Oleh Ustaz Ashaari bin Muhammad
Kedatangan Bulan Ramadhan Membawa Rahmat
Bulan Ramadhan amat mulia, membawa rahmat,
kedatangannya berkat, berlaku maghfirah,
pahala berganda lailatul qadar macam panjang umur
Ketibaannya macam kedatangan seorang pemimpin
yang mulia yang sangat dihormati
Seorang pemimpin seperti Rasul, maksum,
akhlaknya tinggi lagi mulia, berilmu dan berwibawa
Pemurahnya bagaikan hujan lebat,
tawadhuknya menghancurkan hati yang keras,
pemaafnya menjadikan orang malu,
mengutamakan orang, setiap hati terpaut kepadanya
Beraninya menggentarkan musuhnya,
berstrategi, berhikmah, ilmunya diucapkan bak mutiara,
mendengar ilmunya tidak jemu-jemu
Kehilangannya dirindui, ketibaannya dinanti-nanti
Begitulah Ramadhan jika dia seorang manusia, manusia yang luar biasa
Apa kita hendak kata kalau ada orang berhadapan dengan Ramadhan
ibarat pemimpin yang digambarkan tadi?!
Ada orang tidak mempedulikannya langsung,
ia dianggap orang biasa,
orang yang tidak mempedulikannya adalah orang gila
Ada orang hanya memanfaatkan pemurahnya sahaja,
orangnya tidak dihormati
orang ini tidak berakhlak yang mulia
Ada orang seronok dengan wibawa pemimpin itu, ikutnya tiada,
orang ini seronok dengan pemimpin itu,
didikan dan pengajaran orang itu tidak dapat diterima
Orang ini tetap orang bodoh dan rosak jiwanya
Ada orang berhadapan dengannya terpengaruh dengan kecantikannya
Dia bergembira dengan rupa luarnya sahaja
Hati budinya tidak difahaminya, fikirannya tidak dapat diselaminya
Orang ini mabuk dengan syariat lahirnya,
syariat batin tidak dapat dijangkaunya
Orang ini masih tertipu tidak disedarinya
Orang yang beruntung yang dapat menikmati
seluruh kewujudan pemimpin itu
Hati, budi, dapat dirasainya, mutiara ilmunya dapat dimiliki,
didikannya dapat dicontohi
Inilah orang yang dapat menjadi bayangan gurunya
Begitulah golongan-golongan manusia bila berhadapan dengan Ramadan,
jika ia dianggap seorang guru
Hasil Nukilan Ustaz Ashaari bin Muhammad
1.12.2002

selamat menyambut ramadhan al-mubarak
BalasPadamSalam Saiful.
BalasPadamSelamat menyambut Ramadhan, semoga kita dapat mempertingkatkan amalan, semoga amalan kita ikhlas kerana Allah.
Salam @ziarah76 n @Werdah, sama2lah kita memperhebatkan amalan2 kita, jangan dilepaskan tawaran nan berganda yang Allah SWT janjikan kita, sedangkan ganjaran dunia yang sementara lagikan tak kita lepaskan ni kan pula yang kekal... gitu la. InsyaAllah..
BalasPadam