Halaman

Selasa, 11 Oktober 2011

Tangisan dijiwaku.. Kulihat Layu dalam Melayu...









Sesungguhnya

Tidak ada yang lebih menyayat

Dari melihat bangsaku dijajah

Tidak ada yang lebih menyedihkan

Dari membiarkan bangsaku dihina

Aku lihat layu dalam Melayu

Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak

Ada juga bercadang bertanya tuan punya

Tapi bercampur risau dengan tak tergamak

Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri

Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui

Yang kita sendiri

Membiarkan bunga raya melayu ke kanan

Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu

Tanah air kita yang punya

Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa

Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa

Kita lupa nenek moyang kaya-raya

Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia

Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia

Kalau kewujudan tidak dirasa

..

Petah berbahasa kudrat tak berjasa

Orang berbudi kita hanya tahu merasa

Selalu lari bila dirapat

Selalu malu bila soalan diaju

Selalu segan memberi pendapat

Rela mengikut dari meneraju

Belum nyanyi sudah bersorak

Suka berjanji dalam borak

Bukan kata tak ada otak

Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu

Bunga menangis dia mendayu

Mahu jadi cantik tetapi ragu

Aku merayu

Bangunlah semula hidup kembali

Jangan tunggu matahari mati

Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Kerana hanya yang cekal dan tabah

Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya

 
 
 
Lirik dan lagu Malique...

4 ulasan:

  1. lirik dia memang menyentuh sepenuh pasal melayu. malique ni memang bagus lirik2 dia

    BalasPadam
  2. Mengapa dipandang pd kulitnya melayu
    sedangkan Allah hanya memandang pd hati tanpa memilih bangsa mu melayu..

    "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

    BalasPadam
  3. Salam saudaraku Acik, pada pandanganku, melayu tidaklah sama dengan bangsa2 lain, bila dikatakan 'melayu', sudah tentulah islam. Tidak seperti bangsa lain, sebagai contoh; jika dikatakan 'Arab', belum tentunya islam, kerana ada juga Arab yang beragama Kristian atau Yahudi. Begitulah perbezaannya. Maka oleh kerana itulah, pabila runtuhnya nilai2 kemelayuan, samalah ertinya telah runtuhnya keimanan dalam islam, begitulah sebaliknya. Jadi berjuang untuk 'melayu' tak semestinya rasis atau asabiah. perjuangan untuk 'cina atau bangsa2 lain' mungkin itulah rasis, bergantung pada niat masing2 pejuang..


    Wallahu a'lam.


    p/s; suatu masa dulu bila ada bangsa cina atau india yang masuk islam, dikatakan mereka ni dah 'masuk melayu'. Saya sering tegur, 'bukan masuk melayu la tok... tapi masuk islam..'
    tapi sekarang tak tegur dah kerana mungkin perkataan tu betul juga..

    BalasPadam

Saudara2ku yang dihormati dan semua yang mengunjungi blog ini, terimakasih saya ucapkan kerana telah sudi meluangkan masa di sini, semoga kehadiran kalian berakhir dengan manafaat. Walau bagaimanapun, saya tetap insan yang lemah, segala kesilapan saya silalah ditegur, dikritik dan dinasihati ..