dari Allah.. Ya Allah, masukkanlah kalimah HAQ ini kedalam hati-hati kami...
Halaman
▼
Jumaat, 25 Februari 2011
Blog Saifulmerahs ditalian Mudah Alih Anda..
As salam buat semua pembaca blog ini. Maafkan aku kerana sudah lama tidak mengemas kini blog ini. InsyaAllah di suatu masa nanti aku akan kembali aktif semula. Masanya akan tiba, tidak lama lagi.. Buat korang yang masih gemar mengunjungi blog ini, berita gembira untuk korang adalah, terdapatnya versi mudah alih yang lebih mudah dan ringan untuk korang layari, apatah lagi untuk korang yang mengunakan pelayar opera mini pastinya pelayaran kali ini menjadi lebih menarik lagi.
Kepada pengguna opera mini, juga pelayar web mudah alih lainnya, untuk mendapatkan versi blog mudah alih ini sangat mudah, caranya adalah dengan menambahkan /?m=1 dibelakang url blog tersebut. Sebagai contoh lihat alamat blog aku dibawah ini;
http://saifulmerahs.blogspot.com/?m=1
Sila korang klik link di atas dan tambahkan dipenanda buku opera mini korang.
Ini adalah cara yang dapat digunakan untuk kesemua blog yang berbasiskan blogspot. Jadi sekiranya korang ada banyak url blog dari blogspot dipenanda buku opera mini korang, hanya tambahkan kod ini, /?m=1 dibelakang setiap url tersebut dan seterusnya korang akan menikmati pelayaran yang lebih pantas dan menarik, tiada lagi kebosanan menantikan loooooodinggg yang lama yang ada kalanya buatkan aku dan korang semua tertidoooo... ;)
Sekian saja untuk kemas kini blog aku kali ini. Semoga tips yang aku berikan diatas dapat membantu korang semua. Wassalam.
**^^** **^^** **^^** **^^** Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, sila tinggalkan jejak kalian di sini, agar dapat aku membalas kunjungan dan berterimakasih seadanya diatas kesudian kalian bertandang di teratak hamba ini..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..